Peranan IPT dan NGO untuk merapatakan hubungan etnik di malaysia DOCX

Title Peranan IPT dan NGO untuk merapatakan hubungan etnik di malaysia
Author Muhammad MD Shater
Pages 5
File Size 26.1 KB
File Type DOCX
Total Downloads 91
Total Views 177

Summary

Program di institusi Pengajian Tinggi  Melalui persatuan dan kelab telah menggalakkan aktiviti dan program yang menjurus kepada perpaduan etnik dalam kalangan mahasiswa. Sebagai contoh, aktiviti Pesta Tanglung bukan sahaja melibatkan mahasiswa Cina dan India, tetapi turut disertai mahasiswa Melayu....


Description

Program di institusi Pengajian Tinggi Melalui persatuan dan kelab telah menggalakkan aktiviti dan program yang menjurus kepada perpaduan etnik dalam kalangan mahasiswa. Sebagai contoh, aktiviti Pesta Tanglung bukan sahaja melibatkan mahasiswa Cina dan India, tetapi turut disertai mahasiswa Melayu. Dalam aspek kepemimpinan pelajar, ternyata tidak didominasi oleh sesuatu etnik sahaja, malah dianggotai oleh pelbagai etnik seperti dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Kandungan kursus di semua IPT menitikberatkan aspek pendidikan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai etnik. Nilai rohani dan budaya diberikan keutamaan dalam subjek Kenegaraan, Tamadun Islam dan Asia khususnya menerusi kursus Hubungan Etnik untuk menguatkan peribadi dan sahsiah pelajar. Kelab Perpaduan atau Kelab Rukun Negara telah diwujudkan di IPT sebagai usaha menyemai kesedaran terhadap kepentingan perpaduan etnik dengan menggalakkan mahasiswa menganggotai kelab berkenaan. Pelajar juga digalakkan mempergiatkan dan mempertingkatkan aktiviti kokurikulum seperti dalam program sukan, kelab, persatuan, pameran dan ceramah. Aktiviti kokurikulum sedemikian merupakan bidang pembelajaran yang menekankan pemupukan dan perkembangan diri individu melalui psikomotor, kognitif dan afektif....


Similar Free PDFs