FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK): HURAIAN DAN PENGHAYATAN HASIL PEMBELAJARAN PDF

Title FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK): HURAIAN DAN PENGHAYATAN HASIL PEMBELAJARAN
Author Lim Ming Hoay
Pages 172
File Size 3.2 MB
File Type PDF
Total Downloads 483
Total Views 825

Summary

Qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx KPF 3012 cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg hjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx...


Description

Qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx KPF 3012 cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui DASAR opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg hjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxc vbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq ZAINI BIN ABDULLAH wertyuiopasdfgZAINhjklzxcvbnmqwe MOHMAD NOOR BIN MOHMAD TAIB IKHSAN BIN OTHMAN NORILA BINTI MD SALLEH rtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop ABU BAKAR BIN YUSUF ABDUL TALIB BIN MOHAMED HASHIM asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghj klzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd fghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvb nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwe rtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghj klzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwe

PENGENALAN Panduan kursus disediakan bagi membantu anda memahami sepenuhnya keperluan dan kandungan kursus. Pelajar dinasihatkan membaca bahagian ini dengan teliti dan selepas itu berusaha untuk mengikuti segala perkara yang disarankan bagi membolehkan anda melengkapkan kursus ini dengan cemerlang. Kursus KPF 3012 merupakan kursus Pendidikan Profesional yang mengandungi tujuh elemen penting dalam perkembangan pendidikan iaitu pendidikan dan pembangunan, falsafah pendidikan, dasar-dasar pendidikan, perancangan pembangunan pendidikan, pelaksanaan pendidikan, etika dan peraturan pendidikan dan Akta Pendidikan 1996. Kandungan kursus ini sarat dengan maklumat penting untuk pengetahuan asas kepada setiap guru. Kursus ini bernilai 2 jam kredit.

KUMPULAN SASARAN Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di UPSI. Walau bagaimanapun, modul ini digubal khas untuk pelajar Program Jarak Jauh.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Mengikut piawaian UPSI dan MQA, setiap jam kredit memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam waktu pembelajaran. Oleh itu bagi setiap kursus ini pelajar perlu memperuntukkan 80 jam waktu pembelajaran. Anggaran agihan waktu pembelajaran bagi KPF 3012 adalah seperti dalam Jadual 1 dan Jadual 2. Jadual 1 Anggaran agihan masa pembelajaran (2 jam kredit) Aktiviti Pembelajaran Membaca modul, ulangkaji, menyiap tugasan Tutorial di Pusat Tutorial dalam talian (E-Learning, contohnya melalui Big Blue Button, Skype, dll.) Forum (E-Learning melalui MyGuru2) Video P&P melalui MyGuru2 Kuiz dalam talian melalui MyGuru2

Jam Pembelajaran Bersemuka Tidak Bersemuka 32 10 18 10 10 28

Jumlah Masa Pembelajaran

52 80

HURAIAN KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Di akhir kursus KPF 3012, anda diharap dapat: 1. Menganalisis perkembangan pendidikan di Malaysia dari aspek falsafah, kurikulum dan dasardasar (C4, TS3). 2. Menghubungkait pembentukan kurikulum kebangsaan dan penterjemahannya menerusi sukatan pelajaran (C4). 3. Mempamerkan ciri-ciri keguruan selaras dengan Kod Etika Perguruan (C3, P2). 4. Membahaskan Akta Pendidikan 1996 (A3, CS3).

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini membincangkan secara kritis tentang falsafah dan pendidikan dengan menganalisisnya dalam konteks perkembangan pendidikan di Malaysia. Kursus ini juga meninjau dan membincangkan perkembangan pendidikan negara sebagai satu kesinambungan dan keunggulan yang berterusan dengan berlandaskan interaksi dan pemikiran yang telah berlaku dalam proses pembangunan negara. Falsafah, dasar-dasar, kurikulum dan peraturan dalam pendidikan juga diberi penekanan bagi membolehkan para pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran serta pemupukan sikap dalam melaksanakan tanggungjawab secara berkesan dalam batasan profesion perguruan.

PENAKSIRAN Bentuk Penaksiran

% Wajaran

Kerja Kursus

60

Peperiksaan Akhir

40 100

Jumlah

HURAIAN IKON YANG DIGUNAKAN Situasi yang memerlukan anda berfikir dan membuat refleksi mengenainya. Aktiviti yang harus dilakukan untuk memahami konsep yang dibincangkan. Aktiviti termasuklah menjawab soalan, mengisi tempat kosong, melakar, dan/atau mencari maklumat daripada Internet, buku, dan sumber lain-lain. Kuiz yang perlu diambil dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus. Forum yang perlu disertai dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus. Persembahan mikro- dan makropengajaran yang perlu dijalankan dan dimuat naik untuk dipersembahkan kepada pensyarah dan rakan-rakan lain yang menyumbang kepada markah kerja kursus. Tugasan yang perlu disempurnakan yang menyumbang kepada markah kerja kursus. Aktiviti latihan bagi membina kefahaman dan mengaplikasi konsep yang dibincangkan.

A

Aktiviti latihan yang disertakan jawapan serta maklum balas.

ISI KANDUNGAN MODUL Untuk membantu anda mencapai hasil pembelajaran kursus ini, isi kandungan modul ini dibahagikan kepada sepuluh unit seperti berikut: UNIT

TAJUK

Halaman

1

Pendidikan dan pembangunan di Malaysia: Perkembangan pendidikan era masyarakat tradisional, era penjajahan, era kemerdekaan dan era selepas kemerdekaan; pembentukan akta pelajaran; tokohtokoh. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): huraian dan penghayatan: Bentuk, proses dan matlamat pendidikan di Malaysia dan elemen-elemen dalam pembentukan Falsafah Pendidikan kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru (FPG): pemikiran dan amalan dalam profesion keguruan: Pengetahuan, ketrampilan dan sahsiah guru. Dasar-dasar dan hala tuju pendidikan Malaysia: Dasar-dasar berkaitan kebajikan, kawalan, inovasi dan solusi dalam pendidikan dan hubungannya dengan pembangunan insan, guna tenaga, perpaduan, bahasa, teknologi, negara bangsa dan pengantarabangsaan. Perancangan pembangunan pendidikan di Malaysia: Rancangan jangka pendek dan rancangan jangka panjang ke arah memperkasakan pendidikan di Malaysia. Kurikulum sebagai wahana menterjemah Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Proses menterjemahkan FPK menerusi kurikulum kebangsaan.

1 -13

2

3

4

5

6

14 - 30

31- 53

54 – 74

75 – 81

82 - 96

7

Reka bentuk kurikulum di Malaysia. Pembentukan dan penyusunan kurikulum kebangsaan.

8

Penterjemahan dan pentafsiran kurikulum kebangsaan: Matlamat dan objektif kurikulum dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Kod Etika Perguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia: Profesionalisme guru, tanggung- jawab guru dan amalan disiplin.

115 – 135

Akta Pendidikan 1996 Pembentukan, kandungan dan fungsi Akta Pendidikan dalam perkembangan pendidikan di Malaysia.

161 - 167

9 10

97 - 114

136 - 160

Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 1 __________________________________________________________________________

UNIT 1 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA KE ARAH PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran unit ini anda akan dapat: 1. 2. 3. 4.

menjelaskan senario perkembangan pendidikan di Malaysia dari era sebelum penjajahan Inggeris hingga era selepas kemerdekaan seterusnya ke era milenium. menyatakan tokoh-tokoh yang terdapat dalam pendidikan dari era sebelum penjajahan Inggeris hingga era selepas kemerdekaan seterusnya ke era milenium. menjelaskan bagaimana pendidikan yang berlangsung di negara ini dapat membangunkan insan. menjelaskan bagaimana pendidikan yang berlangsung di negara ini dapat membangunkan negara.

PENGENALAN Pendidikan di Malaysia kini berada dalam keadaan yang lebih mantap berbanding sebelumnya. Perkara ini disebabkan pendidikan di negara ini dari semasa ke semasa berkembang selaras dengan keperluan dan cabaran; atau dengan kata lain pendidikan mengalami proses kritalisasi, iaitu ke arah yang lebih mantap dan cemerlang. Perkembangan sektor pendidikan dilihat penting dan diberi keutamaan seperti juga sektor-sektor yang lain kerana pendidikan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan, baik kepada pembangunan insan mahupun kepada pembangunan negara. Unit ini akan membincangkan senario perkembangan pendidikan di Malaysia dari era sebelum penjajahan Inggeris sehingga era selepas kemerdekaan seterusnya ke era milenium. Perbincangan juga melibatkan bagaimana pendidikan yang berlangsung di negara ini dapat membangunkan rakyat dari sudut pembangunan insan dan juga pembangunan negara.

ISI KANDUNGAN Latar Belakang Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Secara lebih terperincinya, perbincangan berkaitan perkembangan pendidikan di negara ini adalah melibatkan pendidikan dalam era sebelum penjajahan Inggeris; semasa penjajahan Inggeris iaitu bermula dari pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light pada 1786; era sebelum kemerdekaan iaitu selepas Perang Dunia Kedua dan pembentukan Malayan Union pada 1946; dan era selepas merdeka iaitu mulai tahun 1957. Pendidikan era selepas merdeka pula akan melibatkan pendidikan

Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 2 __________________________________________________________________________

ketika sebelum dan selepas tertulisnya Falsafah Pendidikan Negara (FPN) pada tahun 1988; serta pendidikan dalam era milenium.

Pendidikan Sebelum Penjajahan Inggeris Dari sudut sejarahnya iaitu sebelum penjajahan Inggeris, pendidikan untuk rakyat jelata di tanah air ini berlangsung secara tradisional dalam institusi keluarga dan masyarakat. Pendidikan pada masa itu bercorak warisan turun temurun yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Rakyat berpegang kuat pada adat resam yang bersifat ketimuran ditambah pula dengan ajaran agama Islam yang teguh. Pendidikan melibatkan perkara-perkara asas bagi tujuan kelangsungan kehidupan harian seseorang baik dalam keluarga mahu pun dalam masyarakat. Pendidikan tradisional juga melibatkan perkara-perkara berkaitan budaya dan warisan. Ibu bapa sebagai orang yang memainkan peranan utama sebagai pendidik. Anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan, dididik dengan ketertiban, nilai, budi bahasa serta adab sopan yang diterima pakai dalam lingkungan masyarakat pada ketika itu. Sebagai contoh, setiap individu perlu menghormati orang lain terutama kepada ibu bapa serta orang yang lebih dewasa daripada mereka. Tutur kata serta perbuatan perlu sentiasa dijaga bagi memelihara keamanan, kesejahteraan dan keharmonian dalam hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Bagi anak-anak lelaki, mereka akan dididik bagi tujuan untuk menjadi ketua keluarga di suatu masa kelak. Bagi tujuan ini biasanya anak-anak lelaki akan diminta membantu bapanya menjalankan kegiatan ekonomi keluarga seperti berkebun; bersawah; menangkap ikan; mengambil upah bertukang membina rumah; dan sebagainya selaras dengan konsep berbakti kepada tanah dan alam. Asuhan ini berterusan sehingga anak-anak lelaki tersebut mencapai peringkat umur remaja dan dewasa. Kesinambungan daripada itu, anak-anak lelaki tersebut akan seterusnya mewarisi aktiviti ekonomi keluarga untuk membina kehidupan keluarganya sendiri setelah mereka mendirikan rumah tangga. Bagi anak-anak perempuan pula, mereka akan dididik dan diasuh dengan perkara-perkara berkaitan rumah tangga agar suatu masa nanti mereka menjadi suri rumah yang baik. Sehubungan itu, anak-anak perempuan biasanya dilatih untuk membantu ibunya menjaga adik-adik, membasuh pakaian, mengemas rumah, jahit-menjahit serta melakukan kerjakerja di dapur. Berkaitan dengan keagamaan, anak-anak lelaki dan perempuan juga diajar tentang ilmu agama. Pembelajaran agama biasanya dilakukan di sebelah petang atau malam, di mana mereka akan mengikuti pengajian di rumah Pak Imam atau orang yang lebih arif tentang agama yang boleh dianggap sebagai guru atau ustaz termasuk pendakwah Islam yang datang dari Asia Barat. Anakanak diasuh untuk membaca Al-Quran, menghafal doa, mempelajari fardhu „ain, fardhu kifayah, hadis, hukum-hakam dan cara hidup Islam. Tradisi masyarakat adalah menjadikan Al-Quran sebagai pelajaran dasar di samping pelajaran-pelajaran yang lain. Selain di rumah Pak Imam, guru atau ustaz pelajaran agama juga berlangsung di surau-surau dan di masjid-masjid. Selain itu pendidikan bercorak keagamaan di sekolah pondok juga banyak terdapat di Semenanjung Tanah Melayu pada masa itu.

Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 3 __________________________________________________________________________

Bentuk pembelajaran yang berinstitusikan rumah, surau dan masjid secara tidak formal berjalan terus di kalangan orang Melayu sejak beratus-ratus tahun yang silam.” . . . Abdullah Ishak 1995, hal. 135.

Bagi golongan bangsawan, pendidikan secara lebih formal berlaku di istana. Guru-guru yang khas diundang untuk mengajar anak-anak raja dan anak-anak para pembesar istana. Jadual belajar, mata pelajaran dan tempat belajar yang lebih khusus ditetapkan. Pelajaran membaca, menulis dan mengira diajarkan selain pelajaran Jawi, bahasa Arab, Fiqh, Tauhid, Al-Quran dan lain-lain. Dalam erti kata lain, kedatangan Islam ketika zaman Kerajaan Melayu Melaka (1403 – 1511) telah memainkan peranan penting dalam pengembangan ilmu pengetahuan, pendidikan dan dakwah Islamiah di Tanah Melayu dan rantau Nusantara.

Pendidikan Semasa Penjajahan Inggeris Semasa penjajahan Inggeris (1786 – 1957), masyarakat di Tanah Melayu adalah terdiri daripada golongan elit, bangsawan, rakyat pertengahan dan rakyat bawahan. Masyarakat mula bersifat majmuk dengan kedatangan buruh dari Cina dan India secara beramai-ramai untuk bekerja di lombong bijih timah dan di ladang-ladang seperti ladang kopi, kelapa, tebu dan getah. Inggeris melaksanakan dasar pecah dan perintah dengan budaya superior penjajah yang begitu ketara. Pengekalan budaya dan warisan berasaskan kaum berlaku dengan bebas sehingga mewujudkan polarisasi antara kaum. Tiada usaha penyatuan oleh pemerintah pada masa itu ke arah perpaduan antara golongan elit, bangsawan, rakyat pertengahan dan rakyat bawahan; antara penduduk bandar dan luar bandar; lebih-lebih lagi antara suatu suku kaum dengan suku kaum yang lain. Dasar pecah dan perintah oleh penjajah pada masa itu telah mempengaruhi sistem pendidikan yang dilaksanakan pada masa itu. Hala tuju pendidikan pada masa itu bersifat kabur. Inggeris memperkenalkan sekolah vernakular. Sekolah vernakular ialah sekolah yang ditubuhkan berasaskan etnik yang menggunakan bahasa pengantar, kurikulum, buku dan guru masingmasing. Sekolah vernakular yang ditubuhkan ialah sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina dan sekolah vernakular Tamil. Pada tahun 1855 sekolah Melayu dibuka di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan pada tahun 1856 di Telok Belanga dan di Kampung Gelam, Singapura. Di sekolah vernakular Melayu, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar. Tulisan Rumi dan Jawi digunakan secara serentak di kebanyakan sekolah. Antara sekolah yang awal dibuka ialah di Bayan Lepas, Pulau Pinang; dan di Kampung Gelam, Singapura. Pada 1871, A.M Skinner telah memperkenalkan sekolah Melayu yang digabungkan dengan kelas Al-Quran iaitu pelajaran akademik di sebelah pagi manakala kelas Al-Quran di sebelah petang. Langkah ini bertujuan untuk menarik minat orang Melayu agar menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana orang Melayu memberi sambutan yang dingin terhadap sekolah vernakular ini. Sekolah vernakular Cina bermula di Negeri-negeri Selat. Sekolah yang awal, didirikan di Melaka. Sekolah vernakular Cina juga kurang mendapat sambutan daripada masyarakat Cina. Pada

Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 4 __________________________________________________________________________

pertengahan abad ke-19 iaitu apabila kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu berlaku secara beramai-ramai, kebanyakan sekolah Cina dibiayai oleh kaum Cina sendiri iaitu oleh pertubuhanpertubuhan, persatuan atau orang perseorangan. Penubuhan sekolah tersebut adalah dengan tujuan untuk memastikan pengekalan warisan budaya dan bahasa kaum Cina. Guru-guru dan bahan pembelajaran adalah daripada tanah besar Cina. Pihak Inggeris tidak masuk campur atau menghalang usaha yang dilakukan sehingga Enakmen Pendaftaran Sekolah diadakan pada tahun 1920 yang mana semua sekolah Cina perlu didaftarkan pembukaannya. Apabila Kod Buruh dikuatkuasakan pada tahun 1925, setiap ladang yang ada 10 orang anak-anak berumur persekolahan diwajibkan membuka sekolah. Justeru itu banyak sekolah vernakular Tamil dibuka. Ciri sekolah vernakular Tamil adalah seperti sekolah vernakular Cina, iaitu berorientasikan negara asal. Selain untuk menyelesaikan masalah buta huruf, kurikulum di sekolah Tamil adalah berkisar kepada unsur-unsur kerohanian dan kebudayaan Hindu serta bahasa pertuturan. Bahanbahan pengajaran adalah dibawa masuk dari India. Orang India di Tanah Melayu pada masa itu kebanyakannya masih menumpukan taat setia mereka kepada negara asal. Sebagai contoh, pergolakan politik yang berlaku di India pada ketika itu, juga dirasai kesannya di Tanah Melayu. Justeru elemen dalam kurikulum dan pengajaran banyak dipengaruhi oleh perkara tersebut. Sekolah Inggeris dibuka untuk anak-anak pegawai kerajaan Inggeris pada masa itu selain untuk anak-anak bangsawan dan golongan elit Melayu. R. Hutching telah membuka Penang Free School pada tahun 1816 iaitu sekolah Inggeris pertama. Sekolah Inggeris banyak menerapkan ideologi penjajah termasuk pengekalan ciri-ciri ketuanan Inggeris sebagai penjajah. Selain itu sekolah mubaligh Kristian seperti sekolah Methodist, Katholik dan Anglican juga beroperasi mengikut kehendak mazhab masing-masing. Sistem persekolahan vernakular yang diperkenal adalah sebenarnya tidak bertapak di atas asas yang konkrit apalagi ke arah perpaduan rakyat di nagara ini. Semasa Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu ditakluki oleh tentera Jepun. Kebanyakan sekolah ditutup untuk dijadikan markas tentera Jepun. Beberapa sekolah Nihongo dibuka oleh tentera Jepun. Pada masa itu anak-anak penduduk tempatan telah diminta menghadiri sekolah-sekolah tersebut. Sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh tentera Jepun ini menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar. Mata pelajaran meliputi pelajaran bahasa Jepun, nyanyian lagu-lagu klasik Jepun, kebudayaan Jepun dan kegiatan-kegiatan yang ada kaitannya dengan penerapan nilai ketaatan dan kesetiaan kepada kerajaan dan maharaja Jepun. Jepun pada masa itu menggunakan slogan Asia for Asian iaitu Asia adalah untuk orang Asia. Pendidikan rakyat terus berkembang tanpa mengambil kira soal keperluan kepada kemajuan dan pembangunan Tanah Melayu secara khususnya. Iaitu tiada pembentukan identiti kebangsaan, perpaduan rakyat, apalagi pembangunan unsur insaniah dalam kalangan rakyat. Sistem pendidikan lebih kepada usaha memecahbelahkan rakyat. Bagi peribumi pendidikan bertujuan untuk mengekalkan mereka dengan aktiviti ekonomi yang sedia ada seperti bertani, bersawah atau sebagai nelayan. Bagi etnik pendatang, Inggeris tidak berminat dan bersikap tidak mahu masuk campur berkaitan pendidikan mereka. Justeru pendidikan memberi laluan untuk mengekalkan tumpuan taat setia masing-masing kepada negara asal mereka. Dalam pada itu Inggeris terus mengekalkan kuasa serta pengaruh ketuanan mereka sebagai penjajah. Walau bagaimanapun, beberapa jawatankuasa juga pernah dibentuk bagi mengkaji pelaksanaan pendidikan di Tanah Melayu pada masa penjajahan Inggeris. Jawatankuasa tersebut telah mengeluarkan laporan seperti Laporan Cheeseman (1946), Laporan Holgate (1949), Laporan Barnes (1950) dan Laporan Fenn Wu (1951). Walaupun jawatankuasa tersebut dalam laporannya

Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 5 __________________________________________________________________________

telah mencadangkan beberapa cadangan bagi pelaksanaan pendidikan di Tanah Melayu, namun pelaksanaannya tidak dapat dilakukan atas beberapa alasan. Begitu juga dengan Ordinan Pelajaran 1952 yang pernah diwartakan, namun pelaksanaan dan penguatkuasaannya adalah tidak jelas.

Merujuk kepada rujukan yang relevan, apakah cadangan utama yang terkandung dalam: a. Laporan C...


Similar Free PDFs