Analisis Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Objektif kurikulum Sejarah KBSM dan KSSM PDF

Title Analisis Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Objektif kurikulum Sejarah KBSM dan KSSM
Author Siti Shahida
Pages 31
File Size 499.6 KB
File Type PDF
Total Downloads 373
Total Views 878

Summary

1.0 PENGENALAN Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mula dilaksanakan pada tahun 1989. KBSM telah disemak semula dan dilaksanakan di semua sekolah menengah untuk memastikan ia selari dan sesuai dengan perkembangan semasa, melalui arahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2000 bertarikh 14 Januar...


Description

1.0 PENGENALAN Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mula dilaksanakan pada tahun 1989. KBSM telah disemak semula dan dilaksanakan di semua sekolah menengah untuk memastikan ia selari dan sesuai dengan perkembangan semasa, melalui arahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2000 bertarikh 14 Januari 2002: Pelaksanaan Sukatan Pelajaran yang Disemak Semula Bagi KBSR dan KBSM. Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 bertarikh 23 Mei 2008 memutuskan keperluan untuk merombak sistem pendidikan negara. Rombakan tersebut dilaksanakan adalah bertujuan untuk menambahbaik sistem pendidikan di negara Malaysia supaya tidak ketinggalan dan setaraf dengan negara-negara lain. Bagi memastikan kesinambungan pendidikan rendah dengan pendidikan menengah, transformasi kurikulum dilaksanakan ke atas Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). KBSM diperkukuh dan ditambah baik bagi memastikan kurikulum sentiasa relevan dengan keperluan semasa dan cabaran abad ke-21 serta selari dengan Pelan Transformasi Kerajaan. Tahun 2017 merupakan tahun pertama KSSM dilaksanakan dan terdapat beberapa perkara baharu yang dimasukkan seperti penggunaan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), peruntukan masa dalam jam dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). 6 aspirasi murid juga ditekankan iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Justeru itu diharapkan perubahan ini dapat memacu pendidikan negara ke arah yang lebih baik dan seterusnya dapat menghasilkan outcome yang ditetapkan. Proses penggubalan ini telah mengambil kira daripada pelbagai aspek dan sudut untuk dilaksanakan. Jika dilihat, Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011. Untuk mencapai keseimbangan antara pendidikan rendah dan pendidik menengah, KBSM juga telah ditukar kepada KSSM. Penggubalan ini merupakan satu titik tolak kepada sistem pendidikan di Malaysia supaya memansuhkan pembelajaran yang bersifat hafalan malah memperkenalkan pelbagai bentuk kaedah, strategi dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, terdapat banyak penambahbaikkan yang dilakukan untuk memenuhi pasaran dunia yang memerlukan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran-kemahiran yang tertentu untuk diaplikasikan dalam kehidupan sekarang. 1

2.0 FALSAFAH PENDIDKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan Negara(FPN) merupakan sistem pendidikan yang menganjakkan diri ke kedudukan hadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat paling rendah kepada paling tinggi iaitu institusi pendidikan tinggi seperti universiti. Falsafah Pendidikan Negara juga turut menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara.

Falsafah Pendidikan Negara menerapkan cara memperkembangkan potensi individu. Bakat dan kebolehan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani dan emosi, dan jasmani yang merupakan anugerah tuhan. Bakat-bakat ini perlu dicungkil, diperkembangkan dan dipertingkatkan secara berterusan, menyeluruh dan bersepadu. Ia menjadi insan yang sentiasa bersyukur, bersedia menerima segala ujian dan cabaran hidup serta sentiasa berikhtiar untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi dengan tenang. Keseimbangan dan kesejahteraan yang dimiliki bukan sahaja bermanfaat pada dirinya, malahan ia tercermin dalam hubungan dengan orang lain. Perhubungan-perhubungan ini tidak dihadkan oleh batas sempadan negaranya sahaja, malah ia menjangkau ke peringkat dunia dan antarabangsa. Unsur intelek mengandungi aspekaspek seperti daya pemikiran yang kreatif dan inovatif dan daya pemikiran yang logik serta analitis. Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi keyakinan terhadap tuhan, kepercayaan beragama dan berbudi pekerti mulia. Ciri-ciri unsur jasmani ialah kecergasan fizikal dan kesihatan diri yang dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat. Kecergasan fizikal dapat melahirkan tenaga manusia yang produktif, berinisiatif dan berinovatif untuk mentadbirkan alam. Masyarakat ini mampu menggunakan teknologi dengan cekap bagi mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara.

2

Oleh itu, Falsafah pendidikan Negara adalah teras kepada sistem pendidikan di negara ini. Falsafah ini digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar dan tepat di dalam sistem dan rancangan pendidikannya. Selaras dengan Rukun Negara, falsafah pendidikan ini turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah berpaksikan ketuhanan. falsafah pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri-ciri baik, seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang dan harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

3.0 ANALISIS ANTARA KBSM DAN KSSM 3.1 Latar Belakang Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah diperkenalkan pada tahun 1989 dan telah digubal berdasarkan falsafah pendidikan negara. Pada awalnya pelaksanaan KBSM adalah selaras dengan matlamat pendidikan negara ke arah menghasilkan insan yang berdaya saing dan seimbang selaras degan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. KBSM diasaskan kepada konsep Pendidikan Bersepadu bertujuan untuk meningkatkan lagi perkembangan potensi seserang individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emsi dan jasmani ke arah melahirkan insan yang masyarakat serta kepada negara dalam ha ini, kesepaduan ini mempunyai hubung kait dan pertalian yang rapat di antara falsafah dan matlamat pendidikan dengan matlamat KBSM dan objektif sukatan pelajaran. Walau bagaimanapun, KBSM telah disemak semua untuk memastikan ia selari dan sesuai untuk perkembangan semasa. Pada 14 Januari 2002, Pelaksanaan Sukatan Pelajaran telah disemak semua bagi KBSM dan pada 23 Mei 2008 sistem pendidikan telah dirombak untuk keperluan semasa. Namun, dalam sistem pendidikan negara telah memperkenalkan kurikulum baharu yang telah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat pada 26 Oktober 2010. Dalam hal ini, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) telah dilaksanakan secara berperingkat yang bermula dengan Tingkatan 1 pada tahun 2017. Tambahan lagi, inisiatif kepada semakan semua mempunyai hubung kait dengan yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-1025. Menurut Datuk Seri Mahdzir Khalid

3

berkata, kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak bagi mengimbangi set ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti pemikiran kreatif, inovatif, penyelesaian masalah dan kepimpinan dalam kalangan pelajar dan beliau berkata lagi: “Kurikulum ini memberi penekanan kepada pengajaran berpusatkan murid dan pengajaran yang dibezakan di samping memberi lebih penekanan kepada penyelesaian masalah, tugasan berasaskan projek, memperkemaskan mata pelajaran atau tema dan melaksanakan pentaksiran formatif.....” Daripada kenyataan Datuk Seri Mahdzir Khalid tersebut memperlihatkan bahawa KSSM ini merupakan salah satu platform atau objektif utama dalam melahirkan pelajar yang holistik yang mempunyai sedikit perbezaan dengan objektif kurikulum KBSM. Oleh itu, pentaksiran berasaskan sekolah telah diperkenalkan di dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) untuk mentafsir Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seseorang pelajar. Dengan ini, KSSM yang dilaksanakan pada 2017 ini bermula dengan pelajar yang berada di Tingkatan 1. 3.2 Kata Pengantar Bagi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) telah menyatakan mengenai pelaksanaan KSSM secara berperingkat mulai tahun 2017 bagi menggantikan KBSM yang mula dilaksanakan pada tahun 1989. Dalam kata pengantar juga telah diterangkan mengenai sebab penggubalan KSSM iaitu bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 agar kualiti kurikulum setanding dengan standard antarabangsa. Selain itu, Standard Pentaksiran yang telah dimasukkan dalam dokumen kurikulum telah mengubah landskap sejarah juga telah dinyatakan dalam kata pengantar KSSM. Di samping itu, enam tunjang Kerangka KSSM, Kemahiran Abad ke-21 dan juga Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) juga dinyatakan dan telah diperincikan kepentingannya. Melalui kata pengantar tersebut, guru juga diberi panduan untuk menggunakan pendekatan Pembelajaran Inkuiri dan Pembelajaran Berasaskan Projek supaya murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah menyatakan mengenai tujuan KBSM adalah untuk memenuhi cita-cita dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyediakan murid untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan 4

pengetahuan abad 21. Dalam kata pengantar juga telah diterangkan mengenai strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Selain itu, peranan guru dalam memberi penekanan kepada unsur bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta pelbagai pembelajaran difokuskan dalam kata pengantar. Di samping itu, nilai murni, semangat patriotik, kewarganegaraan dan kemahiran pemikiran sejarah diutamakan supaya murid dapat memperkasa keperibadian bangsa Malaysia. 3.3 Pendahuluan Pendahuluan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) hanyalah sama pada ayat yang pertama iaitu ; “Sejarah adalah mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang wajib dipelajari oleh semua pelajar secara berterusan selama lima tahun”. KBSM. “Sejarah ialah mata pelajaran teras dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang wajib dipelajari oleh semua murid secara berterusan dari Tingkatan Satu hingga ke Tingkatan Lima.” – KSSM. Apabila masuk kepada ayat yang seterusnya adalah berbeza apabila pendahuluan dalam KBSM menyatakan bahawa pendidikan Sejarah pada peringkat menengah rendah adalah mempunyai kesinambungan pada peringkat menengah atas supaya pengetahuan, nilai-nilai murni dan yang lain-lain dapat diperkukuh dan diperkembangkan lagi. Namun berbeza dengan KSSM pula menyatakan kesepaduan disiplin Sejarah hendaklah merangkumi aspek kandungan pengetahuan, kemahiran pemikiran sejarah, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik terus diterangkan dalam pendahuluan ini untuk menunjukkan bahawa perkara itu adalah penting. Selain itu, pendahuluan KBSM ini juga lebih menekankan kepada bahagian pemikiran sahaja iaitu “menegaskan kesepaduan unsur pengetahuan, peningkatan daya intelek, pemupukan nilai-nilai murni unsur dan perkembangan kemahiran belajar. Dalam edisi penyemakan kurikulum Sejarah ini, kesepaduan dan kesinambungan unsur- unsur ini diteruskan. Di samping pengetahuan sejarah, konsep-konsep dan kemahiran asas disiplin sejarah seperti kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme diberi penekanan dan diperkukuhkan dalam proses

5

pengajaran dan pembelajaran.” Hal ini jelas terbukti menunjukkan KBSM menekankan bahagian pemikiran atau intelektual pelajar. Berbanding dengan KSSM pula yang mengatakan bahawa “mata pelajaran Sejarah adalah disiplin ilmu yang dinamik menekankan kepelbagaian kaedah pembelajaran dan pengajaran antaranya kemahiran berfikir, kajian kes, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, pengajaran berasaskan kajian masa depan, pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, dan pengaplikasian Theory of Constraints (TOC).” Dalam KSSM ini juga menekankan mengenai pentaksiran dalam mata pelajaran Sejarah adalah sebagai kayu pengukur untuk menilai pencapaian murid sekaligus menjadi maklum balas kepada pihak stake holder seperti guru, ibu bapa dan pentadbir. Hal ini menunjukkan KSSM menjadi dokumen yang penting dalam melihat perkembangan murid berbanding KBSM pula tiada menyentuh mengenai penilaian pencapaian murid dalam pendahuluan ini bahkan hanya menerangkan mengenai penerapan unsur patriotism, pendidikan bertaraf dunia, daya tahan dan lain-lain lagi namun tidak ditekankan tentang pencapaian murid. 3.4 Matlamat MATLAMAT KBSM “Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan, para murid dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa”. MATLAMAT KSSM “Kurikulum Sejarah bertujuan memberi kefahaman mengenai masyarakat, negara Malaysia dan dunia. Usaha ini, dapat memupuk dan memperkukuh identiti diri serta semangat setia negara sebagai warganegara Malaysia. Mata pelajaran Sejarah juga dapat mewujudkan semangat

6

perpaduan, perasaan kekitaan, kesedaran kebangsaan dan memperkukuh perasaan cinta akan tanah air”. Jika dilihat dengan teliti, kedua-dua matlamat ini tidak kurang bezanya iaitu ingin membentuk modal insan yang mempunyai semangat setia kepada negara. Selain itu, matlamat KBSM dan KSSM dalam Kurikulum Sejarah juga dilihat ingin menanam pemahaman sejarah tempatan dan dunia luar serta dapat menghubungkaitkannya dalam kronologi sejarah. Kedua-dua matlamat tersebut mempunyai persamaan untuk mewujudkan semangat perpaduan, kekitaan dan kesedaran kebangsaan yang dituntut untuk memperkukuh cinta akan tanah air menerusi Kurikulum Sejarah. Oleh itu, secara terperincinya matlamat KBSM dan KSSM tidak jauh berbeza dan perkara yang sama masih dikekalkan menjadi matlamat dasar terhadap pembentukan kurikulum tersebut. Secara relevannya, pendidikan Sejarah adalah berkeperluan untuk memberi maklumat berkaitan dengan sejarah dan dapat memupuk nilai patriotisme dalam diri pelajar untuk lebih menghargai jasa-jasa tokoh-tokoh yang hanya boleh dikenang melalui penghayatan pelajar. Sejarah diajar supaya dapat mempelajari dari kesilapan-kesilapan pada masa terdahulu dan dengan kesedaran yang diperoleh daripada peristiwa sebelumnya dapat menimbulkan perasaan menghargai dan seterusnya mengelakkan perkara yang sama berlaku. 3.5 Objektif

No Objektif 1 Menyatakan kepentingan sejarah dalam

Penerangan Objektif ini menerangkan bahawa peristiwa

kehidupan seharian dengan mengambil

sejarah boleh dikaitkan dengan kehidupan

iktibar daripada peristiwa sejarah

seharian dan pelajar boleh mengambil iktibar daripada perkara tersebut.

2

3

Menerangkan kepentingan

Objektif ini pula menekankan semangat

mengamalkan semangat perpaduan

perpaduan yang harus timbul dalam kalangan

dalam usaha pembangunan dan

pelajar berbilang kaum untuk pembangunan dan

kemajuan negara

kemajuan negara masa depan.

Mengaplikasikan kemahiran pemikiran

Objektif ini pula membantu pelajar dalam

sejarah dalam kalangan murid melalui

menerapkan kemahiran pemikiran sejarah

7

kajian kes

melalui sesuatu projek berkaitan sejarah yang diberikan oleh guru.

4

Mengaplikasikan kemahiran berfikir

Objektif ini membantu pelajar dalam

aras tinggi dalam melahirkan murid

mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi

untuk bersaing di peringkat global

(KBAT) dalam mata pelajaran Sejarah agar pelajar dapat memahami fakta sejarah dan bukan menghafalnya.

5

Menghuraikan usaha dan sumbangan

Objektif ini menyebabkan pelajar dapat

tokoh tanah air dalam memperjuang dan

mempelajari dan menghargai usaha dan

mempertahankan kedaulatan negara

sumbangan tokoh tanah air dan ini dapat memupuk semangat patriotisme secara langsung.

6

Membincangkan perkembangan sejarah

Objektif ini menerangkan bahawa dalam mata

masyarakat dan Negara bagi membina

pelajaran Sejarah terdapat unsur-unsur

jati diri

masyarakat dan negara yang dapat membina jati diri pelajar.

7

8

Membincangkan kepentingan dan

Objektif ini menerangkan bahawa mata pelajaran

peranan kepelbagaian kaum dan etnik

Sejarah dapat memberi kefahaman mengenai

dalam pembentukan negara bangsa

kepentingan kepelbagaian kaum dan etnik.

Meningkatkan kemahiran mengaplikasi,

Objektif ini pula membantu pelajar untuk

menganalisis, menilai dan mencipta idea menggunakan kemahiran mengaplikasi, melalui fakta sejarah yang tepat

menganalisis, menilai dan mencipta idea dalam fakta-fakta sejarah.

9

Membina minat terhadap sejarah

Objektif ini menerangkan peranan guru dalam

sebagai satu disiplin ilmu yang dinamik

membina minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah agar ilmu itu dapat diterapkan dalam setiap diri pelajar.

10

Membina semangat patriotisme dalam

Objektif ini pula menekankan peranan guru

mempertahankan kedaulatan negara

dalam membina semangat patriotisme dengan mengajar mata pelajaran Sejarah dengan penuh dedikasi. 8

3.6 Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dibina berasaskan enam tunjang iaitu, Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Keterampilan Diri, Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Sains, dan Teknologi. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.

Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis dan kreatif serta inovatif. Kurikulum Sejarah digubal berasaskan enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian sikap dan nilai, sains dan teknologi,perkembangan fizikal dan estetika, berketerampilan diri dan yang akhirnya kemanusiaan. Kemahiran komunikasi amat penting kepada pelajar. Penguasaan kemahiran komunikasi secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi dalam kehidupan seharian serta melengkapkan diri ke arah alam kerjaya. Seterusnya, kerohanian, sikap dan nilai. Penghayatan amalan agama, sikap dan nilai murni dalam kehidupan amat penting. Peningkatan kepatuhan kepada Tuhan secara berterusan dalam kehidupan seharian. Hal ini dapat membentuk insan berakhlak mulia, berintegriti dan akauntabiliti.

Sains dan teknologi pula diberi kepentingan dalam penguasaan ilmu sains, matematik dan teknologi. Pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara bertanggungjawab dalam kehidupan harian berlandaskan sikap dan nilai dalam sains, matematik dan teknologi. Perkembangan fizikal dan estetika pula pengaplikasian pengetahuan, kemahiran serta amalan nilai dalam jasmani dan kesihatan bagi mencapai kesejahteraan diri. Perkembangan fizikal dan estetika juga satu pengaplikasian daya imaginasi, bakat, apresiasi, kreativiti dan inovasi dalam hasil karya. Seterusnya ialah keterampilan diri melalui pemupukan...


Similar Free PDFs