Politik Sebelum Merdeka dan Etnik di Malaysia.pdf PDF

Title Politik Sebelum Merdeka dan Etnik di Malaysia.pdf
Pages 24
File Size 1.1 MB
File Type PDF
Total Downloads 515
Total Views 911

Summary

MPU3113/JAN2017 OUM Business School JANUARI 2017 MPU3113 HUBUNGAN ETNIK NAMA : MOHD FAIZAL BIN CHE OMAR NO. MATRIKULASI : xxxx NO. KAD PENGNEALAN : xxxx NO. TELEFON : xxxx E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : SUNGAI PETANI 1 Senarai Kandungan 1.0 PENGENALAN ...............................


Description

MPU3113/JAN2017

OUM Business School

JANUARI 2017

MPU3113 HUBUNGAN ETNIK

NAMA

:

MOHD FAIZAL BIN CHE OMAR

NO. MATRIKULASI

:

xxxx

NO. KAD PENGNEALAN

:

xxxx

NO. TELEFON

:

xxxx

E-MEL

:

[email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN

:

SUNGAI PETANI

1

Senarai Kandungan 1.0

PENGENALAN ................................................................................................................................ 2

Etnik dan Politik ....................................................................................................................................... 2 2.0

PENUBUHAN PARTI POLITIK SEBELUM MERDEKA............................................................. 4

Parti Kebangsaan Melayu Malaya – PKMM ............................................................................................ 4 United Malays National Organization – UMNO ...................................................................................... 6 Malaysian Chinese Association – MCA ................................................................................................... 7 Parti Perikatan – Barisan Nasional............................................................................................................ 9 3.0

PARTI PERIKATAN – PARTI PELBAGAI ETNIK .................................................................... 11

Sejarah Penubuhan .................................................................................................................................. 11 Keanggotaan ........................................................................................................................................... 12 Dasar Parti............................................................................................................................................... 13 Menifesto Pilihanraya ............................................................................................................................. 14 4.0

PROGRAM-PROGRAM PARTI PERIKATAN – KEARAH BARISAN NASIONAL ............... 16

Konvensyen Kebangsaan ........................................................................................................................ 16 Dasar Ekonomi Baru – DEB ................................................................................................................... 16 Rukun Negara ......................................................................................................................................... 17 Wawasan 2020 ........................................................................................................................................ 17 5.0

LANGKAH KE ARAH PERPADUAN ......................................................................................... 19

Melalui Dasar Perjuangan Parti .............................................................................................................. 19 Manifesto Menjadi Realiti ...................................................................................................................... 19 Program-program Parti ........................................................................................................................... 20 Peranan Media Masa dan Media Sosial .................................................................................................. 20 6.0

KESIMPULAN ............................................................................................................................... 21

RUJUKAN ..................................................................................................................................................... 22

2

PARTI POLITIK DAN KEPELBAGAIAN ETNIK 1.0

PENGENALAN

Pembentukan parti-parti politik di Malaysia adalah unik dan menarik. Hal ini kerana pembentukan parti-parti politik berkenaan yang menjurus pada etnik tertentu. Elemen etnik diletakkan sebagai prasyarat utama dalam pembentukan sesebuah parti politik untuk dibentuk. Disebabkan kepelbagaian etnik ini, maka parti-parti politik yang sememangnya berteraskan etnik ini, bergabung, demi mewujudkan integrasi antara kaum dalam urusan mentadbir negara. Agihan kuasa serta kerjasama yang dimainkan oleh setiap parti yang bergabung ini, berjaya memacu kejayaan negara hingga ke hari ini. Contoh yang mudah untuk dilihat adalah Parti Berikat, yang akhirnya menjadi Parti Barisan Nasional. Namun, sejauh manakah integrasi antara etnik ini bertahan? Bagaimanakah perpaduan dan integrasi dikalangan rakyat dapat dipupuk memalui parti politik yang berteraskan etnik ini? Tugasan ini akan membincangkan mengenai parti-parti politik dalam Malaysia, yang ujud sebelum merdeka, serta sejarah, struktur, serta sumbangan ke arah memupuk perpaduan dan integrasi dikalangan rakyat yang mempunyai kepelbagaian etnik ini. Etnik dan Politik Konsep masyarakat adalah perkara paling penting dalam usaha untuk memahami pengertian etnik dan juga politik. Kamus Dewan (2005) memberi definisi masyarakat sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan peraturan dan cara tertentu. Hamidah, Norlin, & Shah Rollah, (2009) pula menyatakan, masyarakat adalah sekumpulan manusia yang hidup bersama, saling berhubungan dan bekerjasama, mempunyai kesatuan sosial, serta sentiasa membina kebudayaan. Dari pengertian di atas, boleh disimpulkan, masyarakat adalah perkongsian dalam hampir segala elemen kehidupan manusia dalam suatu kumpulan yang bersifat saling memerlukan antara satu sama lain. Jika dilihat pada maksud etnik pula, ia adalah konsep yang digunakan untuk merujuk pada kelompok manusia yang mempunyai ciri-ciri distingtif tertentu, misalnya agama, bahasa, budaya

3

atau asal usul kebangsaan (Abdullah, 2014). Kumpulan etnik yang sama berkongsi adat, bahasa, pakaian tradisional, makanan dan mempunyai hubungan sosial sesama mereka (Hamidah et al., 2009). Perkongsian nilai telah menghasilkan identiti etnik tertentu yang secara tidak langsung membahagikan masyarakat dengan kumpulan etnik yang berbeza. Politik pula, secara mudah boleh difahamkan sebagai suatu proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan (Wikipedia, n.d.-d). Perkataan politik berasal daripada perkataan Latin ‘politicus’ dan bahasa Yunani, ‘politicos’ yang bermaksud sesuatu yang berhubung dengan warganegara atau warga kota. Ia berasal daripada perkataan ‘polis’ yang bermaksud kota (Maruwiyah, n.d.). Parti politik ialah suatu pertubuhan politik di mana ahlinya mempunyai ideologi serta agendanya yang tersendiri. Matlamat utama ialah untuk membentuk kerajaan, supaya ideologi mereka boleh dijadikan dasar kerajaan dan diamalkan oleh rakyat jelata. Oleh itu ahli-ahli parti politik biasanya akan bertanding di dalam pilihan raya. (Wikipedia, n.d.-c). Petikan di atas memberikan maksud sebenar pada pengertian kumpulan politik, atau parti politik. Mereka yang menjadi pemimpin dalam parti yang memenangi pilihan raya, akan menjadi pemimpin dalam kerajaan, dan seterusnya menjadi pemerintah dalam sesebuah negara. Berdasarkan semua hujah-hujah dalam sub-topik ini, kesimpulannya kita boleh memahami bahawa kehidupan bermasyarakat di Malaysia memiliki berlainan etnik, dan dipimpin oleh parti politik yang membentuk kerajaan. Maka dengan populasi pelbagai etnik dalam masyarakat majmuk di negara kita, dan diperintah serta dipimpin oleh pemimpin dari parti politik berteraskan etnik, maka integrasi antara etnik perlu disemarakkan dan disepadukan antara masyarakat.

4

2.0

PENUBUHAN PARTI POLITIK SEBELUM MERDEKA

Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, secara rasminya pada 31 Ogos 1957. Pada tarikh ini, Malaysia mencapai kemerdekaan sepenuhnya secara rasmi dari penjajahan selama 4 abad. Proses untuk mencapai kemerdekaan ini adalah suatu laluan sukar, yang didalamnya terdapat kesulitan, keperitan, usaha-usaha yang tidak pernah mengenal jemu, pengkhianatan, dan pelbagai lagi kesengsaraan, sehinggalah menemui kenikmatan hidup dalam kemerdekaan yang hakiki. Namun, semua ini bermula dari cebisan hati umat manusia yang dahagakan hidup yang bebas, tidak dikongkong oleh penjajah, dan semangat nasionalisme yang tinggi. Gerakan untuk memerdekakan tanah Melayu ini bermula lebih lama lagi, sejak zaman kesultanan Melaka, sehinggalah ke zaman moden di abad ke-20. Orang-orang melayu berkumpul, dan membentuk kumpulan-kumpulan kecil, dan akhirnya menjadi satu kumpulan yang besar, dalam usaha untuk menentang penjajahan. Gerakan nasionalisme bermula melalui kebangkitan semangat perjuangan Melayu, atau semangat Kebangsaan Melayu selepas perang dunia ke dua tamat pada 1945 (BERNAMA, n.d.; Zainal Abidin, 1978). Kumpulan-kumpulan besar ini telah membentuk parti-parti politik dengan tujuan-tujuan khusus dalam usaha untuk menentang Gagasan Malayan Union, dan diikuti dengan kemerdekaan tanah Melayu. Sub-topik berikutnya akan membincangkan mengenai sejarah penubuhan beberapa parti politik sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Parti Kebangsaan Melayu Malaya – PKMM “Partai Kebangsaan Melayu Malaya telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 ketika Tanah Melayu sedang diamuk badai pekelahian antara Cina dan Melayu dan pada waktu Kesatuan Malayanya yakni Malayan Union” (Ahmat, 2001). Ahmad Boestamam dan Mokhtaruddin Lasso, Presiden pertamanya, adalah antara nama penting yang sentiasa berkisar mengenai penubuhan PKMM. Menurut catatan di laman sesawang Hari Ini Dalam Sejarah (Arkib Negara Malaysia, n.d.), parti ini ditubuhkan hasil persetujuan dua kumpulan pemuda iaitu golongan Ahmad Boestaman yang berfahaman kebangsaan dan golongan Mokhtarudin Lasso yang terdiri daripada kumpulan MPAJA yang berfahaman komunis. Terdapat beberapa penulisan yang menyentuh tentang pergerakan PKMM, namun sangat sedikit yang menceritakan secara terperinci tentang latar belakang serta sejarah penubuhan parti ini.

5

Kongres pertama mereka diadakan di Ipoh, Perak pada 30 November hingga 30 Disember 1945. Sebulan selepas kelahirannya, PKMM telah menubuhkan beberapa cawangan di beberapa buah negeri iaitu di Pulau Pinang, Perlis, Selangor, Melaka dan Singapura. PKMM menyebarkan pengaruhnya melalui akhbar-akhbar hariannya iaitu Suara Rakyat, Pelita Malaya dan Semboyan Baharu dan terbitan bulanan iaitu majalah Berjuang dan Voice of the People. Perjuangan PKMM yang berasaskan semangat kebangsaan ini, terutama dengan laungan ‘takkan Melayu hilang didunia’ dan ‘dari runtuhan Kota Melaka, kita bina Jiwa Merdeka’ oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy, begitu terkesan dikalangan anak-anak muda di negeri Perak. Tercatat dalam buku Politik Suara Rakyat (Ishak, 2013), cawangan PKMM pertama ditubuhkan adalah di Simpang Ampat, Kampar, Perak. Kemudian diikuti pula penubuhan di beberapa cawangan lain di Perak. Antara cawangan yang paling aktif adalah Sitiawan dan Pasir Panjang. Di sini terdapat untuk melatih pemuda-pemuda API1 sebagai persediaan menentang penjajah British. Mereka dilatih dan ditanamkan dengan semangat perjuangan kebangsaan Melayu dan juga latihan perbarisan dan berkawad kaki. Bagaimanapun setelah Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Al-Helmy telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua. PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan pada bulan Disember 1947. Ishak Haji Muhammad dilantik sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme (Wikipedia, n.d.-a). Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Penjajah British. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam

1

API adalah akronim kepada Angkatan Pemuda Insaf, merupakan cawangan pemuda kepada PKMM, dan dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Cawangan pemudi pula dipimpin oleh Shamsiah Fakeh, dengan nama Angkatan Wanita Sedar, atau AWAS. Bagaimanapun Ahmad Boestamam telah dapat merenggangkan API dari PKMM di bawah Mokhtaruddin Lasso dan pengaruh komunisme serta mengeluarkan manifesto yang berasingan dari PKMM (Ishak, 2010).

6

bendera UMNO dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya. Akhirnya, badan-badan yang 'berhaluan kiri' (menentang Inggeris) meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal 'berhaluan kanan', yang lebih mesra Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar. United Malays National Organization – UMNO Pada peringkat awal dalam usaha menentang Malaysan Union, orang Melayu telah bersatu padu melalui persatuan dan parti politik yang mereka sertai. Dalam Kongres Melayu Semalaya yang diadakan pada 11 Mei 1946 di Johor Bharu, PKMM yang merupakan parti politik terulung di masa itu, juga telah turut serta, dan disinilah tertubuhnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, atau United Malays National Organization - UMNO. Tidak lama selepas itu, berlaku pertikaian tentang bendera UMNO pada persidangan UMNO di Ipoh Perak, dan menyebabkan PKMM keluar dari UMNO. Namun bukan itu sahaja yang menjadi penyebabnya, matlamat serta perjuangan UMNO juga menjadi pertikaian PKMM, dan terdapat hal-hal yang lebih mendalam lagi yang menjadi punca perpecahan (Zainal Abidin, 1978). Sebelum semua ini bermula di Johor, satu perhimpunan besar-besaran yang pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor2 pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946, bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur (Nurul Huda, 2015). Seramai 41 Pertubuhanpertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing. Di dalam kongres ini, Dato Onn telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Antara usul yang diluluskan adalah menubuhkan Pertubuhan 2

27-1-1946, mesyuarat jawatankuasa Persatuan Melayu Selangor telah membuat keputusan membantah pembentukan Malayan Union. Dalam mesyuarat tersebut Persatuan Melayu Selangor telah bersetuju menghantar kawat kepada Perdana Menteri British di London untuk membantah pembentukan Malayan Union yang dicadangkan oleh kertas Putih Kerajaan British serta perjanjian yang telah diperbuat oleh kerajaan British dengan Raja-Raja Melayu.

7

Kebangsaan Melayu Bersatu, yang akhirnya telah membawa kepada penubuhan UMNO secara rasmi di Johor. Dato Onn adalah perwakilan dari Persatuan Melayu Johor. Dalam kongres ini juga, satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak. Tujuan penubuhan UMNO ialah untuk memelihara kepentingan, memaju dan memperbaiki keadaan orang Melayu. UMNO yang merupakan pertubuhan politik lantang menyuarakan penentangan terhadap Malayan Union dengan mengadakan rapat umum di seluruh negara bagi menentang rancangan kerajaan British itu. Orang Melayu terus memberi sokongan kepada UMNO sehingga Parlimen British menyedarinya. UMNO telah mendapat sambutan padu daripada semua negeri dan mempunyai 39 bahagian menjelang tahun 1951. Dalam masa yang singkat, UMNO telah menjadi parti politik berhaluan kanan terbesar dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. (Thukiman & Zaini, 1982) UMNO juga hanya menerima keahlian dari kalangan orang-orang Melayu dan penduduk asal Tanah Melayu atau Bumiputera. Presiden pertama UMNO adalah Dato Onn sendiri, yang akhirnya meletakkan jawatan akibat krisis dalaman berkaitan cadangan beliau untuk membuka keahlian UMNO kepada bukan Bumiputera. Tunku Abdul Rahman, seorang kerabat diraja Kedah telah menggantikan beliau sebagai Presiden UMNO kedua, yang akhirnya berjaya membawa Malaya kepada kemerdekaan, dan menjadi Perdana Menteri Malaya yang pertama. UMNO sehingga kini masih menjadi tonggak kepada parti-parti politik yang memerintah negara Malaysia. Malaysian Chinese Association – MCA Sebelum Perang Dunia II, komuniti Cina Malaya mempunyai kesedaran politik tempatan yang agak rendah. Gejala ini berpunca daripada orang Cina Malaya ketika itu masih menganggap China negara mereka. Komuniti Cina masa itu masih berpegang kepada konsep tradisional dengan golongan peniaga diberi status yang tinggi. Namun, struktur kepimpinan komuniti Cina telah berubah selepas parti politik MCA ditubuhkan pada tahun 1949 dan bermulanya gerakan menuntut kemerdekaan Malaya.

8

Penubuhan Persatuan Cina Malaya melibatkan banyak tokoh dan pemimpin – pemimpin masyarakat Cina seperti Tan Cheng Lock, H.S. Lee, Yong Shook Lin dan Leong Yew Koh. Dalam penulisan Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu pada 2011,

Thock Ker Pong ada

menyebut tentang penubuhan MCA adalah usaha H.S.Lee, selepas Pesuruhjaya Tinggi, Sir Henry Gurney menemui dan memujuk beliau untuk menubuhkan sebuah parti politik orang Cina. Namun terdapat juga sarjana lain yang menyatakan bahawa idea asal untuk menubuhkan MCA adalah dari Tan Cheng Lock ketika beliau berada di India (Oong, 2000). Oong juga turut menulis sebuah artikel yang panjang mengenai usaha-usaha Tan Cheng Lock dalam mengasaskan MCA. Oong juga turut membahaskan sebuah penulisan tesis pelajar Sarjana Muda yang menggunakan sumber premier dalam menulis mengenai H.S Lee serta sumbangannya dalam mengasaskan MCA. “Penubuhannya adalah hasil daripada perjumpaan seramai 300 orang perwakilan Cina dari seluruh Persekutuan Tanah Melayu kecuali Kelantan di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur. Di perhimpunan tersebut, para perwakilan telah memilih 100 orang ahli jawatankuasa pusat dan wakil negeri-negeri. Jawatankuasa pusat dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock, Encik Yong Shook Lin dan Encik Leong Chung Lin sebagai Setiausaha Bersama. Bendahari disandang oleh Encik Khoo Teik Ee. Antara jawatankuasa kecil yang dibentuk ialah Jawatankuasa Kecil Perundangan, Jawatankuasa Kecil Kebajikan, Jawatankuasa Kecil Kewangan dan Jawatankuasa Kecil Publisiti.” (Hari ini Dalam Sejarah - Arkib Negara, n.d.) Di dalam perjumpaan itu juga, para perwakilan telah bersetuju memilih Kuala Lumpur sebagai ibu pejabat MCA. Di antara matlamat penubuhan MCA ialah: • Untuk merapatkan hubungan dikalangan masyarakat Cina dengan masyarakat lain di Tanah Melayu berasaskan semangat muhibah, persefahaman dan kerjasama. • Menyatukan orang-orang Cina untuk menentang komunis serta memberi gambaran kepada masyarakat iaitu bukan semua orang Cina berfahaman komunis • Untuk menguatkan persatuan dengan tujuan menjadikan MCA sebagai wakil orang-orang Cina dengan kerajaan Inggeris.

9

Pada 12 Jun 1949, perlembagaan pertama MCA telah diluluskan. Di peringkat awal penubuhannya, MCA lebih mirip kepada pertubuhan kebajikan. Namun pada tahun 1952, MCA telah menjadi sebuah pertubuhan politik dan telah dapat menyatukan orang-orang Cina serta memenuhi kekosongan politik di Tanah Melayu. (Hari ini Dalam Sejarah - Arkib Negara, n.d.) Parti Perikatan – Barisan Nasional Sebuah lagi parti politik besar, yang ditubuhkan hasil gabungan 2 parti politik pada awalnya, iaitu antara UMNO dan MCA. Parti Perikatan memulakan eksperimen gabungan mereka dalam pilihanraya Maj...


Similar Free PDFs