Ulasan Artikel Pertama kumpulan 1 PDF

Title Ulasan Artikel Pertama kumpulan 1
Author Muhammad Firdaus Bin Zulkifli
Course Falsafah
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 16
File Size 230.7 KB
File Type PDF
Total Downloads 134
Total Views 337

Summary

CTU 552 : FALSAFAH DAN ISU SEMASATUGASAN 1 : Analisa / Ulasan Artikel TAJUK :Liberalisme Dalam Konteks Asas Pembinaan NegaraKUMPULAN : 1 (CS2551A)DISEDIAKAN OLEH:NAMA NO PELAJARMUHAMMAD FIRDAUS BINZULKIFLI2020834594NUR MANISSA SHARFINA 2020477588MUHAMMAD AMIN IMAM BINANSORUDIN2020853804MUHAMMAD HAFI...


Description

CTU 552 : FALSAFAH DAN ISU SEMASA TUGASAN 1 : Analisa / Ulasan Artikel TAJUK :

Liberalisme Dalam Konteks Asas Pembinaan Negara KUMPULAN : 1 (CS2551A) DISEDIAKAN OLEH:

NAMA

NO PELAJAR

MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZULKIFLI NUR MANISSA SHARFINA

2020834594

MUHAMMAD AMIN IMAM BIN ANSORUDIN MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN ABDUL GHAFAR SITI NUR AISHAH BINTI RAHMAT

2020853804

AZYYATI KHAIRINA BINTI ROSLI

2020492352

RAIHAN BINTI JEFFRY MAS

2020496254

2020477588

2020828624 2020847174

DISEDIAKAN UNTUK :

EN. AHMAD NAZMIE OMAR

PENGESAHAN PENSYARAH

Liberalisme Dalam Konteks Asas Pembinaan Negara DISEDIAKAN OLEH :

MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZULKIFLI

2020834594

NUR MANISSA SHARFINA

2020477588

MUHAMMAD AMIN IMAM BIN ANSORUDIN MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN ABDUL GHAFAR SITI NUR AISHAH BINTI RAHMAT

2020853804

AZYYATI KHAIRINA BINTI ROSLI

2020492352

RAIHAN BINTI JEFFRY MAS

2020496254

2020828624 2020847174

Kertas kerja penulisan ini dikemukakan untuk memenuhi keperluan bagi Penilaian Sepanjang Semester bagi Kod Kursus CTU552 – Falsafah dan Isu Semasa, khusus bagi pelajar dari Ijazah Sarjana Muda Semester 1, Universiti Teknologi MARA Cawangan Puncak Alam. Saya dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang diserahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Saya sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib Fakulti.

Disahkan oleh: ------------------------EN. AHMAD NAZMIE OMAR Pensyarah Penilai CTU552 27 November 2020

Table of Contents 1.0 PENDAHULUAN_______________________________________________________ 1 2.0 RINGKASAN ARTIKEL_________________________________________________ 2 3.0 ULASAN KRITIS_______________________________________________________ 4 3.1 Isi kandungan utama yang dibangkitkan/diutarakan oleh penulis._____________4 3.2 Adakah isu yang dibangkitkan masih relevan pada masa kini?________________ 6 3.3 Menganalisis adakah persoalan kajian yang dibangkitkan oleh penulis terjawab? _7 3.4 Menganalisis kepentingan isu yang diketengahkan oleh penulis artikel__________9 4.0 KESIMPULAN__________________________________________________________ 10 4.1 Penemuan baharu yang diperoleh daripada artikel__________________________ 10 4.2 Bagaimana anda akan menggunakan ilmu pengetahuan ini dalam kajian yang akan anda lakukan pada masa akan datang?___________________________________11 4.3 Cadangan untuk meningkatkan lagi kualiti kajian ini________________________ 12 5.0 SUMBER RUJUKAN____________________________________________________ 13

1.0 PENGENALAN Dalam tuagasan kali ini,kami akan menmbuat ulasan artikel berdasarkan tajuk yang kami pilih iaitu Cabaran Liberalisme dalam Konteks Masyarakat Malaysia dan artikel yang akan kami kupaskan adalah bertajuk Liberalisme Dalam Konteks Asas Pembinaan Negara. Artikel ini merupakan hasil nukilan Abd Aziz A’zmi dan mempunyai 16 halaman termasuk rujukan. Abd Aziz Az’mi merupakan seorang pensyarah di Kolej Universiti Islam Melaka. Beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Sains Politik) pada tahun 2011 di Universiti Sains Malaysia. Seterusnya telah melanjutkan pengajian peringkat sarjana Sains Sosial (Sains Politik) di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kajian bertajuk Ideologi dan Politik Alternatif Dalam Kalangan Generasi Muda. Penulisan artikel beliau ini mengenengahkan prinsip prinsip liberalismi yang dahulu kala digunakan sebagai asas dalam pembentukan negara Malaysia dari zaman pemerintahan Tanah Melayu. Selain itu,fokus penulisan ini juga mengkaji prinsip liberalisme yang dipraktikkan dalam kehidupan harian masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Pada masa yang sama,ada juga huraian akan tahap penerimaan masyarakat yang dahulunya menekankan budaya namun kini dalam proses menerima falsafah liberalisme. Tambahan pula,karya beliau ini juga mengkaji akan tahap kedalaman pemprosesan prinsip liberalisme serta sumbangannya akan keakraban antara masyarakat majmuk di Malasysia ini.

1

2.0 RINGKASAN ARTIKEL Pada pendapat kami,berdasarkan artikel yang dihasilkan oleh penulis,rasional artikel tersebut diterbitkan adalah kerana penulis ingin menyampaikan hubung kait antara falsafah dan fahaman liberalisme

dalam pembentukan negara Malaysia. Seperti yang dinyatakan didalam kajian

beliau,jelas dinyatakan bahawa Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan budaya yang diamalkan . Maka secara tidak langsung pemahaman liberalisme merupakan sebahagian dari pemerintahan namun dikawal rapi dengan amalan agama islam serta nilai tempatan. Hal ini demikian dalam usaha untuk mengelakkan wujudnya ekstremisme liberal lantas menjadikan negara kita sebuah negara sekular.

Terdapat pelbagai makalah yang dihasilkan di Barat yang membincangkan hal liberalisme yang merangkumi aspek yang luas bukan sahaja melihat aspek liberalisme dari sudut pandangan agama sahaja. Malah liberalisme sendiri dapat dibahagikan dalam beberapa cabang asas seperti social-liberalism, economic-liberalism dan political-liberalism . Selain itu,cabang lain juga merupakan liberalisme klasik dimana ia berkait rapat dengan aktiviti perekonomian dan sivil.

Social-liberalisme iaitu liberalisme sosial merupakan satu ideologi yang menekankan kebebasan kolektif serta hak-hak yang memihak kepada kebajikan dan keadilan sosial. Ia juga mempunyai bentuk politik dan ekonomi. Ia hampir sama dengan liberalisme klasik diaman liberalisme sosial adalah ideologi bagi sayap kiri kebebasan dan kesaksamaan. Liberalisme sosial, juga dikenali sebagai liberalisme kiri di Jerman, liberalisme moden di Amerika Syarikat dan liberalisme baru di United Kingdom. Liberalisme sosial ini adalah falsafah politik dan pelbagai liberalisme yang menyokong ekonomi pasaran yang dikawal selia dan pengembangan hak sivil dan politik. Di bawah liberalisme sosial, kebaikan bersama dilihat sebagai harmoni dengan kebebasan individu.

Economic liberalism pula adalah liberalisme ekonomi yang sudah semestinya menekankan bidang ekonomi. Liberalisme ekonomi adalah falsafah politik dan ekonomi yang berdasarkan sokongan padu terhadap ekonomi pasaran dan harta persendirian dalam cara pengeluaran. Walaupun liberal ekonomi juga boleh menyokong peraturan kerajaan ke tahap tertentu, mereka cenderung menentang campur tangan kerajaan dalam pasaran bebas apabila ia menghalang perdagangan bebas dan persaingan terbuka. Liberalisme ekonomi telah digambarkan sebagai mewakili ungkapan ekonomi liberalisme. Golongan liberal ekonomi biasanya mematuhi falsafah politik dan ekonomi yang menyokong dasar fisikal yang dikekang dan pengimbangan belanjawan, melalui langkah-langkah seperti cukai yang rendah, mengurang kan perbelanjaan kerajaan dan 2

meminimumkan hutang kerajaan. Perdagangan bebas, penyahkawalseliaan ekonomi, cukai yang lebih rendah, penswastaan, fleksibiliti pasaran buruh, pembangkang kepada kesatuan sekerja dan sikap acuh tak acuh terhadap ketidaksamaan ekonomi sering menjadi ciri-ciri liberalisme ekonomi. Liberalisme ekonomi mengikuti pendekatan falsafah yang sama seperti liberalisme klasik.

Manakala poltical liberalisme merupakan idea asas dalam pembentukan cabang lain bagi liberalisme kerana liberalisme itu secara amnya ialah falsafah yang mengutamakan hak kebebasan individu serta menjadikannya nilai politik tertinggi dalam kehidupan harian.. Ia merupakan satu ideologi yang memperjuangkan hak asasi manusia dimana sikap menghormati dan membenarkan banyak jenis kepercayaan atau tingkah laku dalam kehidupan harian. Malah nilai politik yang diletakkan tinggi itu menekankan bahawa rakyat harus dibenarkan mempunyai kebebasan yang lebih peribadi dan perubahan dalam masyarakat perlu dibuat secara beransuransur:

3

3. ULASAN KRITIS Kami telah memilih tajuk “Cabaran Liberalisme dalam Konteks Masyarakat Malaysia” sebagai tugasan. Kami perlu memilih dua artikel yang berbeza tentang liberalisme bertujuan untuk menganalisa dan membuat ulasan. Artikel pilihan kami adalah “Liberalisme dalam Konteks Asas Pembinaan Negara Malaysia” dan juga “Menangani Cabaran Liberalisme dalam Kalangan Muslim Berdasarkan Konsep Ijmak”. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, kami dapat mengulas dan menghuraikan kesimpulan yang terperinci melalui isu isu utama yang dibangkitkan oleh penulis artikel tersebut.

3.1 Isi kandungan utama yang dibangkitkan/diutarakan oleh penulis. Malaysia terdiri daripada berbilang kaum sejak awal kemerdekaan hasil daripada penjajahan British ke Tanah Melayu. Kita dapat melihat asas pembinaan negara melalui penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Suruhanjaya Reid pada tahun 1957. Ini kerana melalui penggubalan tersebut terdapat unsur-unsur serta elemen liberalism yang diterapkan. Namun, prinsip tersebut tidak dapat diguna pakai sepenuhnya kerana nilai-nilai masyarakat tempatan dengan mengamalkan ajaran Islam. Oleh itu, kawalan ini diadakan agar Malaysia tidak menjadi negara sekular dan terdedah dengan fahaman liberal yang melampau.

Isi kandungan utama yang diutarakan oleh penulis dalam pembinaan negara Malaysia adalah konsep liberalisme. Konsep liberalisme yang luas dibahagikan kepada asas-asas liberalisme seperti social-liberalism, economic-liberalism dan political-liberalism. Merujuk kepada konteks tersebut, liberalisme dibahas seiring dengan perubahan dan perkembangan semasa. Antara cabang liberalisme ialah liberalisme klasik. Liberalisme klasik ini tertumpu kepada hak dan kebebasan individu secara ekonomi dan sivil. Kita dapat melihat penulisan seperti yang ditulis oleh tokoh liberalisme klasik Barat ini lebih tertumpu kepada prinsip-prinsip yang dijalankan sebagai asas pembinaan negara suatu ketika dahulu.

Liberalisme ini merupakan satu ideologi yang mementingkan kebebasan individu dengan cara tindakan mahupun pendapat mengikut kehendak dan pilihan diri sendiri. Pada zaman Abrahamik dan Greek, terbentuknya konsep rule of law ini untuk mengawal dan menjamin hak pihak pemerintah dan juga kumpulan yang diperintah. Wujudnya elemen ini bagi menghalang sistem diktaktor atau totalitarianisme agar pemerintah tidak mempunyai kuasa penuh. Dengan adanya elemen kawalan ini, terbentuknya kerajaan terhad. Selaras dengan konsep liberalisme, 4

kerajaan terhad dapat menjamin hak dan kebebasan berteraskan peruntukkan undang-undang.

Selain itu, mengikut idea state of nature manusia dilahirkan bebas namun masih mempunyai sekatan undang-undang. Undang-undang dicipta agar hak kebebasan dan kesamarataan tidak disalahguna yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada sesuatu perkara. Kita dapat fahami bahawa idea state of nature adalah kebebasan manusia yang lebih menjurus kepada kebebasan yang terikat oleh undang-undang. Maka pembentukkan sesebuah negara meletakkan pemerintah yang diberi kuasa untuk melindungi dan memastikan hak semulajadi manusia dikekalkan dari persetujuan kumpulan yang diperintah. Justeru itu, wujudnya politik dan badan yang bertanggungjawab untuk melaraskan undang-undang yang telah dipersetujui seperti badan legistatif, eksekutif dan kehakiman.

Tambahan pula, kedaulatan undang-undang yang termaktub didalam prinsip keempat Rukun Negara merupakan sebahagian konsep liberalisme. Merujuk kepada ucapan kemerdekaan Tuanku Abdul Rahman bahawa Tanah Melayu kekal sebagai negara demokratik yang berunsurkan prinsip kebebasan dan keadilan manakala negara berperanan untuk menjaga kesejahteraan dan kebahagian rakyat. Kita dapat lihat bahawa sistem pemerintahan Tanah Melayu berlandaskan fahaman liberalisme yang dirangka oleh Pesuruhanjaya Reid. Walaubagaimanapun Perlembagaan Persekutuan digubal mengikut kemahuan rakyar agar serasi dan menepati ciri utama masyarakat negara ini. Hasil daripada persetujuan tersebut melalui kontrak sosial. Seiring dengan hujah Rousseau, kontrak sosial adalah satu konsep dalam sejarah fahaman liberal.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan melalui artikel Liberalisme dalam Konteks Asas Pembinaan Negara Malaysia, isu utama yang dapat dirungkaikan adalah konsep liberalisme. Kita dapat lihat cabang liberalisme dalam pelbagai bidang seperti agama, ekonomi, budaya, sosial dan juga politik. Ini terbukti dengan jelas bahawa negara Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa, dengan penerimaan konsep ini bertujuan agar rakyat bersatu walaupun berbeza latar belakang namun elemen kawalan diwujudkan agar tidak berlakunya ekstremisme.

5

3.2 Adakah isu yang dibangkitkan masih relevan pada masa kini? Berdasarkan artikel pertama iaitu liberalisme dalam konteks asas pembinaan negara Malaysia oleh Abd Aziz A’zmi, kami akan memberikan pandangan kami bahawa adakah isu yang dibangkitkan oleh penulis masih relevan atau pun tidak dengan keadaan semasa pada hari ini.

Pada pendapat kami, isu yang dibangkitkan oleh penulis masih relevan untuk menjelaskan keadaan semasa pada masa kini. Hal ini kerana, isu - isu sebegini masih hangat deperdebatkan tidak kira dimana - mana platform. Dengan menerusi arus teknologi yang kian pesat membangun, isu seperti yang dibincangkan oleh penulis wajar diambil peduli agar tidak memudaratkan masyarakat dalam negara kita.

Hujah ini dapat diperkukuhkan lagi melalui tulisan Abd Aziz A’zmi yang mana beliau ada menyebut bahawa wujud golongan yang terlampau liberal yang mahukan pemerintahan negara dilaksanakan berdasarkan konsep dan idea sebenar liberalisme dari perspektif Barat yang mana dalam fahaman mereka, kemajuan hanya dapat diacapai melalui kemajuan ekonomi, hak asasi manusia, kesetaraan gender dan sebagainya. Hal ini jelas bertentangan dengan bercanggah dengan prinsip moral, budaya dan keagamaan masyarakat negara ini khususnya penganut Islam.

Seterusnya, dapat dilihat masyarakat di negara ini hanya memahami liberalisme hanya dari konteks kebebasan individu tidak kira dari segi pengangan, tindakan dan mengeluarkan pendapat mengikut cara dan pilihan sendiri. Amat berlainan dengan negara lain seperti Amerika, Malaysia menekankan bahawa falsafah liberalisme sebagai hak kebebasan individu selagi tidak melanggar peraturan yang sudah ditetapkan dalam Perlembagaan negara. Hal ini ada disebut oleh Abd Aziz A’zmi dalam tulisannya. Namum sebaliknya yang berlaku di negara kita pada masa kini. Sebagai contoh, pada 21 Oktober 2020 empat individu telah ditahan atas kesalahan menghina Yang diPertuan Agong di laman sosial mereka. Mereka jelas telah melanggar undang-undang di negara ini tetapi menidakkan tindakan mereka atas tiket kebebasan bersuara, yang mana merupakan salah satu elemen dalam falsafah liberalisme di Malaysia. Dengan itu, dapat kita lihat bahawa masih ramai masyarakat di negara ini yang kurang memahami konteks liberalisme yang diterapkan dalam perlembagaan negara kita.

Justeru itu, tidak dapat disangkal bahawa isu pemahaman falsafah liberalisme dalam kalangan masyarakat hari ini masih relevan untuk diperdebatkan kerana ia merupakan satu isu yang sentiasa dikitar semula oleh pelbagai pihak bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. 6

3.3. Menganalisis adakah persoalan kajian yang dibangkitkan oleh penulis terjawab? Berdasarkan artikel yang pertama, liberalisme dalam konteks asas pembinaan negara Malaysia. Persoalan yang dibangkitkan oleh penulis adalah sejauh mana implementasi prinsip-prinsip liberalisme ini diamalkan serta sumbangan kepada kestabilan masyarakat majmuk di negara Malaysia yang sentiasa dinamik dalam konteks kerencaman budaya?

Hujah yang pertama adalah melalui prinsip liberisme dan elemen kawalan. Fahaman liberalisme ini telah wujud dari zaman eropah lagi iaitu pada kurun ke-18 yang menekankan kebebasan individu iaitu dari segi hak bersuara, berpesatuan berhimpun dan sebagainya. Peraturan liberisme ini wujud sejak zaman Greek lagi yang mengatakan bahawa pemimpin dan rakyat mempunyai hal yang sama. Peraturan yang diggubal itu membentuk rule of law. Konsep rule of law itu dibentuk untuk mengawal dan menjamin hak kedua-dua pihak sama ada dari pihak pemerintah mahupun rakyat. Selain itu, ahli falsafah politik iaitu Locke memberi pendapat bahawa manusia dilahirkan bebas namun beraasarkan idea state of nature, yang menjawab tentang persoalan undang-undang. Locke juga menjelaskan bahawa kebebasan manusia tertakluk kepada undang-undang yang dibenarkan. Hujah ini selaras dengan idea daripada pemikir aliran liberalisme. Pemerintah atau kerajaan berkuasa untuk menggubal undang-undang dan menjadi ‘sempadan penghalang’ kepada kebebasan semulajadi manusia (Hindes 2007). Situasi ini menjai titik permulaan engan wujudnya badan kehakiman, eksekutif dan legislatif yang masing masing diberi tanggungjawab berlanaskan perlembagaan.

Hujah yang kedua ialah berdasarkan konteks penggubalan perlembagaan persekutuan 1957. Selepas berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. Konsep kedaulatan undang-undang yang merupakan sebahagian daripada prinsip liberalisme telah lama dterapkan sebagai satu semangat kenegaraan warganegara Malysia. Hal ini memperlihatkan bahawa prinsip liberalisme merupakan salah satu elemen yang dijadikan asas dalam menegakkan sistem pemerintahan negara ini. Sebuah negara yang demokratik yang berteraskan prinsip kebebasan dan kebahagiaan setiap masa merupakan salah satu ucapan Tunku Abdul Rahman dalam ucapan deklarasi kemerdekaan. Ucapan itu memberi maksud tersirat bahawa system pemerintahan Tanah Melayu selepas kemerdekaan adalah berlanaskan liberisme seperti yang telah digariskn dalam suruhanjaya Reid yang menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Pada tahun 1956 pula suruhanjaya telah meminta beberapa pertubuhan dan individu untuk mengemukakan memorandum mengenai pembentukan sebuah kerajaan berdemokrasi.kedudukan raja-raja Melayu, memilih ketua negara dalam kalangan sembilan orang raja-raja Melayu, kerakyatan dan 7

kedudukan istimewa kaum Melayu dan kaum-kaum lain. Kemahuan rakyat diambil kira bagi menjaikan undang-undang dalm Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukan alam perkara 153 iaitu hak istimewa Melayu dan dan Bumiputera dan perkara 14 hingga 22 yang menyebut tentang jenis dan syarat-syarat kewarganegaraan. Tindakan suruhanjaya yang meminta badan dan individu tertentu dari Tanah Melayu untuk mengemukakan permintaan sebelum dipertimbangkan untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan adalah untuk kebaikan para generasi akan datang.

Hujah yang ketiga adalah berdasarkan konteks kebebasan dan sekatan undang-undang. Umum perlu mengetahui bahawa prindip-prinsip liberisme adalah semua nilai yang baik-baik dan juga haruslah bertetapan dengan keadaan state of nature. Walaupun mempunyai kebebsan tertentu, kebebasan yang melampau sehingga melanggar nilai agama dan mengikut adab ketimuran perlu dielakkan. Perkara 10 dalam perlembagaan Persekutuan memberi hak dalam kebebasan bercakap, perhimpunan dan berpesatuan. Kebebasan yang diberi merupakan prinsip dalam falsafah liberism dan satu fundamental bagi negara demokrasi. Tetapi, hak yang diberikan disertakan dengan syarat yang memberi kuasa kepaa kerajaan bagi menyekat kebebasan tersebut sekiranya mustahak. Fasal (2),(3),dan (4) menjelaskan bahawa sekiranya terdapat penyalahgunaan sehingga mengancam keselamatan, menimbulkan fitnah, atau tidak menghormati sensitiviti masyarakat maka kumpulan pemerintah boleh mengenakan sekatan kepaa golongan yang diperintah. Hal ini bertepatan dengan kenyataan yang menyebut jika liberisme ini tidak dipantau, maka akan menurus kepada extremism (Chandra Muzaffar,2014). Falsafah liberisme sangan memberikan keprcayaan sepenuhnya dengan anggapan manusia akan sentias bersikap rasional an harmoni. Seperti contoh perhimpunan BERSIH yang telah diharamkan kerana berisiko untuk menja...


Similar Free PDFs