Keberkesanan Perlaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Pada Tahun 2015-2020 PDF

Title Keberkesanan Perlaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Pada Tahun 2015-2020
Author Anonymous User
Course operation management
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 23
File Size 681 KB
File Type PDF
Total Downloads 241
Total Views 393

Summary

SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) PENGURUSANOPERASICTU552 FALSAFAH DAN ISU SEMASAKEBERKESANAN PERLAKSANAAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN(FPK) PADA TAHUN 2015-NAMA PELAJAR ID PELAJARNUR FARAHIN BINTI MOHD SHARIF 2020681376NURDIANA BINTI SANGKULA 2020804106GROUP: NBO1BNAMA PENSYARAH : US...


Description

SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) PENGURUSAN OPERASI CTU552 FALSAFAH DAN ISU SEMASA

KEBERKESANAN PERLAKSANAAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) PADA TAHUN 2015-2020

NAMA PELAJAR

ID PELAJAR

NUR FARAHIN BINTI MOHD SHARIF

2020681376

NURDIANA BINTI SANGKULA

2020804106

GROUP: NBO1B NAMA PENSYARAH : USTAZ MOHD ROSDI BIN HASSAN

Tarikh hantar : 22 Januari 2021

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN ............................................................................................................. 1 PENGENALAN................................................................................................................. 2 OBJEKTIF KAJIAN ........................................................................................................ 3 KAJIAN LITERATUR .................................................................................................... 4 SEJARAH FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) ................................ 4 MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) ....................... 5-6 PENGERTIAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) ........................ 7 KEBERKESANAAN PERLAKSANAAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) PADA TAHUN 2015-2020 ...................................................................................... Terhadap Institusi Pendidikan ................................................................................ 8-11 Terhadap Pendidik (Guru) .................................................................................... 11-15 Terhadap Kurikulum ............................................................................................. 15-18 KESIMPULAN ............................................................................................................... 19 RUJUKAN ................................................................................................................. 20-21

PENGHARGAAN Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya kami dapat menyiapkan kertas kerja ini dalam tempoh yang ditetapkan dengan jayanya dan memuaskan. Jutaan terima kasih ditujukan kepada Ustaz Mohd Rosdi bin Hassan selaku pensyarah bagi subjek Falsafah dan Isu Semasa, di atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau dalam proses menyiapkan dan melengkapkan kertas kerja kami ini. Ribuan terima kasih juga ditujukan buat keluarga tersayang kami yang sentiasa menyokong dan memahami kami dalam menjadi pelajar separuh masa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sekaligus melancarkan proses kami dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan. Ucapan terima kasih ini juga kami tujukan khas buat rakan-rakan yang membantu dalam menyumbangkan idea-idea dan pelbagai informasi bagi melengkapkan kertas kerja kami ini. Akhir kata, segala budi dan jasa baik kalian akan kami hargai dan hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian. Sekian Terima Kasih.

1

PENGENALAN Kertas kerja ini dihasilkan adalah untuk memenuhi pelan pembelajaran bagi subjek Falsafah dan Isu Semasa. Bagi menghasilkan kertas kerja ini, pensyarah kami, Ustaz Mohd Rosdi bin Hassan memberi kelonggaran kepada kami untuk melakukan kertas kerja ini secara berpasangan. Setelah itu, kami berdua diberikan tajuk Keberkesanan Perlaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Pada Tahun 2015-2020. Setelah diberikan tajuk oleh pensyarah kami, kami perlu mencari sumber-sumber yang autentik atau asli bagi mengenal pasti Keberkesanan Perlaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada tahun yang berikut. Selepas mendapatkan sumber-sumber yang boleh dipercayai, kami perlu saling bertukar dan menyumbangkan idea bagi menghasilkan kertas kerja yang memuaskan dengan mengikut format dan garis panduan yang telah ditetapkan di dalam rubriks subjek Falsafah dan Isu Semasa. Dalam menyiapkan kertas kerja ini, kami mengetahui bagaimana cara mendapatkan sumber-sumber yang autentik, memahami Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dengan lebih mendalam, sejarah dan matlamat FPK serta keberkesanannya terhadap institusi pendidikan, pendidik (guru) dan terhadap kurikulum di negara Malaysia ini.

2

OBJEKTIF KAJIAN Bil. 1.

Objektif Kajian Memahami

matlamat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah

i.

Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi melahirkan

modal

insan

Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

yang

seimbang.

ii.

Berilmu pengetahuan

iii.

Berakhlak mulia

iv.

Bertanggungjawab

kepada

diri,

masyarakat, agama dan negara. v.

Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

vi.

Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

2.

Mengenal

pasti

keberkesanan

i.

perlaksanaan Falsafah Pendidikan

pendidikan.

Kebangsaan (FPK) pada tahun 2015-2020

3.

dalam

ii.

aspek-aspek

Keberkesanan FPK terhadap pendidik (guru).

tertentu.

iii.

Keberkesanaan FPK terhadap kurikulum.

Mengetahui dan menghayati konsep

i.

Rakyat Malaysia yang berketrampilan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

ii.

Rakyat Malaysia yang berkeupayaan

(FPK) dengan lebih mendalam

4.

Keberkesanan FPK terhadap institusi

mencapai kesejahteraan diri. iii.

Unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani

dalam

i.

Menghadapi arus perubahan dasar.

melaksanakan Falsafah Pendidikan

ii.

Merapatkan jurang pendidikan antara

Mengetahui

cabaran

Kebangsaan (FPK).

bandar dan desa.

3

iii.

Menangani isu sosial.

iv.

Cabaran alaf baru.

KAJIAN LITERATUR Reka bentuk kajian ini adalah bersifat kualitatif dengan menggunakan metode pengumpulan data melalui kepustakaan, laman web, artikel dan jurnal. Ia bagi mengambil fakta-fakta dan bukti-bukti mengenai matlamat FPK, konsep FPK dan cabaran dalam melaksanakan FPK. Selain itu, rujukan yang autentik turut digunakan bagi menjawab kepada keberkesanan pelaksanaan FPK pada tahun 2015-2020.

SEJARAH FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dahulunya disebut sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN). FPN dirumuskan pada tahun 1988. Menurut Akta Pendidikan 1996, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang digubal pada tahun 1996 dan telah menggantikan Falsafah Pendidikan Negara 1988. Oleh itu, semua aktiviti persekolahan dan pendidikan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru, setiap bakal pendidik (guru) diwajibkan membaca, mengingati dan memahami falsafah ini agar setiap proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada di landasan yang betul. Pada tahun 1988, menurut Pusat Perkembangan Kurikulum dalam laman web Gabungan Persatuan Guru-Guru Cina Malaysia, Falsafah Pendidikan Negara (FPN), penggubalannya dilakukan dengan penuh pertimbangan yang teliti dengan merujuk kepada Penyata Razak 1956, Akta Pelajaran 1961, Laporan Rahman Talib 1960, Laporan JK Kabinet 1979, Rukun Negara, Prinsip-prinsip pendidikan, Matlamat pendidikan, serta Dasar Pendidikan Kebangsaan.

4

MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang tiada hentinya ke arah memperluaskan lagi keupayaan dan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pada amnya, usaha ini bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan, berkemahiran, berbudi pekerti, bertanggungjawab dan dapat mencapai kesejahteraan diri dan menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Pada asasnya matlamat FPK adalah berhasrat setiap insan mempunyai kepercayaan dan patuh kepada Tuhan. Agama merupakan pendidikan pertama yang perlu diterapkan dalam setiap insan. Ini adalah kerana di Malaysia terutamanya terdapat beberapa agama yang dianuti setiap insan, maka penting untuk setiap insan mempunyai kepercayaan dan patuh kepada tuhan masing-masing kerana saya percaya setiap agama pasti mengajar kepada kebaikan melebihi kejahatan. Seterusnya adalah berhasrat dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia, setiap apa yang dipelajari di setiap institusi, pastinya ia adalah untuk membentuk insan yang berilmu. Maka dari ilmu yang dipelajari boleh melahirkan insan yang berakhlak mulia. Mempunyai akhlak yang baik dan mulia dapat memberi kesejahteraan bukan sahaja kepada agama, malah juga kepada negara.

5

Matlamat seterusnya adalah berhasrat dapat membina insan untuk mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Insan yang mahir serta progresif mampu untuk membantu menaikkan taraf ekonomi negara. Contoh seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha yang merupakan doktor bedah ortopedik Malaysia dan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa. Kesan yang kita dapat lihat disini, beliau dapat mengharumkan nama negara Malaysia serta memperkenalkan Malaysia kepada negara luar. Hal ini juga dapat membuka peluang untuk mempromosikan ekonomi negara kepada negara luar. Selain itu, matlamat seterusnya adalah berhasrat untuk menjadikan insan bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. Kita memerlukan insan warganegara yang bertanggungjawab bagi membina negara Malaysia. Kita sedia maklum, negara Malaysia sekarang jauh berbeza dengan zaman dahulu dimana tiada bangunan tinggi serta tidak mempunyai kemajuan seperti sekarang, maka dengan perlaksanaan FPK, ia mampu membina insan yang bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu merupakan matlamat seterusnya, dimana pada amnya, insan yang dilahirkan menerusi FPK ini tentunya mempunyai perwatakan yang indah dan unggul. Mereka adalah insan yang baik dan mulia, rakyat yang amanah dan bertanggungjawab, warganegara yang setia serta bersemangat tinggi. Insan yang baik akan membina keluarga yang baik. Justeru, masyarakat dan bangsa yang baik akan terbentuk. Matlamat terakhir adalah berhasrat agar dapat memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang perbezaan yang besar antara kaum di Malaysia. Kaum Melayu duduk di kampung, kaum Cina duduk di lombong dan kaum India duduk di estet. Seperti yang kita lihat pada hari ini, perbezaan yang amat ketara dalam pendidikan antara kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Cina lebih maju berbanding kaum lain di Malaysia. Oleh itu, setiap institusi amat berperanan penting dalam merapatkan jurang antara kaum. Ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada setiap insan agar dapat bersamasama tolong-menolong dan bertoleransi antara satu sama lain agar dapat mencapai keharmonian dan kemakmuran negara.

6

PENGERTIAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”

Berdasarkan pengertian Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas, dapat dihuraikan bahawa dasar pendidikan di Malaysia adalah bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Ini bermakna, setiap individu mempunyai pelbagai potensi yang berbeza yang boleh di gilap. Ini kerana, setiap makhluk yang diciptakan di dunia ini mempunyai kesitimewaannya yang tersendiri. Tujuan bagi memperkembangkan potensi individu ini adalah bertujuan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di dalam diri setiap individu itu haruslah mempunyai intelek, rohani, emosi dan jasmani yang seimbang. Ini kerana, kebijaksanaan intelektual individu itu tidak mencukupi sekiranya akhlaknya teruk, emosinya terganggu dan kesihatannya terjejas. Apabila pendidikan mampu mewujudkan insan yang seimbang intelek, rohani, emosi dan jasmaninya, maka lahirlah rakyat yang berilmu, bertangunggjawab mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Apabila sesebuah negara mempunyai rakyat yang berilmu, maka ilmu yang diperolehi itu boleh dimanfaatkan kepada diri sendiri dan masyarakat sekaligus dapat mempertahankan kedaulatan dan kemakmuran negara.

7

KEBERKESANAN

PERLAKSANAAN

FALSAFAH

PENDIDIKAN

KEBANGSAAN (FPK) 2015-2020 i)

Terhadap Institusi Pendidikan Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan

(FPK)

adalah

dokumentasi

rasmi

yang

menggambarkan sistem pendidikan negara kita, Malaysia. Para guru dan pelajar mestilah mematuhi FPK ketika menjalankan tanggungjawab masing-masing agar matlamat pendidikan negara kita menjadi kenyataan dan seterusnya meletakkan nama Malaysia antara negara terbaik dari segi sistem pendidikan. Ini bukan perkara yang mudah tetapi tidak mustahil, ia juga memerlukan penghargaan, pemahaman dan keprihatinan pendidik dan pelajar untuk merealisasikan tujuan dan aspirasi yang terkandung dalam kandungan FPK. Terdapat banyak keberkesanan terhadap perlaksanan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) terhadap institusi pendidikan di negara kita terutama untuk tahun 2015 sehinggalah tahun 2020. Seperti yang kita ketahui institusi pendidikan sekarang berkembang dengan pesat sekali, FPK digubal untuk memberi panduan atau arah tuju untuk menentukan haluan, asas dan inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan sebagai negara yang sedang pesat membangun. FPK juga boleh ditafsirkan sebagai panduan, arahan atau pandangan mengenai perkaraperkara yang berkaitan dengan pendidikan. Oleh itu, FPK dirumuskan dari usaha pemikiran rasional dan kritis berdasarkan ideologi nasional seperti yang telah dinyatakan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. Dalam hal ini, pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam merealisasikan hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Penekanan yang diberikan untuk menjana pembangunan modal insan yang seimbang adalah dari segi fizikal, emosi, rohani dan intelektual seperti yang terkandung dalam FPK. FPK ini akan menjadi obor yang memberi panduan dan hala tuju kepada semua usaha pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan. Dalam hal ini, FPK dirumuskan dan diteliti oleh pakar pendidikan yang mengambil kira semua aspek yang berkaitan dengan keperluan individu, masyarakat dan negara. Bermula dari tahun 2015 sehingga tahun 2020 kita dapat melihat perubahan seperti perubahan kemudahan sehingga para pelajar berpeluang untuk mengembangkan potensi yang ada di dalamnya dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan fizikal secara seimbang.

8

Tidak dinafikan FPK menyumbang implikasi terhadap sistem pendidikan negara kita, iaitu dari aspek institusi pendidikan, pendidik (guru) dan kurikulum, yang merujuk kepada hubungan antara manusia dan manusia, manusia dengan alam (sains) dan manusia dengan Tuhan (teologi). Falsafah ini merupakan tulang belakang sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Oleh itu, semua perancangan dan aktiviti pendidikan memancarkan sinar nilai dan prinsip yang digariskan dalam FPK. Di samping itu, aktiviti budaya sekolah juga mengalami perubahan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa para pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif juga telah melahirkan pelajar yang menghargai pengetahuan dan menghasilkan budaya positif seperti budaya membaca antaranya. Selain itu, terdapat juga keberkesanan dari segi budaya penggunaan bahasa inggeris iaitu bahasa kedua negara Malaysia, di mana pada tahun 2003 dasar pendidikan Malaysia menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantara bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan, walaupun dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan. Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar mengikut matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ini merangkumi, perubahan kemudahan sehingga pelajar berpeluang mengembangkan potensi mereka dari segi fizikal, emosi, rohani, intelektual dan juga sosial, secara menyeluruh dan seimbang. Serta perubahan aktiviti budaya yang baik untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar. Institusi pendidikan juga mengalami perubahan dan pembaharuan untuk merealisasikan matlamat FPK ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan antaranya ialah kemudahan di sekolah diubah dan ditingkatkan supaya pelajar dapat mengembangkan kemahiran intelektual, rohani, emosi dan jasmani mereka. Ini untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah juga diubah untuk memupuk nilai-nilai baik dalam diri pelajar agar mereka dapat bekerjasama, bertolak ansur dan mengamalkan perpaduan. Inilah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan individu yang mampu menyumbang keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk melahirkan pelajar yang cinta akan ilmu pengetahuan dan membentuk budaya membaca di kalangan pelajar.

9

Antara keberkesanan yang lain, seperti yang kita dapat lihat sekarang kemudahan asas di sekolah juga adalah mencukupi dan sesuai untuk aktiviti yang berpusatkan pelajar. Secara fizikal kita dapat melihat sistem keselamatan dipertingkatkan, kebersihan dijaga sebaiknya, serta disediakan kemudahan yang sesuai dan inovatif seperti bilik darjah, makmal, bengkel dan kelas lukisan. Ia juga memberikan keselesaan dan kecantikan bagi memupuk minat para pelajar untuk produktif dan rajin ke kelas serta fokus dalam pembelajaran mereka. Manakala dari segi sosial, ia dapat menerapkan nilai-nilai murni budaya ilmu, iaitu dengan berusaha, mempunyai keinginan untuk belajar, merangsangkan untuk belajar dan mudah untuk belajar. Selain itu, terdapat perubahan ketara yang kita dapat lihat, di mana sebelum tahun 2015 setiap institusi pendidikan mempunyai kemudahan yang tidak lengkap dan canggih seperti sekarang, begitu juga dari segi kerusi dan meja, di mana dahulu kerusi dan meja bermaterial jenis kayu dan berat, berbeza dengan sekarang yang mana bermaterial plastik dan lebih ringan selain bangunan sekolah yang diperbuat dari papan, manakala sekarang lebih maju dan kukuh. Sejak pengisytiharannya, FPK telah menjadi agenda utama dalam reformasi pendidikan dan ia membawa kepada pelbagai implikasi atau kesan kepada sistem pendidikan di Malaysia, iaitu kesan dari segi tradisi dan budaya institusi. Perubahan ini sangat penting bertujuan untuk selari dengan sistem FPK. Dengan ini kita dapat membezakan perlaksanaan FPK sebelum tahun 2015 sehingga tahun 2020 antaranya adalah, jika dahulu semua maklumat hanya boleh didapati di sekolah, namun kini semua maklumat tersebut dapat di akses melalui internet sahaja. Justeru perlaksanaan FPK hendaklah sejajar dengan kemahuan semasa dan teknologi yang bakal diterokai oleh para pelajar. Sistem dan dasar pendidikan mempunyai perubahan yang ketara dari dahulu sehingga kini. Jika dahulu para pelajar lebih kepada menghadapi peperiksaan, namun kini tidak lagi di mana sistem pendidikan dibentuk untuk menepati matlamat FPK. Kini para pelajar dilatih dan diajar sejak berumur 5 ...


Similar Free PDFs