Assignment MPU Hubungan Etnik docx PDF

Title Assignment MPU Hubungan Etnik docx
Course English For Workplace Communication
Institution Open University Malaysia
Pages 43
File Size 774.6 KB
File Type PDF
Total Downloads 82
Total Views 156

Summary

ASSIGNMENT HUBUNGAN ETNIK (MPU3113)TAJUK 6:Bincangkan cabaran pembentukan masyarakat berintegrasi di Malaysia dankemukakan pandangan anda sebagai penyelesaian yang sesuai untukmengatasi cabaran tersebut.PENGHARGAANPertama sekali, setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Muhamad Badrul Adzham bin Bah...


Description

ASSIGNMENT

HUBUNGAN ETNIK (MPU3113)

TAJUK 6: Bincangkan cabaran pembentukan masyarakat berintegrasi di Malaysia dan kemukakan pandangan anda sebagai penyelesaian yang sesuai untuk mengatasi cabaran tersebut.

1|Page

PENGHARGAAN

Pertama sekali, setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Muhamad Badrul Adzham bin Baharudin, pensyarah Hubungan Etnik kami kerana sedikit sebanyak telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami terutamanya dari segi pemilihan tajuk, penerangan, dan penjelasan maklumat demi menyempurnakan tugasan Hubungan Etnik ini. Selain itu, tidak lupa juga sejuta penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan moral kepada kami sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa berkat doa dan berkat mereka, tidak mungkin kami berjaya menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, ribuan terima kasih juga buat rakan-rakan kami yang banyak berkongsi maklumat-maklumat berguna. Perkongsian anda sangat bermakna dan telah banyak meringankan beban sepanjang menyiapkan tugasan ini. Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam tempoh menyiapkan tugasan ini.

2|Page

ISI KANDUNGAN SOALAN TUGASAN

1

PENGHARGAAN

2

ISI KANDUNGAN

3

OBJEKTIF

4

PENGENALAN

5

AGAMA, KEBUDAYAAN DAN ADAT ISTIADAT

6

Agama

6

Kebudayaan

7

Adat Istiadat

8

Langkah Mengatasi Cabaran Dalam Mengeratkan Hubungan Etnik

9

POLITIK

15

Aspek Sejarah Parti Politik Media Massa Pertubuhan Bukan Kerjaan (NGO) Langkah Mengatasi Cabaran Dalam Mengeratkan Hubungan Etnik EKONOMI Perbezaan Pekerjaan Dominasi Kaum Dalam Bidang Tertentu Langkah Mengatasi Cabaran Dari Sudut Ekonomi PENDIDIKAN Perbezaan Bahasa, Kebudayaan Dan Kepercayaan Serta Keturunan Sistem Pendidikan

3|Page

Langkah Mengtasi Cabaran Dari Sudut Pendidikan SOSIAL Kesan Dasar ‘Pecah dan Perintah’ Menganut Agama Yang Berbeza Pengasingan Sistem Pendidikan Kewujudan Akbar Pelbagai Bahasa Kewujudan Persatuan Pelbagai Kaum Langkah Mengatasi Cabaran Dari Sudut Sosial KESIMPULAN RUJUKAN

4|Page

OBJEKTIF



Mengenalpasti cabaran pembentukan masyarakat berintegrasi di Malaysia.



Mengenalpasti setiap cabaran dari pelbagai sudut seperti agama dan budaya, ekonomi, sosial, politik, dan pendidikan.



Mengkaji perbezaan antara masyarakat berintegrasi pada masa lalu dan juga pada masa kini.



Mengenalpasti kepentingan masyarakat berintegrasi kepada Malaysia.



Untuk menyedari peranan sebagai rakyat Malaysia dalam mengukuhkan pembentukan masyarakat berintegrasi.



Mengkaji dan mengenalpasti kesan-kesan terhadap cabaran pembentukan masyarakat berintegrasi di Malaysia.



Mengkaji penyelesaian yang sesuai untuk mengatasi setiap cabaran tersebut.

5|Page

PENGENALAN

Integrase merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Negara ini telah didiami oleh pelbagai etnik yang mempunyai budaya, agama dan kesenian yang pelbagai serta unik. Demi proses mewujudkan sebuah masyarakat integrasi bukanlah suatu perkara yang mudah. Hal ini berikutan setiap kaum yang terdapat di Negara ini lebih gemar membuat hal dan haluan masing-masing daripada pelbagai sudut yang nyata seperti sejarah, pendidikan , sosial , politik serta ekonomi. Semua yang dilihat adalah bersifat perkauman. Hal ini telah berakar umbi sejak dahulu lagi, sebelum, semasa dan selepas merdeka. Usaha ke arah mengintegrasikan perpaduan berasaskan satu identiti nasional tidak dapat diterima oleh orang bukan Melayu. berikutan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan kaum yang amat dahsyat pihak kerjaan telah mencipta satu ideologi negara iaitu Rukun Negara yang dihasilkan berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk membentuk satu jati diri rakyat Negara yang unggul serta bertujuan menyemai dan memupuk integrasi nasional serta semangat perpaduan antara kaum.

6|Page

AGAMA, KEBUDAYAAN DAN ADAT ISTIADAT

Agama

Setiap kaum di Malaysia boleh dikatakan mewakili agama tertentu contohnya Melayu beragama Islam, Cina beragama Buddha, India beragama Hindu. Iban dan Kadazan beragama Kristian. Adalah jelas ketiga-tiga kaum utama di Malaysia mempunyai adat resam, bahasa, agama dan falsafah hidup yang berbeza. Masing-masing menganggap kebudayaan dan agama mereka adalah yang terbaik.

Walaupun berlaku perkahwinan campur antara kaum tetapi ia adalah agak terhad kerana wujud halangan yang kuat dari segi agama. Perbezaan dan pengasingan agama, budaya dan cara hidup ini bukan sahaja menguatkan lagi sikap prasangka buruk antara masyarakat malah menghalang proses integrasi sosial antara kaum. Prasangka inilah yang akan mencetus ketidakhirauan serta permusuhan. 1 Tidak seperti di Indonesia, warga berketurunan Jawa terasimilasi dengan baik. Mereka boleh terdiri daripada beberapa agama contohnya Jawa Hindu, Jawa Islam, Jawa Kristian dan Jawa Buddha.

Kebudayaan 1 Harmiza Maula Mokhatar. Persepsi Antara Etnik Dan Impaknya Terhadap Hubungan Etnik Dalam Kalangan Belia Melayu Dan Cina Di Semenanjung Malaysia, September 2015. Page 19. http:scholar.google.com/scholar? hl=en&as_sdt=0%2C5&q=cabaran+pembentukan+masyarakat+berintegrasi+dari+sudut+agama%2C+ +adat+istiadat+dan+budaya+&btnG=#d=gs_qab&p=$u=%23p%3DaulUH-pLwXkJ

7|Page

Kekurangan pendedahan kepada adat-adat dan kebudayaan etnik lain akan menjadi penghalang kepada pembinaan hubungan etnik antara kaum. Kebudayaan meliputi agama, kepercayaan, adab resam dan cara hidup setiap kaum. Sekiranya masyarakat kurang terdedah mengenai budaya kaum lain, ia akan menjadi penghalang kepada usaha untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia. Perbezaan kebudayaan akan menyebabkan timbulnya prasangka, perkauman dan etnosentrisme yang merupakan perkara utama yang menyumbang kepada masalah perpaduan. Hal ini boleh dilihat melalui kebannyakan orang Melayu tidak dapat keluar dari zon selesa masing-masing untuk bergaul dengan etnik lain. 2

Pada masa yang sama, sikap setiap kaum yang terlalu mempertahankan budaya mereka juga menjadi halangan kepada usaha untuk mengeratkan hubungan etnik di Malaysia. Perkara Ini berlaku kerana mereka tidak dapat menerima amalan dan kepercayaan kaum lain yang berbeza dengan cara hidup mereka. Salah satu cabaran utama untuk mencapai perpaduan kaum ini ialah aspek dalaman iaitu perbezaan bahasa, kebudayaan, kepercayaan dan keturunan yang mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum.

Perbezaan ini menyebabkan setiap kaum di negara ini sukar untuk menerima perubahan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan kerana pada sangkaan mereka ia melibatkan penerimaan dan pengorbanan iaitu mereka terpaksa menerima unsur kaum lain dan mengorbankan unsur kaum sendiri.

2 Harmiza Maula Mokhatar. Persepsi Antara Etnik Dan Impaknya Terhadap Hubungan Etnik Dalam Kalangan Belia Melayu Dan Cina Di Semenanjung Malaysia, September 2015. Page 5. http:scholar.google.com/scholar? hl=en&as_sdt=0%2C5&q=cabaran+pembentukan+masyarakat+berintegrasi+dari+sudut+agama%2C+ +adat+istiadat+dan+budaya+&btnG=#d=gs_qab&p=$u=%23p%3DaulUH-pLwXkJ

8|Page

Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi sebegini hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Perkara sebegini hanya akan memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan kurang bersifat terbuka untuk mempelajari bahasa ibunda kaum yang lain. Mereka menganggap adalah tidak penting untuk mereka mempelajari bahasa kaum yang lain.

Adat istiadat

Kewujudan masyarakat berbilang bangsa sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka amat berbeza daripada masyarakat berbilang bangsa yang wujud akibat penjajahan British di Tanah Melayu pada abad ke-19. Perbezaan antara kedua-dua masyarakat berbilang bangsa tersebut ialah kesanggupan masyarakat berbilang kaum pada zaman Melaka untuk menerima budaya masyarakat Melayu seperti bahasa, makanan, etika dan pakaian. Sebaliknya, masyarakat imigran pada zaman British tidak berpeluang ataupun berkeinginan mengenali sosiobudaya masyarakat Melayu. Ada juga dalam kalangan masyarakat imigran yang memandang rendah kedudukan dan sosiobudaya masyarakat Melayu. Malahan mereka menganggap masyarakat Melayu tidak mempunyai perkaitan dengan mereka. Oleh itu, masyarakat berbilang bangsa atau masyarakat majmuk pada zaman penjajahan merupakan punca wujudnya beberapa aspek sosiobudaya negatif yang menghalang usaha-usaha mengeratkan hubungan etnik di Malaysia.

9|Page

Faktor ini merupakan faktor yang tidak dapat dielakkan kerana semua kaum mempunyai kepercayaan, budaya, dan agama mereka yang tersendiri. Setiap kaum mempunyai semangat yang menebal terhadap kebudayaan mereka dan Bahasa mereka kerana mereka tidak mahu kebudayaan dan bahasa mereka terputus. 3 Mereka hanya ingin menggunakan Bahasa mereka dan tidak mahu membuka dunia budaya meraka kerana beranggapan jika terdapat yang lain selain bangsa mereka. Identiti bangsa mereka akan hilang dan tiada lagi keistimewaannya.

Disamping itu, terdapat juga batasan dan peraturan sosial yang perlu diambil kira kerana perbezaan budaya. Ini kerana apabila terdapatnya perbezaan ini, kita tidak tahu apa yang diperkatakakan dan apa yang menjadi dalam kalangan bangsa lain.

Langkah Mengatasi Cabaran Dalam Mengeratkan Hubungan Etnik

Menjadikan aktiviti sukan sebagai agen pengerat hubungan antara etnik Negara kita telah mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan. Contohnya sukan skuasy, badminton, bola sepak dan sebagainya. Pelbagai lapisan masyarakat dan kaum telah menunjukkan semangat patriotik dengan bersatu memberikan sokongan kepada ahli-ahli sukan negara dan juga peserta-peserta yang terlibat. Kemenangan sama-sama diraikan dan kekalahan turut sama dirasai. Ini menunjukkan kejayaan aktiviti sukan dan permainan dalam institusi pendidikan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang.

3 Abdul Aziz Azmi et. al. Realiti Kepelbagaian Kaum Ke Arah peraduan Nasional pasca Merdeka, 2017. Page 9. http://www.kuim.edu.my/journal/index.php/JSS/article/view/207

10 | P a g e

Usaha kerajaan mencapai perpaduan melalui ko-kurikulum di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi menampakkan hasil yang positif. Melalui aktiviti kokurikulum seperti aktiviti kebudayaan, keseniaan dan sukan, ianya menampakkan semangat perpaduan yang positif diantara pelajar-pelajar pelbagai kaum. Aktiviti sebegini boleh merapatkan hubungan dan membangkitkan semangat tolong-menolong, semangat setiakawan dan saling percaya-mempercayai di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum yang terlibat. Penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang ko-kurikulum akan melahirkan individu pelajar yang berfikiran terbuka dan matang dalam perhubungan dan bersosial.

Melalui ko-kurikulum, bakat murid dapat diasah dan diperkembangkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi. Malah, minat murid dalam bidang sukan dan kesenian dapat ditanam dan diperkembangkan. Kejayaan seperti ini pastinya menjadikan kerajaan lebih ghairah dalam memperkenalkan dasar baru agar semua murid terlibat dalam aktiviti sebegini. Penubuhan sekolah sukan dan sekolah seni merupakan antara titik tolak usaha kerajaan dalam memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia. Dasar 1 Murid 1 Sukan juga telah dilaksanakan bermula tahun 2011 untuk memastikan perpaduan kaum dapat dicapai.

11 | P a g e

Penerapan kewujudan pelbagai etnik dalam subjek PSV Dalam subjek pendidikan seni, murid-murid dididik supaya meminati seni dari peringkat sekolah rendah lagi. Melalui kesenian, murid-murid diajar tentang kebudayaan dan kesenian pelbagai bangsa di Malaysia. Pendidikan kesenian ini akan membuka dan mematangkan minda murid-murid. Mereka boleh menerima dan akan menghormati budaya orang lain. Minat yang disemai dari peringkat awal lagi akan melahirkan insan-insan seni dalam pelbagai bidang seperti seni lakonan, seni tarian, nyanyian, seni lukis dan sebagainya.

Insan-insan seni yang memahami kebudayaan dan sensitiviti bangsa lain akan melahirkan karya-karya yang bercorak perpaduan. Melalui karya-karya sebegini, ia akan membantu membuka minda individu lain ke arah kecemerlangan perpaduan. Sebagai contohnya seorang pengarah filem menghasilkan filem yang bercorak patriotik akan memberi kesan yang positif dan prasangka baik di kalangan penonton.

Perkahwinan campur Perkahwinan berlainan bangsa bukan lagi menjadi perkara baru bahkan kebanyakkannya direstui oleh keluarga kedua-dua pihak. Keadaan ini boleh dilihat melalui pembentukan Melayu Arab ‘Syed dan Syarifah’, Peranakan Cina (Baba dan Nyonya), Peranakan Jawi dan lain-lain. 4 Namun begitu, senario ini banyak berlaku di negeri Sabah yang mana bilangan etniknya berjumlah 42 etnik. Jika pada suatu masa dahulu perkahwinan sebegini boleh menimbulkan persengketaan antara 4 Fatimi Hanafi, Zulkanain Abdul Rahman dan Arbaiyah Mohd Noo,2016, Perpaduan Politik Asas Integrasi Nasiona Di Malaysia, muka surat 3. http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/files4/4_018-Fatimi.pdf

12 | P a g e

kedua-dua etnik, tetapi pada masa kini ianya sudah menjadi kebiasaan hasil daripada sifat tolak ansur dan menghormati antara satu sama lain. Pelbagai kebudayaan masyarakat berbilang kaum di Malaysia mula difahami dan diterima oleh kaum lain selagi ianya tidak menyebabkan kehilangan identiti asal kaum. Sebagai contoh, budaya bertukar-tukar makanan di kalangan jiran, sambutan perayaan bersama-sama, pemberian duit raya dan sebagainya

Menjadikan guru sebagai agen penyemai perpaduan kaum. Guru merupakan agen kerajaan untuk menyampaikan dan melaksanakan dasar pendidikan kepada murid dan masyarakat. Aspek guru juga menjadi cabaran untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum. Guru perlu dipersiapkan dengan ilmu pengetahuan yang cukup dan lengkap untuk menghadapi pelbagai situasi di sekolah dan masyarakat sekitarnya. Malah, guru perlu memahami misi, objektif dan matlamat akhir sesuatu dasar pendidikan supaya hasrat perlaksanaan sesuatu dasar itu terlaksana. Jika seseorang guru itu cetek ilmu dan malas untuk mengambil tahu isu semasa, ia akan menimbulkan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya membawa murid-murid ke arah matlamat yang salah menyebabkan salah satu matlamat iaitu mencapai perpaduan dan integrasi antara kaum tidak dapat dicapai. Jelaslah bahawa, pihak kerajaan perlu memberi latihan dan kefahaman kepada setiap guru apabila melaksanakan sesuatu dasar yang baru supaya segala perancangan mengikut landasan yang betul dan generasi yang akan datang lahir sebagai individu yang mempunyai sifat cinta dan membudayakan perpaduan dalam kehidupan bermasyarakat.

13 | P a g e

Media massa memberi pendedahan kebudayaan dalam pelbagai etnik Media massa bukan hanya membekalkan fakta dan data tertentu. Ia juga memberikan maklumat tentang matlamat, maksud dan kesignifikanan sesuatu peristiwa. Media massa ini pula perlu peka dalam menyampaikan sesuatu dasar, lebih-lebih lagi jika isu tersebut menyentuh isu-isu sensitif supaya tidak menimbulkan konflik dikalangan masyarakat. Melalui matlamat yang tepat, masyarakat akan dapat memahami kehendak dan matlamat kerajaan dalam melaksanakan sesuatu dasar.

Bersifat Setia dan cinta akan negara Setiap daripada kita hendaklah berbangga menjadi rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit, bahasa dan kepercayaan. Semua rakyat perlu mempertahankan nama baik negara dan berusaha untuk mengharumkan nama negara. Dengan memiliki sikap berbangga sebagai rakyat Malaysia, kita akan sentiasa berusaha mengekalkan hubungan kita dengan rakyat Malaysia yang lain, walaupun berlainan kaum, kebudayaan dan kepercayaan. Pendek kata, sikap ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’ perlu diamalkan dan dijiwai sepenuhnya.

Setiap daripada kita haruslah mempunyai sifat setia dan sayang akan negara dengan menghormati dan menunjukkan taat setia kepada raja dan para pemimpin negara. Selain itu, kita juga mesti sayang dan hormat kepada lambang-lambang negara kita seperti Jalur Gemilang, Lagu Negaraku, Parlimen, Rukun Negara dan institusi lain yang berkaitan. Elakkkan sikap yang boleh menghina, menjejaskan dan menimbulkan provokatif terhadap lambang-lambang negara kita kerana ini akan memperlihatkan sejauh mana sikap patriotisme kita sebagai warganegara Malaysia. 14 | P a g e

Bersikap Kekitaan

Dalam kehidupan seharian, kita hendaklah menunjukkan keikhlasan kita dalam menjalin hubungan dengan jiran dan anggota masyarakat yang berbeza warna kulit, kebudayaan dan agama. Dengan mengamalkan sikap kekitaan sesama kita, kita sebenarnya mewujudkan satu suasana hidup yang baik dan boleh menguntungkan kita semua di samping dapat memelihara soal keselamatan hidup setempat. Kesediaan kita dalam mengamalkan sikap kekitaan ini akan menjadi contoh yang baik kepada generasi muda hari ini dan mereka juga akan terdorong untuk mengamalkannya. Hal ini tentunya akan dapat menjalin semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat di negara ini. Lama kelamaan benteng prasangka dan prejudis yang bersarang di dada kita tentunya dapat dirobohkan.

Menjadikan rukun negara sebagai panduan

Pematuhan terhadap peraturan, undang-undang dan rukun negara, menunjukkan kita bersedia bersikap adil terhadap kaum lain dan menghormati amalan dan kepercayaan mereka serta hak mereka untuk hidup di negara ini. Kita hendaklah menunjukkan bahawa kita mahukan yang terbaik untuk kaum lain sebagaimana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Hal ini akan mendorong kita untuk lebih bersikap bertolak ansur dan cuba memahami hak kaum lain. Kita tidak akan memperjuangkan hak untuk kaum kita semata-mata dengan menindas atau membelakangkan hak yang sepatutnya turut diterima oleh kaum lain. Kita juga akan sentiasa

15 | P a g e

bersedia untuk berkongsi dalam sesuatu perkara yang dibenarkan oleh budaya kita tanpa mengorbankan prinsip undang-undang dan keadilan selaras dengan prinsip rukun negara.

POLITIK

Aspek Sejarah

Cabaran seterusnya dalam pembentukan masyarakat yang berintegrasi di Malaysia adalah dari sudut politik. Sudut politik yang pertama kita boleh tengok dari aspek sejarah. Selepas British menguasai Tanah Melayu, British telah membawa masuk orang Cina untuk pembangunan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu dan orang India untuk perladangan dan juga askar di Tanah Melayu. Selepas orang Cina dan orang India bermula menetap di Tanah Melayu, tindakan British yang mengamalkan dasar “pecah dan perintah” dimana mengasingkan masyarakat Melayu, Cina dan India dengan menetapkan Melayu sebagai petani dan nelayan yang duduk dalam kampung, Cina sebagai pelombong bijih timah di bandar manakala India sebagai peladang di Kawasan luar bandar. Tindakan British ini secara tidak langsung telah memwujudkan satu cabaran kepada masyarakat Melayu, Cina dan India untuk membentukkan masyarakat yang berintegrasi. Tindakan ‘pecah dan perintah’ pada masa itu telah menyebabkan ketidakseimbangan dari segi ekonomi.

5

Kesan daripada

pengasingan masyarakat zaman British masih boleh dilihat pada masa ini dan ini secara tidak

5 Hamidah Ab Rahman,et.al. 2009. Pembangunan Ekonomi Dalam Hubungan Etnik, halaman 7. https://core.ac.uk/download/pdf/11789891.pdf

16 | P a g e


Similar Free PDFs