KONFLIK MINORITI MUSLIM ROHINGYA DI MYANMAR DAN PENYELESAIANNYA PDF

Title KONFLIK MINORITI MUSLIM ROHINGYA DI MYANMAR DAN PENYELESAIANNYA
Author Qurratu Qolbi
Pages 17
File Size 238.3 KB
File Type PDF
Total Downloads 57
Total Views 399

Summary

1 KONFLIK MINORITI MUSLIM ROHINGYA DI MYANMAR DAN PENYELESAIANNYA NURUL QOLBI BINTI MOHD NGALIM Student MA Syariah. Fakulti Pengajian Islam, UKM. [email protected] NAPISAH KARIMAH BINTI HAJI ISMAIL Lecterur, Arabic Studies dan Islamic Civilization. Fakulti Pengajian Islam. UKM nkarimah26@g...


Description

1

KONFLIK MINORITI MUSLIM ROHINGYA DI MYANMAR DAN PENYELESAIANNYA

NURUL QOLBI BINTI MOHD NGALIM Student MA Syariah. Fakulti Pengajian Islam, UKM. [email protected] NAPISAH KARIMAH BINTI HAJI ISMAIL Lecterur, Arabic Studies dan Islamic Civilization. Fakulti Pengajian Islam. UKM [email protected]

ABSTRAK Isu pergolakan dan penindasan etnik Rohingya merupakan isu pasang surut yang tercetus sejak mereka ditempatkan di bawah pemerintahan Myanmar selepas negara tersebut mencapai kemerdekaan dari penjajah British pada tahun 1948. Rusuhan etnik yang tercetus pada 6 Jun 2012 menggemparkan dunia sehingga membawa kepada isu pelarian golongan minoriti ini secara besarbesaran ke negara-negara jiran berhampiran. Makalah ini bertujuan mengenalpasti faktor utama konflik yang berlaku antara etnik Rohingya dengan penduduk Rakhine beragama Buddha dan kerajaan Myanmar dan cara penyelesaiannya. Konflik yang berlanjutan ini menyebabkan hak asasi mereka diabaikan dan tidak diakui oleh kerajaan Myanmar sebagai rakyat. Kajian kualitatif dengan pengumpulan data secara analisis dokumen dan temu bual ini mendapati bahawa golongan minoriti Rohingya dahulunya adalah penduduk wilayah Arakan sebelum British datang menjajah pada tahun 1948. Namun wilayah tersebut terpaksa bergabung dengan negeri Burma dan menjadi sebuah negara baru yang dikenali sebagai Myanmar. Rentetan daripada itu, pelbagai kontroversi dan konflik terpaksa dihadapi etnik Rohingya yang berpunca daripada dasar diskriminasi agama dan faktor genosid melalui kuat kuasa undang-undang Citizenship of Law pada tahun 1982 yang mengakibatkan hak-hak kemanusiaan mereka dicabuli. Makalah ini mendedahkan konflik sebenar yang berlaku antara muslim dengan non-muslim di Myanmar berpunca dari sentimen agama dan rasis. Justeru, pentingnya mencari solusi ke arah perdamaian di samping menyedarkan peranan masyarakat Islam bahawa isu Rohingya adalah isu umat Islam yang perlu digembleng bersama ke arah mencapai khairun ummah. Kata Kunci: Rohingya; Myanmar; Hak Kemanusiaan; genosid & citizenship of Law

PENDAHULUAN Negara Burma merupakan sebuah negara Republik Sosialis (Dyadaungan Socialist Thammada Myanma Nainnggnam). Secara rasminya, nama negara ini ditukar daripada Burma menjadi Myanmar pada 18 Jun 1989 dan ibu kotanya daripada Rangoon kepada Yangon. Wilayah Arakan dahulunya pernah ditadbir oleh sebuah kerajaan Islam iaitu Dinasti Maruak-U pada tahun 1430 sehinggalah dijajah oleh burma pada tahun 1785. Kemudiannya, kuasa British telah menjajah Burma pada tahun 1826 sehingga tahun 1942 sebelum ia jatuh pula ke tangan jepun. Namun, British berjaya mendapatkan semula Burma pada tahun 1946. Ketika burma mencapai kemerdekaan pada tahun 1948, wilayah Arakan di mana kawasan penempatan etnik Rohingya telah disatukan dengan Burma. Sejarah wilayah Arakan ini telah dikaji oleh Abu Talib (2008), Monosin (2013) dan Monosin (t.th) yang menjelaskan bahawa penggabungan wilayah ini tidak mendapat persetujuan muslim Rohingya di Arakan yang majoritinya adalah penduduk di wilayah tersebut. Rentetan daripada itu, berlakunya sistem pendaftaran kerakyatan yang kurang berkesan dalam kalangan masyarakat muslim Rohingya seperti mana yang disyorkan oleh pihak kerajaan Burma pada tahun 1982. Bahkan isu etnik ini dikuatkan lagi dengan beberapa fakta pakar sejarah mengenai negara tersebut yang menafikan kewujudan etnik Rohingya sebagai peribui wilayah Arakan (Daerah Rakhine selepas kemerdekaan Myanmar). Masalah tersebut menjadi semakin rumit apabila kegagalan pejabat

2

pendaftaran menyimpan rekod pendaftaran mereka dengan sempurna, ditambah pula pemerintahan rejim yang bersifat sosialis. Mengulas mengenai isu minoriti, antara pengkaji lepas yang membincangkan konflik etnik Rohingya ialah Zarkowi Soejoeti (2005), Izziah Suryani Arshad (2002), Harun Yahya (t.th), Ahmad Shafiqul Huque (1990), Azharudin Mohamed Dali & Azlinariah Abdullah (2012) mengatakan migrasi etnik Rohingya ke negara jiran berhampiran setelah mana kewarganegaraan mereka tidak diiktiraf oleh pihak kerajaan Myanmar pada masa itu. Ditambah dengan pendirian etnik Rohingya dalam memelihara identiti dan memperjuangkan peribumi Arakan menyebabkan mereka sering kali ditindas, dianiayai dan didiskriminasi oleh pemerintah Myanmar. Konflik tercetus bukan sahaja dengan kerajaan bahkan juga dengan etnik rakhine beragama Buddha. Impak daripada itu, berlakunya masalah pelarian, penghapusan etnik dan sebagainya. Kajian lepas tidak menunjukkan satu kajian berbentuk solusi dan faktor sebenar yang membawa kepada konflik yang terus-menerus melanda Rohingya. Konflik yang berlaku secara berterusan ini membawa satu persoalan untuk mengkaji lebih mendalam tentang masalah yang dihadapi oleh umat Islam di negara tersebut. Justeru, kajian terperinci mengenai faktor utama yang mempengaruhi konflik muslim Rohingya dan cadangan solusi akan ditekankan dalam makalah ini supaya setiap pihak yang terlibat dapat bergerak membantu mengurangkan kesengsaraan etnik Rohingya sehingga digelarkan sebagai etnik paling teruk tertindas di dunia.

METODOLOGI KAJIAN Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah pengumpulan data secara analisis dokumen dan temu bual. Kaedah analisis kandungan (Content Analysis) telah digunakan untuk mendapatkan maklumat atau data yang berbentuk sekunder seperti konsep minoriti dan sejarah perkembangan negara Myanmar. Di samping itu, kaedah ini juga digunakan bagi mengetahui secara khusus sejarah kemunculan masyarakat Muslim Myanmar serta faktor yang menyumbang kepada konflik etnik Rohingya. Analisis dokumen ini dilakukan melalui pembacaan buku, jurnal, makalah, tesis, kertas kerja, majalah, akhbar tempatan dan berita online yang membincangkan isu mengenai bidang yang dikaji. Kajian ini tertumpu di Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (PATMA) dan bilik sumber Fakulti Pengajian Islam (FPI) yang mempunyai maklumat yang berkaitan dengan kajian tersebut. Ia menjadi pilihan kerana menyediakan pelbagai kemudahan dalam usaha untuk mendapatkan sumber maklumat. Antara bahan yang didapati di perpustakaan ialah buku, jurnal, kertas kerja prosiding dan tesis. Bagi mendapatkan maklumat tambahan, pencarian data melalui laman sesawang yang diiktiraf digunakan dan dapat dijadikan hujah bagi melengkapkan kajian ini. Isu-isu mengenai Muslim minoriti di Myanmar telah banyak dibincangkan oleh para pengkaji sebelum ini. Walau bagaimanapun, agak sedikit yang membincangkan secara terperinci mengenai Muslim etnik Rohingya terutama mengenai konflik berlanjutan yang dialami mereka. Justeru itu, kajian ini turut menggunakan kaedah temu bual digunakan melalui email dan sesi pertemuan dengan persatuan NGO di Malaysia seperti Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Semalaysia (MAPIM) dan Future Global Network (FGN) bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan objektif kajian.

OBJEKTIF KAJIAN Antara objektif yang diharapkan daripada penyelidikan ini adalah seperti berikut: 1. Mengkaji latar belakang kewujudan minoriti muslim Rohingya di Myanmar 2. Mengenal pasti faktor utama kepada tercetusnya konflik-konflik dalam kalangan minoriti muslim Rohingya di Myanmar 3. Mengesyorkan penyelesaian dan menelusuri usaha yang dilakukan oleh NGO-NGO kemanusiaan di Malaysia dan peringkat antarabangsa terhadap pelarian etnik Rohingya. DAPATAN KAJIAN Definisi Minoriti Muslim Kaum minoriti yang terserlah adalah disebabkan perbezaan agama. Di antara sifat kaum minoriti ialah kebiasaannya, ia berada dalam posisi yang lemah di hadapan kaum majoriti. Umumnya jumlah

3

yang banyak menunjukkan kekuatan dan jumlah yang sedikit menunjukkan kelemahan (Haniff 2008). Minoriti di sini membawa maksud sesuatu kelompok manusia di sebuah negara yang berbeza dari kebanyakan penduduk negara itu. Perbezaan itu mungkin dari sudut agama, ikutan mazhab, keturunan, bahasa dan lain-lain dari perkara-perkara asasi yang membezakan antara sekelompok manusia dengan kelompok yang lain. Etnik Muslim Rohingya adalah golongan minoriti Muslim di negara Myanmar. Muslim Rohingya merupakan penduduk asal wilayah Arakan yang dipaksa menggabungkan wilayah mereka dengan wilayah Burma dan kini ianya dikenali sebagai Myanmar. Bumi Arakan terletak di bahagian barat Myanmar dan merupakan salah sebuah daripada 14 wilayah jajahan di bawah takluk kerajaan Myanmar (Jamil 1993). Arakan, suatu ketika dahulu pernah diperintah oleh kerajaan Islam yang pertama di Arakan pada tahun 1430. Zaman kegemilangannya berlaku semasa pemerintahan sultan Zabuk Shah iaitu antara tahun 1531 sehingga 1553. Kerajaan Islam ini mulai jatuh apabila raja Shah Shuja mangkat akibat dibunuh pada tahun 1660-an. Sejak peristiwa pembunuhan tersebut, Arakan mengalami pergolakan politik sehingga telah membuka peluang kepada raja Bodawphaya iaitu raja Burma menakluk Arakan pada tahun 1784 (Jamil 1993). Kini, mereka menjadi golongan minoriti di tanah air sendiri atas sebab polisi, penindasan dan kezaliman yang dilakukan oleh pihak Burma mahupun British. Latar Belakang Etnik Rohingya Di Myanmar Dari sudut sejarah kedatangan Islam ke Burma, agama Islam telah tiba di Burma khususnya wilayah Arakan sejak abad pertama Hijrah melalui pedagang-pedagang Arab yang datang ke Akyab, ibu kota Arakan melalui jalan laut untuk berniaga dan berdakwah (Izziah 2002). Setelah beberapa tahun, Islam mula bertapak di hati penduduk tempatan dan bilangan serta kekuatan Islam semakin bertambah. Raja Arakan yg pertama bernama Sulaiman Shah yang dibantu oleh Sultan Nasiruddin Shah selaku gabenor di Bengal pada tahun 1403. Bermulanya pergolakan dalam pemerintahan Arakan apabila Raja Sulaiman Shah yang menaiki takhta pada tahun 1404 diserang oleh tentera Raja Burma lalu melarikan diri ke Gaur, India (Rohana 1997). Sekiranya dilihat dari perspektif kelompok masyarakat Islam di Burma, penduduk Islam Myanmar terdiri daripada pelbagai etnik atau keturunan seperti India, Burma, Cina, Rakhine dan beberapa lagi kumpulan kecil termasuk orang Melayu. Pada tahun 1958, penduduk Islam dianggarkan berjumlah lebih daripada 600 000 orang. Separuh daripada mereka adalah golongan imigran yang datang dari India dan Pakistan. Pada tahun 1977, penduduk Islam Burma dipercayai membentuk 10% daripada penduduk Burma. Bagaimanapun, bancian tahun 1983 menunjukkan penduduk Islam Burma hanya membentuk 3.9% daripada 34 juta orang penduduk Burma (Izziah 2002; Saifullah & Samsu 2009). Pada tahun 1931, secara umum ada empat kategori kaum Muslim berdasarkan keturunan iaitu orang Islam berketurunan India (Kala Pathee) membentuk kira-kira 65% daripada penduduk Islam diikuti orang Islam keturunan Burma-India (zerbadee) yang membentuk 30%, Muslim Cina (Pashu atau Panthay), Burma Muslim Melayu dan etnik-etnik yang lain membentuk sebanyak 5%. Pada 1992, kepelbagaian etnik Islam ini membentuk 45% daripada keseluruhan penduduk Islam Burma. Kira-kira sejuta orang iaitu 18% tinggal di sekitar Yangon, 100 000 orang tinggal di sekitar Mandalay dan 30 000 orang tinggal di Maymo. Jumlah yang selebihnya tinggal berselerak di seluruh negara Burma (Izziah 2002; Saifullah & Samsu 2009). Pertubuhan-pertubuhan Islam mendakwa nisbah masyarakat Islam mengikut keturunan pada tahun 1995 adalah 50% penduduk Islam berketurunan Burma, 48% berketurunan India dan 1% berketurunan Cina. Sementara pada tahun 1996 pula mencatatkan seramai 5.55 juta orang iaitu kira-kira 12.4% daripada keseluruhan penduduk adalah beragama Islam. Masyarakat Islam Burma hidup berasingan dalam kelompok masing-masing berdasarkan bangsa atau keturunan mereka. Setiap daripadanya juga mempunyai kedudukan yang berbeza dalam masyarakat Burma (Izziah 2002). Masyarakat Islam Arakan atau Rakhine yang bersempadan dengan Bangladesh dikenali sebagai golongan Rohingya yang merupakan generasi yang lahir hasil perkahwinan campur pedagang-pedagang Arab dan Parsi dengan wanita-wanita tempatan sejak abad ke-7 atau ke-9 Masihi. Di samping masyarakat Islam Rohingya, terdapat juga golongan Benggali yang berhijrah ke situ semasa pendudukan British. Kumpulan etnik Rohingya merupakan minoriti muslim yang tinggal bersama masyarakat Buddha di Arakan dan hidup terasing daripada kedua-dua golongan Islam keturunan India dan Burma. Mereka merupakan golongan Islam yang paling miskin dan paling teruk menerima penindasan daripada pihak pemerintahan Burma. Semasa zaman penjajahan, mereka menikmati kehidupan yang baik di bawah pemerintahan British. Kesetiaan mereka terhadap British ketika penaklukan Jepun menyebabkan berlakunya pergeseran antara etnik Rohingya dengan

4

masyarakat majoriti Buddha. Pergeseran ini merupakan titik permulaan gerakan pengusiran kumpulan masyarakat Islam Rohingya ke Bangladesh (Izziah 2002).

Konflik Minoriti Muslim Rohingya Di Myanmar

Isu Kerakyatan (Citizenship Of Law 1982) Pembentukan Myanmar yang wujud pada alaf ke-21 kini merupakan gabungan dua negara iaitu Burma dan Arakan. Pada tahun 1430, negara Arakan pernah ditadbir oleh kerajaan Islam yang masyhur iaitu dinasti Mrauk-U. Kerajaan Islam ini mula bertapak di sana bermula dengan pengaruh yang dibawa oleh Sultan Sulaiman Shah sehinggalah berakhir pada zaman Sultan Shah Shuja pada tahun 1660-an. Apabila Arakan mengalami masalah dan konflik politik dalaman, Raja Bodawpaya yang merupakan pemerintah kerajaan Burma ketika itu telah mengambil peluang tersebut untuk menjajah wilayah Islam Arakan. Arakan yang majoritinya dihuni oleh penduduk Rohingya Islam terpaksa akur dan menerima penjajahan Burma ke atas wilayah mereka pada tahun 1784. Selain itu, Arakan juga pernah dijajah oleh British apabila kuasa kolonial ini berjaya mengalahkan Burma dalam perang tahun 1822, 1824 dan diakhiri melalui perjanjian Yandabo Burma-British 1826. Arakan sekali lagi turut menerima tempias yang sama hasil daripada penjajahan tersebut yang mana British menyatukan wilayah Burma dengan Arakan tanpa persetujuan penduduk Arakan pada tahun 1948 iaitu tahun kemerdekaan negara Burma. Burma telah diperintah oleh parti AFPFL (Anti- Facisct People’s Freedom League) dan Perdana Menteri Burma yang terpilih semasa pilihanraya umum yang diadakan oleh British adalah U Nu (Jamil 1993). Sewaktu pemerintahan U Nu, penduduk Arakan termasuk etnik Rohingya dan etnik Rakhine sama-sama menuntut kuasa autonomi Arakan dari kerajaan Burma. Ketika inilah wujudnya pelbagai persatuan Islam Arakan untuk menuntut hak di wilayah tersebut. Undang-undang Kerakyatan 1947 yang dilaksanakan U Nu member i sedikit ruang kepada etnik Rohingya untuk bernafas bebas kerana etnik ini diiktiraf dan tergolong sebagai rakyat Naturalized. Sehinggalah tahun 1960, janji hanya tinggal janji apabila kemenangan U Nu untuk pilihanraya negara untuk kali kedua hanya memberikan kawasan khas di Mayu yang mewakili daerah Rathedaung, Buthidaung dan Maungdaw sebagai tempat perkumpulan etnik Rohingya (Azharudin & Azlinariah 2012). Apabila Burma dikejutkan dengan rampasan kuasa oleh pimpinan junta tentera pada tahun 1962 melalui parti BSPP, keadaan etnik Rohingya bertambah derita dan pelbagai birokrasi undangundang yang dilaksanakan oleh Ne Win jelas menunjukkan sikap berat sebelah terhadap etnik tersebut. Jeneral Ne Win telah menjadikan kawasan Mayu sebagai tempat isolasi atau pengasingan dari wilayah-wilayah Burma. Pemerintah junta tentera ini melarang rakyat Burma daripada melakukan sebarang bentuk bantuan atau kerjasama dengan penduduk etnik Rohingya di kawasan Mayu tersebut. Akibatnya, masyarakat etnik Rohingya terus terpinggir daripada pembangunan, pendidikan dan perkhidmatan umum yang sepatutnya diterima sebagai seorang rakyat Burma pada masa itu (Azharudin & Azlinariah 2012). Tidak cukup dengan pengasingan wilayah tersebut, etnik Rohingya juga terus ditindas dengan kewujudan undang-undang baru atau Citizenship Of Law pada tahun 1982 yang dilancarkan oleh Jeneral Ne Win. Pengenalan undang-undang ini secara automatiknya menjadikan etnik Rohingya tidak termasuk sebagai sebahagian penduduk Burma dan etnik mereka juga tidak diiktiraf. Alasan yang diberikan kerajaan junta ini ialah etnik Rohingya tak pernah wujud dalam sejarah Burma dan kehadiran mereka hanyalah selepas penjajahan British ke atas Burma tahun 1826 dari Chittagong, Bangladesh. Hakikatnya masyarakat Rohingya merupakan penduduk asal yang mendominasi populasi negeri Arakan sebelum penjajahan Burma dan British ke atas wilayah tersebut (Izziah 2002). Semasa zaman kegemilangan Islam, etnik Rohingya merupakan orang penting dalam pentadbiran negeri, bahkan memainkan peranan juga dalam hal ehwal ekonomi dan sosial masyarakat Islam Arakan. Mereka menjadi minoriti apabila berlakunya banyak keluar masuk penduduk Arakan ini dari Akyab ke Chittagong, kesan daripada penjajahan dan peperangan BritishBurma. Apabila mereka pulang semula ke tanah air mereka iaitu Arakan selepas keadaan kembali reda dari peperangan, kebanyakan harta benda mereka dan rumah-rumah telah dimiliki oleh orang Arakan Buddha. Orang Arakan Buddha ini juga dikenali sebagai puak Magh dan merupakan puak minoriti di selatan Arakan. Asalnya mereka adalah etnik yang sama tetapi agama yang memisahkan kedua-dua etnik ini. Kini puak Magh menggelarkan diri mereka sebagai etnik Rakhine. Etnik Rakhine

5

juga telah berkomplot dengan kerajaan dalam operasi pengosongan bumi Arakan daripada masyarakat Islam. Pengusiran golongan etnik Rohingya sedikit sebanyak berjaya dilakukan oleh junta tentera apabila setiap operasi kejam yang dilakukan terhadap etnik tersebut seperti Naga Min tahun 1978, Phi Thaya tahun 1991 dan Na-Sa-Ka tahun 1992 sehingga kini telah menyebabkan golongan ini meninggalkan halaman rumah dan mencari tempat yang lebih selamat. Justeru, kerajaan junta mengambil kesempatan tersebut dengan memenuhi wilayah ini dengan penduduk Rakhine dan Burma yang beragama Buddha. Jumlah etnik Rohingya semakin lama semakin berkurangan dan akhirnya menjadi gologan minoriti di negeri sendiri. Pilihanraya umum tahun 1990 menyaksikan pemerintah junta tentera iaitu Parti State Law and Order Restoration Council (SLORC) merobek dasar demokrasi negara tersebut apabila suara majoriti yang dimenangi parti Liga Arakan bagi Demokrasi (ALD), Parti Demokratik Kebangsaan Hak Asasi Manusia (NDPHR) dari parti etnik Rohingya dan Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) tidak diakui oleh pihak pemerintah. Pentadbiran Burma kekal kepada parti State Law and Order Restoration Council (SLORC), pimpinan Saw Maung sehinggalah parti Majlis Pembangunan dan Keamanan Negara (SPDC) yang kini dipegang oleh Thein Sein. Thein Sein menang melalui Pilihanraya Umum 2010 yang pertama kalinya dipilih oleh suara majoriti rakyat Myanmar tanpa sebarang bentuk diskriminasi yang dilakukan sepertimana pemerintahan junta terdahulunya. Namun, isu status etnik Rohingya masih kekal sebegitu tanpa ada tindakan segera dan efisyen yang dilakukan pihak kerajaan. Bertitik tolak daripada konflik status kerakyatan etnik Rohingya ini, kerajaan menjadikan ia sebagai medium penghapusan etnik ke atas etnik Rohingya dengan mengenakan pelbagai operasi dan tindakan tanpa sebab-sebab yang kukuh. Hukuman yang dikenakan pula agak berlebih-lebihan dan tidak berpatutan dengan tindakan yang dilakukan oleh penduduk etnik Rohingya. Kerajaan baru Myanmar di bawah kepimpinan Perdana Menteri Thein Sein menggalas amanah untuk mencari jalan menyelesaikan krisis itu dengan segera terutama bagi melindungi keselamatan penduduk Rohingya. Seperti mengharapkan Pegar, pegar makan padi. Kerajaan pro-demokrasi yang baru dibentuk (pimpinan Thien Sien) dan Pemenang Anugerah Nobel, Aung San Su Kyi tetap tidak berani mengecam tindakan pelampau penganut Buddhist. Mereka khuatir untuk memberi keadilan kepada masyarakat Rohingya kerana secara realitinya mereka adalah pemimpin kepada rakyat Myanmar yang majoriti beragama Buddhist. Mereka turut mengesahkan dasar-dasar yang diwujudkan oleh pemerintah terdahulu atas kepentingan politik dan keselamatan nasional.

Isu Penghapusan Etnik (Genosid) Oleh Kerajaan Myanmar Masalah pengklasifikasian etnik ini bermula secara seriusnya pada tahun 1953. Kemenangan parti Union dari pimpinan AFPFL yang berfahaman liberal pada pilihanraya tahun 1960 memberikan satu peluang yang baik untuk etnik Rohingya kerana pemerintahan ini memberikan kelonggaran untuk etnik ini lebih bergerak bebas. kerajaan telah menubuhkan kawasan ...


Similar Free PDFs