Assignment CTU552: Pembangunan Insan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan PDF

Title Assignment CTU552: Pembangunan Insan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Author Umi Syuhada Farouk
Course Philosophy and current issues
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 20
File Size 546.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 658
Total Views 888

Summary

ASSIGNMENT 1PEMBANGUNAN INSAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKANKEBANGSAANFakulti Fakulti Seni Reka dan Seni LukisProgram/Group Bachelor in Creative Game Design(AD 2333A)Nama Kursus Falsafah dan Isu Semasa(CTU552)Ahli Kumpulan Umi Syuhada Binti Mohd Farouk(2020991681)Siti Nuralisya Binti Saiful Aizad(2020955...


Description

ASSIGNMENT 1 PEMBANGUNAN INSAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Fakulti

Fakulti Seni Reka dan Seni Lukis

Program/Group

Bachelor in Creative Game Design (AD 2333A)

Nama Kursus

Falsafah dan Isu Semasa (CTU552)

Ahli Kumpulan

Umi Syuhada Binti Mohd Farouk (2020991681) Siti Nuralisya Binti Saiful Aizad (2020955909) Muhammad Mizwar Bin Harudin (2020989407) Muhammad Qamarul Hazim Bin Hamid (2020967933)

Nama Pensyarah

En Muhammad Hamizan Bin Ab Hamid

1

Tarikh Akhir

7 Disember 2020

2

Isi Kandungan 1. Pendahuluan……………………………………………………………………

3

2. Kajian Lepas (Literature Review)......................................................................

6

3. Metodologi Kajian…………………………………………………………….

10

4. Dapatan Kajian………………………………………………………………..

11

5. Konklusi………………………………………………………………………

17

6. Rujukan……………………………………………………………………….

18

3

1. Pendahuluan

Falsafah diberi definisi pengetahuan dan penyelidikan mengenai punca dan erti kewujudan sesuatu perkara yang boleh dikaji secara mendalam. Maka apabila kami memperbincangkan falsafah pendidikan negara, kami ingin mengkaji secara mendalam bagaimana cara dan langkah-langkah yang telah kami sebagai sebuah negara untuk membangunkan pendidikan di Negara ini. Ilmu pula membawa maksud pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir dan batin. Mengikut Aristotle, pengetahuan peringkat tinggi dipanggil sebagai episteme, iaitu, bagi definisi beliau, pengetahuan mengenai sebab dalam pengertian yang luas. Maka dengan itu terbentuk pula jenis ilmu yang bersifat apriori, iaitu ilmu dari hasil renungan dan bukan melalui pengalaman, atau dengan kata lain ilmu yang boleh ditanggapi oleh pancar indera. Namun dengan ini telah terjadinya dua jenis ilmu yang berlainan. Oleh itu, jika kedua jenis ilmu ini boleh dipandang sebagai satu untuk mengelak mengetepikan ilmu yang berkaitan dengan alam ghaib dan konseptual. Maka terjadilah beberapa ciri-ciri ilmu terwujud yang meliputi setiap jenis ilmu. Maka dengan pemikiran itu, kita dapat mempelajari ilmu dari pelbagai jenis bentuk dan bidang, yang boleh diasingkan kepada dua iaitu, ilmu theoretikal (fizik, matematik, metafizik) dan ilmu praktikal (etik, ekonomik, politik). Ada juga pendapat bahawa wujudnya ilmu puisi. Terdapat banyak lagi jenis ilmu yang telah dipersoalkan akibat wujudnye konsep pembelajaran dan pembangunan insan sejak dulu lagi. Konsep insan atau manusia dari segi Islam ialah makhluk Allah SWT yang paling istimewa kerana diberikan akal serta boleh berfikir, berkehendak dan boleh menerima dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Keadaan inilah yang membezakan antara manusia dengan haiwan. Mengikut definasi yang diberikan oleh Kamus Dewan, insan membawa maksud manusia, atau lebih spesifik manusia yang baik. Maka dengan itu boleh dipahamkan bahawa

4

pembangunan insan adalah merujuk kepada usaha untuk memperbaiki dan menaiktarafkan akhlak dan pendirian seseorang yang tertentu.

5

Tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Malaysia telah mewujudkan satu inisiatif untuk terus tingkatkan pembangunan insan melalui falsafah pendidikan negara. Mengikut kata-kata Kementerian Pendidikan Malaysia di laman web rasmi mereka, falsafah pendidikan kebangsaan merupakan satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Ini sangat penting untuk sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang mempunyai latar belakang yang sangat berbeza dari segi keturunan, agama dan kewarganegaraan. Setiap satu insan yang membesar di Malaysia akan melalui falsafah ini dengan harapan dapat mewujudkan satu insan yang berguna dan berakhlak. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digunakan di Malaysia bertujuan menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan. Melalui FPK, sistem pendidikan negara sebenarnya dapat membantu diri untuk pembangunan seorang insan dengan menjelaskan tentang prinsip dan nilai asas yang menjadi dasar untuk membentuk sistem pendidikan Malaysia bermula daripada peringkat rendah kepada peringkat tertinggi. Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal berdasarkan beberapa pertimbangan yang dikemukakan dalam kenyataan di bawah: ● ● ● ● ● ● ●

Penyata Razak 1965 Laporan Rahman Talib 1960 Akta Pelajaran 1961 Laporan Jawatankuasa Mengkaji Semula Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 Rukun Negara Prinsip-prinsip Pendidikan Matlamat Pendidikan

Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan

6

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” 1 ( Akta Pendidikan 1996, Akta 550)

1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kementerian Pelajaran Malaysia (https://www.moe.gov.my/index.php/dasarmenu/falsafah-pendidikan-kebangsaan) 7

2. Kajian Lepas (Literature Review) Berdasarkan penulisan Saharia Hj Ismail (2015), Pembangunan Insan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, semasa penjajahan British di Malaysia, Pendidikan di Malaysia menggunakan corak pemerintahan Pecah-Perintah yang dikawal oleh British. Masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia seperti Melayu, India, Cina mempunyai sekolah sendiri mengikut kaum masing masing. Mereka menggunakan bahasa ibunda mereka di setiap pertuturan mereka, kurikulum, buku serta guru mereka. Sistem persekolahan Inggeris sahaja yang dapat menyatukan semua kaum dalam menimba ilmu bersama namun masyarakat setempat tidak menyetujui sistem tersebut. Malaysia pada awalnya telah mempunyai sistem pendidikan formal semasa Inggeris memerintah. Sistem Pendidikan pada waktu itu telah berkembang mengikut kesesuaian abad. Sistem persekolahan telah diwujudkan apabila negara Malaysia telah merdeka. Selain daripada penekanan kepada subjek sekolah, sistem Vokasional dan Teknik juga diwujudkan untuk keperluan tenaga mahir. Rukun Negara juga dimasukkan ke dalam sistem persekolahan agar kejadian yang melibatkan kaum seperti 13 Mei tidak berulang lagi. Kejadian malang yang berlaku pada 13 Mei 1969 akibat daripada rusuhan kaum utama iaitu Melayu , Cina dan India. Ini adalah satu titik hitam dalam hidup kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang seharusnya bersifat toleransi di antara satu sama lain. Oleh itu, Rukun Negara diwajibkan untuk diterapkan di setiap sekolah agar perkara sedemikian tidak berlaku lagi. Falsafah Pendidikan Negara ingin melahirkan manusia yang bersifat unggul dan cemerlang. Mereka akan menjadi seorang rakyat yang berdedikasi yang bersifat amanah, bertanggungjawab dan sentiasa mempertahankan maruah negara Malaysia. Apabila rakyat bersifat amanah ini sekaligus membuatkan negara menjadi makmur dan aman. Pembangunan modal insan dapat dilaksanakan apabila sesebuah sekolah menerapkan transformasi diri seseorang individu dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Apabila para pelajar menerapkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan didalam diri mereka maka akan terlahirlah golongan yang mempunyai kedudukan akhlak yang tinggi, yang saling hormat menghormati antara satu sama lain serta mempunyai sikap yang terpuji.

8

Menurut kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, antara matlamat utama pendidikan adalah untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek kemanusiaan. Pembangunan insan dapat dipupuk apabila unsur-unsur penting diterapkan dalam diri mereka. Antara unsur-unsur penting dalam pembangunan modal insan adalah pembangunan nilai rohani dan emosi, pembangunan jasmani serta pembangunan intelek. Unsur-unsur ini adalah penting bagi mengelakkan berlakunya kezaliman terhadap diri sendiri, masyarakat serta m fakhlukmakhluk Allah yang lain. Tajul Ariffin Noordin telah menjelaskan apabila berlakunya ketidakkeseimbangan didalam unsur-unsur tersebut maka akan lahirlah golongan manusia yang mempunyai pelbagai sikap yang tidak mampu difikirkan oleh akal fikiran seperti yang berlaku di zaman kita sekarang. Antara contohnya ialah masalah sosial yang berlaku di masyarakat kita sekarang. Kes pembuangan bayi yang berlaku seperti manusia yang tidak berperikemanusiaan. Perkara-perkara sebegini dapat dielakkan sekiranya masyarakat tidak mengambil perkara ini dengan mudah. Itulah yang cuba disampaikan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan golongan insan yang merangkumi dari pelbagai aspek dari segi emosi, rohani, jasmani serta pemikirannya. Apabila elemen tersebut diterapkan maka jadilah manusia yang sebaik-baik kejadian. Seterusnya, pembangunan intelek di setiap modal insan. Prinsip-prinsip ilmu, realiti dan nilai adalah dipersoal oleh falsafah menurut Mok Soon Sang. Antara cabang utama falsafah ialah epistemologi iaitu teori tentang ilmu pengetahuan iaitu berperanan dalam membangun manusia dari segi pemikiran manusia dan intelektual. Dengan adanya konsep ilmu ini dapat membantu memperkembangkan akal fikiran setiap manusia. Setiap manusia juga dapat meningkatkan dan memperkasa minda mereka apabila mereka menguasai pembangunan intelek ini. Malaysia menggunakan sistem pendidikan kurikulum yang berkait rapat dengan epistemologi iaitu teori tentang ilmu. Umat Islam pada waktu dahulu telah berjaya membuktikan bahawa ilmu yang telah membawa manusia ke arah cahaya kebenaran dari sesat ke dalam lembah kegelapan. Masyarakat barat pada waktu Renaissance telah mengambil masyarakat Islam pada waktu tersebut sebagai contoh untuk mereka membangun. Negara Islam pada waktu itu mensanjungi ilmu sehingga lahirnya pelbagai ilmuan islam yang masyhur seperti Al-

9

Khawarizmi, Ibn Rushd atau Averroes dan Ibn Sina atau Avicenna. Oleh sebab itu, Falsafah Pendidkan Negara telah merangkumi semua aspek pembelajaran dari segi intelektual bagi menepati falsafah epistemology. Terdapat beberapa unsur yang perlu diberi perhatian apabila untuk fokus dengan keupayaan berfikir iaitu kemahiran 3M, mendapat, meningkat dan menyebarkan ilmu, berfikir secara kritis dan kreatif iaitu KBKK dan memanfaatkan ilmu untuk diri sendiri dan orang lain. Ditambah pula dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi iaitu KBAT dapat meningkat keupayaan seseorang individu ataupun pelajar di sekolah. Kesimpulannya, pembangunan intelektual ini dapat meningkatkan kemampuan kognitif pelajar. Sesuatu bangsa yang perkasa dan bersifat mulia tidak hanyalah bergantung kepada kekuatan fizikal yang kuat yang bercorak kepada materialistik dan teknologi, ianya dapat melihat dari kekuatan kerohanian dan emosi sesuatu golongan tersebut. Manusia akan berjaya bukan hanya kerana mereka cemerlang pada satu-satu aspek sahaja malahan mereka juga perlu berjaya dalam kualiti kerohanian dan kualiti emosi. Al-Quran surah al-Mukminum ayat 1 telah menjelaskan yang bermaksud: “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya…..“. Berdasarkan ayat tersebut, dapatlah kita fahami bahawa kekuatan seseorang tidak terletak pada kekuatan tubuh mereka tapi sebenarnya yang menjadi punca utama tahap kejayaan seseorang tersebut melalui tahap ketinggian kerohanian dan emosi mereka. Oleh kerana itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan pembangunan emosi dan kerohanian secara harmoni dan seimbang dengan menerapkan nilai-nilai murni melalui aktiviti kurikulum. Kerohanian dan emosi juga boleh dihubungkaitkan dengan perasaan dan kejiwaan. Untuk memantapkan lagi ilmu yang berkaitan kepada pengukuhan rohani dan emosi, serta prinsip kepercayaan haruslah dijadikan pegangan oleh setiap manusia. Sahsiah keperibadian manusia akan bertambah apabila tahap keimanan dan ketaqwaan kepada Allah semakin meningkat. Oleh yang demikian, kurikulum pendidikan seperti mengenali Tuhan yang Maha Esa, menyedari dan menginsafi diri, mensyukuri dan menghargai pemberian Maha Pencipta, menginsafi segala jenis

10

tanggungjawab, dan mengasah disiplin diri serta memupuk keperibadian yang terpuji adalah amat penting untuk diterapkan di sistem pendidikan kurikulum. Di samping itu, pembangunan jasmani juga perlu diterapkan di sistem pendidikan kurikulum. Ini adalah kerana pembelajaran dan pengajaran tidak akan berjaya diserap oleh para pelajar jika tubuh badan mereka berada dalam keadaan yang lesu dan tidak bermaya. Di dalam pepatah Arab juga ada yang menyebutkan seperti “akal yang sihat berada dalam tubuh badan yang sihat.” Oleh kerana itu, Falsafah Pendidikan Negara telah merangka dalam sistem kurikulum untuk menyepadukan subjek pendidikan jasmani. Tidak lupa juga dengan aktiviti kokurikulum yang berbentuk seperti kemahiran teknikal, kemahiran bersukan dan keusahawanan serta vokasional. Pelajar-pelajar yang mempelajari ilmu ini akan dapat membantu mereka di masa hadapan mereka suatu hari nanti. Justeru, pembangunan jasmani amatlah dititikberatkan di kurikulum. Pada masa kini, dalam usaha untuk membangunkan seorang modal insan, elemen-elemen kemanusiaan yang ada pada diri seseorang hendaklah dipertingkatkan mengikut peredaran zaman. Ini telah dijelaskan oleh Rasullullah S.A.W yang bersabda mafhumnya: “… kamu lebih mengetahui urusan duniamu, maka laksanakanlah apa yang kamu kehendaki…”. Pegangan ulama’ dalam membuat sesuatu hukum menggunakan kaedah Usul. Mereka bergantungan kepada kaedah Usul dengan maslahah dan kepentingan konsep masalih al-mursalah iaitu kepentingan membuat sesuatu hukum dan undang-undang yang berfaedah dan baik untuk manusia sejagat. Sehubungan dengan ini, pembangunan insan juga perlu seiring dengan peredaran zaman yang perlu diterapkan di pendidikan kurikulum. Kesimpulannya, kerangka Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah mengambil berat mengenai pembangunan modal insan di Malaysia dalam untuk menghasilkan seorang insan yang berdedikasi dan berkualiti dari pelbagai aspek. Kita seharusnya menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai garis panduan dalam kita mempelajari maksud Pendidikan yang sebenarnya. Oleh yang demikian, akan lahirlah rintangan-rintangan dalam kita membangunkan seorang insan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana perubahan sistem teknologi yang semakin canggih di zaman kita yang sering mengejar duniawi yang hanya sementara ini.

11

3. Metodologi Kajian Kajian telah dilakukan untuk mengkaji keberkesanan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam membantu pembangunan insan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Antara kaedah yang telah dijalankan adalah melalui soal selidik sebagai instrumen utama kajian ini. Kaedah menganalisis data ini dilakukan menggunakan ‘Google Form’ yang melibatkan sejumlah orang belia awam serta pelajar dari Universiti Teknologi Mara. Kaedah ini bertujuan untuk meneliti sejauh mana pemahaman orang ramai tentang pembangunan modal insan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Selain itu, kajian tidak akan lengkap tanpa pengumpulan data melalui internet untuk mencari maklumat yang lebih banyak mengenai kajian yang dilakukan. Pencarian data melalui artikel, rumusan dan hasil tulisan di internet dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memahami dan mengumpul maklumat berkenaan kajian yang dijalankan.

12

4. Dapatan Kajian Berdasarkan pendapat dan pemahaman respondan melalui kaedah survey di dalam kajian ini, para responden(rujuk carta 4.1) seratus peratus persetuju bahawa mereka memahami konsep pembangunan modal insan menurut Islam adalah keupayaan mewujudkan ciri-ciri keislaman dalam diri individu, masyarakat dan pengurusan sesebuah negara.

Carta 4.1 Para responden juga mengemukakan pandangan tentang jika bukan tenaga pengajar yang memainkan peranan penting dalam perlaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(carta 4.2). Antara respon pendapat yang diberikan adalah: “Untuk membentuk dan melahirkan individu yang intelektual dan seimbang dari segi emosi, rohani, jasmani yang berlandaskan kepercayaan Tuhan, semua pihak haruslah memikul tanggungjawab termasuklah ibu bapa, pemerintah dan anak-anak. Setiap kelompok individu mempunyai peranan yang tersendiri.” Respondan 1

13

Carta 4.2 Merujuk soalan terakhir iaitu “Adakah anda peka tentang implikasi jika Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak diterapkan dalam kehidupan seharian?”, terdapat enam puluh dua perpuluhan lima peratus tidak peka tentang implikasi tersebut. Manakala tiga puluh tujuh perpuluhan lima peratus peka tentang perkara di atas. Antara pendapat yang diberikan adalah: “Mungkin akan ada individu yang hanya fokus terhadap satu aspek walhal untuk melahirkan individu yang menepati falsafah pendidikan kebangsaan, kita hendaklah seimbang dalam pelbagai aspek iaitu, jasmani, rohani, emosi dan intelektual.” Respondan 1.

Carta 4.3 Carta ini juga menunjukan bahawa tatkala Falsafah Pendidikan Kebangsaan membawa kesan positif kepada pembangunan insan, masih ramai lagi yang tidak peka akan implikasi jika jika Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak diterapkan dalam kehidupan seharian.

14

Melalui kajian metodologi yang kami telah lakukan dari segi kajian artikel dan apa yang kami telah memerhatikan dan alami sebagai seorang pelajar di Malaysia, ini antara inisiatif dan hasil daripada perkembangan Falsafah Pendidikan Negara. Kami merumuskan beberapa titik sebagai rujukan untuk kajian kami tentang bagaimana Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat membantu dalam pembangunan insan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Antaranya:

1. Jasmani ● Penekanan

tumpuan

kepada

kesihatan

tubuh

badan

individu,

seperti

memperkembang tahap keupayaan seperti menjaga kesihatan tubuh badan ataupun melakukan riadah dengan sempurna. Selain itu, menggunakan bakat dan kemahiran teknikal atau manipulatif dengan cekap, memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan untuk kepentingan masyarakat justeru itu dapat meningkatkan daya pengeluaran demi memberi sumbangan kepada kemajuan negara.

2. Emosi ● Emosi merujuk kepada pemikiran kompleks seseorang manusia untuk berfikir dalam keadaan sedar akan pengalaman yang telah dilalui dan aktiviti mental seseorang itu. Emosi juga memberi tumpuan kepada kesihatan mental; seperti membantu untuk mengekalkan tingkah laku yang terkawal dengan memilik perasaan kasih sayang. Selain itu, emosi juga boleh digambarkan sebagai fisiologi komponen, budaya, tindakan ekspresif badan dan menilai situasi dan konteks.

3. Rohani ● Penekanan tumpuan kepada sifat kejiwaan, dan memberi kesedaran tentang adanya Pencipta, menghargai dan mesyukuri pemberian Pencipta dan dapat memupuk dan membina disiplin serta membentuk akhlak yang mulia. Kita sebagai manusia haruslah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT kerana itulah tujuan kehidupan kita ini. Mempunyai tubuh badan yang perkasa tetapi nilai rohani yang rendah membuatkan diri kita menjadi lemah. Dengan meningkatkan

15

kekuatan rohani diri kita, kita mampu untuk berjaya kerana Allah sentiasa memberi pertolongan kepada hambanya yang bersyukur.

4. Intelek ● Memberi tumpuan kepada ciri-ciri daya berfikir, seperti menguasai kemahiran asa 3M (membaca, menulis dan mengira), menguasai kemahiran untuk memperoleh, meningkatkan dan menyebarkan ilmu dan dapat berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) serta dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan orang lain, termasuk kemajuan negara.

Berdasarkan huraian di atas, terdapat beberapa dapatan kajian Falsafah Pendidikan Kajian terhadap sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan sebuah mendokumentasi jenis yang murni dan luhur. Oleh kerana itu juga, ia memerlukan penghayatan, pemahaman yang dalam dan kepriha...


Similar Free PDFs