Tugasan rukun negara PDF

Title Tugasan rukun negara
Course Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Institution Universiti Malaya
Pages 25
File Size 659.2 KB
File Type PDF
Total Downloads 548
Total Views 862

Summary

Warning: TT: undefined function: 32 Isi KandunganTajuk Muka Surat 1 Pengenalan P 2 Objektif Kajian P 3 Permasalahan Kajian P 4 Sorotan Literatur P 5 Kaedah Kajian P 6 Perbincangan Hasil Kajian P 6 Kepercayaan kepada Tuhan dalam membangunkan tamadun manusia P 6.1 Hasil dan taksiran tentang soal selid...


Description

GIG1007 TITAS

Kerja Kursus

Isi Kandungan Muka Surat

Tajuk 1.0

Pengenalan

2.0

Objektif Kajian

3.0

Permasalahan Kajian

4.0

Sorotan Literatur

5.0

Kaedah Kajian

6.0

Perbincangan Hasil Kajian

P3 P3

.. ..

P4

....

P5 P8

...

P9

6.1 Kepercayaan kepada Tuhan dalam membangunkan tamadun manusia 6.1.1 Hasil dan taksiran tentang soal selidik

..............

P11

..............

P11

6.3 Impak tidak mempraktikkan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan .. ..............

6.3.1

6.4 Cadangan memupuk kesedaran terhadap kepercayaan kepada Tuhan dalam kalangan masyarakat 6.4.1

..............

6.5 Kesimpulan Hasil Soal Selidik

7.0

P9

...

6.2 6.2.1

P9

P14 P14 P17 P19 P20 P21

Rumusan

8.0

P22

9.0

P23

2/26

GIG1007 TITAS

1.0

Kerja Kursus

Pengenalan Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang diPertuan Agong IV. Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. erdapat lima prinsip dalam Rukun Negara yang perlu dijiwai oleh setiap rakyat Malaysia iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan dan Kesusilaan. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

2.0

Permasalahan Kajian Rukun Negara telah diperkenalkan pada tahun 1970 dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Falsafah Rukun Negara amat penting untuk memastikan keamanan serta keharmonian negara dapat dikekalkan bagi pembentukan negara maju dan berwibawa. Oleh sebab itu, semua rakyat Malaysia telah dididik dan diasuh tentang prinsip prinsip rukun negara sejak awal dari sekolah rendah. Tetapi, didapati majoriti masyarakat sekarang walaupun kebanyakkan rakyat mengetahui tentang prinsip prinsip rukun, kebanyakkan tidak memahami latar belakang dan juga tujuan mengapa rukun negara dibentuk. Kebanyakan masyarakat hanya menghafal kelima-lima prinsip tersebut tanpa mengamalkan mereka dalam kehidupan seharian. Kajian mendapati bahawa masyarakat kini 3/26

GIG1007 TITAS

Kerja Kursus

menganggap prinsip rukun negara tidak penting, dan tidak berminat langsung tentang rukun negara kita. Oleh sebab itu, golongan masyarakat zaman sekarang tidak ada inisiatif untuk memahami rukun negara dan ini menjadikan kitaran yang buruk (vicious cycle).

3.0

Objektif Kajian Masyarakat Malaysia kini semakin hari semakin kurang pemahaman dan pengamalan tentang Rukun Negara kita. Jadi, perlunya masyarakat kita meningkatkan pemahaman dan penghayatan tentang Rukun Negara. Untuk memahami secara mendalam Rukun Negara, kajian ini focus kepada satu prinsip, iaitu prinsip yang pertama dan paling penting adalah prinsip kepercayaan kepada tuhan. Dengan objektif-objektif seperti di bawah, kajian ini berharap dapat mengenal pasti peranan prinsip kepercayaan kepada tuhan agar dapat memberi kesedaran kepada golongan masyarakat tentang kepentingan Rukun Negara. a.

Mengenal pasti prinsip pertama Rukun Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan dalam membangunkan tamadun manusia.

b.

Mengenal pasti tahap kepentingan prinsip kepercayaan kepada Tuhan dalam membentuk masyarakat yang berbudi pekerti.

c.

Mengenal pasti contoh prinsip kepercayaan kepada Tuhan yang diaplikasikan oleh masyarakat Malaysia.

d.

Mengenal pasti impak jika manusia tidak lagi mempraktikkan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan seharian.

e.

Mengenal pasti kaedah dan cara bagi memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap kepercayaan kepada Tuhan.

4/26

GIG1007 TITAS

Kerja Kursus

4.0 Sorotan Literatur Akibat daripada COVID 19, perpustakaan-perpustakaan awam dan juga university telah ditutup, kajian lepas ini adalah terhad kepada journal-journal dan maklumat-maklumat yang boleh didapati di internet. Namun begitu, terdapat banyak sumber maklumat mengenai topik ini di internet. Pada tahun 1970, kerajaan telah memperkenalkan Rukun Negara bertujuan menjaga keharmonian sosial serta menerap nilai budaya yang murni dalam setiap diri masyarakat Malaysia. Menurut Abdul Rahman (2010), Rukun Negara adalah suatu ideologi untuk menyeragamkan fahaman dikalangan pelbagai kelompok etnik. Rukun Negara juga adalah panduan dan pegangan negara yang akan menyatupadukan rakyat dengan menyuarakan tanggapan, kepercayaan dan keazaman rakyat mengenai bangsa Malaysia (Ismail, 1987). Ruhanie (2005) menyatakan Rukun Negara merupakan asas dan prinsip kepada perpaduan bangsa Malaysia yang mesti digandingkan dengan semangat kekitaan dan patriotisme bagi memelihara kemerdekaan. Manakala Sarjit & Lee (2008) menyatakan Rukun Negara merupakan satu ideologi yang bersepadu dan perlu diberikan perhatian dan disemai dalam setiap pemikiran dan difahami oleh setiap rakyat Malaysia serta diguna pakai dalam kehidupan harian. Rukun Negara diperkenalkan adalah untuk menjaga keharmonian dan menerap nilai-nilai murni dalam masyarakat serta menyelesaikan isu perkauman (Sarjit & Wan Amir Zal 2008; Ahmad Zaharuddin Sani 2009). Di antara 5 prinsip Rukun Negara, yang pertama sekali adalah prinsip kepercayaan kepada tuhan. Ini adalah kerana agama ialah ciri penting dalam kehidupan manusia. Setiap individu sebagai makhluk Tuhan bertanggungjawab mematuhi ajaran agama dalam membentuk kehidupan yang harmoni (Lee & Sarjit, 2008). Agama merupakan pegangan utama bagi setiap rakyat dan ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian serta bangsa dan negara (Ahmad Zaharuddin Sani, 2009). Melalui kepercayaan beragama akan menjadikan bangsa dan negara sebagai satu bangsa yang 5/26

GIG1007 TITAS

Kerja Kursus

berdaulat (Ayu Nor Azilah & Rohaini, 2011). Pandangan di atas juga selaras dengan Jabatan Penerangan Malaysia, iaitu bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan dan ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Di dalam perlembagaan Malaysia, Islam telah diperuntukkan sebagai agama rasmi Persekutuan. Akan tetapi, agama-agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di Malaysia dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Walaupun terdapat pelbagai agama dan kepercayaan di antara rakyat Malaysia, tetapi, menurut Ayu Nor Azilah (2016), yang membezakannya adalah cara pengamalan, corak pemikiran dan pemeliharaannya. ini amat bersesuaian dengan masyarakat majmuk dengan kepelbagaian agama di Malaysia. Hal ini kerana bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa serta negara yang berdaulat demi kelangsungan keharmonian antara etnik di Malaysia. Selain itu, dengan keharmonian hubungan antara kaum di Malaysia, ini akan menyumbang ke arah kesejahteraan pembangunan dan kemakmuran negara. Di samping itu, sejarawan dan falsafawan juga berpendapat bahawa walaupun ilmu dan pengetahuan adalah salah satu faktor penting bagi pembangunnan negara, agama juga memainkan peranan yang penting dalam asas pembangunan negara. Daripada sejarah Andalusia, Osman (1991) berpendapat bahawa perkaitan yang erat di antara agama dengan kecemerlangan tamadun perlu difahami dengan sebaiknya. Iktibar dari pencapaian ilmuan Andalusia menunjukkan bahawa kecemerlangan sebenarnya bermula dari penghayatan aqidah (tauhid) dalam pembangunan modal insan yang kemudiannya diseiringkan dengan usaha mengejar kemajuan dalam bidang sains dan 6/26

GIG1007 TITAS

Kerja Kursus

teknologi. Menurut Sulaiman (1993), jika ilmu sains dan teknologi dipisahkan daripada konsep tauhid, maka timbullah krisis nilai seperti yang berlaku dalam masyarakat di Eropah yang berpegang kepada sekularisme yang memisahkan ilmu agama dari ilmu sains dan juga dari setiap kegiatan kehidupan. Oleh yang demikian, pembangunan diri seluruh anggota masyarakat perlu digandingkan bersama dengan usaha membangunkan sesebuah tamadun yang gemilang.

7/26

GIG1007 TITAS

Kerja Kursus

5.0 Kaedah Kajian Kajian dijalankan dengan menggunakan pendekatan kajian secara tinjauan (survei) dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini dilakukan dengan mengunakan kemudahan internet untuk mendapatkan responden yang berada di Kuala Lumpur, Penang dan juga Johor. Negeri-negeri ini dipilih adalah berasaskan bahawa negeri-negeri ini mempunyai lebih banyak populasi, dan juga terletak di utara, tengah dan selatan Malaysia. Justeru, sampel kajian boleh lebih menggambarkan pendapat masyarakat di Malaysia. Sampel kajian adalah seramai 30 orang responden yang terlibat dalam kajian ini adalah 10 orang dari ketiga-tiga negeri tersebut.

Sampel kajian adalah terdiri dari pada 14 orang Melayu, 8 orang Cina dan 8 orang India. Mereka terdiri daripada 17 lelaki dan 13 perumpuan. Selain itu, responden yang terlibat adalah berumur 18 hingga 60 tahun.

8/26

GIG1007 TITAS

Kerja Kursus

6.0 Perbincangan Hasil Kajian 6.1 Kepercayaan Kepada Tuhan Dalam Membangunkan Tamadun Manusia 6.1.1

Hasil dan taksiran tentang soal selidik Tidak Setuju (1)

Kurang Setuju (2)

Setuju (3)

Sangat Setuju (4)

Markah Purata

Rukun Negara pertama kepercayaan kepada tuhan bukan sekadar hafalan tetapi amalan penting dalam kehidupan.

6

11

11

2

2.30

2

Saya meraikan perayaan masyarakat yang berbilang bangsa.

0

2

15

13

3.37

3

Kalau masyarakat tidak ada prinsip kepercayaan kepada tuhan, ini boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.

5

14

8

3

2.30

4

Kepercayaan kepada Tuhan merupakan prinsip asas pembangunan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum yang mempunyai pelbagai adat dan budaya.

0

17

13

0

2.42

5

Kepercayaan kepada tuhan adalah panduan dan pegangan negara Malaysia bagi menyatupadukan rakyat dan pembangunan negara.

2

5

17

6

2.90

Bil

Penyataan

1

** Nota: Penskoran: (1.00-4.00) Sangat Tidak Setuju - Tidak Setuju - Setuju

Sangat Setuju

Jadual 1 - Hasil Soal Selidik Mengenai Kepercayaan Kepada Tuhan Dalam Membangunkan Tamadun Manusia Jadual di atas menunjukkan bahawa lebih kurang separuh (43.3%) daripada responden setuju atau sangat setuju dengan penyataan bahawa prinsip kepercayaan kepada tuhan bukan sekadar hafalan tetapi amalan penting dalam kehidupan, dan separuh lagi responden menganggap sebaliknya. Selain itu, pandangan responden juga didapati berpecah separuh apabila ditanya tentang konsep prinsip kepercayaan kepada tuhan sebagai asas pembangunan masyarakat seperti di pernyataan 3 dan 4.

9/26

GIG1007 TITAS

Kerja Kursus

Terdapat 63.3% responden kurang bersetuju atau tidak bersetuju tentang pernyataan 3 bahawa tanpa prinsip kepercayaan kepada tuhan akan mengakibatkan keruntuhan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Dalam zaman materialisme ini, masyarakat kini lebih tertarik kepada kehidupan konsumerisme dan hedonisme yang lebih menitikberatkan kebendaan. Selain itu, perkembangan internet dan medial sosial telah membawa masuk ideologi sekularisme barat yang lebih mendorong kepada falsafah bahawa agama adalah hal peribadi yang tidak mempunyai kaitan dengan negara. Pemikiran sekularisme ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, banyak negara yang lain di seluruh dunia juga menerima pengaruh barat, dan telah melaksanakan sistem sekularisme iaitu memisahkan hal ehwal negara daripada nilai-nilai yang ditetapkan oleh tuhan agama masing masing. Mungkin atas sebab pengaruh pengaruh di atas, masyarakat kini menjadi kurang mementingkan agama dan juga prinsip kepercayaan kepada tuhan. Dengan secara tidak langsungnya, lebih separuh respondent tidak beranggap bahawa prinsip kepercayaan kepada Tuhan merupakan prinsip asas pembangunan masyarakat. Walaubagaimanapun, dalam pernyataan 2, sebanyak 93.3% responden sangat bersetuju atau bersetuju bahawa mereka meraikan masyarakat yang berbilang bangsa. Ini menunjukkan

bahawa

golongan

masyarakat

sekarang,

walaupun

mereka

kurang

mementingkan agama diri sendiri, mereka menghormati agama lain dan juga bergembira dan meraikan perayaan-perayaan bangsa-bangsa lain. Semangat saling hormat menghormati adalah kuat di antara kaum boleh dilihat dalam hasil soal selidik ini. Dalam pernyataan 5, markah purata adalah 2.90, ini menunjukkan bahawa responden yakin bahawa prinsip kepercayaan kepada tuhan adalah panduan dan pegangan negara Malaysia bagi menyatupadukan rakyat dan pembangunan negara. Ini ditakfirkan bahawa 10/26

GIG1007 TITAS

Kerja Kursus

prinsip kepercayaan kepada tuhan adalah diterima sebagai faktor yang penting apabila mengenai perpaduan rakyat. Seperti yang dihujahkan oleh Ahmad Zaharuddin Sani (2009), agama merupakan pegangan utama bagi setiap rakyat dan ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian serta bangsa dan negara. Menurut pakar sejarah, pembangunan sesebuah tamandun atau negara sebenarnya berkiat rapat dengan agama. Sistem kepercayaan dan agama merupakan antara ciri-ciri asas dan penting bagi perkembangan sesebuah tamadun. Hampir semua kelahiran tamadun di dunia dikatakan dirangsang oleh agama dan ini boleh dibuktikan dengan penemuan monument atau artifak silam yang berkaitan dengan agama. Sebenarnya semua agama mengajar kebaikan dan menolak sama sekali kebencian kepada orang lain. Tidak ada agama yang mengajar kejahatan." Agama dapat memupuk perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan masyarakat majmuk yang mempunyai pelbagai adat dan budaya. Fungsi agama adalah untuk menyatukan perbezaan bangsa dan turut meningkatkan semangat nasionalisma terhadap tanah air. Sikap hormat menghormati yang disarankan oleh semua agama mampu meningkatkan lagi persefahaman sesama manusia dan seterusnya membangunkan sesebuah negara. 6.2 Kepercayaan Kepada Tuhan Dalam Membentuk Masyarakat Yang Berbudi 6.2.1 Hasil dan taksiran tentang soal selidik

Penyataan

1

Dengan mengamalkan prinsip kepercayaan kepada tuhan akan membentuk masyarakat yang berbudi

11/26

Tidak Setuju (1)

Kurang Setuju (2)

Setuju (3)

Sangat Setuju (4)

Markah Purata

2

4

19

5

2.90

GIG1007 TITAS

Kerja Kursus

2

Untuk membentuk masyarakat yang bermoral, sesebuah masyarakat mesti mempunyai kepercayaan kepada tuhan.

5

14

8

3

2.30

3

Pendidikan moral di sekolah lebih penting untuk membentuk masyarakat yang berbudi

6

18

6

0

2.00

4

Pengajaran ibu-bapa lebih penting untuk membentuk masyarakat yang berbudi

0

3

15

12

3.30

5

Pengaruh kawan-kawan lebih penting untuk membentuk masyarakat yang berbudi

3

10

13

4

2.60

** Nota: Penskoran: (1.00-4.00) Sangat Tidak Setuju - Tidak Setuju - Setuju

Sangat Setuju

Jadual 2 - Hasil Soal Selidik Mengenai Kepercayaan Kepada Tuhan Dalam Membentuk Masyarakat Yang Berbudi Jadual di atas menunjukkan bahawa 80% responden bersetuju dengan pernyataan 1 iaitu, dengan mengamalkan prinsip kepercayaan kepada tuhan akan membentuk masyarakat yang berbudi. Tetapi, pada penyataan kedua, untuk membentuk masyarakat yang bermoral, sama ada sesebuah masyarakat mesti mempunyai kepercayaan kepada tuhan atau tidak, markah purata adalah sedikit rendah daripada pernyataan 1. Hasil soal selidik ini bermaksud responden berpendapat bahawa walaupun ramai setuju bahawa agama akan membentukkan masyarakat berbudi, tetapi responden kurang yakin bahawa untuk membentukkan masyarakat yang berbudi, masyarakat tersebut mesti mempunyai prinsip kepercayaan kepada tuhan. Walaubagaimanapun, 80% responden juga kurang atau tidak setuju bahawa pendidikak moral di sekolah dapat membentukkan masyarakat yang berbudi. Sebanyak 90% setuju bahawa pengajaran ibu-bapa adalah penting dan 56.7% beranggap bahawa pengaruh kawan-kawan juga penting untuk membentuk masyarakat yang berbudi. Dalam hasil soal selidik, pengaruh ibu-bapa adalah paling penting untuk 12/26

GIG1007 TITAS

Kerja Kursus

membentuk masyarakat yang berbudi, iaitu mencapai markah purata sebanyak 3.30. Ini disebabkan ibu bapa yang berada di sentiasa berada di sisi kita sejak kecil lagi, merupakan pengaruh yang penting dalam perkembangan akhlak dan tingkah laku kita. Jadi, kepercayaan kita dan persepsi kita terhadap agama juga banyak dipengaruhi oleh ibu bapa. Kebanyakkan orang belajar tentang tuhan dan juga agama mereka melalui ibu bapa mereka. Ajaran agama merupakan salah satu saluran daripada pengajaran ibu bapa yang menjadikan kita sebagai insan yang berbudi pekerti. Selepas ibu bapa, sudah tentu pengaruh dari kawan adalah penting sebab kita juga lebih cenderung mendengar kata-kata daripada kawan. Ramai responden yang berpendapat bahawa pendidikan moral kurang memainkan peranan dalam membentuk masyarakat berbudi. Ini mungkin sebab pendidikan moral juga sama seperti Rukun negara, kebanyakan hanya menghafal untuk ujian sekolah sahaja. Sebenarnya, pendakwah bebas Ebit Lew pernah berkata, Mereka yang percaya kepada Tuhan, akan menjadikan Tuhan sebagai pemantau diri yang mengawasi setiap tindakan yang dilakukan kerana percaya kepada nilai dan kesan daripada apa yang dilakukannya . Agama merupakan panduan hidup untuk mengawal dan menjaga tingkah laku seseorang individu. Sebagai contoh, konsep ummah dan ukhuwah dalam ajaran Islam. Sejarah Islam telah merekodkan bagaimana konsep Ummah berjaya diterapkan menerusi piagam Madinah dan telah menjadikan Madinah sebagai pusat penguasaan yang adil dan kuat dengan komposisi rakyat pelbagai bangsa dan agama dengan Islam sebagai pengemudinya. Konsep ukhuwah yang mengajar bahawa semua umat manusia adalah saling bersaudara antara satu sama lain tanpa mengira bangsa and agama boleh mewujudkan masyarakat berbudi di mana seseorang tidak penting diri sendiri sebab semua umat dianggap saudara. 13/26

GIG1007 TITAS

Kerja Kursus

Bagi kaum cina pulak terdapat juga beberapa aliran fahaman dan agama yang berlainan, seperti agama buddhisme, dan juga Taoisme, Konfusianisme, Moisme yang berlandaskan fahaman atau pegangan yang dikemukan oleh falsafahwan-falsafahwan...


Similar Free PDFs