Falsafah Sekularisme PDF

Title Falsafah Sekularisme
Course Falsafah
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 25
File Size 765.7 KB
File Type PDF
Total Downloads 35
Total Views 112

Summary

FAKULTI UNDANG-UNDANG SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG TUGASAN 3 CTU552 (FALSAFAH DAN ILMU SEMASA) TAJUK: IMPLIKASI FAHAMAN SEKULARISME DALAM AMALAN MASYARAKAT DISEDIAKAN OLEH:SEMESTER 1SESI 2020/ABU ZAID BIN OMAR 2020471222NUR AMANI BINTI MOHD KUSHAIRY 2020470762NUR AUNI BINTI CHE KODIR 2020470862EZREEN ...


Description

FAKULTI UNDANG-UNDANG SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG TUGASAN 3 CTU552 (FALSAFAH DAN ILMU SEMASA)

TAJUK: IMPLIKASI FAHAMAN SEKULARISME DALAM AMALAN MASYARAKAT DISEDIAKAN OLEH:

ABU ZAID BIN OMAR

2020471222

NUR AMANI BINTI MOHD KUSHAIRY

2020470762

NUR AUNI BINTI CHE KODIR

2020470862

EZREEN NATHASHA BINTI MOHD NAFI BERNARD

2020470878

NUR NADHIRAH AFIQAH BINTI SAHABUDIN

2020470886

SEMESTER 1 SESI 2020/2021

Isi Kandungan

Pengenalan

2

Pernyataan Masalah

4

Objektif Kajian

5

Metodologi Kajian

6

Dapatan Kajian & Perbincangan

7

Rujukan

24

1

Pengenalan

Sekularisme ialah satu konsep dimana kerajaan mahupun entiti lain harus wujud secara terasing dari agama atau kepercayaan lain. Ia juga membawa makna pemisahan antara agama dan urusan dunia. Menurut ahli falsafah, Waber, sekularisme merupakan suatu proses yang berlanjutan dan terbuka di mana nilai-nilai pandangan diperbaharui sesuai dengan peredaran zaman, selain menganggap bahawa agama tidak ada saling kait dengan kehidupan. Penyebaran sekularisme telah bermula sejak zaman Renaissance hingga ke zaman Enlightenment dengan meletusnya beberapa revolusi yang telah menyebabkan manusia lebih mementingkan penggunaan akal dan logik rasional yang kini menjadi amalan secara meluas di era moden serta diadaptasikan di negara Islam. Islam membolehkan pemikiran menggunakan akal fikiran, tetapi bukan secara ekstrem seperti sekularisme, untuk melakukan kerja yang dicampurkan dengan fahaman ini untuk membolehkan ia menunaikan ibadah kepada Allah S.W.T seperti yang disebut dalam al-Quran: "Allah memberikan hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang yang menggunakan akal fikirannya." (Surah al-Baqarah, ayat 269) Prinsip sekularisme adalah berteraskan penguasaan kebendaan dalam kalangan umat manusia dan memperjuangkan kebendaan sahaja yang memberi jaminan positif untuk mencapai kebebasan dan keselamatan. Kebebasan yang dimaksudkan adalah kebebasan segala kepercayaan dan penghayatan kebenaran sekular bagi menegakkan lagi prinsip keharmonian dalam masyarakat, yang melahirkan umat yang berusaha mencapai matlamat sendiri dalam kehidupan. Yang menjadi masalah adalah ajaran yang dibawa sekularisme bercanggah dan menjadi ancaman kepada Islam atas sebab ideologi ini mengetengahkan tiga prinsip penting iaitu; (1) Sains adalah panduan hidup bagi umat manusia. (2) Memperbaiki kehidupan dengan cara kebendaan. (3) Matlamat yang menghalalkan pelbagai cara.

2

Pada era modenisasi dan globalisasi, pengaruh sekularisme semakin berkembang dan telah memberi kesan yang mendalam pada setiap lapisan masyarakat. Dengan mengamalkan prinsip yang mengenengahkan sekularisme, pelbagai perubahan kepada individu jelas kelihatan dari segi berfikir, bertindak dan gaya hidup. Pengasingan antara kehidupan dengan agama melahirkan pembangunan individu yang tidak seimbang yang menjadi punca keruntuhan akhlak dan nilai moral. Contoh implikasi sekularisme adalah gejala seperti dadah, arak, AIDS, lesbian, homoseks dan sebagainya.

3

Pernyataan Masalah

Sekularisme merupakan satu fahaman yang memisahkan antara urusan agama dan kehidupan seperti politik, pentadbiran, pendidikan dalam masyarakat. Fahaman sekularisme juga menunjukkan beberapa impak dan kesan yang negatif terhadap masyarakat dan menular dalam semua aspek kehidupan (Sabri bin Abd Ghani, 2008). Pendidikan merupakan salah satu cara fahamann dan ideologi ini disebarkan. Terdapat banyak kajian yang dilakukan terhadap kesan fahaman sekularisme ini namun begitu tidak banyak kajian yang menekankan isu kesedaran dan langkah-langkah untuk menangani faham ini. Oleh hal yang demikian, kami melakukan kajian ini untuk melihat sejauh manakah masyarakat peka dan sedar akan faham sekularisme yang sedang mengambil tempat dalam sosio-masyarakat kini. Kajian ini juga dibuat untuk mengenal pasti takar langkah-langkah yang diambil dan dipraktikan oleh masyarakat dalam pembendungan isu sekularisme.

4

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenali implikasi sekularisme pada peringkat kemasyarakatan di Malaysia. Kajian ini menjelaskan secara meluas mengenai pemahaman definisi sekularisme yang dicadangkan oleh ahli falsafah barat dan juga ahli falsafah Islam. Melalui kajian ini kita dapat melihat pelbagai jenis sudut pandangan mereka. Seterusnya, kajian ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat di Malaysia mengenai kesan sekularisme dalam kelompok masyarakat kita. Pada zaman pembangunan dan pemodenan ini generasi kita sering alpa dan kurang peka dengan keadaan sekeliling mereka. Jadi kami ingin memberi kesedaran kepada mereka sebelum terlambat. Akhir sekali, objektif yang kami ingin capai ialah mengenal pasti langkah-langkah untuk menangani dan membendung isu sekularisme yang sedang berleluasa di Malaysia. Perkara ini di ketengahkan supaya kita dapat mengelakkan fahaman sekularisme berleluasa tanpa had di negara kita yang akan mengancam umat Islam.

5

Metodologi Kajian

Antara metodologi kajian yang dijalankan dalam tugasan ini adalah kajian tinjauan. Kajian ini juga dikenali sebagai penyelidikan kuantitatif. Kajian ini menekankan pendapat masyarakat Malaysia mengenai fahaman sekularisme melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada mereka melalui platform atas talian (online ) . Pendapat mereka dikumpulkan untuk dibincangkan di dalam tugasan kami untuk mengenal pasti kelopongan dan penambahbaikkan terhadap sistem di dalam negara kita. Pendapat mereka dikumpulkan secara umum untuk memudahkan dan menjimatkan masa mereka ketika menjawab borang soal selidik. Selain itu kami juga membuat penyelidikan asas yang menumpukan penambahan maklumat kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini. Kajian ini berdasarkan analisis dan maklumat yang kami temui di dalam buku-buku dan juga sumber yang sahih. Melalui metode ini kami dapat menghubungkan setiap hasil kajian di dalam perbincangan kami.

6

Dapatan Kajian & Perbincangan Melalui kajian tinjauan kami menggunakan borang soal selidik (google form ) kami dapat menghuraikan setiap dapatan kajian bersama perbincangan untuk menghubungkan maklumat dan pendapat yang kami perolehi. Berikut merupakan dapatan kajian melalui carta pai dan peratusan yang diperolehi melalui borang soal selidik kami. Perbincangan juga disertakan untuk menjawab dan mencapai objektif kami.

1) Berapakah umur anda

Perbincangan: Dapatan data daripada kajian yang dijalankan melalui Google form bagi soalan ini ialah majoriti responden iaitu 88% orang adalah dalam lingkungan umur 18 hingga 25 tahun. Seterusnya, 7% responden berumur daripada 25 hingga 35 tahun. Selebihnya iaitu 5% responden adalah berumur 36 tahun dan ke atas.

7

2) Agama yang dianuti

Perbincangan: Dapatan data daripada kajian yang dijalankan melalui Google Form bagi soalan ini ialah majoriti responden iaitu 98% adalah beragama islam. Manakala, 2% responden adalah beragama selain daripada agama islam.

8

3) Adakah anda tahu apakah itu sekularisme?

Perbincangan: Dapatan data daripada kajian yang dijalankan melalui Google form bagi soalan ini ialah majoriti responden iaitu 74% orang tahu tentang sekularisme. Selebihnya iaitu 26% responden tidak tahu tentang kewujudan sekularisme. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden peka tentang elemen sekularisme dalam kehidupan mereka tetapi ada segelintir daripada mereka yang tidak tahu tentang sekularisme. Berdasarkan pemerhatian di atas, isu ini perlu diberikan penekanan kerana fahaman sekularisme bercanggah sepenuhnya dengan ajaran islam. Hal ini kerana fahaman ini memisahkan antara urusan dunia dan akhirat. Setiap perkara yang dilakukan itu tidak perlu dinilai daripada sudut agama dan ini memberi suatu gambaran yang membimbangkan jika ia berlaku di dalam masyarakat kita bagi yang beragama islam. Sebagai contoh, media massa membawa pengaruh yang besar terhadap penontonnya. Perkara yang ditayangkan di dalam media seperti televisyen dan internet membawa pengaruh sekularisme yang luas kerana mempunyai unsur pornografi atau keganasan di mana ia akan meruntuhkan akhlak individu yang melihatnya. Kebanyakan masyarakat tidak sedar bahawa itu adalah perancangan barat untuk melemahkan umat islam dalam peperangan saraf. Masyarakat akan leka dan hanyut dengan hiburan-hiburan yang ditayangkan dalam media tanpa menyedari taktik yang dilakukan. Apabila kita tunduk kepada falsafah sekularisme itu bermakna kita tunduk kepada falsafah yang

9

menafikan Tuhan sebagai kuasa yang mutlak (Aziz, 2016). Maka, masyarakat hendaklah tidak alpa dengan keadaan sekeliling dan mengambil isu ini dengan serius kerana fahaman sekularisme boleh meruntuhkan akhlak masyarakat Islam tanpa kita sedar.

4) Pada pendapat anda, adakah kehidupan di dunia lebih penting daripada kehidupan di akhirat?

Perbincangan:

Informasi yang diperolehi dalam soalan ini adalah majoriti (86%) berpendapat bahawa hidup di dunia bukan lebih penting daripada hidup di akhirat, manakala sebanyak 14% responden mempercayai bahawa hidup di dunia lebih penting daripada kehidupan di akhirat. Ini menunjukkan bahawa majoriti daripada responden lebih mementingkan kehidupan di akhirat dan tidak taksub dengan perkara perkara duniawi. Perkara ini membuktikan bahawa sebanyak 14% responden mungkin berpegang dengan pandangan sekularisme, iaitu hidup terasing dengan agama. Menurut pandangan sekularisme, kehidupan di akhirat perlu diasingkan dari kehidupan di dunia, dan perkara ini boleh menyebabkan individu lebih terdedah kepada kehidupan dunia yang materialistik.

10

5) Adakah anda rasa dengan adanya agama, ia memberi suatu beban kepada diri anda?

Perbincangan: Berdasarkan carta pai di atas, seramai 81% responden telah berpendapat bahawa agama tidak memberi apa apa beban ke atas mereka manakala seramai 19% responden setuju dengan soalan yang diberikan dan berpendapat agama itu membebankan mereka dalam kehidupan biasa. Melalui pemerhatian ini, kita dapat melihat bahawa majoriti responden tidak rasa terbeban dengan suruhan dan ajaran agama. 19% yang setuju dan rasa terbeban mungkin berpendapat dan mengamalkan ilmu sekularisme, dan juga asing agama dan hidup biasa.

11

6) Adakah anda rasa perundangan islam masih relevan atau hanya membataskan perbuatan manusia?

Perbincangan: Berdasarkan data di atas, majoriti tipis responden sebanyak 52% tidak setuju dengan naratif perundangan Islam tidak lagi relevan dan membataskan perbuatan manusia pada era moden kini manakala 48% bersetuju. Respons sebegini adalah hasil luasnya pengaruh sekularisme yang telah berintegrasi dengan kehidupan seharian masyarakat kini. Hal ini berkait rapat dengan kapitalisme yang merupakan suatu sistem ekonomi berdasarkan hak milik peribadi atas semua jenis harta benda dan kebebasan mutlak ke atas individu untuk mengadakan persetujuan dengan orang lain dan mengikat dirinya dalam kegiatan-kegiatan ekonomi mengikut pilihannya demi keuntungan dan kesejahteraan dirinya (A. Abdurrachman, 1982). Pengaruh sekularisme tampak kelihatan pada era globalisasi di mana sekatan perundangan Islam dalam mengawal penguasaan kapitalisme dalam menindas orang miskin dan meningkatkan jurang kekayaan semakin lemah disebabkan masyarakat yang mementingkan keuntungan dan kepentingan diri lebih daripada kesejahteraan manusia umum. Perkara ini yang disekat oleh perundangan Islam kerana riba yang mengenakan kadar faedah yang sangat tinggi, dan jika berterusan institusi kewangan akan mempunyai kuasa lebih daripada politik terus menindas masyarakat atas sebab keuntungan semata-mata. Isu ini merupakan satu bentuk kolonisasi moden namun orang awam tidak sedar atau tiada kuasa untuk mencari jalan keluar dari sistem yang bersifat monopoli ini. Data di atas memberi bayangan bahawa sekularisme sudah terlalu berakar umbi dalam kehidupan seharian sehingga ke tahap kita

12

memerlukannya walaupun ia akan membinasakan moral, etika dan ekonomi masyarakat dalam tempoh masa panjang.

7) Pada pendapat anda, adakah rasuah yang berleluasa di Malaysia adalah disebabkan pengaruh sekularisme?

Perbincangan: Berdasarkan data yang telah dikumpul, majoriti responden tidak pasti saling kait antara kadar rasuah di Malaysia dengan pengaruh sekularisme. Seterusnya, diikuti dengan sejumlah responden yang berpendapat bahawa rasuah yang berleluasa di Malaysia adalah bukan disebabkan pengaruh sekularisme. Golongan sekular mempunyai fahaman bahawa syiar Islam berpada sekiranya telah memenuhi tuntutan seperti solat, puasa, haji dan percaya kewujudan Tuhan. Namun, mereka tidak memahami Islam secara tepat lalu tidak menjadikan ulama dan pemikir Islam yang dipercayai (thiqah) sebagai rujukan. Syariah ialah musuh utama kaum sekularis yang mempunyai penentangan terhadap agama dan akidah.Syariah Islam banyak bertentangan dengan undang-undang dan falsafah perundangan mereka seperti pengharaman riba, judi, arak, zina dan sebagainya dilihat membantut perjalanan mereka untuk mengaut keuntungan maksimum dan keseronokan dunia. Pengaruh sekularisme ini adalah punca golongan berautoriti terutamanya ahli

13

politik yang sepatutnya memegang amanah sebagai wakil rakyat semakin bersifat mementingkan diri lalu terjerumus dalam gejala rasuah supaya harta dan status keduniaan dapat dicapai walaupun akan memudaratkan orang lain.

8) Pada pendapat anda, adakah pengaruh sekularisme seperti isu LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender) memberi kebebasan tanpa had kepada penduduk di Malaysia?

Perbincangan: Melalui carta pai di atas, 87% responden menyokong bahawa isu sekularisme seperti LGBT semakin berleluasa di Malaysia dan hanya 13% sahaja yang tidak menyokong penyataan ini. Melalui tinjauan ini, kami dapati bahawa majoriti responden menyokong bahawa isu LGBT mempunyai pengaruh yang kuat dan mendapat kebebasan tanpa had di Malaysia.. Walaupun hanya segelintir pihak sahaja yang tidak menyokong pernyataan ini, ianya menunjukkan masih ada golongan yang menganggap isu LGBT sebagai isu yang biasa dan tidak mengancam kedudukan orang Islam. Isu LGBT merupakan satu ancaman kepada masyarakat Islam di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana isu ini bertentangan dengan ajaran Islam. Menurut kajian bacaan kami, isu LGBT ini sudah lama menetap di dalam kalangan masyarakat sehingga adanya penubuhan organisasi yang menyokong gerakan ini (Mahfuzah, 2015). Pernyataan ini

14

dikukuhkan lagi dengan kajian oleh beberapa pengkaji yang menyatakan bahawa isu LGBT ini sudahpun mendapatkan tempat dalam masyarakat kita (Mohamad Yusof, 2017). Pada pendapat kami, terdapat pelbagai faktor yang mengundang kepada isu pendedahan gejala LGBT dalam kalangan masyarakat kita. Antaranya ialah, kurang penghayatan agama dan kekurangan pendedahan agama semasa kecil. Hal ini akan menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan prinsip moral dan undang-undang yang tidak berasakan agama Islam. Mereka mempercayai dan berpegang teguh pada pandangan sekular yang sering berubah dan tidak kukuh. Mereka juga sering memberikan hujah tentang “hak” mereka untuk memilih jalan kehidupan tersebut walhal itu hanyalah kehendak dan nafsu mereka. Pernyataan ini dikukuhkan di dalam surah Yusuf 12:53, dimana “hawa nafsu sentiasa sahaja mendorong manusia terjerumus dalam kejahatan, kekejian dan kebinasaan”.

9) Adakah anda menilai diri anda sebagai seorang yang warak (kuat beragama)?

Perbincangan: Carta pai di atas mempamerkan hasil yang diperolehi membincangkan keyakinan terhadap kewarakan diri dimana sebanyak 95% daripada responden menafikan perkara tersebut manakala yang mengakui hanyalah 5%. Perbezaan yang ketara di antara dua angka ini menunjukkan majoriti responden menganggap diri mereka lemah dalam pegangan agama.

15

Mengambil kira definisi warak sebagai penjarakkan diri perkara daripada perkara syubhah kerana takut terjatuh dalam perkara yang haram (Mardia Mazri, 2020), penafian terhadap sifat warak ini menunjukkan bahawa majoriti responden tidak mengambil berat tentang ketelusan dan kepentingan beragama dalam kehidupan mereka. Agama islam contohnya menuntut penganutnya agar meletakkan islam sebagai landasan dan asas yang menentukan cara hidup dan pemikiran mereka. Apabila seseorang itu tidak mengelak diri daripada perkara syubhah dan dilarang, mereka dapat dikatakan hanya menerapkan prinsip Islam yang bertepatan dengan kesesuaian dan kehendak mereka. Secara tidak langsung, mereka menyokong fahaman hedonisme iaitu doktrin yang memberi dorongan kepada seseorang untuk melakukan sesuatu atas dasar untuk mencapai keseronokan atau kebahagiaan semata mata dan menghindarkan diri daripada perkara perkara yang boleh mendatangkan kesedihan, yang juga selaras dengan sekularisme. Ini bukan sahaja bertentangan dengan tuntutan agama, ia juga sejajar dengan amalan fahaman sekularisme yang menganggap segala perbuatan yang baik yang dilakukan adalah baik sama ada ia dilakukan dengan cara yang baik atau tidak baik.

10) Pada skala 1-5 berapa kerap anda mengambil kira mengenai hukum apabila melakukan sesuatu perkara?

16

Dapatan yang diperolehi dalam bentuk graf bar ini menunjukkan bahawa majoriti responden mempertimbangkan hukum yang telah ditetapkan oleh agama masing-masing semasa melakukan sesuatu perkara. Namun begitu masih ada sebilangan responden yang menyatakan bahawa hukum agama bukanlah satu perkara yang dihitung dan difikirkan mereka. Melalui pemerhatian

saya,

sebilangan

besar

responden

masih

lagi

mempunyai

sifat

kebertanggungjawaban terhadap kepentingan agama, khususnya tuntutan agama. Ini termasuklah tatacara berpakaian, adab dan akhlak, pembatasan dalam pemakanan dan pergaulan serta banyak perkara lain yang telah digariskan oleh agama masing masing. Akan tetapi dapatan ini juga menunjukkan bahawa wujudnya kehilangbergantungan terhadap institusi agama di kalangan segelintir masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian.

Antara kesan sekularisme yang seringkali dibincangkan oleh ahli falsafah serta agamawan ialah impaknya terhadap pemikiran seseorang individu itu. Sekularisme dapat melemah dan menggoyahkan akidah, keimanan serta kepercayaan terhadap agama dan kewujudan serta kekuasaan tuhan. Dari sini timbulnya keraguan terhadap pegangan dan ajaran agama, contohnya dalam agama islam ialah kesangsian terhadap rasul, para malaikat, hari kiamat, dan Al-Quran. Ini menyebabkan keimanan umat islam semakin rapuh dan seterusnya membawa kepada pegangan terhadap perkara duniawi dan kebendaan semata-mata. Berikutan dengan inilah, penekanan terhadap hukum agama tidak lagi diambil serius oleh sebahagian kelompok masyarakat. Ini boleh dilihat makin berleluasa dalam komuniti di Malaysia sendiri, misalnya umat islam dengan bersahaja mengunjungi kelab kelab malam, mengambil rasuah dan sebagainya yang nyata berlawanan dengan tuntutan agama.

17

11) Adakah pengaruh sekularisme perlu dihapuskan sepenuhnya?

Perbincangan: Melalui dapatan data yang kami kumpul, 55% daripada responden bersetuju bahawa fahaman sekularisme perlu dihapuskan manakala 44% daripadanya tidak bersetuju. Fahaman sekularisme memberi kesan yang besar dalam kehidupan seharian manusia termasuk keukuhan pegangan agama Islam. Penerapan fahaman sekularisme telahpun tersebar di dalam sistem pendidikan kita dan menyebabkan ianya tersebar dengan lebih meluas. ...


Similar Free PDFs