Ctu552 - falsafah rukun negara PDF

Title Ctu552 - falsafah rukun negara
Course Philosophy and current issues
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 15
File Size 210.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 418
Total Views 964

Summary

INDEKS KANDUNGANPERKARA Muka SuratPerakuan Pelajar i Pengesahan Pensyarah ii Indeks Kandungan iii Pendahuluan 1 Latarbelakang 2 Objektif Kajian 2 Metadologi Kajian 3 Konsep Kepercayaan kepada Tuhan 4- Mengenalpasti keberkesanan mengamalkan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan6-Kesan mengamalkan prinsip ...


Description

INDEKS KANDUNGAN PERKARA

Muka Surat

Perakuan Pelajar Pengesahan Pensyarah Indeks Kandungan Pendahuluan Latarbelakang Objektif Kajian Metadologi Kajian Konsep Kepercayaan kepada Tuhan Mengenalpasti keberkesanan mengamalkan prinsip Kepercayaan

i ii iii 1 2 2 3 4-5 6-7

kepada Tuhan Kesan mengamalkan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan Mengenalpasti agama yang dianuti oleh masyarakat di Malaysia dan

8 9-10

kepentingannya Rumusan dan Cadangan Kesimpulan Rujukan

11-12 13 14

2.0 PENDAHULUAN Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia yang telah dibentuk pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei 1969 yang telah melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Tujuan utama Rukun Negara dibentuk adalah untuk membentuk perpaduan yang kukuh. Oleh itu, prinsip-prinsip dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi memastikan kejayaan dan kestabilan Malaysia. Disebabkan peristiwa 13 Mei 1969 inilah lahirnya Falsafah Rukun Negara. Kini dikenali sebagai Falsafah Rukun Negara. Falsafah membawa maksud pemikiran, pandangan yang benar, rasional dan bernas. Usaha dan kaijan daripada ahli-ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logical telah menghasilkan pemikiran dan pandangan ini. Falsafah dihasilkan bertujuan untuk mencari dan membuktikan kebenaran dan juga memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara penting dalam kehidupan. Melalui Rukun Negara, Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara satu cara hidup demokratik, iaitu dengan mencipta satu masyarakat yang adil agar kemakmuran negara dapat dinikmati secara adil dan saksama, menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisitradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak serta membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden dalam rangkaian kehidupan. Terdapat lima prinsip dalam Rukun Negara yang perlu dijiwai oleh setiap rakyat Malaysia iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan dan Kesusilaan. Kepentingan penghayataan rukun negara ialah dapat melahirkan rakyat yang taat kepada agama dan patuh pada undang-undang dan peraturan negara yang ditetapkan. Salah satu prinsip rukun negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan dan kedaulatan undang-undang. Hal ini demikian kerana semua agama di dunia telah mengajak manusia melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Rakyat yang mendekatkan diri dengan Tuhan akan menghindarkan diri daripada gejala yang tidak sihat seperti terlibat dalam ajaran sesat, rasuah, pecah amanah dan sebagainya. Individu yang patuh pada agama dan undang-undang tidak akan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan untuk kebaikan dalam semua perkara seperti melanggar peraturan jalan raya dan merampas hak orang lain. Jelaslah bahawa penghayatan rukun negara dapat melahirkan rakyat yang taat kepada agama dan patuh undang-undang. 1

2.1 LATAR BELAKANG Rukun Negara digubal setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mendorong pemimpin negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental. Namun, pada era globalisasi ini, masih lagi isu tentang perpaduan kaum menjadi buah mulut oleh orang ramai. Sikap tidak endah dan tidak saling hormat-menghormati antara satu sama lain telah menyebabkan perkara ini tidak dapat diselesikan. Kajian tentang salah satu rukun negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan dan Keberkesanannya telah dijalankan untuk mengkaji tentang permasalahan ini. Selain itu, isu Kepercyaan kepada Tuhan ini mestilah dikaitkan dengan Falsafah Rukun Negara demi mengkaji persoalan keberkesanannya secara rasional berlandaskan ilmu falsafah dan bukti yang sah.

2.2 OBJEKTIF KAJIAN Berlandaskan Falsafah Rukun Negara, maka matlamatnya adalah untuk membentuk satu masyarakat yang adil dan saksama agar kemakmuran negara terjamin dan berada dalam suasana yang harmoni tanpa menimbulkan perasaan yang negatif antara satu sama lain di kalangan masyarakat. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk :I.

Mengenal pasti keberkesanan mengamalkan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan

II.

Mengkaji kesan mengamalkan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan

III.

Mengenal pasti agama yang dianuti oleh masyarakat di Malaysia dan kepentingan beragama

2.3 METADOLOGI KAJIAN Metodologi kajian adalah satu aspek yang penting dalam kajian bagi menjamin kaedah yang digunakan adalah bersesuaian. Di dalam kajian ini, metodologi kajian merangkumi jenis maklumat atau data, sumber maklumat atau data dan kaedah menganalisa maklumat atau data. i.

Jenis maklumat atau data.

Kajian ini menggunakan statistik dan dokumen yang diperolehi daripada laman sesawang, buku dan artikel.

2

ii.

Sumber maklumat

Kajian ini memperolehi sumber yang daripada buku, jurnal dan internet sebagai bahan kepada tajuk yang dikaji. 

Menurut Ayu Nor Azilah (2013), kebanyakan pengkaji sejarah agama berpendapat bahawa agama ialah keperluan asas setiap manusia. Kepercayaan kepada agama merupakan sifat sejagat bagi seluruh manusia.



Menurut Francis Harden Hollis (2012) mengatakan bahawa setiap anggota masyarakat perlulah memastikan keamanan yang dikecapi sekarang berkekalan di Malaysia.

Kaedah Menganalisa Maklumat -

Sumber internet Bagi kajian ini, saya telah menemukan dua artikel jurnal yang disediakan oleh Fahezah Nor Mohamed dan En. Shaik Abdullah bin Hassan Mydin. Artikel yang ditulis oleh Fahezah Nor Mohamed ini menceritakan makna disebalik rukun negara. Manakala artikel yang disediakan oleh En. Shaik Abdullah bin Hassan Mydin menerangkan tentang pengertian islam, iman dan ihsan.

-

Sumber buku dan akhbar Kajian ini mendapat sumber daripada tiga buah buku dan juga keratan akhbar. Tajuk buku yang digunakan adalah Manusia dan Islam, Bicara ini demi Perpaduan dan juga ISLAM Alternatif Perpaduan Sejagat. Manakala, bagi sumber akhbar pula, sumber diperolehi dari akhbar Sinar Harian, Berita Harian dan juga FreeMalaysia Today.

3

KONSEP KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN Kepercayaan kepada Tuhan dimaksudkan sebagai bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan

Persekutuan

memperuntukkan

bahawa

Islam

adalah

Agama

Rasmi

Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan atau perihal agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan merosakkan bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara. Agama ialah ciri penting dalam kehidupan manusia kerana ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang serta bangsa dan negara. Bangsa dan negara Malaysia telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Pegangan agama juga dapat membimbing tindakan seseorang untuk berbuat baik dan menghindari perbuatan jahat serta mengenali pahala dan dosa. Prinsip ini mengingatkan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam agar lebih bertanggungjawab kerana kepercayaan kepada Tuhan lazimnya dikaitkan kepada adanya alam akhirat atau Hari Pembalasan. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan tetapi agama-agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian dalam Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan di bawah perkara. Fenomena ini membolehkan setiap individu berpegang kepada kepercayaan yang diyakininya dan patuh kepada ajaran tersebut. Tindakan membezabezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Walau apa pun agama yang dianuti, percaya akan kewujudan Tuhan merupakan rukun sebagai anak Malaysia. Rukun Negara telah menyedarkan kita akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Keperibadian diri seseorang, sesuatu

4

bangsa serta negara boleh diruntuhkan jika agama diketepikan. Masyarakat juga perlu menyedari betapa pentingnya pegangan yang teguh terhadap ajaran agama masing-masing. Menurut Ayu Nor Azilah (2013), kebanyakan pengkaji sejarah agama berpendapat bahawa agama ialah keperluan asas setiap manusia. Kepercayaan kepada agama merupakan sifat sejagat bagi seluruh manusia. Pemikiran tentang agama sudah wujud dalam diri manusia sejak dilahirkan lagi. Bukti penemuan arkeologi menunjukkan kehidupan manusia terawal sudah dipengaruhi oleh agama. Agama merupakan jawapan kepada persoalan kehidupan yang sukar dijawab. Persoalan mengenai manusia dan hakikat diri, alam sekitar dan pengalaman ghaib yang tidak dapat dijangkau oleh akal fikiran yang kesemuanya boleh dijawab oleh agama. Tegasnya, agama akan memberi jawapan kepada pertanyaan yang sukar dijawab oleh akal. Kemudian, agama diminati kerana agama merupakan elemen pengukuhan ikatan persaudaraan. Pembangunan dan pembentukan insan yang sempurna adalah bermula dari pendidikan awal yang diterima sejak kecil. Untuk melahirkan rakyat yang rela berbakti serta berkorban ke arah mewujudkan perpaduan kaum dengan mengamalkan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat menghormati adalah menjadi matlamat penting bagi pembangunan sesebuah negara. Sikap ini membantu kearah pembentukan satu bangsa yang maju dan makmur. Dengan kata lain, pendidikan yang disampaikan hendaklah mampu membina serta menghidupkan kesedaran insan tentang hakikat ketuhanan dan kesediaan untuk mematuhinya. Seterusnya, usaha-usaha kearah membentuk penerapan kepercayaan dan keyakinan kepada tuhan amat penting untuk melahirkan insan yang mempunyai keyakinan diri bahawa manusia dan alam tidak terjadi dengan sendiri tetapi ada penciptanya. Sikap keyakinan kepada Tuhan akan menjadikan jiwa manusia sebagai hamba yang taat serta patuh perintah. Keyakinan ini akan menguatkan kepercayaan bahawa hukum-hukum alam adalah hukumhukum Tuhan dan manusia digalakkan untuk mengkaji fenomena alam. Ini menjadikan insan itu lebih berfikiran terbuka dan dapat menghargai semua perbezaan sebagai asas membangunkan idea-idea dan fikiran. Manusia juga dituntut memikul amanah dan bertanggungjawab dalam mentadbir dan memakmurkan alam ini dengan baik.

5

MENGENAL PASTI KEBERKESANAN MENGAMALKAN PRINSIP KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN Di Malaysia, terdapat pelbagai agama dan kaum yang berbeza kepercayaan. Kepercayaan ini dapat membezakan tahap pemikiran sekelompok masyarakat sehingga dapat mengubah cara hidup dan budaya masing-masing. Masyarakat yang saling hormatmenghormati saling meyumbang kepada pembentukan masyarakat yang harmoni dan sentiasa aman sejahtera. Menurut Francis Harden Hollis (2012) mengatakan bahawa setiap anggota masyarakat perlulah memastikan keamanan yang dikecapi sekarang berkekalan di Malaysia. Menurutnya juga, rakyat negeri Sabah amat bertuah kerana hidup dalam satu masyarakat majmuk yang terdiri daripada penganut Kristian, Islam, Buddha dan sebagainya yang saling menghormati antara satu sama lain. Penggubalan Rukun Negara mempunyai objektif tersendiri. Antaranya ialah khususnya bagi orang Islam diwajibkan menghormati penganut agama lain seperti dalam Firman Allah dalam surah Al-An’aam ayat ke-108: “Dan janganlah kamu mencaci benda yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan,” Amat jelas Islam menolak prinsip tidak toleransi dalam kehidupan masyarakat yang harmoni. Allah SWT telah mencipta umat manusia yang datang dari pelbagai kaum, budaya, ras, agama serta etnik. Allah SWT juga mengajar bahawa konsep toleransi adalah penting bagi tujuan mewujudkan keharmonian dalam kalangan umat manusia. Ayat berkenaan menjelaskan bahawa umat Islam perlulah menghormati masyarakat yang bukan Islam. Prinsip kebebasan beragama juga diraikan dan diperuntukkan tempat yang wajar didalam Islam. Penganut pelbagai agama bebas mengamalkan agama pegangan masingmasing dengan aman tanpa merasa takut dan terancam. Berasaskan prinsip ini, rumah-rumah ibadat dibenarkan untuk didirikan. Islam menganggap semua agama berhak untuk diamalkan oleh penganut agama masing-masing. Ciri-ciri yang ada dalam Islam sangat berguna untuk menjaga kebajikan manusia sejagat. Namun, untuk melaksanakan peraturan-peraturan yang ditetapkan, Islam menganjurkan supaya dibuat dengan niat yang jujur atas dasar tanggungjawab secara langsung pada Allah. 6

Untuk itu, setiap perbuatan yang dilakukan akan dinilai dari segi kejujuran niat. Kejujuran dan amanah dalam menunaikan tanggungjawab sama ada terhadap individu atau masyarakat mampu memberi impak dalam kehidupan manusia. Penghormatan terhadap suku kaum dan agama yang lain bukan sahaja dituntut di dalam Islam, malahan juga oleh agama lain. Perbuatan baik dan mengekalkan perpaduan merupakan pegangan utama dalam setiap agama. Dalam memelihara keharmonian negara, masyarakat Islam dan bukan Islam mempunyai peranan yang sama penting. Kegagalan masyarakat dalam mewujudkan keharmonian menyebbakan konflik dan akhirnya membawa kepada krisis kemanusiaan. Perbezaan agama bukanlah penghalang terjalinnya kedamaian dan keharmonian di antara sesama manusia. Meskipun pergaulan dengan orang yang berbeza iktikad kepercayaan, namun kedamaian hidup tetap menjadi keutamaan. Setiap agama di Malaysia sentiasa mempraktikkan sikap toleransi dalam menyikapi perbezaan sesama manusia.

7

KESAN MENGAMALKAN PRINSIP KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN Antara kesan mengamalkan prinsip kepercayaan kepada Tuhan ialah ianya menjadikan masyarakat di Malaysia saling menghormati antara satu sama lain dan juga azam untuk mencapai perpaduan kaum di negara ini telah membuahkan hasil yang lumayan. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Senator P. Waythamoorthy, beliau berkata Malaysia adalah negara yang paling sesuai untuk menjadi contoh dari segi perpaduan kaum. Beliau berkata persefahaman, kerjasama, tolak ansur dan saling menghormati antara pelbagai agama dan kepercayaan di negara ini kekal menjadi amalan penting dalam mewujudkan identiti Malaysia. Beliau berkata kepada pemberita sempena Sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia 2019 (Malaysia) di sini hari ini, Waythamoorthy berkata nilai-nilai positif bukan sahaja perlu diamalkan pada "hari ini atau minggu ini sahaja" tetapi hendaklah diamalkan secara berterusan dalam kehidupan sehari-hari “Realitinya adalah kepelbagaian ialah sesuatu yang harus diraikan. Kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan keadaan ini, dan menghargai sertai memberi nilaian tinggi kepada hubungan yang kukuh ini," kata beliau. Waythamoorthy berkata resipi kepada keharmonian rakyat ialah perasaan muhibah yang ada pada diri setiap rakyat Malaysia untuk bersatu, menerima dan menghormati sensitiviti pelbagai budaya dan agama. Setiap agama yang diamalkan di negara kita ini mengajar penganutnya memberi sepenuh kepercayaan kepada Tuhan yang mereka sembah itu. Kepercayaan kepada Tuhan yang tidak berbelah bahagi itu akan menjadikan sesorang itu mempunyai rasa hormat baik kepada orang lain mahupun dirinya sendiri. Ini menjadikan masyarakat kita hidup di dalam aman dan damai. Sebagai bukti, sehingga sekarang kita hidup dengan aman dan saling menghormat-hormati terhadap satu sama lain walaupun dengan perbezaan yang ada.

8

MENGEALPASTI AGAMA YANG DIANUTI OLEH MASYARAKAT DI MALAYSIA DAN KEPENTINGAN BERAGAMA Berdasarkan kajian, terdapat lima (5) jenis agama yang dianuti oleh masyarakat di Malaysia, iaitu Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain. Majority agama yang dianuti oleh masyarakat di Malaysia ialah Islam sebanyak 55% sehingga 60.4%. Seterusnya, agama Buddha sebanyak 19.2% sehingga 22%. Kemudian, agama Kristian sebanyak 9.1% dan diikuti oleh agama Hindu sebanyak 6.3%. Akhir sekali, 1.3% lain-kain dan 0.8% tidak mempunyai agama. Islam dari segi bahasa berasal daripada kata dasar salama yang membawa maksud taat dan patuh, aman dan damai serta terlepas atau jauh daripada kekurangan kekurangan zahir dan batin. Manakala dari segi istilah syarak, Islam ialah tunduk, taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. seperti yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Terdapat dua aspek penting yang terkandung dalam agama Islam iaitu akidah – kepercayaan manusia terhadap Allah dan syariah merujuk kepada undang-undang dan hukum Islam yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah. Seterusnya, ajaran Kristian menekankan unsur-unsur kasih saying dan pengampunan antara manusia. Nabi Isa memberitahu pengikut-pengikutnya “kamu hendaklah mengasihi jiran kamu dan juga musuh kamu. Doakan mereka yang mengecam kamu dan mereka yang melakukan tindakan buruk terhadap kamu”. Prinsip asas dalam agama Kristian ialah cintailah Tuhan dengan sepenuh ragamu dan cintailah jiranmu seperti kamu mencintai dirimu sendiri. Ajaran agama Kristian percaya bahawa pengikut-penigkutnya yang mengamalkan ajaran ini akan menikmati kesempurnaan hidup di akhirat. Ajaran Nabi Isa terkandung dalam kitab suci Kristian yang dipanggil Kitab Injil (Bible). Manakala agama Buddha ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha Śākyamuni (Siddhārtha Gautama) yang mungkin lahir pada kurun ke-5 sebelum masihi. Ajaranajaran Buddha dijadikan sebagai agama dan dibukukan dalam Bahasa Pali oleh pengikutpengikutnya yang setia. Empat Kebenaran Mulia yang didapati di bawah Pokok Bo menjadi asas agama Buddha. Empat Kebenaran Mulia merangkumi perkara berikut, iaitu hidup ini penuh dengan kesengsaraan dan penderitaan, iaitu semua yang hidup harus menghadapi umur tua, penyakit dan mati, manusia mendeirta kerana nafsu untuk memperoleh kekayaan dan keseronokan untuk keselesaan hidup, manusia patut menghapuskan nafsunya untuk melepaskan diri daripada kesengsaraan dan cara untuk menghapuskan kesengsaraan dan 9

mengatasi nafsu ialah dengan mengikut Jalan Lapan Lapis. Jalan Lapan Lapis atau Jalan Pertengahan menjadikan seseorang mengawal fikiran dan membentuk tingkah laku yang baik. Selain itu, agama Hindu ialah agama yang utama dan tertua di dunia. Ia bermula di India lebih kurang 3000 tahun dahulu. Perkataan Hindu berasal daripada perkataan Sindhu, iaitu tempat permulaan tamadun di Lembah Sungai Indus. Agama ini merupakan campuran kebudayaan dan kepercayaan orang Aryan dan orang Dravidia. Bahasa Sanskrit dan Bahasa Tamil memainkan peranan utama dalam perkembangan agama Hindu. Agama Hindu tidak mempunyai pengasas dan tidak mempunyai sebuah kitab suci. Jelaslah disini bahawa setiap agama menitikberatkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Kepentingan beragama kepada setiap manusia ialah dapat menjadikan manusia berakhlak mulia. Agama mengajarkan manusia tentang nilai-nilai moral sebagai hasil pemikiran manusia untuk berfikir yang baik dan buruk. Jika setiap manusia berakhlak mulia, maka sudah pasti masyarakat itu akan dipenuhi dengan keadilan, keamanan dan kesejahteraan dan terselamat dari keadaan huru-hara, perpecahan, masalah sosial dan sebagainya. Selain itu, pentingnya beragama kepada setiap manusia ialah membentuk jiwa dan diri yang bersih. Membentuk jiwa dapat menjadikan seseorang manusia hidup dalam ketenangan d...


Similar Free PDFs