CTU (2706221) - falsafah modernisme vs falsafah sejahtera PDF

Title CTU (2706221) - falsafah modernisme vs falsafah sejahtera
Author Rea Fatihah
Course Falsafah
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 20
File Size 306.6 KB
File Type PDF
Total Downloads 740
Total Views 962

Summary

Download CTU (2706221) - falsafah modernisme vs falsafah sejahtera PDF


Description

PERBANDINGAN FALSAFAH MODERNISME DAN …… FALSAFAH SEJAHTERA DI MALAYSIA (CTU552) ASSIGNMENT 2 GROUP: BA10

PREPARED BY:

NO 1

NAME AIDA NURINA BINTI THAZALI

ID NUMBER 2021114085

2 2 2

FARRA NURSYAMIM BINTI AZMI HAZIQ NAUFAL BIN MOHD ASRI NURHIDAYAH NAJIHAH BT ABDUL HAKIM

2021149691 2021132341 2021189849

4 3

NUR QURRATU AIN BINTI NORHESHAM REA FATIHAH BINTI MOHD DZULCARNAEN

2021155765 2021155789

PREPARED FOR: SIR IKMAL HAFIZ BIN JAMAL

TABLE OF CONTENTS 1.0 PENDAHULUAN.......................................................................................................................... 3 2.0 OBJEKTIK KAJIAN.................................................................................................................... 4 3.0 ALIRAN FALSAFAH MODERNISME ..................................................................................... 5 3.1 Sejarah Aliran dan Faktor Perkembangan Modernisme........................................................ 5 3.2 Cabaran dan Halangan Mengaplikasikan Falsafah Modernisme .......................................... 7 4.0 ALIRAN FALSAFAH SEJAHTERA........................................................................................ 10 4.1 Sejarah Aliran dan Faktor Perkembangan Falsafah Sejahtera ........................................... 10 4.2 Cabaran dan Halangan Mengaplikasikan Falsafah Sejahtera ............................................. 13 5.0 HASIL KAJIAN .......................................................................................................................... 16 6.0 KESIMPULAN............................................................................................................................ 19 7.0 SUMBER RUJUKAN ................................................................................................................. 20

1.0 PENDAHULUAN Tugasan ini akan menerangkan tentang perbandingan antara falsafah modernism dan falsafah sejahtera di Malaysia. Antara isu dan topik yang akan dibincangkan seperi perbezaan dari segi konsep, sejarah termaktubnya falsafah tersebut dan juga faktor perkembangan bagi kedua-dua falsafah. Selain daripada itu, tugasan ini juga akan membincangkan tentang faktafakta berkenaan falsafah modernisme dan juga falsafah sejahtera di Malaysia. Akhir sekali, tugasan ini akan mengaplikasikan kesemua faktor tersebut dan memberi pandangan bahawa adakah falsafah-falsafah tersebut sesuai digunakan di Malaysia. Definisi modenisme merujuk kepada suatu watak moden atau kualiti pemikiran, ekspresi atau teknik (Modernisme, 2020). Untuk mudah difahami, modenisme berbentuk seperti suatu pergerakan artistik tentang kebudayaan, seni bina, muzik dan kesusasteraan. Manakala dari segi agama pula, modenisme ialah teori yang wujud pada lewat abad ke-19 kerana ingin membina kepercayaan tentang ilmu dan budaya moden melalui ajaran agama tradisi. Modenisme ini akan mengikut dasar kefahaman falsafah dan interlektual yang terkenal pada abad itu. Mereka yang mengamalkan modernisme akan menolak ideologi realisme. Disebabkan itu, aliran modernisme ini memberi kesan kepada kerohanian, agama, pendidikan, kebudayaan kerana mempunyai perubahan mengikut zaman tersebut. Bagi maksud falsafah sejahtera adalah untuk menuju keharmonian dan kesejahteraan. Falsafah sejahtera pula terbentuk daripada hasil gabungan falsafah pendidikan kebangsaan dan juga rukun negara Malaysia. Seperti yang diketahui, pendidikan ialah suatu yang amat dititik beratkan pada era ini kerana pendidikan dapat melahirkan generasi yang berkualiti dari segi emosi, jasmani, rohani, interlek dan sosial. Selain daripada itu, pendidikan juga amat penting kerana manusia memerlukan ilmu dan kemahiran untuk berkembang menjadi individu yang berjaya. Akhir kata, falsafah sejahtera adalah penting kerana ia dapat menitikberatkan rakyat supaya menyumbang kepada keharmoniaan dan kemakmuran di Malaysia.

2.0 OBJEKTIK KAJIAN

Kajian lapangan ini dilakukan untuk menambah pengetahuan tentang perbandingan antara falsafah moderniesme dan falsafah sejahtera. Terdapat beberapa objektif yang boleh didapati melalui tugasan ini dan antaranya ialah:

a) Mengenal pasti definisi Falsafah Modernisme dan Falsafah Sejahtera. b) Mengenal pasti sejarah aliran dan faktor perkembangan Falsafah Modernisme. c) Mengenal pasti cabaran dan halangan dalam mengaplikasikan Falsafah Modernisme. d) Mengenal pasti sejarah aliran dan faktor perkembangan Falsafah Sejahtera. e) Mengenal pasti cabaran dan halangan dalam mengaplikaskan Falsafah Pendidikan Negara. f) Menganalisasi dan memberi pandangan tentang perbandingan antara Falsafah Modernisme dan Falsafah Sejahtera.

3.0 ALIRAN FALSAFAH MODERNISME 3.1 Sejarah Aliran dan Faktor Perkembangan Modernisme Falsafah sains sehingga tahun 1960an dipengaruhi oleh aliran pemikiran modenis yang memperlihatkan imej ilmu sains bersifat positif. Sejajar dengan imej yang positif ini, sains dianggap sebagai ilmu yang objektif, rasional, progresif dan benar. Modenisme juga berperanan dalam kajian saintifik, pencerahan mengenai peranan akal dan membimbing pemahaman kita tentang keadaan manusia yang biasanya merujuk kepada anggapan NeoKlasik. Faktor pertama perkembangan sejarah modenisme ialah disebabkan oleh kemunculan fahaman sekularisme pada zaman Renaissance yang bertapak di Eropah sejak abad ke-15 hingga abad ke-17. Pada dasarnya, modenisme diwujudkan untuk menolak fahaman tradisionalisme yang dianggap lapuk dengan melakukan transformasi melalui proses pemodenan dalam segala aspek kehidupan masyarakat seperti budaya, seni, pegangan, adat resam dan sebagainya. Pemikiran dan gerakan yang berjuang untuk menggantikan segala pemikiran tradisionalisme agar sesuai dengan keadaan semasa dianggap sebagai ‘moden’. Agama juga dianggap kolot dan sesetengah ajarannya tidak sesuai dengan konsep pemodenan yang ingin dibawa oleh ahli-ahli falsafah pada zaman tersebut. Makanya daripada itu masyarakat Eropah mula membebaskan diri mereka daripada agama. Istilah sekularisme telah digunakan buat pertama kalinya oleh George Jacob Holyoake pada 1851 yang menyatakan sekularisme merupakan kod tugas berkaitan dengan kehidupan ini yang didasarkan pada pertimbangan manusia semata-mata. Bagi Holyoake, istilah itu lebih positif daripada ateisme. Secara ringkasnya, beliau menjelaskan pandangannya bagi menggalakkan satu urutan sosial yang mengasingkan agama daripada kehidupan tanpa menyingkirkan kepercayaan agama. Gerakan sekularisme telah digerakkan oleh Barat dan majoriti negara-negara Nusantara telah menerima pengaruh sekular melalui kedatangan penjajah Inggeris, Belanda dan lain-lain. Dalam perkembangannya, sekularisme telah menggambarkan sebagai sebuah konsep yang sangat efektif dalam memberikan landasan pada demokrasi dan kesamarataan dan bukan sahaja dalam meredakan konflik dan ketegangan antara kuasa agama dan negara.

Faktor kedua adalah pengaruh ahli falsafah pada zaman Enlightenment. Modenisme pada zaman ini bermula pada sekitar abad ke-18 dengan adanya gerakan Enlightenment yang dibawa oleh golongan ahli-ahli falsafah Enlightenment. Terdapat 3 ahli falsafah yang telah memainkan peranan yang penting dalam gerakan Enlightenment, iaitu Immanuel Kant yang membawa gerakan tersebut di Jerman manakala David Hume dan John Locke pula di Britain. Gerakan yang dibawa oleh ketiga -tiga ahli falsafah Enlightment ini membawa fahaman modenisme yang menekankan akan pentingnya akal fikiran yang rasional dalam proses menentukan

kebenaran,

pembentukan

organisasi

sosial

dan

sebagainya. Gerakan

Enlightenment mengagungkan akan kejayaan sains dan kaedah saintifik pada masa itu yang juga telah menghasilkan suatu bentuk kemajuan di dalam pencapaian ilmu manusia. Dengan adanya kejayaan sains yang berteraskan kepada penggunaan kaedah empirikal dan rasional, mereka lebih yakin akan kebolehan manusia untuk mencipta kehidupan yang lebih baik di dunia ini dan juga akan membawa kepada suatu budaya baru yang berasaskan kepada rasionaliti, kaedah saintifik, dan konsep bahawa manusia ini boleh mencapai kemajuan dengan menggunakan akal fikiran. Justeru masyarakat yang tercipta pada zaman ini telah meninggalkan ciri-ciri masyarakat lama seperti yang terdapat di dalam masyarakat Medieval yang berteraskan kepada keagamaan. Ini adalah sejarah perkembangan ataupun sifat yang terdapat di dalam pemikiran modenis itu yang didasari oleh gerakan dan pemikiran Enlightenment. Pada abad ke-20, tokoh falsafah modenisme iaitu Bertrand Russell dan Karl Popper telah berjaya membuktikan ‘Enlightenment Project’, iaitu kajian sains mereka yang menjadi kayu ukur kebenaran di semua bidang ilmu. Mereka menyimpulkan bahawa akal fikiran rasional dan kaedah saintifik terbukti berhasil dalam menyelesaikan masalah kemanusiaan. Fahaman modenisme ini menekankan pentingnya akal fikiran yang rasional di dalam menentukan kebenaran dan mencipta sesuatu kejayaan atas dasar kemanusiaan dan bukan keagamaan. Menurut fahaman modenisme, manusia boleh mencapai kemajuan dengan akal fikiran dan bantuan logik sains semata-mata untuk mewujudkan masyarakat manusia yang baru di mana menggunakan fikiran rasional. Fahaman modenisme juga menganggap bahawa kebenaran ilmu pengetahuan bersifat mutlak dan objektif yang bererti tidak ada nilai daripada manusia.

3.2 Cabaran dan Halangan Mengaplikasikan Falsafah Modernisme

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. Kirakira lebih 60 peratus daripada populasi di Malaysia adalah orang melayu dan menganuti agama Islam. Manakala selebihnya pula berbangsa seperti cina, india dan sebagainya. Selari dengan perubahan zaman, teknologi dan sebagainya, semuanya telah berubah kepada yang lebih moden berbanding dahulu. Pengaplikasian falsafah modenisme dalam kehidupan rakyat Malaysia bukanlah sesuatu benda yang mudah. Terdapat pelbagai cabaran dan halangan dalam mengaplikasikan falsafah modenisme dalam kehidupan mereka. Cabaran pertama ialah mereka berpendapat falsafah modenisme ini mengikut orang Barat. Falsafah ini menghadapi kesukaran untuk diaplikasikan disebabkan oleh sesetengah berpendapat ianya mengikut cara dan pemikiran orang Barat. Cara kehidupan orang Barat dengan kita adalah sama sekali jauh berbeza menyebabkan ia susah untuk diterima oleh sesetengah golongan. Menurut tokoh pemikir Islam iaitu Syed Muhammad Naquib Al-Attas menyatakan bahawa pandangan hidup orang Islam jauh berbeza dengan pandangan hidup orang Barat. Orang Barat yang hidup lebih bersosial, lebih liberal dan sebagainya yang sudah semestinya jauh berbeza dengan cara hidup orang Islam. Orang Islam perlu adanya batas-batas sebagai contoh menjaga batas diantara lelaki dan perempuan. Beliau beranggapan juga bahawa pandangan hidup barat adalah berdasarkan humanisme, rasionalisme dan sekularisme yang menjadi asas kepada peradaban mereka. Ini jelas membuktikan ia bertentangan dengan pegangan hidup umat Islam dan jauh sekali dengan apa yang umat Islam pegang sebagai pegangan hidup mereka. Orang-orang Barat yang ada sesetengahnya cuba memperjuangkan hak-hak yang tidak sepatutnya seperti hak-hak orang lesbian, gay misalnya adalah sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam. Isu-isu seperti ini yang menyebabkan masyarakat Malaysia tidak dapat menerima modenisme itu sendiri. Jelas sekali, ianya bertentangan dengan apa yang telah diajar oleh agama Islam kepada penganutnya. Syed Muhammad Naquib Al-Attas juga memberi pandangan bahawa ilmu-ilmu yang dibawa daripada Barat perlu diislamisasikan sebelum disampaikan kepada umat Islam yang lain. Hal ini kerana, beliau tidak mahu sekiranya ilmu-ilmu ini tidak diislamisasikan dan kemudiannya disampaikan kepada orang Islam yang lain sehingga menyebabkan kekeliruan

kepada umat Islam. Kekeliruan yang dialami oleh umat Islam boleh menyebabkan mereka keliru, lemah dan berpecah belah. Seterusnya, falsafah modenisme ini mendapat halangan disebabkan ianya yang hanya mengikut akal yang rasional dan sains semata-mata. Falsafah ini juga mengangkat konsep rasional yang mana ianya menggantikan konsep pegangan hidup terhadap agama. Modenisme di Barat telah enlightment serta mencetuskan revolusi industri sehingga membawa negara-negara Barat menjadi sesebuah negara yang maju dan menjadi antara negara yang menguasai semua bidang didunia. Selepas kemajuan yang dicapai oleh orang-orang Barat dengan membawa modenisme ini, mereka berpendapat bahawa orang Islam sekiranya ingin mencapai kemajuan seperti mereka perlu bersikap rasionalisme iaitu bersikap lebih terbuka dan rasional. Sikap terbuka yang dimaksudkan adalah dengan mengakui bahawa ilmu bersifat bebas ataupun neutral dan ianya mempercayai sains semata-mata. Segala kebenaran dan segala masalah boleh dibuktikan dan diselesaikan dengan akal fikiran yang rasional dan juga dibantu dengan sains semata-mata. Dengan adanya akal yang rasional dan sains, kita oleh melahirkan masyarakat yang maju. Menurut tokoh modenisme Islam iaitu Muhammad Abduh, beliau berpendapat modenisme itu perlu kerana modenisme ini dapat membantu umat Islam dalam pembaharuan. Modenisme yang memberi pembaharuan seperti dari segi pendidikan. Modenisme dari segi pendidikan adalah perlu bagi memastikan pemikiran umat Islam tidak mundur. Ia sama sekali menolak bahawa umat Islam hanya perlu berpegang teguh pada akal yang rasional dan sains semata-mata untuk mecapai kemajuan. Cabaran yang terakhir ialah emansipasi wanita. Emansipasi wanita merujuk kepada pembebasan daripada perhambaan. Istilah emansipasi ini terkait dengan wanita yang mana pemberian hak diantara lelaki dan wanita. Secara lebih terperinci, emanisasi wanita ini adalah proses perlepasan wanita daripada kedudukan sosial ekonomi yang rendah atau proses perlepasan para wanita daripada sebarang halangan yang membolehkan wanita maju kehadapan. Empanisasi wanita yang cuba diketengahkan oleh orang-orang Barat adalah lebih kepada pembebasan wanita daripada kawalan dan kuasa seorang lelaki dan struktur kuasa

tradisional dan mereka memperjuangkan mengenai hak-hak kesamarataan diantara wanita dan lelaki. Orang-orang Barat menyatakan hujah mereka bahawa para wanita ini ditindas disebabkan oleh agama. Ini jelas sama sekali salah, agama Islam tidak pernah menidas golongan para wanita sejak daripada dahulu lagi. Bahkan, Rasulullah S.A.W telah membawa isu ini sejak daripada zaman kedatangan Islam lagi. Baginda membawa isu ini dengan lebih serius. Baginda mahu membebaskan wanita daripada tradisi orang Arab Jahilliyyah yang mempergunakan dan memandang hina pada para wanita sewaktu zaman Arab Jahilliyyah. Semasa zaman Arab Jahilliyyah, mereka menjadikan para wanita ini sebagai pemuas nafsu kepada mereka, menjadikan wanita ini barangan dagangan dan sebagainya. Dengan kehadiran Islam pada waktu itu, Islam telah menyelamatkan para wanita daripada terus ditindas. Emanisasi wanita yang mengatakan wanita ditindas adalah sama sekali tidak benar selepas kedatangan Islam. Sebaliknya, selepas kedatangan Islam, Islam telah mengangkat darjat dan memuliakan para wanita. Para wanita sehingga ke hari ini tidak lagi dilayan seperti zaman dahulu. Lihat sahaja berapa ramai para wanita hari ini telah berjaya dalam pelbagai bidang yang ada. Para wanita kini lebih dihormati dan disanjung tinggi. Para wanita hari ini bebas melakukan apa sahaja selagi tidak melanggar hukum syarak. Golongan orang Barat yang kononya cuba ingin memperjuangkan hak-hak kesamarataan wanita dengan lelaki adalah jauh ketinggalan. Usaha ini sudah lama dilakukan oleh agama Islam sejak daripada kedatangan Islam dan wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad. Ini menjadi bukti bahawa agama Islam tidak menyekat hak-hak wanita bahkan memuliakan dan mengiktiraf golong wanita. Agama Islam juga tidak pernah membezakan antara lelaki dan wanita itu sendiri. Wanita bertanggungjawab dalam memelihara hak mereka tetapi mereka perlu lah berlandaskan agama. Hal ini kerana, agama adalah pegangan hidup kita sebagai umat Islam.

4.0 ALIRAN FALSAFAH SEJAHTERA 4.1 Sejarah Aliran dan Faktor Perkembangan Falsafah Sejahtera

Falsafah Sejahtera di Malaysia merupakan gabungan daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dicampurkan bersama dengan Rukun Negara. Falsafah Sejahtera adalah sebagai pentafsiran Rukun Negara. Umum mengetahui bahawa, Rukun Negara adalah bertujuan bagi memupuk perpaduan dan kesejahteraan tercapai serta dapat membawa kepada kesejahteraan sejagat. Falsafah Sejahtera ini terjadi apabila wujudnya aspek kesejahteraan bagi setiap rakyat yang melalui pendidikan dari sekolah rendah atau tadika. Maksudnya ialah, kesejahteraan harus dipupuk melalui pendidikan yang telah ditetapkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini kerana, rakyat yang sejahtera mempunyai keseimbangan dari semua sudut. Tambahan pula, keseimbangan ini juga merupakan aspek yang ditekankan di dalam agama. Jika tiada keseimbangan tersebut, maka kemusnahan dan perbalahan akan berlaku. Sejarah wujudnya falsafah pendidikan kebangsaan ini mengambil langkah yang lama sejak kemerdekaan, iaitu proses pembinaan negera dan bangsanya. Seperti yang kita semua ketahui, konsep pendidikan kebangsaan telah dirasmikan pada tahun 1988 dan telah diperkata serta digariskan dalam “Undang-Undang Pendidikan 1996”. Pada tahun 1979, Laporan Kabinet merupakan permulaan konsep pendidikan kebangsaan. Beberapa ciri Laporan Kabinet pada tahun 1979 lebih menumpukan pada pendidikan asas 3M (mengira, membaca, menulis), pendidikan kerohanian dan juga pendidikan kurikulum. Oleh itu, lahirlah "Undang-Undang Pendidikan" 1996. Pada masa itu juga, kita dapat melihat banyak penambahbaikan yang dibuat oleh pemerintah, termasuk teras sistem pendidikan, iaitu konsep pendidikan nasional. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini telah digubal oleh pakar-pakar pendidikan dengan mencampurkan sekali semua faktor serta pelbagai keperluan individu, masyarakat dan negara. Bagi membentuk FPK ini yang bertujuan untuk memberi panduan kepada segala usaha pendidikan, terdapat beberapa faktor telah dibicarakan dan diusulkan terlebih dahulu. Antara faktor yang telah diambil kira ialah faktor agama, politik, ekonomi, sejagat dan sosial.

Aspek utama yang telah diambil kira dalam penggubalan konsep pendidikan kebangsaan adalah faktor keagamaan. Agama adalah aspek penting dalam kesejahteraan dan pembangunan sesebuah negara. Di Malaysia, Islam telah dikenali sebagai agama negara, dan

sebahagian besar penduduk di sini adalah beragama Islam. Selain itu, menurut undang-undang nasional, terdapat juga pelbagai agama yang dapat dipercayai oleh masyarakat di Malaysia, antaranya adalah agama Kristian, Buddha dan Hindu. Ini jelas menunjukkan bahawa agamaagama ini merupakan aspek penting yang dipertimbangkan dalam pengubahan falsafah pendidikan kebangsaan. Aspek seterusnya adalah faktor sosial. Seperti yang kita semua ketahui, rakyat Malaysia adalah masyarakat berbilang etnik. Di samping itu, kemakmuran negara berharap kepada amalan-amalan seperti saling menghormati. bekerjasama dan bertoleransi. Amalan sikap positif ini sangat penting untuk mengukuhkan lagi perpaduan etnik. Di samping itu, memastikan keadaan sosial yang stabil antara masyarakat juga merupakan aspek penting. Matlamat untuk menggapai perpaduan dan keharmonian antara kaum ini merupakan satu tujuan pendidikan yang digarikan dalam falsafah pendidikan kebangsaan, iaitu, "... melatih rakyat Malaysia ... untuk menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara". Yang ketiga adalah faktor sejagat. Rumusan ini juga tidak dapat dipisahkan dari pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Hal ini kerana, pemikiran dan idea yang telah diutarakan oleh Program Pendidikan Internasional telah memberikan pengaruh dan pengaruh terhadap falsafah pendidikan nasional, yaitu, "... Pendidikan Malaysia adalah upaya terus menerus untuk mengembangkan potensi individu ...”. Sekiranya mereka dibenarkan memahami pentingnya pengetahuan secepat mungkin ketika mereka bersekolah lagi, mereka dapat memupuk warganegara yang berpengetahuan dan berkemahiran. Oleh itu, sistem pendidikan Malaysia mesti merangkumi aspek universal warga negara dan masy...


Similar Free PDFs