Ulasan Artikel CTU241 (ARTICLE REVIEW) PDF

Title Ulasan Artikel CTU241 (ARTICLE REVIEW)
Author FARAH IZZATI MOHAMAD HASHIM
Course asas ekonomi islam
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 19
File Size 216.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 309
Total Views 439

Summary

Download Ulasan Artikel CTU241 (ARTICLE REVIEW) PDF


Description

TUGASAN: ULASAN ARTIKEL CTU241 KELAS: KBA1193A

TAJUK: Peranan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013 dalam Memperkasakan Pelaksanaan Tadbir Urus Syariah dan Institusi Islam di Malaysia Mohd Afandi Awang Hamat & Muhammad Muhaimin Ghazali BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 2(1): 74-86

PENSYARAH: MOHD BADRUL HAKIMI BIN DAUD (Akademi Pengajian Islam Kontemporari, ACIS)

BIL

NAMA AHLI KUMPULAN

NO METRIK

1

FARAH IZZATI BINTI MOHAMAD HASHIM

2019402078

2

ATIQAH FIKRIYAH BINTI ZAHARI

2019270124

3

HANI ATHIRAH BINTI MD RASHID

2019278854

4

NURUL FADZREEN EDERUS

2019408508

ISI KANDUNGAN KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 PENGHARGAAN…………………………………………………………………..1 2.0 PENGENALAN………………………………………………………………...…. 2

3.0 RINGKASAN ARTIKEL…………………………………………………………...3-4 3.1 OBJEKTIF KAJIAN………………………………………………………..3 3.2 KAEDAH KAJIAN………………………………………………………....3 3.3 HASIL KAJIAN…………………………………………………………….4

4.0 ULASAN ARTIKEL………………………………………………………………..4-12

5.0 PENUTUP………………………………………………………………………….13-15 5.1 ILMU BAHARU SEBAGAI PELAJAR PERBANKAN………………….13-14 5.2 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KUALITI KAJIAN PENULIS…….15

6.0 RUJUKAN…………………………………………………………………………16-17

1.0 PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirahim,

Syukur ke-hadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat, keizinan dan limpah kurniaan-Nya, maka kami telah berjaya menyiapkan tugasan article review

bagi

mata pelajaran Konsep Ekonomi Islam Teori dan Aplikasi Semasa (CTU241). Kami percaya kajian yang telah dijalankan ke atas artikel ini akan memberi impak positif dan manfaat kepada kami sendiri kerana memperoleh pengalaman yang luar biasa sepanjang pembikinannya

serta kepada

sesiapa sahaja yang membacanya.

Pertama sekali ucapan jutaan terima kasih kepada Ustaz Mohd Badrul Hakimi Daud kerana telah memberi tunjuk ajar, membimbing, mendorong dan menegur kami dalam menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan ini.

Setiap ilmu pengetahuan yang diberikan kepada kami akan tersemat di dalam hati dan ingatan selama-lamanya. Selain itu, tidak lupa juga kedua ibu bapa kami yang memahami dan menyediakan tempat belajar yang produktif untuk kami sepanjang menjalani pembelajaran jarak jauh dalam talian (ODL), yang umum sedia maklum agak sukar untuk para mahasiswa mendepani cara pembelajaran pada masa kini Walaupun kami tidak dapat berjumpa secara bersemuka namun, kami masih mencari peluang untuk berjumpa secara maya dan berbincang mengenai tugasan.

Sekalung penghargaan diberikan juga kepada ahli kumpulan kerana memberi komitmen yang jitu dan semangat berkumpulan yang sangat padu sehingga saat akhir. Di kesempatan ini, ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang dihulurkan dan diberikan amatlah kami hargai. Tanpa bantuan kamu semua, mungkin kami akan tersilap langkah dalam membuat tugasan ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan kamu semua. Sekian, terima kasih.

1

2.0 PENGENALAN MAKLUMAT ARTIKEL

(i) Tajuk Artikel ● Peranan

Akta

Perkhidmatan

Kewangan

Islam

(APKI)

2013

dalam

Memperkasakan Pelaksanaan Tadbir Urus Syariah dan Institusi Islam di Malaysia (ii) Tahun Penerbitan ● 2019 (iii) Penulis ● Mohd Afandi Awang Hamat ● Muhammad Muhaimin Ghazali (iv) Nama Jurnal yang diterbitkan ● BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences Volume 2, Issue 1 Artikel yang telah berjaya menarik minat kami dan mendapatkan pengesahan dari pensyarah adalah bertajuk “Peranan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013 dalam Memperkasakan Pelaksanaan Tadbir Urus Syariah dan Institusi Islam di Malaysia”. Artikel ini telah dikarang oleh dua orang penulis yang cendekiawan iaitu Mohd Afandi Awang Hamat dan Muhammad Muhaimin Ghazali serta ia telah diterbitkan pada tahun 2019. Jurnal ini ialah BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, manakala artikel yang telah kami pilih mengandungi 13 muka surat yang bermula dari halaman 74 hingga 86 yang secara amnya membincangkan tentang tanggungjawab Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013 dalam memperkasakan pelaksanaan rangka kerja tadbir urus syariah (Shariah Governance Framework) dalam institusi kewangan Islam (Islamic Financial Institution (IFI) terpilih di Malaysia. 2

3.0 RINGKASAN ARTIKEL 3.1 OBJEKTIF KAJIAN ARTIKEL Objektif artikel ini ialah bertujuan untuk mengkaji peranan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013 dalam memperkasakan pelaksanaan rangka kerja tadbir urus syariah (Shariah Governance Framework) dalam institusi kewangan Islam (Islamic Financial Institution (IFI) terpilih di Malaysia. Antara objektif kajian utama dalam kertas kerja ini adalah seperti yang berikut: 1. Mengkaji keberkesanan APKI 2013 dalam memperkasakan pelaksanaan SGF 2011 dalam institusi kewangan islam di Malaysia. 2. Meneliti

pandangan

Jawatankuasa

Syariah

dan

pegawai

bahagian

syariah terhadap penguatkuasaan APKI 2013.

3.2 KAEDAH KAJIAN Perlaksanaan penyelidik terhadap kajian ini adalah kaedah induktif iaitu antara kaedah yang telah diguna pakai oleh penyelidik untuk meneliti apa-apa dokumen, artikel atau laman web yang berkaitan dengan APKI 2013 dan tadbir SGF 2011. Penyelidik juga akan menjalankan beberapa temu bual dengan beberapa anggota Jawatankuasa Syariah dan pegawai bahagian syariah yang bekerja di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Maybank Islamic Berhad. Dalam masa yang sama, kaedah temu bual ini adalah bertujuan untuk menyingkap persepsi mereka terhadap penguatkuasaan APKI 2013. Pada akhir kajian ini, penyelidik akan cuba menganalisis semua maklumat yang diperolehi daripada kedua-dua kaedah dan penyelidik akan cuba membuat kesimpulan dan kritikan membina terhadap perbincangan topik ini.

3

3.3 HASIL KAJIAN Penyelidik Kewangan

Islam

mendapati (APKI)

bahawa

penguatkuasaan

Akta

Perkhidmatan

2013 menjadikan prestasi Malaysia yang cemerlang

dalam industri kewangan Islam dilihat lebih menonjol kerana

pengawal

selia

(regulator) di Bank Negara Malaysia juga terlibat dalam beberapa kes yang berkaitan dengan Jawatankuasa Syariah, bagi memastikan pematuhan yang menyeluruh dengan akta ini.

4.0 ULASAN ARTIKEL ISU UTAMA YANG DIBANGKITKAN Isu utama jurnal ini adalah untuk memahami sejauh mana keberkesanan APKI 2013 dalam memperkasakan perlaksanaan SGF 2011 yang dirasakan sudah cukup sempurna untuk memacu Institusi Kewangan Islam (Islamic Financial Institution (IFI)) ke arah pematuhan syariah. Secara umumnya, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013 menggabungkan peruntukan yang diperkuatkan untuk mengawal selia pengendali sistem pembayaran dan penerbitan instrumen pembayaran untuk mempromosikan sistem pembayaran dan instrumen yang selamat, cekap dan boleh dipercayai.

Seperti yang diketahui umum, pengendali sistem yang membolehkan pemindahan dana dari satu akaun perbankan kepada yang lain atau menyediakan operasi rangkaian instrumen pembayaran akan memerlukan kelulusan dari BNM untuk mengendalikan sistem sedemikian. Secara khususnya pula dalam Sektor Kewangan

Islam,

APKI

menyediakan

rangka

kerja

undang-undang

yang

menyeluruh, yang selaras sepenuhnya dengan Syariah dalam semua aspek pengawalan dan penyeliaan, dari perlesenan hingga pembubaran sesebuah institusi.

4

Rentetan daripada itu, hasil kajian ini juga telah menunjukkan penekanan yang diberikan oleh Pelan Induk Sektor Kewangan bagi perbankan Islam dan takaful kepada peri pentingnya satu rangka kerja Syariah yang berkesan dalam pembangunan perbankan Islam dan takaful. Rangka kerja Syariah ini dapat memastikan keselarasan dan keseragaman pentafsiran Syariah yang akan memperkukuh pengawal seliaan dan tadbir urus industri kewangan Islam. Menyedari hakikat ini, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Tadbir Urus Jawatankuasa Syariah Bagi Institusi Kewangan Islam pada tahun 2011, bertujuan untuk mewujudkan kesepakatan dalam keputusan-keputusan berdasarkan syariah, di samping memperbanyak bilangan ahli Syariah yang berkebolehan dalam perbankan Islam dan takaful. Manakala pada tahun 2013 pula, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) mula diperkenalkan dan berkuatkuasa pada tahun yang sama (Rencana, 2018). Tambahan pula, kita sedia maklum bahawa SGF 2011 telah membantu penyelarasan semua institusi kewangan islam bagi mematuhi prinsip syariah dalam setiap operasi kerja mereka.

5

KEPENTINGAN ISU YANG DIBANGKITKAN DALAM BIDANG PERBANKAN ATAU PERNIAGAAN Berdasarkan isu yang dibangkitkan di atas, terdapat banyak kepentingan dalam memahami sistem perbankan mengikut syariah terutamanya dalam bidang perbankan dan perniagaan. Antaranya adalah membolehkan sistem kewangan memenuhi tuntutan baharu terhadap pembiayaan yang dikaitkan dengan program transformasi ekonomi Malaysia pada masa akan datang. Secara khususnya, Malaysia adalah antara salah satu negara yang akan memacu untuk menjadi yang lebih baik untuk dijadikan contoh dalam industri kewangan Islam di peringkat global. Hal ini membuktikan bahawa, perkara ini akan meningkatkan sistem kewangan Malaysia berada dalam keadaan kukuh dan progresif. Dengan usaha APKI untuk mempromosikan IFI, maka lebih ramai golongan masyarakat akan meletakkan kepercayaan yang tinggi dan sistem perbankan Islam tersebar luas dalam mempengaruhi prestasi pasaran kewangan Islam di Malaysia. Selain itu, daripada hasil kajian diatas, pematuhan syariah juga amatlah penting bagi meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan dalam institusi kewangan Islam juga lebih selamat. Dalam pada itu, IFSA telah meletakkan satu rangka kerja undang-undang yang mematuhi syariah secara keseluruhan dalam semua aspek. Hal ini adalah untuk mengurangkan risiko melanggar syariah dari mana-mana syarikat perbankan yang menggunakan konsep syariah serta untuk memastikan bahawa sistem perbankan Islam mampu beroperasi mengikuti syariah setiap masa. Hal ini juga bertujuan untuk menyakinkan orang ramai tentang faedah sistem perbankan yang menggunakan landasan syariah daripada sistem yang menggunakan perbankan konvensional. Oleh hal yang demikian, Jawatan Kuasa Syariah wajib dan bertanggungjawab dalam menasihati IFI tentang perkara syariah yang akan dibincangkan dalam Garis Panduan mengenai Tabir Syariah Jawatankuasa Institusi Kewangan Islam yang telah dikeluarkan pada tahun 2004. Garis panduan ini digantikan supaya sesuai era perkembangan baru dalam kewangan Islam serta jangkaan yang lebih tinggi para pemegang kepentingan utama IFI berkaitan dengan proses pematuhan syariah.

6

ADAKAH ISU DARI ARTIKEL MEMBANTU PELAJAR UNTUK MENDALAMI BIDANG PERBANKAN ATAU PERNIAGAAN? Ya, isu dari artikel ini sedikit sebanyak telah membantu kami untuk mendalami bidang Perbankan atau Perniagaan kerana terdapat banyak ilmu yang bermanfaat serta maklumat yang bernas berkaitan perbankan dan pengurusan kewangan Islam terutamanya di Malaysia. Hal ini kerana kami dapat mengetahui lebih terperinci mengenai perbankan dan pengurusan kewangan Islam yang dijalankan di Malaysia.

Bukan itu sahaja, pelajar juga dapat mengaplikasikan dalam diri untuk menjadi seorang yang lebih berdisiplin dan teliti dalam melakukan sesuatu tugasan. Sebagai contoh daripada artikel ini, tujuan APKI adalah untuk mempromosikan sistem pembayaran dan instrumen yang selamat, cekap dan boleh dipercayai apabila menggabungkan peruntukan yang diperkuatkan untuk mengawal selia pengendali sistem pembayaran dan penerbit instrumen pembayaran. Selain itu, pengendali sistem juga membolehkan pemindahan dana dari satu akaun perbankan kepada yang lain atau menyediakan operasi rangkaian instrumen pembayaran akan memerlukan kelulusan dari BNM untuk mengendalikan sistem sedemikian.

Natijahnya,

kami dapat

mengetahui

bagaimana BNM

melaksanakan

peranannya. Berdasarkan artikel ini, bagi sesiapa yang ingin menawarkan perkhidmatan perolehan saudagar, orang tersebut dikehendaki berdaftar dengan BNM. Keperluan baru ini akan menggantikan rejim pemberitahuan sedia ada di bawah PSA. Bagi penerbit instrumen pembayaran yang telah ditetapkan pula, pendekatan pengawalseliaan sebahagian besarnya tidak berubah di bawah APKI akan tetapi penerbit instrumen pembayaran yang ditetapkan perlu mendapatkan kelulusan dari BNM. APKI mengandungi peruntukan yang membolehkan BNM melaksanakan peranan pengawasannya dengan berkesan. Jadi secara amnya, BNM diberi kuasa untuk menentukan piawaian, serta, untuk mengeluarkan arahan, untuk tujuan keselamatan, integriti, kecekapan dan kebolehpercayaan sistem pembayaran dan instrumen pembayaran.

7

PERBANDINGAN ARTIKEL - KAEDAH KAJIAN Kajian yang telah dilakukan oleh dua orang penulis yang cendekiawan iaitu Mohd Afandi Awang Hamat dan Muhammad Muhaimin Ghazali (2019). Kaedah kajian artikel ini adalah bersifat kualitatif kerana perlaksanaan penyelidik terhadap kajian ini dengan menjalankan kajian melalui kaedah induktif iaitu antara kaedah yang telah diguna pakai oleh penyelidik untuk meneliti apa-apa dokumen, artikel atau laman web yang berkaitan dengan APKI 2013 dan tadbir SGF 2011. Sumber data yang diperoleh adalah dalam bentuk kualitatif yang bertujuan untuk mengenalpasti lebih terperinci mengenai tanggungjawab Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013 dalam memperkukuhkan pelaksanaan tadbir urus Syariah dan Institusi Islam di Malaysia serta mengkaji dengan lebih dalam mengenai rangka kerja tadbir urus syariah yang diamalkan oleh institusi kewangan Islam di Malaysia diiktiraf antara yang terbaik dan paling komprehensif di dunia. Selain itu, analisis juga dilakukan bagi mendapatkan penjelasan dengan lebih tepat mengenai keberkesanan APKI 2013 dalam memperkasakan pelaksanaan SGF 2011 yang dirasakan sudah cukup sempurna untuk memacu IFI ke arah pematuhan syariah dalam sistem kewangan di Malaysia. Hasil daripada kajian ini telah mendapati bahawa penyelidik mengkaji penguatkuasaan Kewangan

Islam

(APKI)

Akta

Perkhidmatan

2013 menjadikan prestasi Malaysia yang cemerlang

dalam industri kewangan Islam dilihat lebih menonjol kerana pengawal selia

di

Bank Negara Malaysia juga terlibat dalam beberapa kes yang berkaitan dengan Jawatankuasa Syariah, bagi memastikan pematuhan yang menyeluruh dengan akta ini demi meningkatkan kualiti organisasi perbankan dan sistem kewangan Islam di Malaysia. Berlandaskan kajian Mohd Afandi Awang Hamat dan Muhammad Muhaimin Ghazali (2019) sifat penelitian yang dipilih iaitu kaedah kualitatif yang merupakan kajian artikel yang dinilai bersandarkan kaedah induktif. Penelitian dan kajian dilaksanakan iaitu penyelidik juga menjalankan sesi temu bual dengan beberapa anggota Jawatankuasa Syariah dan pegawai bahagian syariah yang bekerja di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Maybank Islamic Berhad. Temu bual ini bertujuan untuk menyingkap persepsi mereka terhadap penguatkuasaan APKI 2013. Akhir 8

kajian, penyelidik menganalisis semua maklumat yang diperolehi daripada keduadua kaedah dan penyelidik akan cuba membuat kesimpulan dan kritikan membina terhadap perbincangan topik dalam artikel ini. Berbanding dengan kajian yang dilakukan oleh Mohd Zamerey Bin Abdul Razak dan Nurmaezah Binti Omar (2008), dalam artikel yang bertajuk Audit Syariah Dalam Institusi Kewangan Islam Di Malaysia untuk mengkaji mekanisma tertentu bagi memastikan keputusan Majlis Pengawasan Syariah yang berasaskan mualamat Islam dipatuhi dan dilaksanakan, ialah mengikut kaedah yang digunakan merangkumi beberapa skop antaranya ialah menyediakan perancangan audit syariah tahunan supaya keutamaan pengauditan dapat dilaksanakan merangkumi keseluruhan ruang lingkup organisasi. Audit syariah ialah memeriksa dan mengesahkan kira-kira mengikut hukum Islam. Pengauditan adalah proses dimana individu yang berkelayakkan, bebas mengumpul dan menilai segala bukti mengenai maklumat yang berhubung rapat entiti ekonomi.

Kepentingan audit syariah adalah untuk menyelaraskan kerja yang tidak selaras dengan hukum syarak. Hal ini menjadi kebimbangan terhadap sesetengah pihak kerana 120 daripada 320 pihak bank beroperasi di Negara Pertubuhan Persidangan Islam. Sebagai contoh, Qatar, Palestin, Saudi Arabia, Malaysia dan banyak lagi. Selain itu, untuk memastikan mengesorkan langkah-langkah bagi memperbaiki kecekapan dan keberkesanan proses pentadbiran serta cadangan penambahbaikkan selari dengan kehendak Islam. Seterusnya, untuk memastikan tiada sebarang pelanggaran terhadap ilah maqasid al-syariah dan kaedah usul fiqh.

Kaedah kajian lain yang dilakukan oleh Mohd Zamerey Bin Abdul Razak dan Nurmaezah Binti Omar (2008) untuk mengkaji mekanisme tertentu untuk memastikan cara pemantauan terhadap pelaksanaan kontrak ialah dengan memastikan bidang penilaian yang lebih luas tidak hanya fungsi-fungsi kewangan malahan merangkumi seluruh bahagian termasuk berkaitan perkara-perkara teknikal. Oleh itu, tugas juru audit bukan hanya menilai fungsi kewangan akan tetapi terlibat dengan bahagian operasi dan pengurusan. Oleh sebab ketiadaan garis panduan yang khusus mengenai skop atau bidang tugas audit syariah, beberapa skop cadangan telah dipertimbangkan. 9

Seterusnya, kaedah perbandingan yang terakhir yang dipilih oleh Mohd Zamerey Bin Abdul Razak dan Nurmaezah Binti Omar (2008) untuk mengkaji mekanisma tertentu untuk memastikan keputusan Majlis Pengawasan Syariah berasaskan Mualamat Islam dipatuhi dan dilaksanakan sepenuhnya ialah dengan kaedah memberi bantuan dan nasihat kepada organisasi secara komprehensif dalam pelbagai isu berkaitan syariah. Hal ini untuk mengelakkan masalah terjadi sepanjang perniagaan berlangsung. Contoh permasalahan yang berlangsung ialah Jawatankuasa Audit Syariah di peringkat nasional belum ditubuhkan. Ini akan menyebabkan ketidakselarasan dalam mengaudit dokumen-dokumen penting sepanjang pengauditan berlangsung didalam dan luar negara. Selain itu, tidak ada badan tertentu untuk melatih Juruaudit Syariah secara menyeluruh dan berkesan. Hal

ini

akan

menyebabkan

ketidakcekapan

bakal

juruaudit

syariah

dan

menyebabkan permasalahan dalam syarikat tersebut.

Berdasarkan perbandingan kedua-dua artikel ini, kita dapat lihat bahawa kaedah kajian yang digunakan adalah berbeza. Selain daripada pemboleh ubah dan juga skop kajian yang membawa kepada penemuan hasil kajian yang lebih spesifik. Namun begitu, hasil daripada pembacaan dan perbandingan yang kami lakukan, kami bersetuju dan berpandangan bahawa kajian oleh Mohd Afandi Awang Hamat dan Muhammad Muhaimin Ghazali (2019) adalah lebih kukuh berbanding dengan kajian yang dilakukan oleh Mohd Afandi Awang Hamat dan Muhammad Muhaimin Ghazali (2019). Ia adalah disebabkan oleh kaedah kajian lepas yang dilakukan oleh Mohd Afandi Awang Hamat dan Muhammad Muhaimin Ghazali (2019) adalah lebih komprehensif dan terperinci berbanding dengan kajian yang dilakukan oleh Mohd Afandi Awang Hamat dan Muhammad Muhaimin Ghazali (2019).

10

PERBANDINGAN ARTIKEL - HASIL KAJIAN Dalam kedua-dua artikel yang telah dihasilkan oleh Mohd Afandi Awang Hamat & Muhammad Muhaimin Ghazali (2019) dan Mohd Zamerey bin Abdul Razak & Nurmaezah binti Omar (2008) menunjukkan isu yang dibangkitkan mempunyai sedikit persamaan dan dari segi kaedah kualitatif tetapi mempunyai pe...


Similar Free PDFs