294903723 Kehakiman Di Malaysia PDF

Title 294903723 Kehakiman Di Malaysia
Author Farid Musah
Course environmental management
Institution Open University Malaysia
Pages 19
File Size 193.7 KB
File Type PDF
Total Downloads 109
Total Views 362

Summary

1 PENGENALANKehakiman di Malaysia merupakan gambaran maruah dan imej di kalangan pengamal undang-undang, rakyat biasa dan perspektif masyarakat antara bangsa terhadap pemisahan antara kuasa eksekutif dengan kuasa kehakiman di Malaysia sepertimana yang dipraktikkan dalam doktrin pengasingan kuasa yan...


Description

GLUL3113 – UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN 1.0

PLK-UUM

PENGENALAN Kehakiman di Malaysia merupakan gambaran maruah dan imej di kalangan pengamal

undang-undang, rakyat biasa dan perspektif masyarakat antara bangsa terhadap pemisahan antara kuasa eksekutif dengan kuasa kehakiman di Malaysia sepertimana yang dipraktikkan dalam doktrin pengasingan kuasa yang diamalkan di antara Badan Kehakiman, Badan Perundangan dan Badan Eksekutif. Corak pemerintahan di Malaysia telah ditentukan menerusi Perlembagaan Persekutuan dengan mengasingkan tiga badan yang terlibat dalam pemerintahan negara, iaitu badan

perundangan

(legislatif), badan

pentadbiran (eksekutif) dan

badan

kehakiman (judiciary). Pengasingan ketiga-tiga badan dalam pemerintahan negara disebut sebagai doktrin pengasingan kuasa. Doktrin ini dikemukakan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah terkemuka Perancis pada abad ke-18.

Tujuan pengasingan kuasa ini adalah untuk memastikan bahawa individu yang sama tidak harus bertanggungjawab bagi membuat undang-undang, menguatkuasakan undangundang dan menghukum orang-orang yang melanggarnya. Ini bermakna doktrin tersebut melibatkan pembahagian kuasa pemerintahan yang jelas antara badan-badan perundangan, eksekutif dan kehakiman tanpa sebarang pertindihan.

Di Malaysia, kuasa tertinggi di atas ketiga-tiga badan itu terletak pada Yang diPertuan Agong sebagai Ketua Negara. Ini bermakna Yang di-Pertuan Agong adalah sekaligus merupakan ketua kepada ketiga-tiga cabang kerajaan. Menurut Perlembagaan, baginda bukan sahaja memegang kuasa eksekutif malahan juga kuasa perundangan. Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa memerintah Persekutuan dan Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa perundangan Persekutuan.

No.Matrik 223092

Page | 1

GLUL3113 – UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

PLK-UUM

Badan Kehakiman merupakan satu daripada tiga kuasa dalam doktrin pengasingan kuasa. Badan kehakiman atau mahkamah mempunyai peranan yang besar dalam mengimbangi dua unsur lagi dalam doktrin pengasingan kuasa ini iaitu badan perundangan dan badan eksekutif. Mahkamah mempunyai kuasa seperti berikut : a) kuasa mentafsir Perlembagaan b) kuasa menafsir undang-undang c) kuasa mengisytiharkan sesuatu undang-undang bertulis Persekutuan dan negeri sebagai tidak sah d) mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan sebagai tidak sah di sisi undang-undang.

Dalam sebuah negara, mahkamah perlulah mempunyai kebebasan dalam menjalankan tanggungjawabnya menegakkan keadilan tanpa merasa takut atau dipengaruhi oleh manamana pihak. Hakim-hakim perlulah bebas menumpukan segala tenaga mereka untuk mencari keadilan, walaupun keputusan yang dibuat mendatangkan kesan negatif kepada pihak berkuasa. Umpamanya, Perlembagaan Malaysia mengecualikan para hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan daripada perjalanan kuatkuasa peraturan am yang ditetapkan dalam perkara 132(2A). Seseorang anggota perkhidmatan awam memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di Pertuan Agong (YDPA). Para hakim memegang jawatan hingga dia mencapai umur 65 tahun, dan boleh dipecat dari jawatan oleh YDPA hanya atas alasan berkelakuan tidak baik atau tidak berupaya, atas alasan kelemahan tubuh atau otak atu apa-apa sebab lain bagi menyempurnakan tugas jawatan mereka dengan sewajarnya. Tindakan pemecatan dengan alasan tersebut itu juga tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kecuali mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan. Prosedur pemecatan dijelaskan di dalam Perkara 125 Perlembagaan Malaysia. No.Matrik 223092

Page | 2

GLUL3113 – UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

PLK-UUM

Jika difikirkan mustahak supaya dilucutkan seorang hakim daripada jawatannya, Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara setelah berbincang dengan Perdana Menteri hendaklah mengemukakan representasi tentang hal ini kepada YDPA. Kemudian YDPA akan menubuhkan sebuah tribunal yang akan menyiasat dan membuat laporan serta syor tentang perlucutan itu kepada YDPA. Berdasarkan laporan dan syor tribunal inilah seorang hakim itu boleh dilucut ataupun tidak daripada jawatannya. Tribunal yang dilantik ini hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada lima orang anggota terdiri daripada hakim atau bekas hakim, dan jika perlu boleh dilantik mana-mana anggota dari mana-mana Negara komanwel. Sementara menanti laporan dan syor daripada tribunal, YDPA boleh menggantung daripada menjalankan tugasnya: a) seorang hakim Mahkamah Persekutuan atas syor Perdana Menteri, b) seorang Hakim Tinggi atas syor Ketua Hakim Negara. Perkara 126 (5) memperuntukkan bahawa gaji hakim ditetapkan oleh Parlimen melalui satu akta khas dan gaji seseorang hakim itu tidak boleh dikurangkan selagi dia memegang jawatannya. Perkara 127 pula menetapkan bahawa kelakuan seseorang hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana satu majlis Parlimen kecuali atas satu usul yang tersendiri dan notis mengenainya telah diberi oleh tidak kurang dari satu perempat daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu, dan juga tidak boleh dibincang dalam mana-mana Dewan Negeri. Bilangan maksimum hakim di tiap-tiap mahkamah juga ditentukan oleh Perlembagaan iaitu 11 orang bagi Mahkamah Persekutuan, 40 bagi Mahkamah Tinggi Malaya dan 10 orang bagi Mahkamah Tinggi Borneo. Seseorang itu adalah berkelayakan dilantik di bawah Perkara 122B Perlembagaan Malaysia sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan mana mana Mahkamah Tinggi jika:

No.Matrik 223092

Page | 3

GLUL3113 – UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

PLK-UUM

a) ia adalah seorang warganegara, dan b) dalam masa sepuluh tahun sebelum perlantikannya ia telah menjadi peguam bagi mahkamah-mahkamah tersebut atau mana-mana satu daripada mahkamah itu ataupun menjadi anggota bagi perkhidmatan kehakiman dan undang-undang Persekutuan atau perkhidmatan undang-undang sesuatu Negeri, atau pada suatu masa lain berkhidmat sebagi anggota perkhidmatan ke hakiman dan undangundang Persekutuan.

2.0

STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA

a. Badan Kehakiman

Badan kehakiman adalah merupakan badan yang diberi tanggungjawab untuk mentafsir dan melaksanakan undang-undang. Kehakiman merupakan badan yang bertanggungjawab mentafsir dan melaksanakan undang-undang. Badan ini juga dikenali sebagai sistem perundangan dan ahlinya terdiri dari para hakim dan majistret yang biasanya dilantik oleh Ketua negara masing-masing. Mereka juga biasanya menjalankan tugas di mahkamah dan bekerjasama dengan pihak berkuasa terutamanya polis dalam menegakkan undang-undang.

b. Badan Eksekutif Badan Eksekutif kerajaan Malaysia adalah Kabinet Malaysia yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri. Kabinet adalah merupakan sebuah majlis menteri-menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen. Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah memperuntukan bahawa anggota Kabinet hanya boleh dipilih daripada mana-mana Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara. Kebiasaannya, Yang di-Pertuan Agong No.Matrik 223092

Page | 4

GLUL3113 – UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

PLK-UUM

melantik semua menteri atas nasihat Perdana Menteri. Namun begitu, seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik terlebih dahulu dari Dewan Rakyat. Anggota Kabinet sering dilantik daripada majlis terendah bagi Parlimen, Dewan Rakyat. Walaupun Timbalan Menteri dan/atau Setiausaha Parlimen dilantik mengikut setiap portfolio, tetapi mereka tidak termasuk dalam Kabinet. Kabinet seringkali bermesyuarat secara mingguan, setiap Rabu. c. Badan Perundangan Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara yang berdasarkan kepada sistem Parlimen Westminster. Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara Ahli. Dewan Rakyat dikenali sebagai ahli Parlimen, manakala ahli Dewan Negara diberi gelaran Senator. Satu pilihan raya diadakan setiap empat atau lima tahun untuk memilih wakil-wakil ke Dewan Rakyat; manakala ahli-ahli Dewan Negara, iaitu senator dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undangundang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru. Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara. Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara-perkara nasional.

No.Matrik 223092

Page | 5

GLUL3113 – UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN 3.0

PLK-UUM

MELAKSANAKAN SEMAKAN KEHAKIMAN Negara-negara demokrasi biasanya membenarkan proses semakan kehakiman

diadakan oleh badan kehakiman

untuk membatalkan keputusan-keputusan badan

perundangan dan badan eksekutif yang ditafsirnya sebagai bertentangan dengan perlembagaan.

Malaysia adalah sebuah Negara yang mewarisi sistem politik British India yang berdasarkan kepada Sistem Westminster yang tidak memberikan peruntukan untuk semakan kehakiman namun hakim-hakim diberikan kuasa untuk membuat keputusan di luar peruntukan undang-undang (ultra vires) jika ia bertentangan dengan peruntukan perlembagaan. Bagaimananapun, kuasa yang diperuntukan kepada hakim ini telah dikawal setelah berlakunya krisis kehakiman Malaysia pada tahun 1988 melalui pindaan perlembagaan Malaysia yang menghapuskan kuasa semakan kehakiman ini dan sesuatu keputusan mestilah dibincangkan di bawah undang-undang Negara.

Mengikut Dato’ Umi Kalthum, peruntukan untuk perlaksanaan semakan semula kehakiman ditentukan oleh Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan telah dipinda pada tahun 2000 dan berkuatkuasa pada 22 September 2000.

No.Matrik 223092

Page | 6

GLUL3113 – UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN 4.0

PLK-UUM

LATAR BELAKANG SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA Sistem Kehakiman Malaysia dalam keseluruhannya di bawah organisasi kerajaan

Persekutuan. Kedudukan sistem tersebut adalah seperti rajah di bawah :

Bidang kuasa serta prosiding :

i. Mahkamah Persekutuan

Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan adalah yang melibatkan rayuan, nasihat, sedia ada dan rujukan dan tidak meliputi bidang kuasa Mahkamah Syariah. Ketua Mahkamah Persekutuan ialah Ketua Hakim Negara. Anggota-anggotanya yang lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Borneo dan 7 orang hakimhakim Mahkamah Persekutuan.

ii. Mahkamah Rayuan Bidang kuasa Mahkamah Rayuan adalah rayuan untuk mendengar kedua-dua kes sivil dan jenayah daripada Mahkamah Tinggi. Manakala, dari Mahkamah Sesyen, hanya kes-kes jenayah didengar rayuannya. Diketuai oleh seorang Presiden dan dianggotai oleh 10 orang hakim.

iii. Mahkamah Tinggi Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa bagi rayuan bagi kes-kes sivil dan jenayah dan bidang kuasa sedia bagi kes-kes jenayah dan sivil. Bidang kuasa yang sedia ada bagi kes-kes jenayah dan sivil adalah tidak terhad di mana kes-kes di luar bidang kuasa Mahkamah Rendah dibawa di hadapannya. Secara amnya, Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk mendengar kes-kes yang membawa hukuman mati mandatori.

No.Matrik 223092

Page | 7

GLUL3113 – UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

PLK-UUM

Mahkamah Tinggi juga mempunyai kuasa untuk membuat kajian semula bagi kes-kes jenayah diputuskan di Mahkamah Rendah. Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa sivil mendengar kes-kes : a. cerai dan nafkah b. admiraliti c. kebangkaran dan syarikat d. penjagaan kanak-kanak e. surat kuasa mentadbir dan probet

iv. Mahkamah Sesyen

Bidang kuasa mahkamah sesyen ialah mendengar dan melupuskan apa-apa kes sivil atau jenayah yang timbul dalam kawasan yang dihadkan bagi bidang kuasanya. Bagi bidang kuasa jenayah, Mahkamah Sesyen boleh mendengar semua kes selain daripada kes yang membawa hukuman mati mandatori. Bagi bidang kuasa sivil pula, mahkamah mempunyai kuasa yang tiada had bagi keskes kemalangan dan pertelingkahan atau pertikaian yang melibatkan tuntutan tidak melebihi darippada jumlah RM 250 00.00.

v. Mahkamah Majistret Mahkamah Majistret terbahagi kepada Mahkamah Majistret Kelas 1 dan Majistret kelas 2.

A. Mahkamah Majistret Kelas 1

Bidang kuasa mahkamah Malistret kelas 1 adalah kes Jenayah iaitu mendengar semua kes jenayah dan hukuman penjara yang boleh dijatuhkan ialah penjara tidak melebihi 10 tahun. Secara amnya, seorang Majistret Kelas 1 boleh menjatuhkan hukuman yang

No.Matrik 223092

Page | 8

GLUL3113 – UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

PLK-UUM

diperuntukkan undang-undang tidak melebihi 5 tahun penjara, denda sebanyak RM 10 000.00, rotan hingga 12 kali atau kombinasi mana-mana hukuman di atas. Bagi bidang kuasa sivil pula mahkamah boleh mendengar perkara yang dipertikaikan di mana jumlah tuntutan tidak melebihi RM 25,000.00.

B. Mahkamah Majistret Kelas 2

Bidang kuasa mahkamah ini adalah kes jenayah iaitu boleh mendengar kes-kes di mana hukuman penjaranya tidak melebihi 12 bulan atau denda sahaja. Boleh menjatuhkan hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang tidak melebihi 12 bulan penjara, denda sebanyak RM 250.00 atau kombinasi mana-mana hukuman di atas. Bidang kuasa sivil pula mahkamah boleh mendengar kes-kes yang tidak melebihi RM3000.00.

vi. Badan Pengadilan Lain. Bertujuan untuk menjaga keadilan masyarakat. Antara badan pengadilan ialah : 1) Pesuruhjaya Khas bagi Cukai Pendapatan 2) Badan tatatertib Majlis Peguam 3) Badan tatatertib Majlis Perubatan Malaysia 4) Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 5) Tribunal Pengguna 6) Tribunal Perumahan.

No.Matrik 223092

Page | 9

GLUL3113 – UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN 5.0

PLK-UUM

KONSEP DOKTRIN PEMISAHAN TUGAS Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, rakyatnya menerima dan

bersetuju untuk mematuhi perlembagaan persekutuan yang berdasarkan kepada model Westminster di mana terdapat jurang pemisah yang besar dari segi kuasa di antara tiga organ utama kerajaan yang dipanggil Badan Eksekutif, Badan Legislatif (Perundangan) dan Badan Kehakiman. Sudah pun diputuskan bahawa semua ini adalah ciri-ciri dasar atau tonggak atau prinsip-prinsip asas perlembagaan yang tidak boleh dipinda tanpa konsensus (persetujuan bersama) di peringkat kebangsaan. Mengenai fungsi pokok badan Eksekutif dapat dilihat beza kepentingan dari definisi yang diberikan dalam Walker's The Oxford Companion To Law (Page 449) : "Eksekutif adalah satu cabang pemerintahan sesuatu negara yang bertanggungjawab memastikan perlaksanaan polisi dan prinsip-prinsip dan keluhuran undang-undang dalam kes-kes bertentangan dengan badan legislatif yang fungsinya untuk membuat dan menentukan polisi dan mengubal undang-undang dan badan kehakiman yang fungsinya menyelesaikan pertelagahan mengenai makna dan pemakaian undangundang itu.' Di bawah artikel 39 perlembagaan, kuasa kedudukan Eksekutif di dalam Persekutuan diberikan kepada Yang di Pertuan Agong (YDPA) dan boleh digunakan olehnya atau oleh Kabinet atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Kabinet. Di dalam menggunakan kuasanya YDPA boleh bertindak sejajar dengan "nasihat" Kabinet atau seorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa Kabinet, kecuali jika sebaliknya yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Sungguh pun demikian, telah pun diputuskan bahawa YDPA tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya mengikut mana-mana nasihat. Nasihat yang diberikan mestilah berlandaskan undang-undang, mematuhi perlembagaan dan mesti dibuat demi

No.Matrik 223092

Page | 10

GLUL3113 – UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

PLK-UUM

kepentingan rakyat. Sebagai contohnya, YDPA sepatutnya tidak menerima "nasihat" Perdana Menteri untuk melantik bekas Peguam Negara sebagai Hakim Persekutuan, berdasarkan banyak dakwaan-dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang telah dilakukan oleh bekas Peguam Negara itu. Kuasa kedudukan Legislatif (Perundangan) di dalam persekutuan pula diberikan berdasarkan Artikel 44 di Parlimen yang terdiri dari YDPA dan dua dewan Parlimen. Dan akhir sekali Artikel 121 menyatakan bahawa kuasa Kehakiman di dalam Persekutuan perlu diberikan kepada dua Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa dan status yang diselaraskan dan mahkamah-mahkamah yang lebih rendah sebagaimana yang mungkin diperuntukkan oleh undang-undang Persekutuan. Badan perundangan berfungsi sebagai pembuat undang-undang dan meminda undang-undang yang sedia ada agar tidak ketinggalan zaman. Dengan kata lain, ia bertanggungjawab untuk membuat undang-undang yang akan dijalankan di sesebuah negara. Institusi ini juga mempunyai hak untuk mengemukakan sesuatu usul kepada kerajaan ataupun raja untuk dikemukakan pula kepada para hakim. Di samping itu, ia juga bertindak sebagai penyelia kepada badan eksekutif dan ia tidak boleh menyerap kuasanya kepada badan lain. Setiap organ kerajaan itu mempunyai fungsinya yang tersendiri dan kuasa dan setiap satunya memberikan penilaian dan keseimbangan terhadap kuasa yang digunakan oleh pihak yang satu lagi supaya sebarang keterlaluan Badan Eksekutif dan penyalahgunaan kuasa dapat disekat oleh Badan Kehakiman dan sebaliknya ketidakhematan Badan Kehakiman akan diuruskan oleh dua lagi organ kerajaan yang lain. Dari itu sebarang percubaan untuk mengurangkan fungsi atau kuasa mana-mana organ kerajaan melalui pindaan perlembagaan akan menyentuh ciri-ciri dasar perlembagaan itu. Pindaan kepada dasar perlembagaan yang penting itu hanya boleh dibenarkan melalui

No.Matrik 223092

Page | 11

GLUL3113 – UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

PLK-UUM

konsensus peringkat kebangsaan dan bukannya melalui mekanisme pindaan seperti yang diperuntukkan oleh Artikel 159. Seperti yang telah dianjurkan, terpulanglah kepada para hakim untuk mengisytiharkan pindaan tersebut sebagai melampaui semangat dan tujuan perlembagaan 1957 yang memperuntukkan bahawa kuasa kehakiman di dalam Persekutuan adalah diberikan kepada Badan kehakiman, satu dari tiga organ utama di dalam kerajaan. Pindaan artikel 121 tidak menyatakan kepada siapa diberikan kuasa kehakiman itu di dalam Persekutuan. Pindaan 1988 juga tidak menyebut tentang perkara ini. Namun demikian, dengan membaca bahagian IX dari perlembagaan secara keseluruhan, adalah diputuskan bahawa kuasa kehakiman masih diberikan kepada Badan Kehakiman dengan merujuk kepada sifat perlembagaan dan bahawa ianya berasaskan kepada model Westminster. Di Malaysia, boleh dikatakan semua anggota Eksekutif yakni kabinet adalah juga anggota Legislatif sama ada ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Jelas tiada pengasingan kuasa di sini. Pihak yang membuat undang-undang dan pihak yang melaksanakan adalah golongan yang sama. Dari sudut ini mudah bagi pemerintah yang menguasai badan legislatif untuk mengubal undang-undang yang ada kalanya memberi kepentingan peribadi mahupun kolektif kepada Eksekutif lebih lagi bila mempunyai sokongan lebih dari dua pertiga (2/3) ahli di kedua-dua Dewan. Misalnya kes Rang Undang-undang kenaikan gaji Perdana Menteri yang peningkatannya ada dipersoalkan oleh sesetengah golongan sedikit masa lalu.

No.Matrik 223092

Page | 12

GLUL3113 – UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN 6.0

KONSEP

KEBEBASAN

KEHAKIMAN

PLK-UUM BERLANDASKAN

PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Kebebasan kehakiman adalah asas kepada sistem pentadbiran undang-undang. Konsep kebebasan Kehakiman dengan mudahnya mengasingkan hubungan atau bidang tanggungjawab antara Badan Eksekutif dan Badan Legislatif (Perundangan). Di dalam kawasan masing-masing, setiap satunya bebas dalam menjalankan fungsi masing-masing yang tertakluk kepada beberapa pembatasan. Kebebasan kehakiman bukanlah semata-mata...


Similar Free PDFs