Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat DOCX

Title Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat
Author Loga Amni
Pages 16
File Size 32.8 KB
File Type DOCX
Total Downloads 305
Total Views 371

Summary

PENDAHULUAN Asia Tenggara mempunyai kedudukan yang strategik kerana terletak di antara China di sebelah timur, dan India di sebelah barat. Kedudukannya dihubungkan oleh Selat Melaka yang terletak di Asia Tenggara dan di tengah-tengah jalan pedagangan, telah mewujudkan bandar- bandar pelabuhan yang p...


Description

PENDAHULUAN Asia Tenggara mempunyai kedudukan yang strategik kerana terletak di antara China di sebelah timur, dan India di sebelah barat. Kedudukannya dihubungkan oleh Selat Melaka yang terletak di Asia Tenggara dan di tengah-tengah jalan pedagangan, telah mewujudkan bandar- bandar pelabuhan yang penting seperti Srivijaya, Perlak, Pasai, Melaka, Bantam, Cheribon, Makasar, Brunei, dan Pattani. Pelabuhan tersebut mempunyai hubungan dengan pelabuhan di Lautan Hindi seperti Mocha, Hormuz, Surat, Goa, Colombo, dan di Pantai Koromandel India seperti Masulipatam dan Pondicherry. "Pelabuhan di Asia Tenggara tersebut juga telah membuat hubungan dengan pelabuhan di Laut China Selatan seperti Canton atau Amoy di China. Tiupan angin monsun yang bertiup mengikut musim memainkan peranan yang penting dalam mempertemukan pedagang dari segenap pelosok kawasan. Perkara ini telah menetukan jangka waktu yang tepat bagi kedatangan pedagang dari Timur dan Barat ke Melaka. Terdapat juga jalan darat yang menghubungkan tanah besar Asia yang dikenali sebagai Jalan Sutera yang merentangi dari wilayah di Asia Barat ke Asia Tengah dan seterusnya ke China" (online, 2015). "Asia Tenggara memang telah terkenal sebagai sebuah kawasan perdagangan utama pedagang Melayu, Arab, China, dan India sebelum kedatangan Islam lagi. Tarikan utama kawasan Asia Tenggara kerana kekayaan hasil buminya yang merangkumi barang-baraang pertanian, logam, serta hasil hutan. Perkembangan agama Islam di Makkah telah membolehkan para pedagang Islam keluar belayar dan berdakwah menyebarkan agama Islam ke seluruh rantau Asia Tenggara" (online, 2015)....


Similar Free PDFs