MPU3113 Hubungan Etnik PDF

Title MPU3113 Hubungan Etnik
Author Catherine Kh'ng
Pages 300
File Size 6.4 MB
File Type PDF
Total Views 92

Summary

Fakulti Sains Sosial Gunaan MPU3113 Hubungan Etnik Copyright © Open University Malaysia (OUM) MPU3113 HUBUNGAN ETNIK Mohd Syariefudin Abdullah Copyright © Open University Malaysia (OUM) Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil Prof Madya Dr Mohd Yusuf Ahmad Open University Malaysia Penulis Modul...


Description

Fakulti Sains Sosial Gunaan

MPU3113 Hubungan Etnik

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

MPU3113 HUBUNGAN ETNIK Mohd Syariefudin Abdullah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Pengarah Projek:

Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil Prof Madya Dr Mohd Yusuf Ahmad Open University Malaysia

Penulis Modul:

Mohd Syariefudin Abdullah Universiti Pendidikan Sultan Idris

Penyederhana:

Dr Mohd Sohaimi Esa Universiti Malaysia Sabah

Dibangunkan oleh:

Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia

Edisi Pertama, Ogos 2014 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Ogos 2014, MPU3113 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Copyright University Malaysia Copyright © Open Open University Malaysia (OUM) (OUM)

Isi Kandungan Panduan Kursus Topik 1

Topik 2

xiăxv

Hubungan Etnik dan Pembinaan Negara Bangsa 1.1 Hubungan Etnik dan Pembinaan Negara Bangsa 1.1.1 Konsep Negara Bangsa 1.1.2 Tahap Pembinaan Negara Bangsa 1.1.3 Konsep Negara Etnik (Ethno Nations), Negara Sivik (Civic Nations) dan Ethno Civic Nations 1.2 Pembinaan Negara Bangsa dan Hubungan Etnik di Malaysia 1.2.1 Era Konflik (1945ă1960) 1.2.2 Era Stabil Tetapi Tegang (1961ă1970) 1.2.3 Era Kesepaduan Sosial (1971ă2011) 1.3 Kejayaan Malaysia: Satu Penilaian 1.3.1 Politik 1.3.2 Ekonomi 1.3.3 Sosial 1.4 Kesimpulan Rumusan Kata Kunci Rujukan Konsep Asas Hubungan Etnik 2.1 Konsep Asas Hubungan Etnik 2.1.1 Konsep Ras dan Rasisme 2.1.2 Konsep Etnik 2.1.3 Konsep Budaya 2.1.4 Konsep Masyarakat 2.1.5 Konsep Masyarakat Majmuk dan Masyarakat Plural 2.1.6 Konsep Perpaduan dan Integrasi 2.1.7 Tahap Integrasi 2.1.8 Kesepaduan Sosial dan Penyatupaduan 2.1.9 Konsep Stereotaip, Prasangka dan Diskriminasi 2.1.10 Konsep Etnosentrisme dan Cauvinisme

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

1 2 3 4 6 8 9 10 11 12 13 14 16 19 20 20 21 22 23 23 25 27 32 36 38 40 43 44 45

iv



Topik 3

ISI KANDUNGAN

2.2

Kerangka Teori dalam Hubungan Etnik 2.2.1 Teori Fungsional 2.2.2 Teori Konflik 2.2.3 Teori Modenisasi 2.2.4 Kesepaduan Mekanikal dan Kesepaduan Organik 2.2.5 Teori Kelas 2.2.6 Teori Masyarakat Majmuk 2.2.7 Teori Pilihan Rasional 2.3 Kesimpulan Rumusan Kata Kunci Rujukan

45 46 47 48 49 50 51 51 51 52 54 54

Sejarah Masyarakat Malaysia dan Hubungan Etnik 3.1 Masyarakat Plural di Alam Melayu 3.1.1 Pembentukan Masyarakat di Alam Melayu 3.1.2 Pengaruh Tamadun China di Alam Melayu 3.1.3 Proses Indianisasi di Alam Melayu 3.1.4 Proses Islamisasi di Alam Melayu 3.1.5 Melaka sebagai Pusat Pertemuan Masyarakat 3.2 Pembentukan Masyarakat Plural Zaman Kolonial 3.2.1 Proses Penguasaan British ke Atas Negeri-negeri Melayu 3.2.2 Pembentukan Masyarakat Zaman Pendudukan British 3.2.3 Kemerdekaan Tanah Melayu dan Kerjasama Pelbagai Etnik 3.3 Masyarakat Sabah dan Sarawak 3.3.1 Proses Pembentukan Masyarakat Sabah 3.3.2 Proses Pembentukan Masyarakat Sarawak 3.4 Kesimpulan Rumusan Kata Kunci Rujukan

57 59 59 60 62 64 65 68

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

68 71 74 78 79 83 86 87 89 89

ISI KANDUNGAN

Topik 4

Topik 5

Hubungan Etnik daripada Aspek Ekonomi 4.1 Konsep Modenisasi Ekonomi 4.1.1 Modenisasi di Eropah 4.1.2 Penjajahan dan Imperialisme 4.1.3 Pemodenan dan Pembaratan 4.2 Modenisasi di Malaysia 4.2.1 Asas Sistem Sosioekonomi Orang Melayu 4.2.2 Sistem Sosioekonomi Semasa Penjajahan 4.2.3 Sistem Sosioekonomi Semasa Era Menuju Kemerdekaan 4.2.4 Sistem Ekonomi Semasa Era Penyusunan 4.3 Rancangan Pembangunan Negara dan Dasar Ekonomi 4.3.1 Rancangan Pembangunan Lima Tahun 4.3.2 Elemen Perpaduan Dalam Dasar Ekonomi 4.4 Kesimpulan Rumusan Kata Kunci Rujukan Perlembagaan dari Aspek Hubungan Etnik 5.1 Konsep Perlembagaan Persekutuan 5.2 Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan 5.2.1 Undang-undang Zaman Kesultanan Melayu 5.2.2 Penerapan Undang-undang British Zaman Kedatangan Barat di Tanah Melayu 5.2.3 Penerapan Undang-undang Zaman Kedatangan Barat di Sabah dan Sarawak 5.2.4 Kedudukan Undang-undang Zaman Pendudukan Jepun 5.2.5 Proses Penggubalan Perlembagaan Malaysia 5.3 Unsur Tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan 5.3.1 Institusi Beraja 5.3.2 Agama Islam 5.3.3 Bahasa Melayu 5.3.4 Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera 5.4 Kesimpulan Rumusan Kata Kunci Rujukan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)



v

91 92 97 98 98 99 99 101 103 105 109 109 112 116 117 119 119 121 122 125 125 127 128 129 130 137 138 139 140 141 143 144 145 145

vi



Topik 6

Topik 7

ISI KANDUNGAN

Permuafakatan Politik dan Hubungan Etnik 6.1 Konsep Modenisasi dan Pembangunan Politik 6.2 Sistem Politik Masyarakat Melayu 6.3 Pengaruh Demografi dalam Politik 6.3.1 Demografi Penduduk Semenanjung Malaysia 6.3.2 Demografi Penduduk di Sabah dan Sarawak 6.4 Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik 6.4.1 Politik di Tanah Melayu atau Semenanjung Malaysia 6.4.2 Politik di Sarawak 6.4.3 Politik di Sabah 6.5 Politik Etnisiti di Malaysia 6.5.1 Politik Inter-etnik 6.5.2 Politik Intra-etnik 6.6 Pembangunan Politik Perpadun di Malaysia 6.6.1 Parti Perikatan 6.6.2 Barisan Nasional 6.7 Kesimpulan Rumusan Kata Kunci Rujukan

146 147 151 153 153 154 155

Kepelbagaian Agama dan Hubungan Etnik 7.1 Konsep Agama dan Kepercayaan 7.1.1 Definisi Kepercayaan dan Agama 7.1.2 Masyarakat dan Kepercayaan Beragama 7.2 Agama dan Masyarakat di Malaysia 7.3 Agama Utama di Malaysia 7.3.1 Agama Islam 7.3.2 Agama Buddha 7.3.3 Agama Hindu 7.3.4 Agama Kristian 7.3.5 Agama Sikh 7.3.6 Ajaran Confusianisme 7.3.7 Ajaran Taoisme 7.4 Aplikasi Kehidupan Beragama dalam Kehidupan Masyarakat Pelbagai Etnik di Malaysia 7.5 Kesimpulan Rumusan Kata Kunci Rujukan

177 178 181 182 183 185 186 190 191 193 194 194 195

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

155 159 161 163 165 165 167 167 170 173 174 175 176

196 198 200 201 202

ISI KANDUNGAN

Topik 8

Topik 9



vii

Cabaran dalam Usaha Integrasi Nasional 8.1 Tinjauan Kaedah Perpaduan di Beberapa Buah Negara 8.1.1 Teori Melting Pot dan Salad Bowl di Amerika 8.1.2 Kaedah Social-engineering di Singapura 8.2 Cabaran Integrasi Kaum di Malaysia 8.2.1 Sifat Perkauman 8.2.2 Isu Pendidikan 8.2.3 Isu Keagamaan 8.2.4 Isu Ekonomi 8.2.5 Kesedaran Generasi Muda 8.2.6 Impak Globalisasi 8.3 Usaha Integrasi oleh Kerajaan 8.3.1 Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) 8.3.2 Pelaksanaan di Peringkat Dasar Awam 8.4 Kesimpulan Rumusan Kata Kunci Rujukan

204 205 205 206 209 210 212 213 215 217 218 219

Pemerkasaan Pendidikan ke Arah Kesepaduan Sosial 9.1 Sejarah Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia 9.2 Pendidikan dalam Pelbagai Bentuk Aliran 9.2.1 Sekolah Aliran Agama 9.2.2 Sekolah Aliran Inggeris 9.2.3 Sekolah Melayu 9.2.4 Sekolah Cina 9.2.5 Sekolah Tamil 9.3 Penyatuan Sistem Pendidikan 9.3.1 Dasar Cheeseman 1946 9.3.2 Jawatankuasa Car-Saunders 1947 9.3.3 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum 1949 9.3.4 Laporan Barnes 1951 9.3.5 Laporan Fenn Wu 1951 9.3.6 Ordinan Pelajaran 1952 9.3.7 Laporan Woodhead 1955 (Sabah dan Sarawak) 9.3.8 Penyata Razak 1956 9.3.9 Ordinan Pelajaran 1957 9.3.10 Laporan Rahman Talib 1960 9.3.11 Akta Pelajaran 1961 9.3.12 Dasar Pendidikan Kebangsaan 1970 9.3.13 Laporan Kabinet 1979

228 229 231 232 232 236 237 239 242 244 244 245 245 246 246 247 247 248 249 250 251 251

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

219 221 224 225 226 227

viii 

ISI KANDUNGAN

9.4

Jenis Sekolah 9.4.1 Sekolah Kebangsaan 9.4.2 Sekolah Vernakular 9.4.3 Sekolah Wawasan Rumusan Kata Kunci Rujukan

Topik 10

Hubungan Etnik dalam Realiti Masyarakat Malaysia 10.1 Pengalaman Malaysia Mengurus Masyarakat 10.2 Pengalaman Harian 10.3 Kesepaduan dalam Realiti Masyarakat Malaysia 10.4 Kejayaan Malaysia dalam Menguruskan Hubungan Etnik 10.5 Kesimpulan Rumusan Kata Kunci Rujukan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

252 253 254 255 257 259 260 261 263 266 269 273 277 279 280 280

PANDUAN KURSUS

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS



xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan teliti dari awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponenkomponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN MPU3113 Hubungan Etnik adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengikuti Program Sarjana Muda. Modul ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas kepada hubungan etnik yang merupakan kunci kepada keharmonian dan pembangunan negara. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

xii



PANDUAN KURSUS

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1. Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran Aktiviti Pembelajaran

Jam Pembelajaran

Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal

3

Membaca modul

60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial

10

Perbincangan atas talian

12

Ulang kaji

15

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan

20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN

120

OBJEKTIF KURSUS Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menjelaskan konsep dan teori asas dalam pengajian etnik;

2.

Mengenal pasti cabaran pembangunan negara dalam konteks pluralis budaya dan agama; dan

3.

Melahirkan kesedaran tentang kepentingan bekerjasama dan toleransi antara etnik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS



xiii

SINOPSIS KURSUS Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti yang disenaraikan berikut: Topik 1 memulakan perbincangan tentang konsep pembinaan negara bangsa dan pentingnya hubungan etnik yang harmoni dalam memastikan kejayaan proses pembinaan negara bangsa di Malaysia. Topik 2 memperkenalkan konsep asas dan teori utama dalam hubungan etnik menggunakan pendekatan sosiologi. Topik 3 membincangkan latar belakang sejarah sebagai faktor yang mempengaruhi pembentukan kepelbagaian yang wujud dalam kalangan etnik di Malaysia. Topik 4 membincangkan kaitan ekonomi dalam mempengaruhi hubungan etnik yang harmoni. Topik 5 melihat sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan dan kepentingannya dalam mempengaruhi hubungan etnik yang harmoni. Topik 6 membincangkan sistem politik yang digunakan oleh Malaysia dalam konteks masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik. Topik 7 membincangkan tentang agama terbesar di Malaysia dan seterusnya melihat fungsi agama sebagai pencetus pendamaian dan keharmonian kaum. Topik 8 membincangkan cabaran yang dihadapi oleh kerajaan dan rakyat Malaysia dan seterusnya membincangkan tentang dasar awam ke arah perpaduan kaum. Topik 9 menghuraikan tentang latar belakang dan pelbagai aliran pendidikan di Malaysia dan seterusnya proses ke arah perpaduan kaum melalui pendidikan dilaksanakan. Topik 10 mengaitkan hubungan etnik dengan realiti masyarakat Malaysia yang rencam dan bagaimana hubungan ini dapat dibangunkan dalam konteks realiti masyarakat Malaysia.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

xiv



PANDUAN KURSUS

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Pada akhir sesuatu topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Kata Kunci: Pada akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS



xv

Rujukan: Rujukan ialah bahagian senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS Tiada prasyarat kelulusan daripada kursus lain diperlukan bagi menjalani kursus ini.

KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul hubungan etnik. Bangi, Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia. Jayum Jawan, & Zaid Ahmad. (2006). Reading in inter-ethnic relations in Malaysia. Serdang, Malaysia: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Amini Amir Abdullah. (2013). Isu-isu sensitif dalam hubungan etnik di Malaysia. Serdang, Malaysia: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS) Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books24 7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini. Copyright University Malaysia Copyright © Open Open University Malaysia (OUM) (OUM)

xvi



PANDUAN KURSUS

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Hubungan

1

Etnik dan Pembinaan Negara Bangsa

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menerangkan tentang proses pembinaan negara bangsa di dunia dan di Malaysia;

2.

Menjelaskan sejarah pembinaan negara bangsa dan kaitan dengan hubungan etnik di Malaysia; dan

3.

Menilai tahap kejayaan Malaysia menguruskan hubungan etnik.

 PENGENALAN Pembinaan negara bangsa (nation state) bertitik tolak daripada kewujudan bangsa atau ras (race) dan lahir sebagai entiti sebuah negara yang mewakili bangsa berkenaan. Satu bangsa melahirkan sebuah negara. Shamsul Amri Baharuddin (2012) dalam membincangkan konsep negara bangsa membahagikan kewujudan negara bangsa ini pada tiga keadaan. Keadaan pertama ialah satu bangsa mewakili satu negara. Konsep negara bangsa bertitik tolak daripada satu ras membentuk bangsa dan melahirkan satu negara. Justeru, ia akan melahirkan sebuah negara bangsa. Sebagai contoh, bangsa Jepun membentuk negara Jepun.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

2



TOPIK 1

HUBUNGAN ETNIK DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Keadaan kedua pula ialah bangsa tanpa negara (state without nation). Terdapat beberapa bangsa tanpa negara dan mereka menuntut bangsa mereka untuk bernegara dan mempunyai autonomi sendiri. Misalnya, kita dapat lihat bangsa Melayu Patani di Selatan Thailand. Bangsa Melayu Patani dahulu merupakan sebuah kerajaan yang berautoriti sendiri. Akan tetapi akibat daripada penjajahan, maka Patani diserahkan kepada Siam (Thailand) sedangkan, bangsa Melayu Patani adalah beragama Islam dan berbudaya Melayu. Justeru, wujud konflik apabila mereka merasakan bahawa mereka bukan sebahagian daripada bangsa Thailand yang berbudaya Thai dan beragama Buddha. Tambahan lagi, muncul gerakan dalam kalangan bangsa Melayu Thailand yang cuba untuk membebaskan diri daripada negara bangsa Thailand yang dibina. Begitu juga halnya dengan bangsa Kurdis yang bertapak di utara Iraq. Bangsa ini berjaya membentuk wilayah autonomi Kurdistan tetapi negara Kurdistan tidak diiktiraf dalam peta dunia. Keadaan negara bangsa yang dibina seterusnya ialah negara tanpa bangsa (nation without state). Senario ini berlaku pada negara apabila kewujudan sesebuah negara berlaku dan diperakui kedaulatannya, tetapi tidak jelas dari segi identiti bangsa yang dibina. Kewujudan negara sebegini boleh dirujuk dalam konteks Malaysia. Malaysia lahir sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa atau ras dengan setiap etnik berkenaan mengekalkan identiti etnik masing-masing. Namun begitu, aspek ini merupakan keunikan yang ada pada Malaysia dari segi pembinaan negara. Dalam topi...


Similar Free PDFs