perkembangan komunikasi di malaysia DOCX

Title perkembangan komunikasi di malaysia
Author Nurul Shuhada
Pages 6
File Size 25.1 KB
File Type DOCX
Total Downloads 75
Total Views 155

Summary

1.0 PENGENALAN Komunikasi adalah dua proses penyampaian yang saling memahami antara satu sama lain, ia bukan sahaja berlaku hanya untuk menukar maklumat, berita, idea dan juga perasaan. Namun,ia turut mencipta dan membina makna. Realitinya, komunikasi mampu untuk menghubungkan manusia untuk mengenal...


Description

1.0 PENGENALAN Komunikasi adalah dua proses penyampaian yang saling memahami antara satu sama lain, ia bukan sahaja berlaku hanya untuk menukar maklumat, berita, idea dan juga perasaan. Namun,ia turut mencipta dan membina makna. Realitinya, komunikasi mampu untuk menghubungkan manusia untuk mengenali seseorang dengan lebih rapat. Menurut Weaver 1949, komunikasi adalah sesuatu perkara yang dapat menghasilkan sesuatu buah fikiran yang mana mampu mempengaruhi orang lain. Manakala, menurut Hovland 1952 pula, komunikasi merupakan proses seseorang individu untuk memberikan rangsangan untuk mengubah suai sikap seseorang individu kepada individu yang lain. Menurut Wood 2004 pula, komunikasi adalah proses yang sistematik di mana seseorang individu akan bertindak melalui simbol untuk menghasilkan makna. Melalui komunikasi, kita akan menghasilkan satu proses komunikasi sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Proses komunikasi ini melibatkan komunikator dan komunikan. Komunikator merupakan individu ataupun kelompok yang pertama memulakan komunikasi dengan kelompok yang lain. Manakala komunikan merupakan individu yang menerima maklumat yang disampaikan oleh komunikator. Dalam konteks ini, kita dapat lihat bahawa komunikator dan komunikan amat bergantung antara satu sama lain. Jika salah satu pihak ini tidak wujud, maka komunikasi yang ingin disampaikan tidak akan berjaya. Umum kita ketahui bahawa komuniasi memainkan peranan yang penting dalam mendapatkan maklumat. 90% perkara yang dilakukan oleh manusia adalah dengan berkomunikasi. Menurut Nobert Weiner, maklumat merupakan hasil daripada pertukaran idea dengan dunia luar. Sebenarnya komunikasi ini memperlukan proses penyesuaian diri untuk menerima dan menggunakan maklumat yang telah disampaikan kepada kita. Umumnya, manusia memang memerlukan maklumat yang 1...


Similar Free PDFs