Hubungan etnik refleksi diri DOCX

Title Hubungan etnik refleksi diri
Author Noor Asilah
Pages 7
File Size 20.9 KB
File Type DOCX
Total Downloads 537
Total Views 808

Summary

MTO104539 RINGKASAN Video “Whose God” mengisahkan tentang pendapat yang berlainan antara rakyat Malaysia dan aktivis sosial tentang penggunaan nama Allah antara orang yang beragama Islam dan bukan beragama Islam. Temubual yang diketuai oleh Fauziah Ibrahim, pemberita saluran 101 East mengaitkan agam...


Description

MTO104539 RINGKASAN Video "Whose God" mengisahkan tentang pendapat yang berlainan antara rakyat Malaysia dan aktivis sosial tentang penggunaan nama Allah antara orang yang beragama Islam dan bukan beragama Islam. Temubual yang diketuai oleh Fauziah Ibrahim, pemberita saluran 101 East mengaitkan agama dengan etnik. Persengkataan yang terjadi ini adalah kerana Fatwa 2008 tidak membenarkan orang yang bukan beragama islam menggunakan perkataan Allah kerana menurut mereka Allah adalah tuhan orang Islam dan hanya orang Islam yang boleh menggunakan nama Allah. Menurut Perlembagaan Negara, sebanyak 64% populasi dalam Malaysia adalah orang Melayu maka agama rasmi negara perlulah menjadi agama Islam walaupun negara Malaysia merupakan negara kepelbagaian agama. Tindakan Mahkamah Tinggi yang membenarkan orang yang tidak beragama Islam menggunakan perkataan Allah menimbulkan kemarahan antara segelintir umat Islam dan mereka kebanyakannya membuat onar apabila mahkamah mengeluarkan pernyataan berikut. Bantahan di dalam masjid dan serangan di gereja Kristian membuatkan semakin ramai rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam berasa marah terhadap orang Islam di Malaysia. Segelintir gereja diletupkan sebagai tanda peringatan kepada penganut Kristian akan kedudukan mereka di Malaysia. Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa terutamanya bangsa Cina, Hindu, Katolik, Buddha dan Islam. Kebudayaan ini dan kekuatan warganegara terdiri daripada bangsa yang mempunyai kepelbagaiaan. Masalah mula berlaku apabila kelompok budaya yang berlainan agama melampaui sempadan. Berikutan kenyataan mahkamah yang menekankan semua agama boleh menggunakan perkataan Allah, segelintir kumpulan orang Islam yang bersetuju dengan kenyataan Mahkamah perkataan itu boleh digunakan oleh semua etnik dan budaya. Walaubagaimanapun, sesetengah golongan kaum Melayu yang menekankan perkataan Allah hanya untuk orang Melayu tidak mahu dihakimi oleh orang bukan Islam kerana menurut mereka penggunaan nama Allah akan menyebabkan mereka dihakimi. Mereka juga menekankan bahawa jika nama Allah digunakan oleh setiap bangsa yang tidak beragama Islam maka, orang Islam akan keliru dan akan mengakibatkan kekeliruan dalam agama yang dianuti. Mereka juga mendakwa perbuatan ini adalah kesalahan jenayah. Mereka juga menegaskan bahawa masalah ini akan selesai apabila pihak gereja mansuhkan permintaan mereka untuk menggunakan perkataan Allah....


Similar Free PDFs