Falsafah Sosial Ekologi PDF

Title Falsafah Sosial Ekologi
Author Abdilla Khairol
Pages 12
File Size 401.4 KB
File Type PDF
Total Downloads 60
Total Views 477

Summary

1 1.0 PENDAHULUAN Dalam pengurusan persekitaran khususnya pada awal zaman mulanya ahli falsafah, mereka mula melihat keadaan persekitaran dan mengemukakan ideologi mereka yang tersendiri. Ahli falsafah ini akan mempunyai gerakan mereka yang tersendiri dalam memastikan ideologi mereka diketahui umum ...


Description

Accelerat ing t he world's research.

Falsafah Sosial Ekologi Abdilla Khairol

Related papers

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

IWM - Jurnal Wasat iyyah Malaysia.pdf iskandar hasan t an

Modul GMGM2013 Organisasi dan Masyarakat Nor Azharuddin Shaharuddin ABXM1103 Manusia Masyarakat dan Budaya20200120 64095 6kzwam mahmad aji

1

1.0

PENDAHULUAN

Dalam pengurusan persekitaran khususnya pada awal zaman mulanya ahli falsafah, mereka mula melihat keadaan persekitaran dan mengemukakan ideologi mereka yang tersendiri. Ahli falsafah ini akan mempunyai gerakan mereka yang tersendiri dalam memastikan ideologi mereka diketahui umum dan diterima oleh dunia (Tokar B, 2008). Ideologi ini jugalah yang mula memberikan kesedaran kepada dunia tentang penting ilmu pengetahuan dan bagaiman ilmu itu mampu mencorak sesuatu bangsa. Melihat kepada kebanyakan ideologi yang muncul, ianya boleh dikatakan bahawa ianya berkaitan dengan alam sekitar dan manusia (Adams J, 2011), khususnya hubungan dan interaksi antara manusia dan alam sekitar. Disebabkan kepesatan pembangunan dan tanpa adanya sekatan, kebanyakan pembangunan yang wujud tidak memberikan kesan yang baik kepada alam sekitar. Pembangunan yang wujud adalah diluar kawalan tanpa adanya kesedaran yang khusus tentang sesuatu perkara. Antara falsafah yang berkaitan dengan alam sekitar adalah Deep Ecology, Eco-Feminism, Anthropocentrism, Ecosentrism dan lain-lain lagi. Di antaranya juga adalah falsafah ekologi sosial. Falsafah ekologi sosial ini melihat bagaimana hubungan manusia antara manusia itu mampu mempengaruhi alam sekitarnya. Dalam esei ini, ianya akan membincangkan tentang latar belakang falsafah ekologi sosial, isi utama perbahasan serta kritikan yang melibatkan falsafah ekologi sosial ini. Diakhiri dengan perbincangan yang ringkas mengenai keseluruhan esei ini. 2.0

FALSAFAH EKOLOGI SOSIAL

Ekologi Sosial merupakan satu teori sosial yang bersandarkan kepada kritikan terhadap trend sosial, politik dan anti-ekologi semasa (Anon, t.th), yakni ketika pada zaman ianya diasaskan dan sehinggalah sekarang. Sebagai seorang pengarang dan aktivis alam sekitar, Murray Bookchin mengasaskan teori ini sebagai satu konseptual yang melihat kepada pembangunan yang seimbang. Teori ini diwujudkan atas memberi sokongan yang berbentuk rekonstruktif, bersifat ekologi, komunis dan pendekatan etika kepada masyarakat setempat. Sokongan terhadap pandangan rekonstruktif dan transsformatif khususnya mengenai isu-isu sosial dan alam sekitar, teori ini menggalakkan demokrasi secara langsung terhadap politik semasa. Sebagai satu ideology yang agak kontroversi,

2

ekologi sosial ini membayangkan sebuah peralihan atau perkembangan sesebuah ekonomi yang bergerak di luar dari kekurangan dan hierarki ke arah dunia yang lebih harmoni (Armstrong, C.W, & Sumaila U. R, 2001). Keharmonian ini hanya akan dapat dicapai sekiranya manusia dan alam sekitar bergerak seiringan dalam proses pembangunan dan pemodenan yakni pembangunan mapan (Bhaskar, R, 2009). Bersandarkan kepada ekologi sosial ini, ianya menunjukkan permasalahan dalam ekologi da sosial dalam mod hierarki (kyriarchal) organisasi sosial. Dakwaan terhadap sistem hierarki ini adalah bersandarkan kepada permasalahan yang wujud dalam alam sekitar dan sosial bukanlah di bawah tanggungjawab seorang individu sahaja, tetapi ianya memerlukan tindakan kolektif dalam sesebuah komuniti dengan pemikiran yang lebih kritis dan terbuka berdasarkan kepada pencapaian yang ingin dicapai sama ada dalam bentuk radikal mahupun demokratik (Bookchin M. & Foreman D, 1999). Dalam erti kata yang lain, hubungan antara manusia dan alam sekitar ditekankan bersama secara mutualistik dengan mewujudkan kepentingan struktur sosial mutualistik. Komponen ekologi sosial ini adalah bersandarkan kepada beberapa aspek yang mana melihat manusia sebagai kunci utama dalam falsafah ini. Bookchin melihat manusia sebagai satu entiti yang mempunyai kuasa untuk mengubah dan memanipulasikan persekitarannya. Manusia mempunyai kuasa yang sangat dominan dalam hubungan ekologi mahupun hubungan dengan alam sekitar. Beberapa ahli falsafah yang lain melihat manusia bukan dalam hubungan ekologi yang seharusnya. Ianya memisahkan manusia sebagai salah satu elemen dalam ekologi. Namun, falsafah ekologi sosial ini mempunyai corak pemikiran yang berbeza. Ianya mengambil manusia sebagai satu elemen utama dalam melihat corak perubahan alam sekitar yakni ekologi itu. Salah satu aspek yang dilihat dalam falsafah ekologi sosial ini adalah politik. Bookchin melihat politik sebagai satu elemen yang agak menonjol dalam hubungan di antara manusia dan alam sekitar. Ianya melihat poltik sebagai satu kuasa dalam menentukan peraturan atau garis panduan dalam sesebuah komuniti atau kerajaan. Disebabkan perubahan politik ini jugalah yang menyebabkan hubungan antara manusia dan alam sekitar tidak seimbang (Bookchin M, t.th). Bookchin juga melihat bahawa

3

dalam aspek politik ini, ianya melihat kepada pengurusan dalam sistem yang sedia ada serta melihat kepada status sosial dalam politk ini. Ianya melihat bahawa dalam kesan pengurangan atau kesan negatif yang dapat dilihat dalam ekologi, manusia tidak mempunyai sistem yang bagus dan seimbang. Ianya melihat bahawa sistem yang sedia ada adalah sistem yang korup yang mana sistem ini hanya mementingkan keperluan dan kemahuan manusia tanpa melihat keperluan dan kemahuan alam sekitar yakni ekologi itu sendiri. Pengekploitasian yang sangat tinggi dan tidak terkawal ini menyebabkan ketidakseimbangan alam sekitar ini tidak dapat dicapai dengan sebaiknya. Pengurusan sistem pada masa tersebut melihat bagaimana revolusi yang berlaku khususnya dalam ekonomi mempengaruhi bagaimana politik sesebuah negara bertindak. Kebanyakkan ahli ekonomi yang melihat keuntungan tidak mengambil kira akan kesan yang akan diberikan kepada alam sekitar tetapi lebih kepada memaksimumkan keuntungan yang sedia ada (Bookchin M, t.th). Kerosakan alam sekitar semamangnya tidak akan dapat dielakkan, dan begitu juga dengan pembangunan namun sistem ekonomi hijau harus diterapkan. Ianya harus dilaksanakan dengan baik dan efisien, kerana sebagaimana manusia memerlukan alam sekitar alam sekutar juga memerlukan manusia. Perbezaan yang ketara adalah dalam aspek evolusi manusia yang lebih ke depan berbanding alam sekitar, namunpemisahan dalam aspek kepentingan dan keperluan adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Sekiranya semua sumber yang sedia ada sudah habis dieksploitasi, maka ianya sudah tentu akan meneybabkan kepupusan dan degradasi alam yang akhirnya akan memberikan impak kepada manusia. Isi utama yang ingin dilihat dalam politik oleh Bookchin ini adalah, politik memainkan peranan yang penting dalam meliha kepada sistem perundangan dan sistem pengurusa yang lebih cekap. Ianya akan menentukan sama ada sesuatu hubungan manusia dan alam sekitar itu bersifat mutual atau sebaliknya. Sistem yang sediaada harus digubal semula bagi memastikan kepentingan dalam kedua-dua pihak akan dapat dikenal pasti dan akan dapat dijaga demi pembangunan yang mapan (Bookchin M, t.th). Namun begitu, dalam perubahan politik juga tidak sememstinya akan memberikan impak yang sama kepada ekonomi. Dalam aliran ekologi sosial ini, ianya melihat kepada politik sebagai perkembangan falsafah yang utama, yakni melihat bagaimana politik tersebut

4

mempengaruhi alam sekitar khususnya yang melibatkan kepada pembangunan. Namun begitu, dalam ekonomi, ianya mempunyai corak yang berbeza.ekonomi memainkan peranan yang penting dalam membentuk sesebuah negara bangsa. Negara yang mempunyai ekonomi yang kuat dan kukuh, maka negara tersebut akan dilihat sebagai kuasa yang besar. Berdasarkan kepada konsep itu jugalah 3G mula mengambil tempat (Gold, Glory dan Gospel). Tindakan sosial atau manusia dalam ekonomi adalah bersifat kapitalis yakni memaksimumkan keuntungan tidak kira apa kaedah yang dilaksanakan. Maka dengan itu, eksploitasi berlaku, penjajahan dan cari gali sumber yang melebihi kapasiti yang mampu menyebabkan sumber alam sekitar habis dalam masa yang singkat. Ini mendorong Bookchin mengambil elemen ekonomi dengan melihat bagaimana manusia itu sendiri berubah dengan kehendak yang ingin dipenuhi. Sifat tamak dalam sosial itu sendiri yang menyebabkan pertumbuhan pasaran ekonomi adalah tidak seimbang. Perkara ini juga menyebabkan ramai yang menanggung kesan khususnya kepada alam sekitar itu sendiri. Pengeluaran kilang yang melebihi dari kemampuan, sistem kilang atau sistem kumbahan yang tidak efisien, serta penggunaan bahan yang boleh dikatakan mencemarkan alam skitar membuka satu tahap kritis yang baru. Ianya memang tidak dinafikan bahawa, pembangunan itu adalah sesuatu yang perlu, namun begitu ianya haruslah dikawal dengan sebaiknya. Melihat kepada beberapa industri ekonomi khususnya yang melibatkan kepada pertanian dan perladangan. Ianya mewujudkan hutan yang bersifat mono kultur. Ianya mengekploitasi dan mengubah fungsi hutan yang pelbagai kepada hutan yang mempunyai satu jenis sahaja. Walaupun ianya adalah bersifat hijau kerana ianya adalah tanaman, namun dengan mengubah fungsi hutan yang mempunyai kepelbagaian ekosistem kepada satu jenis hutan, maka fungsinya juga akan berubah dan sudah tentunya akan berubah. Hal ini kerana, setiap tumbuhan mempunyai fungsi yang berbeza dalam sesebuah ekosistem, dan sudah tentunya haiwan juga mempunyai kepentingan yang berbeza. Contoh yang paling senang sekali adalah melihat kepada penebangan hutan untuk dijadikan kepada ladang sayur. Tumbuhan yang tinggi merupakan salah satu santuari bagi burung untuk membiak. Dengan keadaan pokok

5

atau tumbuhan yang rnek dan rendah, ianya menjadikan sarang mereka terdedah dengan ancaman dari haiwan dan manusia itu sendiri. Melihat dalam sudut ekonomi ini juga, khususnya kepada keperluan manusia yang inginkan makanan yang sihat, murah dan juga tahan penyakit. Ianya memerlukan modifikasi genetic yang menukarkan tumbuhan tersebut tahan kepada penyakit sekaligus menyebabkan serangga yang lain berkemungkinan akan mati dan pupus. Bukan itu sahaja, penciptaan racun seranggan yang bukan sahaja berupaya untuk membunuh serangga tetapi mempunyai kesan yang tidak baik kepada manusia itu sendiri. Berdasarkan kepada contoh itu tadi, ianya memperlihatkan bagaimana Bookchin melihat interaksi sosial khususnya yang melibatkan hubungan antara manusia ini mampu untuk memberikan kesan kepada alam sekitar. Disebabkan seseorang manusia itu ingin memenuhi kehendak seseorang manusia ini, maka pengekploitasian dan kepentingan alam sekitar yang lainya tidak dilihat sebagai sesuatu yang penting kepada alam sekitar (Bookchin M, t.th). Dalam erti kata lain, ekologi sosial ini melihat hijau sebagai satu perkara utama dalam memastkan sesuatu keseimbangan itu dapat dicapai yakni melalui tindakan sesama manusia yang mana akhirnya akan memberikan kesan yang baik kepada alam sekitar. 3.0

KRITIKAN

Namun begitu, dalam falsafah ekologi sosial ini, ianya mempunyai beberapa persoalan yang timbul. Walaupun Bookchin merupakan seorang yang pakar dalam perkara ini, namun, ianya masih boleh dipertikaikan, khususnya sebab kenapa falsafah ekologi sosial ini wujud. Melihat kepada sejarah pengasasan pemikiran ekologi sosial ini, ianya adalah bersandarkan kepada zaman pertengahan. Yakni zaman dimana ekonomi mula berluasa dan penjagaan alam sekitar tidak begitu di ambil kira. Pada zaman renaissance itu sendiri, ianya mempunyai beberapa kesan dan impak yang ana pada hari ini masih ada namun dapat dikurangkan. Akan tetapi, ianya masih tidak dapat disangkal bahawa hubungan di antara manusia yakni yang melibatkan tindakan, perilaku dan tabiat dalam hubungan antara manusia itu sememangnya memberikan kesan kepada alam sekitar (Clark J, 1998). Yang ingin dipertiakaikan adalah isu utama yang dikupas oleh Bookchin itu sendiri.

6

Pertiakaian yang pertama sekali adalah yang melibatkan hirarki sosial. Persoalan bagi pertikaian ini adalah adakah hirarki sosial itu sentiasa membawa kepada kemusnahan persekitaran? Adakah dengan hirarki itu juga maka musnahlah alam sekitar? Dalam isu yang dibincangkan oleh Bookchin itu sendiri, beliau tidak mempunyai alasan yang kukuh dalam membuktikan bahawa hirarki sosial itulah yang menyebabkan kemusnahan alam. Bagaimana pula dengan komuniti yang tidak mempunyai hirarki sosial? Adakah mereka memelihara alam sekitar dengan baik? Selain itu, Bookchin juga menyatakan bahawa tanggungjawab dalam penjagaan alam sekitar itu bukanlah terletak di bawah seorang individu tetapi kesemua komuniti, dan ianya sememangnya betul, tapi ianya tidak mustahil juga bahawa kerana seorang individu itu jugalah yang mampu merosakkan alam sekitar. Tanpa adanya bukti dan alasan yang kukuh dalam perbahasan Bookchin khususnya yang melibatkan sejarah tentang perkara ini, maka ianya tidak akan dapat disokong secara sepenuhnya. Pertikaian kedua adalah yang berkaitan dengan konsep hijau yang ditekankan oleh Bookchin itu sendiri dalam falsaha ekologi sosial ini. Ianya memang tidak dinafikan bahawa impak yang dibincangkan oleh Bookchin sememangnya menjurus kepada alam sekitar. Namun begitu, adakah dalam proses pemikiran falsafah yang mana memperlihatkan kesan kepada alam sekitar boleh dikatakan hijau? Dalam salah satu buku Bookchin sendiri iaitu The Ecology Of Freedom, beliau menyatakan bahawa ianya bukanlah hijau sekiranya haiwan ternakan itu dipelihara dalam kandang dan seumpamanya. Ianya merujuk kepada sekatan yang digunakan dalam menglimitasi akan pergerakan haiwan sebagai salah satu perkara yang tidak hijau. Andai kata pagar yang dibina itu sangat luas, dan di dalamnya mempunyai tumbuhan hijau dan adanya sistem ekologi kecil dalam kawasan sekatan tersebut, adakah ianya akan dipanggil sebagai hijau atau tidak? Di sini ianya dapat dilihat bahawa dalam pengkalsifikasian konsep hijau itu sendiri, ianya tidak begitu jelas akan sifat dan maklumat yang berkaitan (Ebenkamp, Paul, ed, 2010). Berbanding pada masa sekarang, hijau dikatakan dalam pelbagai bentuk antara menggunakan sumber yang boleh diperbaharui, mengurangkan pembaziran dan sisa, mengamalkan kitar semula dan pelbagai lagi aktiviti dan program hijau. Namun dalam perbahasan Bookchin itu sendiri, konsep hijau disamakan dengan kebebasan. Ianya boleh

7

dikatakan tidak berkonsepkan hijau. Pendefinisian, pengkalsifikasian dan pengenalpastian konsep hijau dalam falsafah ekologi sosial itu tidaklah begitu ketara sekali. Pertikaian yang seterusnya adalah penekanan egalitarian dalam konsep ekologi sosial ini. Egalitarian merupakan satu pemahaman yang mana menekankan kesamarataan. Apabila berbincang tentang kesamarataan, maka semuanya akan menerima perkara yang sama, tidak kira apa status sosial yang ingin ditekankan, kesamarataan adalah penting (Marty A. J, et. al, 2004). Disebabkan penekanan egalitarian ini disebutkan dalam falsafah ekologi sosial ini, maka adakah pinsip dalam pembinaan falsafah ekologi sosial ini boleh dikatakan mengikut pemahaman egalitarian? Dalam perbahasan yang dikemukakan oleh Bookchin itu sendiri menyatakan bahawa ekologi sosial tu adalah bersandarkan kepada etika egalitarian yang dipelajari dari ekologi. Persoalan yang timbul dalam perkara ini adalah, adakah etika sebegitu dapat dilihat dalam ekologi yang sebenarnya? Adakah alam sekitar itu menunjukkan etika egalitarian? Adakah semua yang berada dalam ekologi itu mengamalkan egalitarian? Sudah semestinya tidak. Hal ini kerana, egalitarian itu merupakan konsep yang hanya wujud dalam pemahaman politik semata-mata, yang sama kesamaraatan dalam mendapatkan hak. Dalam dunia ekologi yakni flora dan fauna, egalitarian tidak dapat dibuktikan sepenuhnya, kerana sifat semulajadi flora dan fauna itu yang bersaing, yakni “survival of the fittest”. Ianya tidak menunjukkan yang ianya adalah sama rata, yang lemah akan dibawah dan yang kuat akan menjadi ketua. Sama seperti dalam alam manusia, yang mana hirarki sosial itu adalah sesuatu yang wujud secara semulajadi. Namun disebabkan evolusi pemikiran manusia itulah, maka egalitarian pun wujud. Namun dunia ekologi tidaklah mempunyai evolusi pemikiran sama seperti manusia itu sendiri. Mereka lebih kepada naluri yang diperlukan untuk meneruskan hidup. Pertikaian yang seterusnya adalah tentang penyelesaian yang dibincangkan dalam falsafah ekologi sosial itu sendiri. Bookchin dalam penyataannya yang sendiri memberikan penyelesaian yang agak radical dalam menyelesaikan krisis alam sekitar dan mengetepikan aspek ekonomi yakni mengetepikan kurang memborong, tetapi lebih kepada pilihan yang bersifat praktikal. Sekiranya penyelesaian ini ditekankan dalam masyarakat yang mempunyai sistem sosial dan kelas hirarki yang tersendiri, dengan

8

mengamalkan etika egalitarian dalam kelas sosial mereka, adakah pengguna dapat melaksanakan penyelesaian sedemikian? Walaupun ianya ditekankan melalui tindakan yang bersifat kolektif dan persefahaman dalam pergerakan sosial, namun ianya merupakan sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan. Apabila dalam sesuatu hirarki kelas sosial itu yang mempunyai kuasa dan status quo, egalitarian tidak akan wujud, kerana setiap golongan dalam setiap kelas hirarki memerlukan kehendak dan keperluan yang berbeza. Malah dalam kelas sosial yang sama, keperluan dan kehendak juga adalah berlainan (Ruttan, V.W, 2003). Oleh yang demikian, penyelesaian yang diusulkan oleh Bookchin itu sendiri adalah tidak praktikal sepenuhnya. Pertikaian yang terakhir sekali adalah berkaitan dengan “Green Corporation” yakni Persatuan/ Korporasi Hijau. Bookchin membahaskan bahawa ianya merupakan sesuatu yang sangat sukar untuk dicapai malah mustahil untuk mencapai status sedemikian. Dengan memperlihatkan keadaan politik, ekonomi dan sosial pada masa itu, ianya boleh dikatakan sangat mustahil untuk dicapai, namun tidak sepenuhnya (Thompson M, et. al, 1990). Hal ini kerana, dalam masa sekarang, konsep hijau mula ditekankan dalam mana-mana organisasi bermula dengan penjimatan, kemudian penukaran dan seterusnya alternatif kepenggunaan. Ianya merupakan sesuatu yang senang untuk dicapai pada masa sekarang apatah lagi ianya sudah digubal sebagai salah satu standard yang ada untuk memastikan sesuatu korporasi itu inginkan status imej hijau. Bookchin sendiri mengatakan bahawa tiada usahawan “hijau” yang mampu selamat atau bertahan dalam pasaran, kerana ekologi membawa status yang berbeza dengan usahawan dengan produk pengeluaran yang berkos rendah. Namun begitu, ianya tidak sepenuhnya berkaitan dengan penjualan semata-mata, adakalanya polisi yang diamalkan yang bersifat hijau juga memberikan kelebihan yang berbeza dalam kos, yakni pengurangan pembaziran dan sisa akan meningkatkan keuntungan dalam sesebuah syarikat. Walaupun ianya ada dibahaskan oleh Bookchin berkaitan dengan perkara sedemikian, namun ianya tidaklah menekankan kepada pengurusan dalam perniagaan hijau itu, tetapi lebih kepada ketahanan dalam penjualan barangan.

9

4.0

PERBINCANGAN

Dalam keseluruhan perbincangan tentang ekologi sosial ini, perkara utama yang dilihat adalah dalam aspek politik yakni pengurusan dan kuasa. Disebabkan dua elemen ini yang tidak begitu digunakan secara sebaiknya, maka wujudnya kesan yang tidak begitu baik terhadap alam sekitar. Pengurusan yang dimaksudkan di sini lebih kepada bagaimana mereka yang berkuasa tidak melihat aktiviti yang dilakukan itu memberikan kesan buruk kepada alam sekitar tapi melihatnya dalam sudut ekonomi. Disebabkan sifat kapitalis dalam diri seorang ahli perniagaan pada masa tersebut, ianya mengekploitasi sumber yang sedia ada demi keperluan dan kehendak diri sendiri dan orang lain. Pada masa tersebut, ianya tidak memikirkan sangat tentang alam sekitar. Apa yang penting pada masa tersebut adalh keuntungan maksimum. Seterusnya adalah dalam kuasa, disebabkan wujudnya perbezaan kuasa maka wujudnya juga hirarki sosial yang berbeza. Perbezaan yang wujud ini mewujudkan lagi keperluan dan kehendak yang berbeza dan adakalanya perbezaan yang wujud ini bukanlah atas dasar kepentingan semua, tetapi lebih kepada kepentingan diri sendiri dan golongan yang sama kelas. Terdapat juga penyelesai...


Similar Free PDFs