FAKTOR DAN KESAN PENINDASAN ETNIK ROHINGYA DI MYANMAR PDF

Title FAKTOR DAN KESAN PENINDASAN ETNIK ROHINGYA DI MYANMAR
Author Billy Ngali
Pages 15
File Size 685.6 KB
File Type PDF
Total Downloads 644
Total Views 720

Summary

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (UW00202) SEMESTER II, SESI 2017/2018 SEKSYEN 4 TAJUK TUGASAN FAKTOR DAN KESAN PENINDASAN ETNIK ROHINGYA DI MYANMAR DISEDIAKAN UNTUK PUAN DG. HAFIZAH AG. BASIR DISEDIAKAN OLEH BIL NAMA MATRIK NO.TELEFON TANDATANGA NO. N 1 BILLY ANAK NGALI BA17110326 0128930841 2 NOR FA...


Description

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (UW00202) SEMESTER II, SESI 2017/2018 SEKSYEN 4 TAJUK TUGASAN FAKTOR DAN KESAN PENINDASAN ETNIK ROHINGYA DI MYANMAR DISEDIAKAN UNTUK PUAN DG. HAFIZAH AG. BASIR DISEDIAKAN OLEH BIL

NAMA

MATRIK

NO.TELEFON

NO.

N

1

BILLY ANAK NGALI

BA17110326

0128930841

2

NOR FADILAH BINTI ABDU

BB17110639

0143779335

RAZAK 3

PRISCHILLA ANAK KIROK

BA17160949

0128587331

4

FAZLYANA BINTI MARJUKI

BB17110303

0143779391

5

AUNI SYAHIERAH BINTI

BA17110444

01126084753

BA17110839

0163523417

ALAUDDIN 6

MUHARIDZAM BIN EMIS

TANDATANGA

1.0

Pengenalan

Sejak akhir-akhir ini isu kemanusiaan dan keadilan hangat diperkatakan seantara dunia, bahkan isu ini selalu melibatkan negara-negara timur tengah dan juga berkaitan dengan isu keagamaan khususnya agama islam. Sebagai contoh, Isu yang hangat diperdebatkan di Asia tenggara yang berlaku sehingga kini iaitu di negara Myanmar. Isu ini melibatkan golongan minoriti islam di myanmar iaitu Golongan Rohingya. Isu ini telah menjadi bualan media massa di seluruh dunia, namun penyelesaiannya tetap menjadi buntu walaupun negara-negara lain turut membantu menyelesaikan isu ini bahkan PBB sukar untuk menangangi isu ni. Dalam pada itu, semasa bulan Oktober 2015, penyelidik dari Inisiatif Jenayah Negara Antarabangsa di Queen Mary University of London telah mengeluarkan laporan mengenai dokumen-dokumen kerajaan yang bocor yang menunjukkan peningkatan "ghettoisation, pembunuhan sporadis, dan sekatan pergerakan" pada rakyat Rohingya. Para penyelidik mencadangkan bahawa kerajaan Myanmar berada di peringkat akhir proses pemusnahan terhadap Rohingya dan telah meminta masyarakat antarabangsa untuk membetulkan keadaan seperti itu.1 Justeru, kami memilih tajuk faktor dan kesan penindasan etnik di Rohingya kerana isu ini masih tidak dapat diselesaikan. Walaupun isu ini merupakan isu global tapi mungkin ada yang tidak tahu apakah faktor dan kesan penindasan terhadap etnik tersebut. Hal ini kerana sebagai mahasiswa kita perlu peka terhadap isu-isu kemanusian kerana sebagai seorang insan kita perlu menentang kekerasan yang dilakukan terhadap manusia. Oleh itu, kami ingin mengulas semula faktor dan kesan penindasan tersebut. Seperti yang kita tahu, Nilai-Nilai Kemanusiaan (Human Values) terdiri dari kebenaran, kebajikan, kedamaian, kasih sayang dan tanpa kekerasan merupakan nilainilai yang relevan dengan nilai-nilai karakter bangsa. Nilai manusia memainkan peranan penting dalam masyarakat, kerana mereka dikatakan sebagai asas manusia makhluk hidup yang lebih baik. Adalah dipercayai bahawa semua kitab suci dari semua agama mengandungi manfaat kehidupan yang baik. Kepentingan nilai sering disebut berkaitan dengan global dan masalah kebangsaan, sama ada dalam perdebatan di perhimpunan antarabangsa, dalam kajian mengkritik "bebas nilai" pendekatan untuk penyelidikan, atau dalam perbincangan tentang kualiti hidup dan individu pemenuhan. Oleh itu, nilai dianggap amat penting dalam persoalan budaya pembangunan dan menjadi pusat perhatian untuk pemuliharaan warisan budaya.2 Maka dalam esei ini kami akan mengupas tengang faktor-faktor dan kesan terhadap penindasan etnik rohingya di Myanmar.

1

"Campaigns of violence towards Rohingya are highly organised and genocidal in intent", Queen Mary University of London, (2015). (Retrieved 2 November 2015 ) 2

Debbarma, D. M. (2014). Importance of Human Values in the Society. International Journal of English Language, Literature and humanities, p 183-184.

2.0 Faktor-Faktor Penindasan Etnik Rohinyga Di Myanmar 2.1 Konflik Antara Penganut Agama Faktor penindasan etnik Rohingya disebabkan konflik antara penganut agama. Terdapat dua agama yang utama yang diamalkan oleh penduduk Rakhine, iaitu agama buddha dan agama islam. Etnik Rohingya merupakan penganut agama islam dan mereka mendiami kawasan sempadan.3 Seperti yang diketahui bahawa suatu ketika dahulu Arakan pernah masyur dengan pemerintah islam yang di tadbir oleh Sultan Sulaiman shah di bawah Dinasti Mrauk-U. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penganut buddha bimbang akan kewujudan etnik ini menyebabkan hubungan antara etnik ini tidak pernah harmonis terutamanya selepas kemerdekaan. Hal ini yang menyebabkan konflik antara penganut agama kerana menginginkan hanya ada satu agama sahaja yang dijadikan agama di myanmar iaitu agama buddha. Seterusnya, kebimbangan penganut buddha menyebabkan mereka memperkenalkan dasar Burmanisasi iaitu wanita islam dipaksa bernikah dengan lelaki yang beragama buddha, mereka di larang memakai tudung serta dilarang menikah sesama islam. Hal ini jelas menunjukkan bahawa berlaku diskriminasi antara kaum hanya kerana perbezaan pegangan agama. Perbezaan ini tidak seharusnya diwujudkan kerana akan merugikan banyak pihak seterusnya ramai nyawa yang terkorban. Pada tahun 1942, berlaku kekosongan pentadbiran apabila british keluar dari Rakhine. Kerajaan myanmar telah mengambil kesempatan untuk memecahbelahkan penganut buddha dan islam di Rakhine sehingga meletusnya rusuhan besar yang mengorbankan 100 000 orang islam yang mati di bunuh manakala ratusan ribu melarikan diri ke Bengal Timur (Azharuddin & Azlinariah 2012; Zaw Min Htut 2003). Selain itu, penindasan ini juga disebabkan penganut agama buddha di Myanmar mengamalkan Mazhab Teravada iaitu golongan penganut yang teguh terhadap tekstual agama.4 Oleh itu, pengaruh terhadap agama semakin kuat sehingga agama lain dipinggirkan. Maka tidak hairanlah sekiranya mereka sanggup mempertahankan agama buddha dari dipengaruhi dan dikuasai golongan minoriti muslim etnik Rohingya. Namun, tidak semua agama buddha mengamalka Mazhab tersebut kerana di Malaysia mengamalkan Mazhab Mahayana iaitu yang sentiasa terbuka mengikut keadaan semasa. Seterusnya, amalan demokrasi yang menyempitkan kebebasan beragama di Myanmar menyebabkan rakyat Myanmar tidak dapat menerima agama lain selain agama buddha. Hanya etnik beragama buddha sahaja diterima dan diberikan layanan sebagai warganegara oleh pemerintah Myanmar. Mereka juga tidak dapat menjalani kehidupan sebagai seorang muslim yang bebas melaksanakan ajaran agama mereka. Umat Islam Rohingya adalah merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan di Myanmar dan selebihnya adalah penduduk yang menganut agama Buddha. Negara Myanmar mempunyai kapasiti penduduk seramai 57 juta dan terdapat sebanyak 173

Siti Khadijah Abdu Rahman dan Mohd Nasran Mohammad, (2016), Reaksi Dunia Dan Peranan PBB dalam menangani Keganasan terhadap etnik Muslim Rohingya, Hlmn. 166. 4 Nurul Qolbi Mohd Ngalim, (2011)Konflik Minoriti Muslim Rohingya di Myanmar dan Penyelesaiannya, Hlmn. 6. 3

etnik disana.5 Pendirian kerajaan Myanmar dalam memberikan layanan yang baik terhadap agama buddha dianggap sebagai pelanjutan dasar apartheid yang sedang dikuatkuasakan oleh pemimpin myanmar sebagai proses penghapusan etnik. Kesannya sehingga sekarang etnik Rohingya masih tidak diiktiraf taraf kewarganegaraannya di Myanmar. Tuntasnya, Kami dapat rumuskan bahawa penindasan tersebut berlaku disebabkan oleh kebimbangan penganut buddha dikuasai oleh minoriti etnik Rohingya yang menyebabkan mereka ingin mempertahankan agama yang mereka anuti daripada tercemar. Mereka bimbang golongan minoriti etnik Rohingya dapat menguasai Myanmar kerana terdahulu islam pernah mencapai zaman kegemilangannya di Arakan. 2.2 Faktor Perlembagaan Di Myanmar Menjadi Punca Pergolakan Etnik Rohingya Baru-baru ini, dunia menyaksikan etnik minoriti terpinggir iaitu muslim Rohingya di Myanmar menjadi mangsa penindasan, diskriminasi dan keganasan. Secara umum, Myanmar menghadapi dua konflik utama yang melanda penduduknya. Pertama, Myanmar menghadapi konflik tuntutan demokrasi oleh penduduk Myanmar daripada pemerintahan tentera junta. Manakala konflik kedua ialah konflik antara penganut pelbagai agama, etnik dan golongan minoriti di kawasan pinggir bandar di bawah kekuasaan pusat yang majoriti beragama Buddha. Negara Burma pada 1 Januari 1886, secara rasminya menjadi sebahagian empayar Bristih-India.6 Pada awal tahun 1942, hingga Mei 1945, Myanmar ditakluk oleh Jepun. Selepas tentera Jepun berundur dari Myanmar, British kembali menguasai bekas tanah jajahannya sekali lagi walaupun mendapat tentangan nasionalisme tempatan. Pada 4 Januari 1948, Myanmar secara rasminya menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.7 Penindasan terhadap etnik Rohingya adalah disebabkan faktor perlembagaan yang sering dipinda dan bertukar ganti. Bermula dengan Akta Warga Asing 1864 sehingga Undang-Undang Kewarganegaraan Burma 1982, akta dan undang-undang ini tidak mempunyai penjelasan yang sangat terperinci mengenai etnik Rohingya. 8 Semenjak Myanmar diperintah oleh tentera junta yang merampas kuasa pemerintahan sivil U Nu pada tahun 1962, ia boleh dikatakan bermulanya unsur-unsur penafian secara keras mengenai kewarganegaraan golongan etnik Rohingya di Myanmar. Pada pemerintahan Jeneral Ne Win, golongan etnik Rohingya dilabelkan sebagai golongan pendatang asing tanpa izin (PATI). Hal ini demikian kerana, golongan etnik Rohingya telah dibawa

Marte Nilsen, (2013), Will Democaracy Bring Peace To Myanmar?, Peace Research Institute Olso, Norway, Vol.16(2), Hlm. 116. 6 Lisa Brooten, Syed Irfan Ashraf And Ngozi Agwaziam Akinro, December 8, (2015), Traumatized Victims And Mutilated Bodies: Human Right And The ‘Politics Of Immediation’ In The Rohinya Crisis Of Burma/Myanmar , Vol.77(8) Hlm 717-734. 7 Intan Suria Hamzah, Sity Daud, Nor Azizan Idris.(2016). Pelariaan Rohingya Dan Isu-isu Kontemperari Di Malaysia.Malaysian Journal of Society and Space, Hlm. 11-23. 8 Intan Suria Hamzah, Sity Daud, Nor Azizan Idris.(2016). Pelariaan Rohingya Dan Isu-isu Kontemperari Di Malaysia.Malaysian Journal of Society and Space, Hlm.11-23) 5

masuk oleh penjajah British walaupun menurut sejarah golongan etnik Rohingya telah menetap di Arakan seawal tahun 1430 dibawah pemerintahan Narameikhla.9 Pada tahun 1974, perlembagaan baru telah dibentuk oleh kerajaan junta Myanmar dan Akta Imigresen 1974 yang telah menafikan secara jelas hak golongan etnik Rohingya sebagai warganegara Myanmar yang sah dan telah melabelkan golongan etnik Rohingya sebagai golongan PATI. Oleh hal yang demikian, kesan undang-undang yang digubal oleh kerajaan Myanmar telah menyebabkan operasi pembersihan entik secara besar-besaran dilakukan. Operasi yang dianggap kejam ini telah memaksa golongan etnik Rohingya untuk pulang ke kampung halaman mereka. Setelah kembali ke negara asal mereka, golongan etnik Rohingya diminta untuk kembali semula ke Arakan hasil daripada kesan perjanjian dua hala antara kerajaan Bangladesh dengan tentera junta Myanmar. Dalam tempoh tersebut, dianggarkan 10,000 orang mati dan majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak disebabkan kekurangan zat makanan dan penyakit berjangkit.10 Walau bagaimanapun, gelombang kedua pelarian Rohingya ke Bangladesh seramai 250,000 orang telah berlaku sekitar pertengahan tahun 1991 hingga awal 1992 disebabkan berlakunya pencabulan hak asasi manusia ke atas golongan ini. Disamping itu, undang-undang Myanmar telah menjadikan golongan etnik rohingya pendatang haram di bumi mereka sendiri. Keadaan ini memaksa etnik Rohingya menjadi pelarian di negara sendiri sehingga mereka hidup serba kekurangan dan mendapat bantuan keperluan daripada pelbagai pihak. Penindasan dan dikriminasi terhadap etnik Rohingya telah menjadi satu daripada krisis kemanusiaan yang paling mendapat pemerhatian dunia. Namun, media dan masyarakat antarabangsa seakan-akan mengabaikan krisis ini. Menurut laporan Human Right Watch (2012), Undang-undang kewarganegaraan Myanmar telah menetapkan tiga jenis kerakyatan, iaitu kerakyatan penuh, kerakyatan bersekutu dan kerakyatan berkecuali11. Kebanyakan etnik Rohingya telah diberikan kad berwarna putih yang mewakili kad pendaftaran sementara, atau lebih tepat lagi golongan etnik Rohingya tidak mempunyai hak kerakyatan yang menyebabkan golongan etnik ini didiskriminasi oleh golongan etnik majoriti Rakhine. Pada bulan Jun 2012, Myanmar telah mengistiharkan darurat. Hasil daripada pengistiharan ini, sebanyak 20,000 nyawa golongan etnik Rohingya terkorban daripada keganasan yang berlaku12. Pihak tentera Myanmar telah melakukan pembunuhan dan penangkapan beramai-ramai golongan etnik Rohingya di Rakhine. Gelombang keganasan kedua berlaku lagi pada bulan Oktober 2012, dimana keganasan yang kedua ini adalah lebih teruk lagi berbanding dengan sebelumnya. Pergolakan yang

9

Intan Suria Hamzah, Sity Daud, Nor Azizan Idris.(2016).Pelariaan Rohingya Dan Isu-isu Kontemperari Di

Malaysia.Malaysian Journal of Society and Space,11-23) 10

Intan Suria Hamzah, Sity Daud, Nor Azizan Idris.(2016).Pelariaan Rohingya Dan Isu-isu Kontemperari Di

Malaysia.Malaysian Journal of Society and Space,(11-23). 11

Siti Khalijah Abdul Rahman dan Mohd Nasran Mohamad.(2016)Reaksi Dunia Dan Peranan PBB dalam Menangani

Keganasan Terhadap Etnik Muslim Rohingya,Islamiyyat,(165-174). 12

Siti Khalijah Abdul Rahman dan Mohd Nasran Mohamad.(2016)Reaksi Dunia Dan Peranan PBB dalam Menangani

Keganasan Terhadap Etnik Muslim Rohingya,Islamiyyat,(165-174).

berpanjangan ini telah memaksa golongan etnik Rohingya melarikan diri mencari perlindungan di negara-negara jiran. Faktor perlembagaan yang selalu dipinda oleh kerajaan Myanmar telah membuatkan golongan minoriti ini mengalami kesukaran untuk bergerak. Hal ini demikian kerana, undang-undang yang diberikan adalah tidak adil dan berat sebelah. Myanmar mempunyai sekitar 3.3 juta penduduk yang terdiri daripada pelbagai etnik. Satu pertiga adalah terdiri daripada golongan minoriti iaitu etnik Rohingya. 13 Oleh hal yang demikian, adalah sangat sukar untuk golongan minoriti ini untuk melakukan tentangan terhadap kerajaan Myanmar yang zalim terhadap golongan mereka. Jumlah golongan etnik yang sedikit ini telah membuatkan golongan mereka tidak diambil peduli dan tidak diiktiraf oleh kerajaan Myanmar hasil daripada pemerintahan sebelumnya. Oleh itu, etnik tersebut terus ditindas kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk menentang kerajaan Myanmar. Maka dengan ini kami dapat simpulkan bahawa intipati sesebuah perlembagaan negara amat penting dalam memacu keamanan dan keharmonian masyarakat dalam sesebuah negara. 2.3 Faktor Status Kewarganegaraan Etnik Rohingya Isu ketiadaan kewarganegaraan dan tanah air adalah hal yang biasa bagi umat Islam seperti penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di bawah pendudukan Israel. Isu tersebut turut terjadi kepada etnik Rohingya di negara Myanmar. Sejak zaman pentadbiran British di Myanmar lagi etnik Rohingya telah dinafikan hak untuk menjadi sebahagian daripada warganegara Myanmar dengan mudah melalui penggubalan Akta Kewarganegaraan Kesatuan 194814. Etnik Rohingya dilabelkan sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) walaupun mereka adalah penduduk asal Arakan sejak empat kurun yang lalu kerana dikatakan golongan ini telah dibawa masuk oleh penjajah British. Berdasarkan sejarah, etnik Rohingya adalah beragama islam disebabkan berlakunya aktiviti migrasi seperti perdagangan sejak abad ke-9 oleh pedagang Arab yang membawa masuk agama islam ke Arakan15. Malah etnik Rakhine turut juga mendiami wilayah Arakan. Mereka mendapat pengiktirafan sebagai warganegara Myanmar dengan sokongan penuh oleh kerajaan. Status kewarganegaraan ini juga tercetus apabila pengenalan undang-undang “Citizenship Law” di Myanmar. Undang-undang ini telah membawa kepada penindasan terhadap etnik terutamanya etnik Rohingya. Semasa tahun 1982 pemerintah Junta ketika itu telah diperkenalkan undang-undang yang dikenali sebagai “Citizenship Law (1982)”16Berdasarkan undang-undang tersebut status kewarganegaraan dibahagi kepada tiga kategori iaitu warganegara penuh (full citizens), warganegara tidak tetap Marte Nilsen, (2013), Will Democaracy Bring Peace To Myanmar?, Peace Research Institute Olso, Norway, Vol.16(2), 116. 14 Intan Suria Hamzah, Sity Daud & Nor Azizan Idris, (2016), Pelarian Rohingya Dan Isu-Isu Kontemporari di Malaysia, Hlmn. 13-14. 15 Moshe Yegar, (2002), Between Intergration and Secession: The Muslim Communities of the Southern, Lexington Books, United State of America, Hlmn. 23-24. 16 Kaliamman Shumugam, (2006), Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, “Bosnia: Pencabulan Hak Asasi Manusia dan Politik Antarabangsa”, Hlmn. 25. 13

(associate citizens), dan warganegara naturalisasi (naturalised citizens). Hanya sebanyak 135 etnik sahaja yang diiktiraf oleh kerajaan Myanmar sebagai kewarganegaraan tetap tetapi tidak termasuk etnik Rohingya atau mereka yang nenek moyangnya sudah tinggal di negara tersebut sebelum tahun 1823, iaitu sebelum terjadinya penjajahan British. Undang-undang yang bersifat diskriminasi ini memaksa etnik Rohingya mengemukakan bukti bahawa mereka telah menduduki Rakhine sebelum tahun 1823 lagi. Rejim Junta yang menggunakan gelaran The State Peace and Development Council (SPDC) ini telah menolak bangsa Rohingya sebagai salah satu etnik di Myanmar. Oleh yang demikian, etnik Rohingya dinafikan hak kewarganegaraannya kerana dikatakan tidak memenuhi salah satu daripada tiga kategori tersebut.17 Namun isu status kewarganegaraan etnik Rohingya masih tidak dapat diselesaikan lagi. Resolusi PBB yang mendesak negara itu untuk memberikan status dan hak kewarganegaraan kepada etnik Rohingya tetapi telah ditolak oleh kerajaan Myanmar bahkan menuduh PBB telah mencampuri kedaulatan mereka. “Kewarganegaraan tidak akan diberikan kepada mereka yang tidak berhak di bawah undang-undang. Tidak peduli siapa pun yang menekan kami. Ini adalah hak kedaulatan kami,” kata jurubahasa presiden Myanmar, Ye Htut (World Bulletin, 2013). Bekas presiden Myanmar, Thein Sein sendiri mengkelaskan etnik Rohingya sebagai Illegal Bengali dan merupakan salah satu etnik Bangladesh yang masuk ke wilayah Myanmar secara haram18. Dalam satu wawancara pada 2011, beliau telah berkata, “to use the term Rohingya, in our ethnic history we do not have term Rohingya”. Oleh itu, sehingga kini masyarakat Rohingya masih lagi tidak diiktiraf sebagai warganegara di Myanmar. Maka dengan ini kami simpulkan bahawa etnik Rohingya telah ditindas dan disisihkan oleh kerajaan mereka sendiri serta tidak diberikan keadilan yang seharusnya menjadi hak asasi mereka sebagai rakyat Myanmar. Mereka juga diberikan tindakan yang tidak berperikemanusiaan oleh kerajaan Myanmar sendiri.

3.0 Kesan-Kesan Terhadap Penindasan Etnik Rohinyga Di Myanmar R. Firman Syarif Hidayatullah, Sugiyanto Eddie Kusuma, Dampak Penerapan Undang – Undang Kewarganegaraan Burma 1982 Terhadap Warga Muslim Rohingya Pada Masa Pemerintahan Ne Win 1962-1988, Hlmn. 7. 18 Gulia Ichikaya Mitzy. IJIS Vol.1, No.2, Desember (2014). Perlawanan Etnik Muslim Rohingya terhadap Kebijakan Diskriminatif Pemerintah Burma-Myanmar, Hlmn. 154. 17

3.1 Kebanjiran Pelarian Etnik Rohingya Di Negara Jiran. Umum kita mengetahui bahawa konflik atau penindasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar telah menyebabkan masyarakat ini menjadi pelarian ke negara jiran yang berhampiran dengan negara mereka yang dianggap selamat untuk mereka tinggal atau mendapat perlindungan yang sewajarnya. Antara Negara menjadi pilihan utama etnik Rohingya adalah Banglades, Indonesia, Thailand dan Malaysia. Ada yang melarikan diri ke negara jiran termasuk menaiki bot pekarian yang berdepan dengan risiko terdampar tanpa makanan, bekalan air dan keperluan asas untuk tempoh yang panjang serta kemungkinan mati kebuluran.19 Situasi ini tentunya merimaskan pelbagai pihak khususnya Thailand, Malaysia dan Indonesia yang amat terkesan dengan kebanjiran pelarian yang berasal dari Rakhine, wilayah paling miskin di barat Myanmar. Selain itu, negara jiran Myanmar yang juga negara anggota ASEAN terutama tiga buah negara ini iaitu Malaysia, Indonesia,dan Thailand , kini berdepan tekanan dari dalam dan luar negara, tentang...


Similar Free PDFs