PERKEMBANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS KEMERDEKAAN PDF

Title PERKEMBANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS KEMERDEKAAN
Pages 31
File Size 482.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 54
Total Views 158

Summary

AMSS5203 ISI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 03 2.0 SEJARAH KEWUJUDAN MAHKAMAH SYARIAH 06 2.1 Zaman Awal Perkembangan Islam 06 2.2 Zaman Kesultanan Melayu di Tanah Melayu 3.0 PERKEMBANGAN MAHKAMAH SYARIAH SEBELUM DAN SELEPAS KEMERDEKAAN 10 3.1 Perkembangan Sebelum Kemerdekaan 14 3.2 Perkembangan Selepas K...


Description

AMSS5203

ISI KANDUNGAN

1.0

PENDAHULUAN

03

2.0

SEJARAH KEWUJUDAN MAHKAMAH SYARIAH

06

2.1

Zaman Awal Perkembangan Islam

06

2.2

Zaman Kesultanan Melayu di Tanah Melayu

3.0

4.0

PERKEMBANGAN MAHKAMAH SYARIAH SEBELUM DAN SELEPAS KEMERDEKAAN

10

3.1 Perkembangan Sebelum Kemerdekaan

14

3.2 Perkembangan Selepas Kemerdekaan

18

PERANAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) DALAM MEMARTABATKAN MAHKAMAH SYARIAH

23

5.0

KESIMPULAN

28

6.0

PENUTUP

29

7.0

RUJUKAN

31

2

AMSS5203

PERKEMBANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS KEMERDEKAAN

1.0

PENDAHULUAN

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia (Allahmenyuruh) kamu menghukum dengan

adil.

Sesunguhnya

Allah

dengan

(suruhanNya)itu

memberi

pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar lagi sentiasa Melihat” (an-Nisaa : 58).

3

AMSS5203

“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (makan janganlah kamu terhalang dari menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran dengan sebab kamu bertimbang rasa) kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi) maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan” (an-Nisaa : 135).

“Wahai orang-orang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan” (alMaidah : 8).

Sesunguhnya benarlah kata-kata Allah SWT sebagaimana ayat-ayat di atas bahawanya keadilan itu adalah tuntutan syarak. Sesuatu keadilan tidak dapat ditegakkan tanpa institusi kehakiman maka menegakkan institusi kehakiman juga

4

AMSS5203

adalah tuntutan syarak kerana hukum syarak tidak dapat dihayati dan dilaksanakan sepenuhnya tanpa tertegaknya institusi ini. Bahkan jika kita menyorot sejarah silam di zaman Baginda Rasullah SAW juga pernah melantik Ali sebagai Qadhi di Yaman dan juga Muaz ibn Jabal. Begitulah seterusnya di zaman khalifah ar-Rashidin juga di zaman pemerintan kerajaan Islam Abasiyah dan Muawiyah juga ketika zaman kegemilangan pemerintah kerajaan Turki Othmaniyah. Namun begitu kegemilangan itu semakin pudar setelah kejatuhan kerajaan Turki Othmaniyyah. Hari ini melalui sistem undang-undang Islam, bidang kuasa Mahkamah Syariah disebut sebagai “al-wilayah” iaitu hak dan kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes. Oleh itu seandainya mahkamah tidak memiliki bidang kuasa itu maka mahkamah tidak boleh membuat sebarang keputusan terhadap mana-mana perbicaraan. Tambahan pula sistem perundangan di negara ini yang mengamalkan dualisme maka dengan ruang bidang kuasa ini secara asasnya ia tidak akan terlibat dalam konflik menentukan kuasa mendengar dan memutuskan sebarang kes. Dengan penetapan bidang kuasa yang tertentu dan khusus maka ianya dapat menentukan sebarang kes yang boleh dibicarakan samada di Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi ataupun Mahkamah Rayuan Syariah. Umumnya bidang kuasa yang dimiliki oleh Mahkamah-mahkamah Syariah di negara ini tidak banyak perbezaan berbanding zaman awal kemerdekaan. Namun begitu selari dengan perkembangan zaman, sistem Mahkamah Syariah telah mengalami perubahan yang positif dan semakin baik terutama dari segi takbir urus dan infratrukturnya. Dengan kewujudan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ianya semakin dilihat positif dan berwibawa dan menunjukan bahawa kerajaan memandang serius dalam usaha memartabatkan kedudukan sistem kehakiman syariah di Malaysia. Perlembagaan

Persekutuan

telah

memberi

kuasa

menggubal

dan

melaksanakan undang-undang Islam kepada Badan Perundangan Negeri. Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, akta undang-undang Islam akan diluluskan di Parlimen. Ianya menepati sebagaimana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Senarai II, Jadual Kesembilan. Walau pun begitu 5

AMSS5203

peruntukan tersebut hanya meliputi bidangkuasa Mal sahaja iaitu undang-undang yang merangkumi aspek-aspek seperti harta, nafkah dan perkara-perkara yang berbangkit daripadanya. Tetapi dalam bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah ianya tertakluk kepada sekatan peruntukan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah 1965) semakan 1988 yang memberi kuasa di dalam batas tertentu kepada Mahkamah Syariah dalam perkara jenayah. Kepelbagaian pemakaian dan kaedah undang-undang Islam yang dipakai dan ditadbirkan di Mahkamah Syariah bagi setiap negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan menimbulkan kesulitan yang ketara kearah penyelarasan satu sistem Pentadbiran Perundangan dan kehakiman Islam. Kerumitan-kerumitan inilah yang mendasari permasalahan pelaksanaan undang-undang Islam yang selaras dan seragam. Oleh itu suatu inisiatif telah, sedang dan sentiasa dilakukan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) untuk menangani punca-punca kebejatan persoalan ini serta merumuskan satu modul Perundangan Islam bagi diterima pakai oleh negeri-negeri di Malaysia secara keseluruhanya.

2.0

SEJARAH KEWUJUDAN MAHKAMAH SYARIAH

2.1

Zaman Awal Perkembangan Islam Sejarah perundangan dan kehakiman telah wujud sejak zaman Rasulullah

SAW lagi. Rasulullah SAW telah diutus oleh Allah SWT untuk menjadi Nabi dan Rasul, menjadi rahmat untuk sekelian alam, menjadi pemimpin dan ikutan, menjadi contoh dan teladan, menjadi pemerintah dan hakim demikianlah seterusnya. Baginda Rasulullah SAW merupakan ketua pemerintah, pentadbir dan pelaksanan bagi kerajaan Islam yang pertama di Madinah. Pada masa yang sama beliau juga merupakan ketua bagi institusi kehakiman Islam. Baginda SAW merupakan hakim tertinggi dan rujukan terakhir dalam bidang kehakiman. Baginda SAW telah memutuskan kes dan menyelesaikan pertikaian berdasarkan undang-undang Islam. Terdapat banyak contoh kes yang telah diputuskan oleh Baginda Rasulullah SAW dalam pelbagai aspek. Antaranya yang berhubung dengan harta pusaka, nikah, cerai, khuluk, rujuk, nafkah, penjagaan anak, hudud dan qisas. Namun Rasulullah SAW 6

AMSS5203

menghakimi sesuatu kes itu bukanlah dalam bentuk sebagaimana kewujudan sistem dan infratruktur perundangan seperti sekarang namun ini tidaklah bermakna bahawa prinsip keadilan dan mahkamah itu tidak boleh dipraktikkan ketika itu. Sebagai contoh pernah Rasulullah SAW mengadakan perbicaraan di masjid seperti yang terjadi dalam kes Safuan bin Ummayyah yang telah menjadi mangsa kecurian. Selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW makan bermulalah zaman Khulafa Al-Rasyidin iaitu zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar RA, Umar RA, Uthman RA dan Ali RA. Sewaktu pemerintahan Saidina Abu Bakar RA beliau telah melantik Saidina Umar al-Khatab RA sebagai hakim di Madinah. Walaupun Khalifah Abu Bakar RA telah melantik Saidina Umar RA sebagai hakim beliau tetap juga memegang jawatan sebagai ketua hakim disamping menjadi ketua pentadbir dan kerajaan. Disamping bertugas sebagai hakim Khalifah Abu Bakar RA juga menggubal undang-undang yang tidak bercanggah dengan wahyu Allah SWT kerana beliau adalah merupakan seorang mujtahid yang berwibawa dan berkemampuan untuk berijtihad dan menerangkan kehendak wahyu. Namun begitu pada zaman saidina Abu Bakar RA kewujudan infratruktur fizikal mahkamah masih juga belum terlaksana. Selepas wafatnya Saidina Abu Bakar RA pengantinya Saidina Umar Al-Khattab RA telah memperkenalkan sistem pentadbiran yang memisahkan kuasa pentadbiran dan kehakiman. Ianya dilaksanakan bertujuan bagi menjamin pentadbiran kehakiman utuh dan berwibawa di samping menjauhkan fitnah serta ketidakyakinan rakyat dan melicinkan pentadbiran. Namun begitu kewujudan infratruktur fizikal perundangan dan kehakiman masih belum wujud. Khalifah yang ketiga Saidina Uthman bin Affan RA masih juga meneruskan perlaksanaan sistem kehakiman dan perundangan yang dilaksanakan oleh khalifah terdahulu. Kaedah pengadilan Khalifah Uthman sama seperti kaedah yang digunakan khalifah terdahulu iaitu dengan merujuk kepada al-Quran, al-Sunnah, hukuman yang telah dijatuhkan oleh khalifah terdahulu dan akhirnya beliau akan merujuk kepada sahabat-sahabat yang ada dengan mengadakan perbincangan dan musyawarah dengan mereka. Beliau menjadi ketua institusi kehakiman dan rujukan terakhir dalam pentadbiran undang-undang dan kehakiman. Sewaktu zaman pemerintahan Khalifah Uthman RA beliau telah mewujudkan bangunan khas untuk dijadikan mahkamah bagi membicarakan kes dan beliau merupakan pemimpin pertama di awal perkembangan 7

AMSS5203

Islam yang melakukan perubahan tersebut. Selepas kewafatan Saidina Uthman RA beliau telah digantikan oleh Saidina Ali RA yang merupaka seorang yang sangat berpengaruh dan alim. Jika dilihat dari aspek kehakiman beliau adalah merupakan seorang yang sangat berpengalaman. Semasa zaman Rasulullah SAW beliau pernah dilantik sebagai hakim di Yaman dalam usia yang masih muda. Beliau juga merupakan ketua institusi kehakiman dan rujukan terakhir dalam pentadbiran undangundang dan kehakiman. Pada zaman ini Saidina Ali RA kedudukan hakim telah diutamakan dari segi pemilihan yang ketat dan para hakim diberi gaji yang sesuai dan taraf kedudukan mereka dijaga.

Kewujudan sistem perundangan dan kehakiman

berkembang dengan begitu baik di mana mahkamah mula diwujudkan secara tersusun. Seterusnya perlaksanaan sistem kehakiman pada zaman pemerintahan Bani Ummaiyyah pada tahun 41 hingga 132 Hijrah adalah merupakan kesinambungan daripada sistem kehakiman yang wujud pada zaman pemerintahan Khulafa alRasyidin. Pada zaman ini diperkenalkan catatan hukuman agar dapat dipastikan yang ia tepat dan tidak dipertikaikan. Orang yang mula-mula mencatatkan hukuman ini ialah Kadi di Mesir iaitu Salim bin Atar. Mahkamah turut berfungsi dengan lebih berkesan yang mempunyai bidang kuasa istimewa. Ia diketuai oleh khalifah untuk memastikan undang-undang dihormati dan keadilan ditegakkan. Sebagai contoh Khalifah Abdul Aziz telah menggunakan mahkamah ini untuk mengembalikan hak orang yanag telah dizalimi oleh keluarga Bani Ummaiyyah yang Mahkamah Kadi telah gagal melakukannya. Keruntuhan kerajaan Bani Ummaiyyah telah diganti oleh empayar Bani Abbasiyyah pada tahun 132 Hijrah hingga 650 Hijrah. Pada waktu ini kehakiman Islam merupakan sebuah institusi penting dalam mentadbir keadilan dan undangundang telah menerima pengaruh yang baik dan menggalakkan. Ijtihad telah memainkan

peranan

penting

dalam

institusi

kehakiman

semenjak

diawal

pemerintahan Bani Abbasiyyah ini. Institusi kehakiman pada zaman ini terpisah daripada institusi khalifah dan pentadbiran. Pemisahan kuasa ini semakin jelas dengan perlantikan jawatan kadi al-qudah. Kadi pada zaman ini telah memakai pakaian khas yang merupakan pakaian rasmi mereka untuk membezakan mereka daripada ulama dan orang ramai. Mereka juga mempunyai mohor yang khusus digunakan dalam surat 8

AMSS5203

menyurat di samping mempunyai kerani yang bertugas mencatat dan menulis seperti seperti yang diarahkan oleh kadi dan pengawal yang sentiasa berkawal dan berwaspada. Di mahkamah, kadi mempunyai pegawai yang cukup untuk membantunya seperti pencatat perbicaraan, penjaga pintu mahkamah, pegawai yang bertugas membawa masuk, keluar dan mengawal orang yang dituduh agar tidak melarikan diri. Perbicaraan tidak lagi diadakan di masjid tetapi di kawasan atau bangunan yang luas dan lapang dan perbicaraan boleh dihari oleh orang awam. Setelah berakhirnya kerajaan Bani Abbasiyyah sistem kehakimannya yang dibina berdasarkan pentadbiran kehakiman pada zaman sebelumnya terus diwarisi dan diamalkan oleh negara-negara Islam lain kemudiannya. Namun apabila negara-negara Islam mula lemah maka kedudukan mahkamah dan hakimnya turut lemah dan undang-undang Islam mula dipinggirkan. Bidangkuasa mahkamah Islam yang mentadbir undang-undang Islam mula menjadi kecil akibat kelemahan negara-negara Islam sendiri. Kedatangan penjajah barat telah banyak mempengaruhi struktur kehakiman sesebuah negara sehingga melemahkan kedudukan Mahkamah Syariah. Sebagai contoh negara Mesir sewaktu ketika dahulu di bawah naungan Khalifah Usmaniyyan pada tahun 1876 Masihi telah mempunyai lima badan kehakiman yang mana pada asalnya hanya terdapat satu sahaja untuk mentadbir undang-undang yang berbeza iaitu: 1.

Mahkamah Syariah, mentadbir dan melaksanakan hukum yang bersumberkan fiqh Islam.

2. Mahkamah Nizamiyyah, yang mula didirikan pada tahun 1875 Masihi. Mahkamah ini mentadbir dan melaksanakan undang-undang yang berasal daripada undang-undang asing. 3. Mahkamah Ahliyyah, yang melaksanakan dan mentadbir undangundang yang diambil daripada undang-undang Perancis dan dipinda mengikut undang-undang Itali. 4. Mahkamah Milli ( Agama) yang mengendalikan kes untuk orang Mesir yang bukan beragama Islam

9

AMSS5203

2.2

Zaman Kesultanan Melayu di Tanah Melayu Menyoroti sejarah terdapat pandangan sebahagian sejarawan bahawa Islam

mula bertapak di Tanah Melayu seawal kurun ke 8. Kedatangan Islam ini telah mengubah cara hidup bermasyarakat penduduk Tanah Melayu termasuklah dari aspek perundangan. Ianya dapat dilihat pada zaman kegemilangan Islam di Tanah Melayu sewaktu pemerintahan Sultan Mansor Shah di Melaka (1459-1477M). Jika dianalisa sejarah ini ianya dapat menunjukan bahawa zaman Kesultanan Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan pelaksanaan undang-undang Islam dan penubuhan Mahkamah Syariah di Tanah Melayu. Ini kerana pada zaman tersebut bermulanya proses Islamisasi dengan kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Sebilangan pengkaji pula membuat rumusan bahawa agama Islam dibawa oleh saudagar-saudagar Arab dan India ke Tanah Melayu seawal kurun ke-8. Di antara kurun ke- 12 dan ke15 agama Islam sudah menapak dan terbentuk di Tanah Melayu. Proses Islamisasi di Nusantara boleh dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama dinamakan sebagai fasa penyesuaian atau perubahan yang bermula sekitar tahun 1200-1400. Fasa kedua juga dinamakan sebagai penyesuaian dari segi spirit atau jiwa yang membawa kepada ilmu tasawuf, mistik dan juga kalam (1400-1700). Akhir sekali fasa ketiga yang melihat kesinambungan antara fasa pertama dan kedua dan pada masa yang sama kedatangan penjajahan Barat ke Asia Tenggara. Menurut Profesor Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka kira-kira pada tahun 812 Hijrah bersamaan 1409 Masihi. Melaka merupakan institusi kesultanan Melayu Islam pertama di Semenanjung Malaysia. Parameswara memeluk Islam dan telah menukar namanya kepada Sultan Iskandar Shah. Baginda diislamkan oleh pendakwah dari Jeddah bernama Sayyid Abd Aziz. Islam bertapak kuat pada zaman Sultan Mansor Shah di Melaka pada tahun 1459-1477 Masihi. Malah zaman itu digelar zaman kegemilangan Islam di Tanah Melayu dan pada masa yang sama berlaku keruntuhan kerajaan Hindu di Jawa. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka Islam berada di puncak kegemilangan yang melihat faktor agama membawa kepada kedatangan pedagang Arab dan India untuk membuat urusan perdagangan di Melaka. Dari segi perundangan juga Undang-undang Islam adalah undang-undang yang terpakai pada zaman itu. Mazhab Syafi’i pula amat berpengaruh sehinggalah ia

10

AMSS5203

menjadi mazhab rasmi kerajaan Islam di rantau ini sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Undang-undang Islam berdasarkan pendapat mazhab ini juga telah dikanunkan, ia menjadi undang-undang negara dan dilaksanakan. Sejarah melalui catatannya juga telah membuktikan bahawa undang-undang Islam telah dijadikan sumber utama perundangan ketika zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511M). Mengambil kira Islam mula bertapak di Melaka pada kurun ke 12 maka bermulalah era perundangan Islam apabila raja-raja dan pembesar negeri memeluk Islam. Ianya dibuktikan dengan penemuan Risalah Hukum Kanun, Undang-undang Melaka dan Undang-undang Pahang yang telah wujud ketika itu. Memetik kata-kata Hakim Edmon JC dalam kes Shaik Abdul Latif, dll lwn Shaik Elia Bux, “Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, undang-undang Islam adalah undang-undang yang diterima pakai di negara ini ketika itu. Mazhab yang diikuti adalah Mazhab Syafie” dan “Undang-undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi undangundang tempatan & undang-undang negara” (Kes Ramah lwn Laton – Mahkamah Rayuan Negeri Melayu Bersekutu (1927) 6FMSLR 128). Hukum Kanun Melaka yang diselenggarakan oleh Dr. Ph.S. Ronkel mengandungi 27 fasal, manakala Kitab Undang-undang Melaka dari Muzium British mengandungi 44 fasal dan Undang-undang Melaka yang diselenggara oleh Liaw Yock Fang mengandungi 44 fasal. Teks ini telah dikaji dan diteliti dan kesimpulannya Undang-undang Kanun Melaka ini pada keseluruhannya berdasarkan undang-undang Islam menurut mazhab Syafi’i. Walau bagaimana pun tidak dinafikan bahawa terdapat juga unsur-unsur adat Melayu yang wujud di dalam undang-undang ini. Walaupun peruntukan dalam Kanun Melaka ini terhad tetapi ia meliputi bidang yang luas termasuk jenayah, mua’malah, keluarga, acara, keterangan, adab al-kadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan terhadap orangorang yang dibuktikan melakukan kesalahan adalah dalam bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir. Antara bukti mazhab Syafi’I dijadikan asas kepada kanun ini ialah Undang-undang Kanun Melaka telah memperuntukkan hukuman qisas dalam fasal 5(1), 5(3), 8(2), 8(3) dan 39. Fasal –fasal ini antaranya mengenai pembunuhan yang sengaja dilakukan oleh orang Islam ke atas orang kafir, orang merdeka ke atas hamba dan bapa ke atas anaknya di mana hukuman qisas tidak dijatuhkan terhadap pesalah tersebut. Terdapat banyak lagi peruntukan dalam Undang-undang Kanun Melaka yang selaras dengan pandangan mazhab Syafi’i seperti hukuman hudud, hukuman 11

AMSS5203

mati terhadap murtad, hukuman sebat ke atas peminum arak, bab jual beli, perkahwinan dan sebagainya. Selain Melaka, terdapat beberapa buah negeri yang melaksanakan undangundang Islam yang dipengaruhi oleh Undang-undang Melaka sama ada secara langsung atau tidak langsung seperti Hukum Kanun Pahang yang ditulis pada masa pemerintahan Sultan Abdul Ghafur al- Muhaiyudin ( 1592-1614) yang mengandungi 93 fasal, Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Pahang, Undang-undang Sungai Ujong dan sebagainya. Struktur Pentadbiran dan Perundangan Islam Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511)

Sultan

Mahkamah Balai

Ulama /Kadi : Penasihat Balai

Bendahara

Temenggong

Laksamana

Syahbandar Bandar

Sebagaimana struktur rajah di atas ianya menunjukkan bahawa Sultan adalah legislatif, eksekutif dan mahkamah. Kedudukan ini adalah sama dengan pemerintahan secara monarki yang diasaskan oleh Kerajaan Bani Ummayyah dahulu. Mahkamah Balai adalah Mahkamah Syariah yang berasaskan kepada Hukum Kanun Melaka dan ju...


Similar Free PDFs