ULASAN ARTIKEL JATI DIRI KEBANGSAAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN PDF

Title ULASAN ARTIKEL JATI DIRI KEBANGSAAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN
Author Nur Ayuni
Course Falsafah
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 12
File Size 199 KB
File Type PDF
Total Downloads 144
Total Views 853

Summary

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAANIJAZAH SARJANA MUDA PERBANKAN ISLAM (HONS.)CTU552 SEMESTER 1TAJUK:ULASAN ARTIKEL(JATI DIRI KEBANGSAAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM)M1BA2491ANAMA AHLI KUMPULAN:MUHAMMAD FIRDAUS BIN AHMAD DZARAWI 2020872726NUR AMIRA HAFIZAH BINTI AZMI 2020819442NUR AYUNI BINTI NOR Z...


Description

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERBANKAN ISLAM (HONS.)

CTU552 SEMESTER 1

TAJUK: ULASAN ARTIKEL (JATI DIRI KEBANGSAAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM) M1BA2491A NAMA AHLI KUMPULAN: MUHAMMAD FIRDAUS BIN AHMAD DZARAWI

2020872726

NUR AMIRA HAFIZAH BINTI AZMI

2020819442

NUR AYUNI BINTI NOR ZAIRI

2020489358

NURUL AYUNI BINTI AZMI

2020495778

PENSYARAH: DR. SHAFIZA SAFIE

TARIKH HANTAR: 1 DISEMBER 2020

ULASAN ARTIKEL

1.0 PENGENALAN Tajuk ulasan artikel kami bagi subjek CTU552 ialah “Jati Diri Kebangsaan Dalam Falsafah Pendidikan Islam”. Artikal ini mempunyai 3 orang penulis iaitu Ari Kurniawan Abdul Ghaffar, Muhamad Faisal Ashaari dan Dr. Azizi Umar. Ari Kurniawan Abdul Ghaffar merupakan Exco Kesatuan Pelajar Islam Johor. Manakala, Muhamad Faisal Ashaari yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia ataupun lebih dikenali sebagai UKM. Beliau merupakan seorang pensyarah untuk Fakulti Pengajian Islam. Dr. Azizi Umar juga merupakan seorang pensyarah di tempat pengajian tinggi UKM. Beliau juga merupakan rakan sekerja Muhamad Faisal Ashaari dan merupakan pensyarah di fakulti yang sama. Seterusnya, nama jurnal yang telah diterbikan ialah Jati Diri Kebangsaan Dalam Falsafah Pendidikan Islam, tahun diterbitkan ialah pada tahun 2013, dan bilangan muka surat untuk artikel ini mengandungi sebanyak 15 muka surat.

2.0 ULASAN KANDUNGAN ARTIKEL Menganalisis dan mengenalpasti isi kandungan penting dalam sesuatu artikel/ buku, kebiasaannya ulasan mengandungi elemen berikut: 

Tujuan kajian/ penulisan Tujuan penulisan adalah untuk membincangkan tentang konsep jati diri kebangsaan

dalam Falsafah Pendidikan Islam melalui sistem pendidikan di sekolah. Di dalam artikel ini, pengkaji menerangkan tentang asas-asas utama jati diri kebangsaan yang berkait dengan perspektif Islam. Penulisan ini juga memfokuskan tentang fungsi sistem pendidikan yang bakal membentuk seseorang pelajar di peringkat menengah dan seterusnya. 

Konsep dan tema kajian Konsep dan tema kajian yang difokuskan oleh pengkaji adalah tentang penerapan jati diri

kebangsaan dalam diri seseorang pelajar dari sudut sistem pendidikan iaitu Falsafah Pendidikan Islam. Di dalam artikel ini, pengkaji telah mendapatkan hasil tinjauan tentang maksud jati diri kebangsaan untuk mendapatkan gambaran menyeluruh tentang konsep

tersebut. Selain itu, pengkaji juga turut menyatakan bahawa terdapat dua dimensi yang berbeza dalam memahami jati diri kebangsaan iaitu dimensi acuan pendidikan yang berasaskan ideologi negara dan dimensi perspektif Islam yang melihat kebangsaan sebagai satu aspek di dalamnya kerana Islam bersifat ummah. 

Teori yang digunakan Pengkaji menggunakan Teori Behaviour atau tingkahlaku yang berkaitan Teori

Pembelajaran yang diperkenalkan oleh Albert Bandura. Menurut Zainal (2009), pendokong teori tingkahlaku mempercayai semua manusia bersih dan suci dari kesalahan namun pembentukan tingkah laku adalah dari aspek persekitaran. Zainal (2009), juga menambah tingkah laku manusia adalah berdasarkan daripada pengalaman seseorang melihat suasana persekitaran. Nilai wujud dari tingkah laku manusia yang berpunca faktor dalaman dan luaran seseorang. Dalam artikel ini, pengkaji menyatakan bahawa keteguhan jati diri dalam kalangan generasi muda sering kali menjadi kebimbangan masyarakat kerana generasi muda lazimnya terkenal dengan sifat ingin mencuba suatu yang baru dan mudah terikut-ikut. Justeru itu, sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan merupakan elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha membentuk dan memperkasakan semula jati diri kebangsaan dalam diri anak-anak bangsa. Teori Pembelajaran pula diperkenalkan oleh Bandura (1973), menyatakan bahawa tingkah laku seseorang bukan sahaja ditentukan oleh faktor dalaman sahaja malahan faktor luaran seperti idola juga mempengaruhi tingkah laku. Ini secara jelas menyatakan bahawa pengalaman dan pemerhatian akan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Permasalahan yang paling dominan seperti masalah disiplin di kalangan pelajar adalah antara permasalahan yang memerlukan pengukuhan tingkah laku. Oleh yang demikian, memupuk nilai-nilai murni kepada pelajar perlu bermula dari semua pihak. Justeru itu, pengajar juga bertanggungjawab untuk menyampaikan nilai-nilai ini kepada pelajar terutamanya sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Dalam artikel ini, pengkaji telah menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan telah mengambil daya usaha serta beberapa langkah positif ke arah mewujudkan pendidikan bersepadu dan ilmu bersepadu. Ini dapat dilihat apabila langkah penyatuan dualisme pendidikan bermula dengan Laporan Kabinet 1979, penyuratan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan Falsafah Pendidikan Islam (FPI) pada tahun

1987 (Ab. Halim et al. 2004) seterusnya pelaksanaan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) pada tahun 1989. Selain itu, pelaksanaan Falsafah Pendidikan Islam (FPI) dan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menjadi

tunjang dalam sistem pendidikan negara telah meletakkan Islam sebagai roh pendidikan dan aspek pembangunan insan. 

Kaedah/ metode kajian (pengumpulan data. Penganalisisan data dll) Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah kaedah gabungan. Kaedah gabungan

atau mixed methods merujuk kepada metodologi kajian yang melibatkan data kuantitatif dan kualitatif melalui penyelidikan atau mahu mengekalkan program penyelidikan sedia ada. Kaedah gabungan bermula dalam bidang sains sosial dan telah berkembang dalam pelbagai bidang seperti sains perubatan dan kesihatan (Wisdom & Creswell, 2013). Pada dekad lalu, prosedur kajian ini telah dikembangkan dan diperhalusi untuk memenuhi keperluan berbagai bagai jenis persoalan kajian (Creswell & Plano Clark, 2011; De Lisle, 2011). Sebagai contoh, pengkaji telah menggunakan penyataan dari Abdullah Nasih Ulwan (2003) iaitu mengenai umat Islam yang terlalu gemar kepada hiburan berbanding menghayati aqidah uluhiyyah. Selain itu, pengkaji turut menggunakan rujukan Kamus Dewan (2010: 612 & 354) mengenai maksud jati diri iaitu ‘jati’ adalah membawa maksud asli, murni, tulen atau tidak bercampur manakala perkataan ‘diri’ pula ialah seorang atau empunya badan. Pengkaji juga menggunakan pengalaman sendiri sebagai rujukan dengan menyatakan bahawa terdapat banyak factor yang mempengaruhi pembentukan jati diri sesuatu bangsa seperti keadaan alam, persekitaran, pengalaman sejarah dan kepercayaan. Namun, faktor yang paling utama sekali ialah faktor kepercayaan atau agama. Di samping itu, pengkaji menggunakan kajian Burbank (2010) sebagai rujukan di mana Burbank menjalankan kajian ke atas 795 responden daripada 2 kohort umur yang berbeza dan mendapati generasi tua di negara German mempunyai tahap patriotisme, identiti kebangsaan dan etnosentrisme yang lebih tinggi berbanding generasi muda. Pengkaji juga menggunakan Kajian Ramlah (2005) di dalam artikel ini iaitu dari hasil kajian hanya 70 peratus responden yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini mampu menghafal Rukun Negara dengan baik.Sementara itu, pengetahuan terhadap Rukun Negara adalah lebih baik di kalangan responden perempuan dan responden yang berasal dari bandar. Pengkaji juga turut menjadikan Al-Quran sebagai rujukan kajian iaitu surah al-An’am ayat 162-163 : Bermaksud : Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah). Di samping itu, pengkaji juga menggunakan maklumat dari Kementerian Pendidikan

Malaysia yang digubal pada

tahun

1977 iaitu Pendidikan

Islam adalah suatu usaha

berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan alQuran dan al-Sunnah, bagi membentuk sikap, kemahiran keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membantu diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.  Hasil kajian Daripada hasil kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa masyarakat Melayu dewasa ini mengalami keruntuhan jati diri dan akhlak disebabkan terikut-ikut dengan budaya yang datang dari dunia Barat yang selalu dianggap suatu kemajuan yang perlu dicontohi, manakala apa yang wujud dalam kalangan masyarakat Melayu dianggap suatu perkara yang mundur dan ketinggalan zaman. Di samping itu, keteguhan jati diri dalam kalangan generasi muda juga sering kali menjadi kebimbangan masyarakat memandangkan generasi muda lazimnya terkenal dengan sifat ingin mencuba suatu yang baru. Menurut pengkaji lagi, pembentukan Jati Diri Kebangsaan menjadi fokus utama bagi setiap negara bangsa dengan tujuan untuk membina identiti yang tulen dan murni yang boleh menjadi teras dan lambang keagungan dan keunggulan sesebuah negara. Bagi mewujudkan jati diri dalam kalangan generasi muda, Kementerian Pendidikan telah mengambil beberapa langkah positif ke arah mewujudkan pendidikan bersepadu. Hal ini dibuktikan apabila langkah penyatuan dualisme pendidikan bermula dengan Laporan Kabinet 1979, penyuratan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan Falsafah Pendidikan Islam (FPI) pada tahun 1987 (Ab. Halim et al. 2004) seterusnya pelaksanaan Kurikulum

Bersepadu

Sekolah

Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Pelaksanaan

Falsafah Pendidikan Islam (FPI) dan Falsafah PendidikanNegara (FPN) telah meletakkan Islam sebagai roh pendidikan dan aspek pembangunan insan. Berdasarkan kajian pengkaji, jati diri merupakan sifat atau ciri yang unik dari banyak segi seperti adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dalam membentuk sahsiah dan lambang keperibadian seseorang. Penggunaan istilah Jati Diri Kebangsaan banyak digunakan untuk menggambarkan tentang kecintaan seseorang kepada negaranya, semangat patriotisme yang wujud dalam diri dan penghayatan agama dalam seharian. Pengkaji menyatakan terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pembentukan jati diri sesuatu bangsa seperti

keadaan

alam,

persekitaran,

pengalaman

sejarah

dan

kepercayaan.

Walaubagaimanapun, faktor yang paling utama sekali ialah factor kepercayaan atau agama. Chi-Huang (2005) berpendapat identiti ialah kategori keahlian yang terbina secara sosial manakala jati diri melibatkan perkara-perkara seperti kedaulatan, bidang kuasa, wilayah dan kewarganegaraan. Pengkaji telah mendapati bahawa kajian mengenai Jati Diri Kebangsaan selalunya dikaitkan dengan bangsa atau negara. Kajian Tartakovsky (2010) terhadap remaja di Rusia dan Ukraine mendapati remaja dari kumpulan majoriti mempunyai sikap yang lebih positif terhadap negara dan jati diri yang lebih kuat. Manakala dalam konteks Malaysia, identiti kebangsaan perlu dikaitkan dengan etnik memandangkan identiti kebangsaan

selalunya

digambarkan secara berbeza oleh kumpulan etnik yang berbeza bagi sesebuah negeri (Tan 2000). Selain itu, pengkaji mendapati bahawa Falsafah Pendidikan Islam diasaskan kepada empat prinsip iaitu rukun iman, nilai akhlak yang mulia, ilmu pengetahuan dan perbuatan yang baik di dunia dan akhirat. Pengkaji juga menyatakan bahawa Falsafah Pendidikan Islam memfokuskan kepada konsep ketuhanan kepada Allah SWT iaitu rububiyyah dan uluhiyyah. Konsep kemanusiaan juga menjadi fokus dalam Falsafah Pendidikan Islam kerana manusia adalah sebahagian daripada alam tetapi alam diciptakan untuk kemudahan manusia. Menurut pengkaji, Ghazali (2001) menyatakan bahawa Falsafah Pendidikan Islam membawa maksud satu usaha yang berterusan dalam menyampaikan ilmu, membentuk kemahiran dan memupuk penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah sepanjang hayat. Ia bermatlamat melahirkan insan yang berilmu, berkeperibadian mulia, berkemahiran dan bersikap positif. Di samping itu, pengkaji turut memetik kata-kata Imam al-Syafie iaitu Falsafah Pendidikan Islam mampu melahirkan individu yang celik al-Quran dan al-Sunnah di samping berkemampuan menguasai pelbagai jenis ilmu selain mampu membina akal dan fikiran. Pandangan al-Attas (1999) pula menekankan Pendidikan Islam adalah untuk melaksanakan kurikulum menyeluruh bagi melahirkan manusia muslim yang berilmu, beriman dan beramal soleh. Pengkaji turut menyatakan bahawa Zawawi (1988) memfokuskan bahawa Falsafah Pendidikan Islam (FPI) masih lagi bersifat terbuka kerana di dalamnya terdapat banyak ruang yang boleh menerima ciri-ciri falsafah yang dihasilkan oleh fikiran manusia seperti falsafah idealisme, realisme natural dan humanisme intelektual. Jaminan kesempurnaan hidup sama ada di dunia dan akhirat merupakan matlamat yang ingin dicapai melalui usaha melahirkan

warganegara yang baik dan soleh. Untuk menjayakan aspirasi negara, langkah membentuk jati diri yang berpengetahuan, berkemahiran, inovatif, memiliki

nilai

jati

diri, beretika,

mempunyai pendidikan, terlatih dan mempunyai pekerjaan sewajarnya adalah usaha dan tindakan yang perlu dilaksanakan di dalam ruang lingkup Falsafah Pendidikan Islam (FPI). Kesimpulannya, pengkaji mendapati penerapan jati diri ke dalam jiwa rakyat Malaysia amat penting terutamanya dalam kalangan pelajar melalui sistem pendidikan untuk melahirkan generasi yang cemerlang pada masa hadapan. Justeru itu, agama Islam memainkan peranan yang penting sebagai penasihat dan pendidik utama dalam membentuk jati diri Kebangsaan bagi melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia.  Kesimpulan/ cadangan kajian Secara keseluruhan, jati diri amat penting bagi mencerminkan nilai sesebuah bangsa kepada bangsa lain. Sebagai usaha membentuk jati diri kebangsaan, perkara penting yang perlu dilakukan adalah dengan mempelajari ilmu agama Islam. Hal ini kerana hubungan jati diri kebangsaan tidak boleh terpisah dari komponen utamanya iaitu agama Islam. Kita harus meletakkan kepercayaan, ajaran dan falsafah Islam dalam semua aspek kehidupan seharian bagi tujuan mengembalikan jati diri yang sebenar.

3.0 ULASAN KRITIS ARTIKEL Membuat ulasan kritis dengan menyatakan kritikan, pendapat dan cadangan terhadap sesuatu artikel/buku:

 Isu utama kandungan artikel/buku Secara keseluruhannya, kandungan artikel ini penting sebagai pengetahuan dan boleh memberi kesedaran kepada pembaca betapa besarnya impak jati diri kebangsaan dalam falsafah Pendidikan islam. Namun, isi kandungan utama artikel ini bertujuan membincangkan konsep jati diri kebangsaan dalam Falsafah Pendidikan Islam melalui sistem Pendidikan di sekolah dan juga mengupas asas-asas utama jati diri kebangsaan yang berkait dengan prospektif Islam.

 Isu yang menarik. Nyatakan mengapa? Berdasarkan artikel, isu yang menarik yang dapat dipetik daripada penulisan pengarang adalah perjelasan oleh Abdullah Nasih Ulwan (2003) bahawa umat islam terlalu gemar kepada hiburan berbanding menghayati aqidah uluhiyyah. Masyarakat melayu kini sering

dikaitkan dengan keruntuhan akhlak dan kerapuhan jati diri tanpa mengira peringkat umur sama ada kanak-kanak, remaja ataupun dewasa. Hal ini dikatakan demikian kerana gaya hidup masyarakat melayu masa kini begitu taksub dengan “trend” perkembangan semasa dengan beranggapan bahawa setiap yang dilakukan oleh orang barat adalah satu keunikan dan satu kelebihan bagi menonjolkan diri sendiri sehingga mereka melupakan asal usul mereka sebagai orang melayu yang kaya dengan adat. Bak kata pepatah ibarat kacang lupakan kulit. Perkembangan semasa media sosial yang semakin meningkat di seluruh dunia menyebabkan masyarakat melayu senang terpengaruh dengan kehidupan seharian orang barat seperti pemakanan, pemikiran dan gaya hidup mereka. Kebiasaan yang selalu mereka lihat menyebabkan budaya hedonisme dalam kalangan masyarakat kini menjadi satu entiti yang tidak asing lagi dalam diri mereka sehinggakan mereka sering tersalah langkah dan terjebak dengan masalah sosial dan gejala- gejala negatif dek kerana sering tonton dalam kehidupan harian mereka. Isu yang seterusnya yang dianggap menarik adalah kurang pendedahan dalam kalangan belia. Belia kini kurang pengisian minda tentang ilmu pengetahuan am dan isu-isu semasa. Mereka tidak mengambil serius tentang perkara ini malah memandang enteng terhadap sesuatu perkara. Boleh bahawa belia iaitu remaja masa kini kurang menghayati sejarah. Mereka sama sekali tidak peduli kepada sejarah negara kita. Hal ini disebabkan oleh sikap mereka yang menganggap bahawa sejarah hanyalah cerita-cerita lama sebelum tanah melayu mendapat kemerdekaan. Pemikiran yang lemah ini mengakibatkan nilai perjuangan pejuang tanah air hanyalah sekadar cerita rakyat dan tidak mecetuskan rasa bangga kepada mereka. Hilangnya semangat kemerdekaan menyebabkan mereka tidak peduli soal kenegaraan dan mengambil mudah pasal patriotisme. Perkara ini dapat diperhatikan daripada kajian Ramlah(2005) mendapati hanya 70 peratus responden yang terdiri daripada pelajar university pengajian tinggi yang mampu menghafal dengan baik. Sementara itu, pengetahuan terhadap rukun negara adalah lebih baik di kalangan responden perempuan dan responden yang berasal di bandar. Tahap kesediaan mereka untuk menjadi wira bagi mempertahankan negara masih lagi rendah. Selain itu, isu yang menarik adalah dapat dilihat menerusi petikan daripada Ghazali (2001) yang menyatakan bahawa Falsafah Pendidikan Islam membawa maksud satu usaha berterusan dalam menyampaikan ilmu, membentuk kemahiran dan memupuk penghayatan islam berdasarkan al-Quran dan al-sunnah sepanjang hayat. Asas pegangan yang betul akan membantu seseorang sebagai hamba untuk terus mengabdikan diri kepada Allah. Insan yang

syumul yang mempunyai akidah yang cemerlang akan membentuk akhlak yang baik apabila mereka mengamalkan sifat mahmudah dan meninggalkan sifat mazmumah. Sifat ini akan melahirkan Insan yang holistic dari segi pemikiran yang husnuzon ,berkemahiran dan berpandangan jauh dalam membantu membangunkan masyarakat , negara mahupun diri sendiri dalam usaha mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

 Adakah isu yang dibangkitkan sesuai? Isu yang diperkatakan di dalam artikel ini sesuai dibangkitkan dalam ia menjadi punca atau faktor masyarakat Melayu zaman kini yang sukar membentuk diri menjadi masyarakat Melayu yang sejati justeru boleh membawa pengaruh tidak baik kepada orang lain. Pada era globalisasi ini, masyarakat Melayu tidak lagi endah dalam menerapkan sikap atau sifat nilainilai baik dalam diri masing-masing. Walhal, mereka ini juga merupakan masa depan negara dalam meningkatkan mutu atau nilai negara kita. Oleh hal demikian, isu ini perlu dibangkitkan supaya masyarakat Melayu sedar betapa pentingnya nilai jati diri yang perlu ada dalam setiap individu. Masyarakat Melayu akan mendidik anak mereka daripada kecil sehingga usia matang dalam memupuk jati diri yang teguh serta berlandaskan ajaran Islam. Selain itu, masyarakat Melayu juga sering mengenepikan ajaran Islam dan tidak mengambil berat. Hal ini, mereka mudah terpengaruh dengan gejala-gejala yang tidak baik yang menjurus kepada perilaku yang boleh melanggar ajaran Islam seperti terpengaruh dengan budaya orang Barat. Hal ini tercetus apabila mereka tidak berpegang teguh kepada ajaran Islam malah merasakan ajaran Islam adalah bebanan yang perlu diikuti. Oleh itu, mereka perlu menelaah hubungkait jati diri yang berlandaskan ajaran falsafah Islam supaya mudah untuk menjadi masyarakat yang berpegang teguh dan tingkatkan jati diri dalam diri masing-masing.

 Adakah anda setuju atau tidak dengan isu yang dikaji? Mengapa? Saya bersetuju dengan isu yang dikaji kerana Falsafah Pendidikan memainkan peranan yang begitu penting dalam sesuatu sistem Pendidikan terutama dalam reformasi dan kemajuan serta membina asas-asas yang kukuh. Falsafah Pendidikan lebih menitik beratkan tentang membentuk fikiran yang sempurna agar proses pembelajaran dapat dilakukan dengan baik. Pendidikan islam adalah suatu usa...


Similar Free PDFs