Laporan Ulasan Artikel Jurnal PDF

Title Laporan Ulasan Artikel Jurnal
Author QAISARA AZIZAH AMRANUDIN
Course Civil Engineering
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 13
File Size 226.9 KB
File Type PDF
Total Downloads 818
Total Views 922

Summary

LAPORAN ULASAN ARTIKEL JURNALKONSEP INSAN MORAL MENURUT ACUAN MALAYSIAOLEH: NOOR HISHAM MD NAWILaporan Ulasan Artikel Jurnal Dihantar Kepada Ustazah Wan Rashidah Hanim Bt Wan Mohamad Dalam Memenuhi Sebahagian Keperluan Untuk CTU 552 (FALSAFAH DAN ISU SEMASA)SEMESTER 1 SESI 2020/KANDUNGAN BIOGRAFI PE...


Description

LAPORAN ULASAN ARTIKEL JURNAL

KONSEP INSAN MORAL MENURUT ACUAN MALAYSIA OLEH: NOOR HISHAM MD NAWI

Laporan Ulasan Artikel Jurnal Dihantar Kepada Ustazah Wan Rashidah Hanim Bt Wan Mohamad Dalam Memenuhi Sebahagian Keperluan Untuk CTU 552 (FALSAFAH DAN ISU SEMASA)

SEMESTER 1 SESI 2020/2021

KANDUNGAN

1.

BIOGRAFI PENULIS............................................................................................................... 1

2.

PENGENALAN........................................................................................................................ 2

3.

KAJIAN LEPAS ....................................................................................................................... 3

4.

ULASAN KANDUNGAN ARTIKEL ....................................................................................... 5 i.

CADANGAN KONSEP INSAN BERMORAL MENURUT ACUAN MALAYSIA .......... 7

ii.

IMPLIKASI CADANGAN ............................................................................................ 9

5.

RUMUSAN ............................................................................................................................ 10

6.

RUJUKAN ............................................................................................................................. 11

1. BIOGRAFI PENULIS

Artikel jurnal yang bertajuk Konsep Insan Moral Menurut Acuan Malaysia merupakan sebuah hasil penulisan Dr. Noor Hisham bin Md Nawi. Beliau merupakan seorang pensyarah kanan di Pusat Pengajian Bahasa Dan Pembangunan Insaniah Universiti Malaysia Kelantan serta merupakan seorang ahli Persatuan Intelek Muslim Malaysia (PIMM). Artikel ini merupakan sebahagian daripada kandungan jurnal yang bertajuk PERSPEKTIF: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan Jilid (2) Bilangan (1). Jurnal ini telah diterbitkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 20 Mei 2010 dan bernombor ISBN 1985-496X. Jumlah muka surat yang terkandung di dalam jurnal ini adalah sebanyak 169 muka surat dan artikel Konsep Insan Moral Menurut Acuan Malaysia berada di muka surat 108 hingga 125.

1

2. PENGENALAN

Konsep Insan Moral Menurut Acuan Malaysia, hasil tulisan Dr. Noor Hisham bin Md Nawi merupakan sebuah artikel jurnal yang sangat padat dengan informasi, pengetahuan, perbandingan serta cadangan-cadangan bernas yang dapat membuka mata pembaca untuk melihat serta meneliti konsep insan moral dari sudut perspektif yang berbeza dan diberi lebih pengkhususan kepada konsep insan bermoral di negara Malaysia. Di dalam artikel ini, penulis sangat berani dan tegas dalam menyuarakan pendapat serta pandangan beliau di samping mengemukan contoh dan visual yang terperinci. Sebagai contoh, penulis telah mengetengahkan beberapa masalah dan kekurangan konsep insan moral sedia ada yang sedang dipraktikkan oleh keseluruhan warganegara Malaysia serta menggariskan komponen-komponen penting dan utama dalam perangkaan sebuah konsep insan moral. Walaubagaimana, penulis masih profesional dengan menghormati hasil penulisan dan kajian yang dikiritiknya dalam usaha membina sebuah kerangka konsep insan moral yang mapan dan efektif serta dapat diterima pakai oleh semua warganegara Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya. Penulis juga sangat proaktif dalam mengemukakan cadangan disertakan dengan implikasi cadangan yang diberi sebagai satu ransangan pencetusan usaha pemantapan dan pengukuhan konsep insan moral di Malaysia.

2

3. KAJIAN LEPAS

Kajian yang dijalankan oleh Noor Hisham bin Md Nawi (2010) adalah untuk mengangkat perbahasan tentang konsep insan moral yang bersesuaian dengan kepelbagaian budaya, bangsa dan agama masyarakat di Malaysia. Hasil kajian mendapati sekurang-kurangnya tiga komponen utama perlu diambil kira untuk menjamin keberkesanan dan kelestarian konsep insan moral yang dirangka. Pembinaan konsep insan moral mengikut acuan Malaysia seharusnya mengambil kira komponen keperluan agama dan kepercayaan yang teguh dan kukuh kepada Tuhan. Falsafah moral dan etika juga merupakan sebuah paksi dalam pemilihan prinsip pembentukan kandungan konsep insan moral menurut acuan Malaysia. Konsep insan bersepadu juga perlu ditekankan dari dimensi rohani, intelek dan emosi dan perbuatan. Sektor pendidikan dapat memainkan peranan yang besar di dalam usaha menghayati konsep insan moral dengan membuat penyelarasan serta meluaskan konsep insan moral merentas sistem pendidikan dan kokurikulum untuk mewujudkan suasana yang terbuka dan kondusif untuk pelajar.

Tokoh tempatan, Abdul Rahman Arof (1999) telah memperkenalkan sebuah konsep insan moral yang diterangkan melalui tiga struktur, iaitu kandungan, bentuk dan dimensi. Struktur kandungan merujuk kepada sifat peribadi mulia dan peraturan masyarakat. Beberapa hujah dan pandangan tokoh-tokoh dari barat telah dikutip untuk menyokong pandangannya yang tersebut. Struktur kandungan bentuk dapat dilihat apabila individu berhadapan dengan situasi sukar atau khususnya dilema moral yang merujuk kepada pemilihan pendekatan etika berprinsip dan bukan situasional dengan mengetengakan dua prinsip utama iaitu prinsip keadilan dan kepedulian, Struktur dimensi moral pula merujuk kepadan tiga dimensi iaitu pentaakulan, perlakuan dan perasaan. Penglihatan dan penelitiaan yang menyeluruh saling berkaitan diperlukan untuk menghayati krtiga-tiga dimensi tersebut.

Menurut Azizi Yahaya (2008), konsep insan moral yang diterangkan hampir sama dengan konsep yang dibentangkan oleh Abdul Rahman Arof (1999) di mana konsep insan moral boleh dibahagikan kepada tiga aspek iaitu kandungan moral, bentuk moral dan dimensi moral. Namun, kajian yang dilaksanakan mempunyai penekanan yang berbeza berbanding kajian yang dijalankan oleh Noor Hisham Bin Md Nawi (2010). Kajian ini lebih menitik beratkan peranan ibu-bapa dan ahli keluarga dalam penghayatan konsep insan moral dikalangan golongan muda yang terdiri daripada anak-anak atau pelajar. Hasil kajian mendapati, ibu bapa 3

merupakan salah satu faktor terbesar pembentukan moral dalam diri kana-kanak. Ibu bapa seharusnya bertanggungjawab dan peka dengan keperluan dan kehendak anak-anak dari aspek fizikal, rohani, mental dan intelek anak-anak. Ahli keluarga seharusnya memainkan peranan masing-masing serta mewujudkan Kerjasama dalam mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh ketua keluarga khususnya ibu bapa untuk memastikan sebarang kemelut berkaitan moral dapat dielak.

Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh Azrina Binti Jonit (2004), penulis telah megumpulkan beberapa ciri insan bermoral daripada beberapa orang tokoh-tokoh barat. Peraturan dan prinsip yang dianggap perlu digunakan dalam tindakan dan perasaan yang akan menyokong kepercayaan bahawa sesuatu konsep atau tindakan itu perlu dilakukan merupakan salah satu komponen yang perlu dimiliki seorang insan bermoral. Selain itu, seorang insan yang bermoral juga perlu peka tentang keadaan sekeliling, mahir bersosial dan berinteraksi dengan orang sekeliling dan bertindak menikut buah fikiran dan keputusan yang difikirkan (John Wilson, 1973). Menurut Lickona (1991) pula, seorang insan bermoral perlu mengetahui, menginginkan dan melakukan kebaikan. Walker et. Al pula menyatakan bahawa emosi, perlakuan, pemikiran, komitmen dan keperibadian moral merupakan domain moral. Konsep insan bermoral diberi penerangan terlebih dahulu oleh penulis untuk merekabentuk dan merancang proses pendidikan moral secara keseluruhan. Pendidikan moral merupakan satu tanggungjawab yang tidal boleh diambil ringan oleh masyarakat umum, khususnya warga pendidik. Hal demikian kerana pendidikan moral memainkan peranan yang hebat dalam mengelak berlakunya masalah keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat terutamanya anak muda yang merupakan bakal pemimpin negara yang akan datang. Pembinaan satu domain pendidikan yang serasi dengan sistem nilai masyarakat pelbagai perlu diberikan perhatian. Persiapan menghadapi cabaran masa hadapan wajar dilaksanakan dengan mewujudkan satu domain moral yang boleh digunakan untuk mengukur sesuatu pertimbangan nilai moral.

4

4. ULASAN KANDUNGAN ARTIKEL

Menurut Noor Hisham Bin Md Nawi (2010), seorang individu sentiasa melalui perubahan dari masa ke semasa dalam pelbagai aspek termasuk aspek fizikal. Namun, terdepat beberapa nilai teras didalam diri manusia yang jarang ataupun tidak akan berubah. Dikatakan nilai tidak wujud secara nyata, tetapi, manusia yang bertanggungjawab memberi, mengubah dan mengekalkannya. Hal ini membawa kepada isu moral dan etika yang masih menjadi tajuk perbincangan dan perdebatan manusia sepanjang hayat mereka di muka bumi ini. Dalam mukaddimahnya yang terkenal, Ibnu Khaldun mengaitkan nilai dan jatuh bangunnya sesuatu peradaban. Semua agama bersetuju bahawa penganjuran nilai-nilai mulia seperti nilai keyakinan, kebaikan, kebenaran serta larangan nilai yang hina dan rendah amat penting untuk dilaksanakan. Namun, disebabkan oleh kerangka rujukan besarnya yang berbeza, pengertian nilai itu sendiri sering mempunya takrifan dan penghayatan yang berbeza-beza.

Penulis berpendapat bahawa pendekatan dan perlaksanaan pendidikan nilai dalan kalangan rakyat Malaysia masih mempunyai kelemahan dan belum mencapai tahap rupa insan yang ingin dilahirkan oleh Falsafah Pendidikan Malaysia. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengetengahkan perbahasan tentang konsep insan moral yang relevan untuk dipraktikkan oleh keseluruhan warganegara Malaysia tanpa mewujudkan sebarang isu berkaitan hal-hal sensitif seperti perbezaan agama, budaya dan bangsa serta dapat dijadikan sebagai satu model rujukan dan sandaran untuk warga pendidik, khususnya guru-guru Pendidikan Moral.

Konsep insan bermoral merupakan satu gambaran insan atau individu yang baik serta memilik niliai-nilai murni dan sifat-sifat yang mulia. Walaupun istilah baik atau mulia itu mempunyai takrifan yang berbeza-beza mengikut aliran pemikiran dan agama, secara umumnya, manusia yang baik mempunyai ciri-ciri positif, bersifat universal dan boleh diterima sepanjang sejarah kehidupan manusia. Acuan Malaysia pula memberi maksud konsep insan moral yang diterangkan bersesuaian dengan aspirasi dan wawasan negara Malaysia. Hasilnya, konsep insan moral menurut acuan Malaysia mempunyai keunikannya yang tersendiri dan boleh diadaptasikan ke dalam kehidupan seharian setiap lapisan warganegara Malaysia tanpa sebarang pengecualian.

5

Penulis telah mengemukakan beberapa kritikan terhadap model yang ditawarkan oleh Abdul Rahman Arof (1999) untuk memantapkan lagi konsep insan moral di Malaysia. Antaranya, konsep insan moral yang dibentangkan tidak meletakkan agama sebagai rujukan perangkaan yang khusus serta mengendahkan tiga sumber penting dalam Kerangka Falsafah Moral dan Etika iaitu Rukun Negara, Prinsip Masyarakat Islam Hadhari dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bentuk konsep insan moral belum bersedia dan sempurna untuk menghadapi situasi konflik nilai dan dilema moral kerana konsep agama tidak diletakkan sebagai asas yang kukuh menyebabkan nilai kepedulian dan keadilan mudah dimanipulasi. Dimensi yang dikemukakan tidak lengkap kerana tidak melibatkan aspek rohani. Menurut Ari Ginanjar (2001), dimensi spiritual lebih murni dan lebih berpengaruh berbanding dengan dimensi emosi kerana ia berpaksikan suara hati manusia yang terdalam. Nilai teras seharusnya muncul dari dimensi rohani diiringi oleh dimensi pentaakulan dan perasaaan yang membawa kepada bentuk amalan.

6

i.

CADANGAN KONSEP INSAN BERMORAL MENURUT ACUAN MALAYSIA Perangkaan konsep insan bermoral menurut acuan Malaysia wajar berpaksikan

sekurang-kurangnya tiga komponen utama iaitu agama-agama utama Malaysia dengan agama Islam sebagai teras, falsafah moral dan etika menurut acuan Malaysia dan konsep insan bersepadu. Keperluan dan keyakinan terhadap agama merupakan asas pertama pembinaan konsep insan bermoral. Agama mengandungi kebijaksannan abadi serta asasnya perlu dikuasai dengan kukuh untuk memastikan kandungan dan bentuk moral seseorang individu tidak menjadi kabur. Untuk mencapai peringkat tertinggi status insan moral, individu perlu mempercayai dan memberikan keyakinan yang kukuh kepada Tuhan yang berkuasa mengadili dan menghukumi seseorang mengikut kehendak-Nya. Menurut Nik Azis (2005), prinsip kepercayaan kepada Tuhan wajar dijadikan ibu segala nilai yang memayungi nilai-nilai yang lain. Walaupun terdapatan perbezaan dari sudut teologi dan perkara berkaitan hari pembalasan, persamaan dari segi etika dan moral agama-agama di Malaysia boleh bertindak sebagai asas yang teguh untuk membina negara. Kesepakatan yang lahir daripada perbezaan yang dinyatakan lebih berkesan dibandingkan dengan kesepakatan dari sudut sosio-politik dalam usaha melahirkan insan yang bermoral. Penggunaan hak kebebasan bersuara juga tidak boleh menyanggahi nilai tersebut dan tidak sepatutnya digunakan untuk mencaci, menabur fitnah atau menghina orang yang mempunyai pendapat agama yang berbeza. Menurut Anis Malik (2005), terdapat juga beberapa elemen yang perlu diawasi daripada penyelewengan seperti pihak yang cuba menggunakan hak kebebasan dengan menyatukan fahaman liberelisme dan agama lalu mebentuk konsep pluralisme agama.

Falsafah moral dan etika seharusnya menjadi paksi pemilihan prinsip yang akan membina bentuk yang jelas kepada kandungan konsep insan bermoral menurut acuan Malaysia. Penulis telah mencadangkan empat prinsip yang boleh diambil kira berdasarkan kerangka falsafah tersebut iaitu niat yang bersih, penyempurnaan hak dan tanggungjawab, keadilan dan kebaikan serta kemanfaatan. Prinsip-prinsip ini dapat dipraktikkan secara harmoni dan bersepadu dalam semua jenis keadaan termasuk sebelum permulaan sesuatu, semasa keberlansungan proses dan selepasnya. Namun, kemepat-empat prinsip ini masih tidak sempurna jika tidak disandarkan kepada konsep agama yang mempunyai sumber kekuatan moral yang tertinggi. Hal demikian kerana semua prinsip ini mudah dimanipulasikan demi kepentingan dan alasan pihak tertentu jika tidak diletakkan dalam kerangka nilai keagamaan.

7

Menurut Al-Attas (1978), Insan adalah satu makhluk yang sangat unik kerana sifatnya yang dual nature iaitu dimensi rohani dan jasadi. Dari perspektif yang lain, manusia boleh dilihat dari empat dimensi yang berbeza tetapi berkait rapat dan saling mempengaruhi satu sama lain iaitu dimensi fizikal, emosi, intelek dan rohani. Konsep insan bersepadu bermula dari dimensi rohani, diikuti oleh dimensi pentaakulan atau pemikiran, dimensi emosi atau perasaan dan diakhiri oleh satu bentuk amalan yang diulang-ulang sehingga nilai tersebut sebati dengan kehidupan seseorang.

8

ii.

IMPLIKASI CADANGAN Nilai yang ingin diangkat sebagai norma seharusnya merupakan gagasan yang

dikongsi bersama seluruh anggota masyarakat mengenai kebaikan, hak dan perkara yang dingini (Robertson 1987). Falsafah moral dan etika yang sama boleh dirujuk untuk tujuan penyelarasan konsep insan bermoral menurut acuan Malaysia. Pendekatan ini dibuat untuk menggabungkan pelajar Islam dan pelajar bukan Islam dalam aspek pendidikan nilai khususnya konsep insan moral di Malaysia. Pelajar tidak perlu dipisahkan dan diasingkan lagi supaya mereka dapat mengukuhkan asas ajaran agama sendiri di samping belajar menghormati perbezaan kepercayaan dan pendirian kerohanian orang lain. Konsep ini dapat membawa kesan yang lebih besar kepada pelajar jika digabungkan dan dikaitkan dengan kursus atau matapelajaran yang lain. Kejayaan pendidik yang berwibawa dan pelajar mencari perkaitan konsep tersebut dengan kursus masing-masing membawa kepada pengekalan konsep insan moral di dalam sistem pendidikan di samping mewujudkan perbincangan yang lebih menarik, mendalam serta bersesuaian dengan tahap akademik pelajar.

Konsep insan beracuan Malaysia seharusnya dikembangkan lagi merentas kokurikulum dan sistem pendidikan supaya penghayatan pelajar tidak terbatas di dalam bilik kuliah sahaja. Penghayatan nilai-nilai murni dapat direalisasikan dengan lebih bermakna melalui aktiviti dan kegiatan interaksi sosial yang bersesuaian untuk membina empat dimensi utama moral. Suasana yang lebih terbuka dan tidak terikat kepada peperiksaan semata-mata dapat diwujudkan melalui penerapan konsep ini dengan mengadakan satu sistem permakahan yang lebih membina, mengiktiraf dan mesra pelajar. Menurut Muhammad Amanullah (2004), untuk melahirkan pembelajaran yang berorientasikan pembangunan individu secara bersepadu, seimbang dan realistik, pelbagai kaedah lain seharusnya diteroka. Antaranya, sistem penilaian pelbagai pihak termasuk pensyarah, rakan sebaya, jiran tetangga dan warga tempatan dapat dilaksanakan untuk menilai prestasi diri pelajar secara berterusan.

9

5. RUMUSAN

Konsep insan moral yang diperkenalkan dan dipraktikkan mengikut acuan Malaysia wajar bersesuaian dengan kepelbagaian aliran fahaman, bangsa, budaya dan agama rakyat Malaysia yang tersendiri. Tiga komponen utama iaitu agama-agama utama Malaysia dengan agama Islam sebagai teras, falsafah moral dan etika menurut acuan Malaysia dan konsep insan bersepadu perlu diberi perhatian yang tinggi dalam sebarang usaha perangkaan konsep insan bermoral. Penyelarasan pendidikan moral serta perkembangan konsep insan moral ke dalam sistem pendidikan dan kokurikulum pelajar boleh direalisasikan atau dijadikan satu titik pencetusan penambahbaikan ke arah pemantapan konsep insan moral. Untuk mencipta satu kejayaan yang besar dalam pembinaan modal insan yang unggul, kita digalakkan untuk merujuk kerangka falsafah, model atau konsep orang lain yang bersesuaian namun harus diadaptasikan dengan keadaan negara Malaysia untuk mengekalkan identiti dan jati diri negara.

10

6. RUJUKAN

Abdul Rahman Md. Aroff. (1999). Pendidikan moral. Serdang: UPM. al-Attas, Syed Muhammad Naquib. (1978). Islam and secularism. Kuala Lumpur: Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM). Anis Malik Thoha. (2005). Trend pluralisme agama tinjauan kritis. Jakarta: Perspektif. Ari Ginanjar Agustian. (2001). ESQ. Jakarta: Arga Publishing Azizi Yahaya. (2008). Keluarga dalam Pembentukan Moral. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Azrina Bt Jonit. (2004). Keperluan Dalam Pendidikan Moral Untuk Menghadapi Cabaran Era Pasca Modenisme. Negeri Sembilan: Inti College Malaysia. Lickona,T. (1991). Educating for Character: How Our Schools Can Teach Respect And Responsibility. New York: Bantam. Muhammad Amanullah. (2004). Evaluation of the undergraduate curriculum of the department of fiqh and usul al-fiqh of the International Islamic University Malaysia. Muslim Education Quarterly 21(3&4): 28-38. Nik Azis Nik Pa. (2005). Pengembangan nilai-nilai murni dalam pendidikan: satu penilaian kritis. Kertas kerja tidak diterbitkan. Universiti Malaya. Noor Hisham Md Nawi. (2005). Konsep Insan Moral Menurut Acuan Malaysia. Jurnal Perspektif, 2(1), 108-125. Wilson, John. (1973). A Teacher’s Guide to Moral Education. London: Geoffrey Chapman.

.

11...


Similar Free PDFs