PANDUAN MENULIS ULASAN ARTIKEL : FORMAT ULASAN ARTIKEL PDF

Title PANDUAN MENULIS ULASAN ARTIKEL : FORMAT ULASAN ARTIKEL
Author N. Rakow Abdullah
Pages 3
File Size 339 KB
File Type PDF
Total Downloads 119
Total Views 253

Summary

PANDUAN MENULIS ULASAN ARTIKEL : FORMAT ULASAN ARTIKEL Dalam penyediaan artikel kita tidak dapat lari daripada perkara asas penulisan iaitu Pengenalan, Isi kandungan dan rumusan. Begitu juga dalam penulisan artikel. Bagi memudahkan semua dalam membuat penulisan ulasan artikel di sini saya sertakan s...


Description

PANDUAN MENULIS ULASAN ARTIKEL : FORMAT ULASAN ARTIKEL

Dalam penyediaan artikel kita tidak dapat lari daripada perkara asas penulisan iaitu Pengenalan, Isi kandungan dan rumusan. Begitu juga dalam penulisan artikel. Bagi memudahkan semua dalam membuat penulisan ulasan artikel di sini saya sertakan serba ringkas panduan untuk rujukan bersama.

Bagi sesebuah ulasan artikel kebiasaan terdapat empat (4) bahagian utama iaitu Pengenalan, Ulasan kandungan artikel, ulasan Kritis artikel (pendapat dan cadangan peneliti) dan penutup atau kesimpulan.

PENGENALAN Di bahagian Pengenalan, adalah mencukupi jika memasukkan maklumat-maklumat asas artikel seperti Tajuk artikel,

Nama Penulis dan Latar belakangnya dan

maklumat tambahan artikel seperti nama jurnal, tarikh diterbitkan bilangan dan sebagainya. Berikut adalah contoh yang boleh diikut untuk membuat pengenalan kepada sebuah ulasan jurnal...

ULASAN KANDUNGAN ARTIKEL Di bahagian ini pula,

memerlukan kemahiran pembaca untuk menganalisis dan

mengenal pasti isi kandungan penting dalam artikel berkenaan. Antara isi kandungan yang penting dalam sesebuah artikel berbentuk kertas kerja / prosiding / hasil kajian adalah : 

Tujuan kajian



Konsep dan tema kajian



Teori yang digunakan



Kaedah / method kajian



Hasil kajian

Ulasan kritis – dalam bahagian ini, penulis dikehendaki untuk membuat ulasan kritis iaitu dengan menyalakan kritikan, pendapat dan cadangan terhadap artikel berkenaan, antara aspek yang boleh dimasukkan dalam bahagian ini adalah : 

Isi utama kandungan aritikel



Isu yang menarik, nyatakan mengapa



Adakah isu yang dibangkitkan adalah relevan bagi anda sebagai seorang penyelidik



Adakah anda setuju / tidak bersetuju dengan hasil kajian. Mengapa



Adalah persoalan yang dikemukakan oleh penulis terjawab



Method yang digunakan sesuai atau tidak



Dapatan kajian meyakinkan dan boleh dipercayai atau tidak



Apakah langkah yang boleh diambil oleh penulis untuk memastikan kebolehpercayaan kajian



Apakah kesan artikel terhadap pemikiran / padangan anda dalam penyelidikan anda pada masa akan datang

KESIMPULAN / PENUTUP Rumusan kepada penulisan. Kebanyakan kita sering membuat kesilapan dengan mengulang semula isi kandungan malah ada diantara kita yang hanya menyalin dan menampal ayat bahagian sebelumnya. Untuk membuat kesimpulan kepaga tugasan ulasan artikel, sebenarnya agak sedikit berbeza di mana tiga perkara yang boleh dimasukkan dalam bahagian ini adalah

1. Nyatakan jika penemuan / hasil artikel dapat memberi pengetahuan baru 2. Bagaimana penulis akan menggunakan pengetahuan tersebut 3. Apakah langkah / strategi yang akan dilakukan untuk memperbaiki kajian

Diharap dengan sedikit panduan ini, anda dapat melakukan tugasan anda dengan lebih baik dan teratur....


Similar Free PDFs