PERKEMBANGAN DRAMA DI MALAYSIA DOCX

Title PERKEMBANGAN DRAMA DI MALAYSIA
Author Ali Rahim
Pages 8
File Size 153.5 KB
File Type DOCX
Total Downloads 168
Total Views 972

Summary

1.0 PENGENALAN Drama adalah karya sastera yang disusun untuk melukiskan hidup dan aktiviti menggunakan pelbagai tindakan, dialog dan permainan watak. Drama penuh dengan permainan lakonan dan watak yang mampu memukau penonton. Drama merupakan karya yang dirancang bagi pentas teater. Oleh yang demikia...


Description

1.0 PENGENALAN Drama adalah karya sastera yang disusun untuk melukiskan hidup dan aktiviti menggunakan pelbagai tindakan, dialog dan permainan watak. Drama penuh dengan permainan lakonan dan watak yang mampu memukau penonton. Drama merupakan karya yang dirancang bagi pentas teater. Oleh yang demikian, drama sangat mementingkan kreativiti serta unsur seni supaya drama yang dilakonkan itu dapat menarik perhatian penonton. (Endraswara 2003) 2.0 DEFINISI DRAMA Hashim Awang dalam Mohamad (2000) mendefinisikan drama sebagai jenis sastera yang tercipta untuk dipentaskan atau dilakonkan. Pelakon melakonkan aksi-aksi yang ditetapkan dan melafazkan dialog yang disediakan. Hal ini bertepatan dengan konsep drama moden yang memerlukan skrip untuk dihafal seterusnya dilafazkan dalam lakonan. Sharif Shaary dalam Mohammad (1994) pula menghuraikan, drama sebagai satu daripada genre kesusasteraan yang boleh berbentuk prosa atau puisi. Berbeza daripada novel dan cerpen, drama biasanya ditulis untuk teater, dan para pelakon mengambil alih peranan watak-watak yang memainkan aksi yang diarahkan dan melafazkan dialog iaitu skrip yang telah dihafal. Jelaslah, drama merupakan satu genre kesusasteraan yang dihasilkan dalam bentuk dialog bahasa prosa atau bahasa puisi. Drama yang menarik menyatukan seluruh unsur seni yang ada. Kejayaan drama bukan setakat bergantung pada aspek lakonan semata-mata, tetapi kuat bergantung kepada skrip drama itu sendiri. 3.0 SEJARAH DRAMA DI DUNIA Sejarah drama di dunia boleh dikatakan bermula pada zaman dunia purba iaitu pendidikan orang Athen semasa abad ke-5 berpandukan kesusasteraan, muzik dan lakonan fizikal. Kesusasteraan termasuklah membaca, menulis, ilmu kira- kira dan mendeklamasikan sajak, khususnya karya Homer. (Rahmah Bujang, 1991). Kemudian, datang pula zaman pertengahan. Semasa ini, pihak Gereja menentang habis-habisan drama yang melebihi batas. Pengharaman telah dikeluarkan oleh kerajaan Rom yang melarang persembahan teater bahkan mengancam dengan mengenakan hukuman yang dahsyat kepada para paderi kristian yang melayan pelakon. Terdapat tiga punca berlakunya bantahan ini iaitu 1...


Similar Free PDFs