Tugasan KE-2 - Ulasan Artikel PDF

Title Tugasan KE-2 - Ulasan Artikel
Author Puteri Nina
Course Values and Civilization II
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 20
File Size 295.2 KB
File Type PDF
Total Downloads 348
Total Views 436

Summary

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) CAWANGAN MELAKA **KAMPUS BANDARAYA SEMESTER 2 SESI II 2020/ MAC 2021 – OGOS 2021 CTU PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN II TAJUK: CABARAN INTEGRASI ANTARA KAUM DI MALAYSIA: PERSPEKTIF SEJARAH, KELUARGA DAN PENDIDIKAN. UNITY IN DIVERSITY: MALAYSIAN EXPERIENCE AND APPROAC...


Description

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) CAWANGAN MELAKA KAMPUS BANDARAYA SEMESTER 2 SESI II 2020/2021 MAC 2021 – OGOS 2021 CTU554 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN II TAJUK: 1. CABARAN INTEGRASI ANTARA KAUM DI MALAYSIA: PERSPEKTIF SEJARAH, KELUARGA DAN PENDIDIKAN. 2. UNITY IN DIVERSITY: MALAYSIAN EXPERIENCE AND APPROACH DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD RAZA SYAFIQ BIN ZALI (2020988469) MUHAMMAD HAFIZ BIN SHAHARUDIN (2020971643) PUTERI NINA FARHANA BINTI MIOR ZORAINI (2020983179) FIFYDANI MISHAFIRA BINTI SHAHAIRUL (2020980889) NUR SUAIDAH BINTI RAHIMEE (2020970243) NURANNISAH BINTI MAHMOR (2020988641) KELAS: BA242 4D KUMPULAN: D DISEMAK OLEH: USTAZ ABDUL QAYUUM BIN ABDUL RAZAK MARKAH PENILAIAN: PERKARA PENGENALAN ISI & HURAIAN CADANGAN / KESIMPULAN RUJUKAN ETIKA & MORAL PROFESIONAL JUMLAH

MARKAH TUGASAN 4 12 4 5 5 30

MARKAH PELAJAR

ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan

Muka Surat

Pengenalan

2

Bahagian A: Ulasan Menyeluruh

3-6

Bahagian B: Pendapat pengulas.

7-12

Artikel 1 - Cabaran Integrasi antara kaum di Malaysia: Perspektif Sejarah, Keluarga dan Pendidikan

Bahagian B: Pendapat pengulas.

Artikel 2 – Unity in

13-17

Diversity: Malaysian

Experience and Approach Penutup

18

Rujukan

19

1

PENGENALAN Ulasan artikel pertama yang bertajuk Cabaran Integrasi antara Kaum di Malaysia: Perspektif sejarah, keluarga dan pendidikan. Artikel ditulis oleh Mohd Ridhuan Tee Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ridhuan Tee. Beliau adalah seorang professor, memiliki kelulusan BA (Hons) Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia, MA kajian Strategik di Universiti Kebangsaan Malaysia, PhD Politik dan Kerajaan di Universiti Putra Malaysia, Diploma Pengajian Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kebanyakan penulisan beliau lebih kepada mengkritik tentang penduduk bukan melayu dan bukan islam di negara Malaysia. Salah satu hasil penulisannya adalah artikel mengenai cabaran integrasi antara kaum di Malaysia khususnya dalam perspektif sejarah, keluarga dan pendidikan.

Artikel jurnal yang bertajuk Cabaran Integrasi antara Kaum di Malaysia: Perspektif sejarah, keluarga dan pendidikan ini telah diterbitkan pada pada tahun 2010. Artikel jurnal ini mempunyai 23 bilangan muka surat. Ulasan artikel kedua yang bertajuk ‘Unity in Diversity: Malaysian experience and approach’ iaitu Kesatuan dalam Kepelbagaian: Pengalaman dan Pendekatan Malaysia. Artikel ini ditulis oleh Ahmad Tarmizi Talib, Sarjit S. Gill dan Javum Anak Jawan. Ketiga-tiga penulis mempunyai kelulusan PhD yang berbeza jurusannya di Universiti Putra Malaysia dan mempunyai jawatan tinggi dalam bidang masing-masing. Sarjit S. Gill memiliki kelulusan BA (Hons) Arts, MA kajian Seni dan PhD Antropologi dan Sosiologi. Manakala Tarmizi Talib mempunyai kelulusan BA di Universiti al-Azhar Kaherah Mesir, MA di Universiti Kebangsaan Malaysia dan PhD di university of Wales Lampeter United Kingdom. Seterusnya, Javum Anak Jawan mempunyai kelulusan BA Politik dan Ekonomi di University of North Carolina, USA. Serta PhD (Southeast Asian Studies) di University of Hull, England,UK.

Terdapat artikel jurnal lain yang turut dikaji oleh mereka, antaranya ialah ‘ICT Adoption among the Native in Sabah, Malaysia’ dan ‘Role of Gurdwaras in Malaysia. Artikel yang bertajuk ‘Unity in Diversity: Malaysia experience and approach’ atau Kesatuan dalam Kepelbagaian: Pengalaman dan Pendekatan Malaysia yang membincangkan tentang pelaksanaan kerajaan melancarkan idea 1Malaysia dengan harapan kesatuan dan perpaduan antara kaun dan etnik di Malaysia bersatupadu sebagai rakyat Malaysia. Tarikh kertas persidangan ialah pada Februari 2012 dan telah diterbitkan pada 30 Jun 2015 oleh Ahmad Tarmizi Talib. Artikel ini mempunyai 13 halaman muka surat. 2

BAHAGIAN A: ULASAN MENYELURUH

Perpaduan dan integrasi nasional merupakan agenda utama kerajaan Malaysia terutama dalam memimpin negara sehingga hari ini. Pelbagai slogan, moto dan cogan kata serta program telah dianjurkan bertujuan mengeratkan perpaduan dan hubungan antara kaum melalui pelbagai dasar yang direncana. Rakyat Malaysia wajar memainkan peranan aktif dan positif sebagai ejen dalam mengurangkan konflik antara kaum di satu pihak dan meningkatkan perpaduan negara di satu pihak lain. Kemajmukan memperlihatkan kepelbagaian berasaskan identiti setiap etnik. Kepelbagaian menjurus kepada perbezaan yang wujud dalam sesebuah masyarakat yang kemudiannya menjadi cabaran kepada pembinaan identiti kebangsaan dan perpaduan nasional. Matlamat dalam membina sebuah masyarakat yang berasaskan negara bangsa perlu seiring dengan perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum. Pemimpin Tanah Melayu yang kemudiannya membentuk Persekutuan Malaysia sejak sebelum kemerdekaannya telah merintis jalan perpaduan pelbagai kaum melalui Kontrak Sosial. Permuafakatan tersebut kemudiannya diterjemahkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan kekal sehingga kini. Malaysia mempraktikkan cara dan acuannya yang tersendiri untuk membina perpaduan nasional dan membentuk identiti kebangsaan di samping memastikan hubungan antara kaum sentiasa terpelihara.

Secara asasnya penentangan terhadap elemen utama kebudayaan atau ciri-ciri yang dimiliki oleh masyarakat melayu dan bumiputera dalam dasar-dasar kerajaan merupakan satu perjuangan menuntut hak yang membelakangkan semangat kontrak sosial. Sejak pembentukan Persekutuan Malaya, ianya adalah pembinaan sebuah wilayah politik namun menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat bukan bumiputera yang merasakan pemilikan tradisi dan budayanya yang semakin terhakis. Sehingga kini, permasalahan mulai timbul apabila wujud beberapa parti yang tidak lagi bersetuju dengan peruntukan Perlembagaan yang menyentuh isu-isu berkaitan kontrak sosial. Sekali lagi, keterbukaan sesetengah pihak yang enggan terlalu nostalgia terhadap sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu seperti cuba melupakan kontrak sosial dan beralih kepada satu method baru pelaksanaan Perlembagaan Persekutuan yang lebih terbuka, liberal dan sama rata dalam kalangan masyarakat multiculturalism Malaysia. Percanggahan pandangan antara golongan ini dengan kumpulan yang menyokong pelaksanaan dasar afirmatif merupakan salah satu faktor yang menjurang perpaduan nasional sejak sekian lama atau mungkin tanpa disedari ia mewujudkan keadaan stable tension. 3

Malaysia merupakan sebuah negara yang berada dalam keadaan stable tension iaitu masyarakatnya hidup dalam kepelbagaian konflik dan perbezaan yang terkawal melalui kaedah rundingan dan konsensus yang berterusan. Jika ditinjau kenyataan dan pandangan daripada beberapa ahli politik pembangkang yang mewakili parti masing-masing, keakuran terhadap dasar afirmatif yang dilaksanakan kerajaan adalah bersifat akur semata-mata dan bukannya penerimaan sepenuhnya. Kerajaan juga dilihat dari semasa ke semasa mendengar permintaan dan mengadakan rundingan apabila terdapatnya tuntutan tertentu yang melibatkan hak dan kepentingan kaum tertentu. Langkah ini juga dilihat sebagai proses berkompromi untuk memelihara kestabilan pepaduan nasional yang sedang dibina.

Di Malaysia, terdapat pelbagai parti politik yang kebanyakannya adalah parti politik berdasarkan kepada kaum atau lebih dikenali sebagai politik perkauman. Sekali pun parti pemerintah menunjukkan adanya penyatuan berbagai-bagai parti politik dalam satu komponen, pada umumnya politik perkauman masih merupakan satu ciri penting politik negara. Parti-parti pembangkang misalnya, masih menyuarakan isi hati dan tuntutan satu-satu kaum tertentu. Ini mudah menimbulkan dan mengukuhkan perasaan perkauman. Dalam konteks ini ternyatalah bahawa pembentukan Barisan Nasional sangat bermakna dan praktikal kerana ia mengabungkan pelbagai parti politik meskipun masing-masing adalah parti perkauman. Dari segi latar belakang sejarah, kewujudan sistem persekolahan vernakular adalah disebabkan desakan kaum bukan Melayu yang tidak mahu bahasa dan kebudayaan mereka terhapus sehingga mencetuskan perbalahan politik. Penggunaan bahasa ibunda masing-masing di sekolah yang berbeza telah menjadi penghalang utama dan menyukarkan pengintegrasian kaum untuk membentuk identiti nasional. Sekolah vernakular diteruskan namun kerajaan mengambil keputusan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai agen perpaduan dengan menjadikannya sebagai bahasa perantara di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan bagi semua kaum.

Acuan besar dalam konteks masyarakat pelbagai etnik tidak bersifat statik, tetapi sentiasa dinamik dalam proses pengukuhan berterusan yang didukung oleh struktur sosial, ekonomi, politik dan budaya. Dalam konteks Malaysia, proses transformasi hubungan etnik tersebut berlaku secara umumnya melalui rundingan sosial yang berterusan antara faktor sosial dalam masyarakat awam untuk memenuhi kepentingan masing-masing. Hakikatnya dalam mengekalkan perpaduan ianya merupakan satu proses yang rumit dan hanya akan dapat

4

dijayakan jika rakyat memahami kepentingan negara dalam menyemai rasa toleransi tanpa sifat prasangka, stereotaip dan etnosentrisme dalam diri masing-masing.

Perpaduan juga merujuk kepada penyatuan kepelbagaian kaum dalam sesebuah negara bertepatan dengan slogan unity in diversity iaitu perpaduan dalam kepelbagaian, serta mengiktiraf kewujudan kepelbagaian. Hal ini merujuk kepada asas pembinaan negara bangsa dan harus dipupuk amalannya dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Konsep 1Malaysia merupakan salah satu gagasan yang dicetuskan Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Gagasan ini merupakan satu formula bagi membantu merealisasikan impian negara untuk mencapai Wawasan 2020 dalam suasana kepelbagaian yang harmoni dan stabil. Konsep ini juga merupakan satu strategi baru yang diperlukan bagi menguruskan perpaduan nasional bagi merealisasikan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Konsep ini yang dilihat sebagai ideologi nasional negara merupakan satu pendekatan baru ke arah pembinaan bangsa Malaysia. Ia juga merupakan salah satu usaha untuk memupuk semangat kekitaan bagi seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan etnik, agama dan budaya. Hal ini demikian cuba dijadikan sebagai satu pengisian dalam perasaan nasionalisme dan patriotisme di kalangan seluruh rakyat di negara ini. Golongan belia juga tergolong dalam kumpulan pelaksana yang akan menjayakan matlamat 1Malaysia. Mereka adalah aset bernilai negara. Di tangan merekalah kelak negara ini akan ditentukan nasibnya. Justeru, dengan memahami konsep ini dengan jelas akan dapat menerbitkan azam yang kuat di hati mereka untuk melaksanakan dan merealisasikannya nanti.

Secara realitinya, pemahaman dan pandangan terhadap konsep 1Malaysia adalah berbeza mengikut kaum. Bagi orang Melayu sebagai pribumi Malaysia, mereka menerima 1Malaysia dengan dada terbuka dan mahukan hak istimewa mereka terbela. Sedangkan bagi orang bukan Melayu pula, 1Malaysia bermakna semua warganegara hidup bersama, menikmati hak yang setara, adil dan saksama. Justeru, pemahaman terhadap konsep 1Malaysia harus disebarluas dan diperjelaskan secara terperinci ke segenap lapisan rakyat supaya ia tidak disalahtafsir hingga mendatangkan kesan negatif hubungan kaum di Malaysia. Tegasnya, rakyat malaysia harus bijak dalam mengintepretasi dan memahami akan apa sebenarnya 1Malaysia. Sebagai contoh, fahaman bahawa 1Malaysia menyamai dengan konsep “Malaysian Malaysia” harus

5

diperbetulkan semula. Konsep 1Malaysia adalah gagasan bagi mengharmonikan rakyat pelbagai kaum di negara ini tanpa mengubah identiti kaum-kaum tersebut.

6

ARTIKEL

1:

CABARAN

INTEGRASI

ANTARA

KAUM

DI

MALAYSIA:

PERSPEKTIF SEJARAH, KELUARGA DAN PENDIDIKAN.

Artikel “Cabaran Integrasi antara Kaum di Malaysia: Perspektif Sejarah, Keluarga dan Pendidikan” mengenengahkan isu berkaitan integrasi antara kaum di Malaysia yang masih samar-samar yang menimbulkan cabaran bagi Malaysia untuk membina identiti nasional tanpa mengutamakan asal usul kaum masing-masing. Indentiti nasional yang dimaksudkan bukanlah untuk melupakan secara terus asal usul identiti kaum masing-masing tetapi ianya lebih kepada bagaimana semua kaum dapat bersama menerima satu identiti yang akhirnya dapat membina sesebuah negara dengan semangat nasional yang tinggi. Melalui artikel ini, penulis mengkaji sejauh manakah kebenaran faktor-faktor seperti sejarah dan institusi keluarga serta tahap pendidikan telah mempengaruhi sosio-politik di Malaysia. Hal ini kerana, di Malaysia kita masih dapat melihat sentimen perkauman yang kuat antara masyarakat berbilang kaum. Sentimen kaum yang kuat ini telah mempengaruhi corak budaya politik di negara ini yang mana jelas menunjukkan satu-satu kaum itu mempunyai sebuah parti politik yang menegakkan pendirian mereka mengikut identiti kaum itu sendiri.

Isu yang dibincangkan oleh penulis ini menarik kerana isu ini sudah lama jelas kelihatan di negara ini sehingga ke harini kita dapat melihat sosio politik berdasarkan sentimen kaum masing-masing. Masalah integrasi kaum sememangnya kompleks bagi mencapai satu kata sepakat. Seperti yang dinyatakan di dalam kandungan artikel ini, orang Cina sememangya mempunyai suatu sentimen yang kuat dalam mempertahankan identiti kaumnya. Sebagai contoh, sehingga kini, dari aspek pendidikan, kaum Cina terus menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dan menentang dasar-dasar mengenai pendidikan kebangsaan yang mahukan bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar meskipun sudah dimasukkan pembelajaran Bahasa Cina di dalam kandungan pendidikan. Walaupun pelbagai akta dikemaskini bagi menunjukkan hak yang sama rata antara kaum, kaum Cina masih tidak menyenanginya kerana mereka masih rasa tergugat akan hak mereka di negara ini.

Melalui artikel ini, saya bersetuju dengan kandungan yang ditulis kerana ianya relevan dengan isu yang diketengahkan. Penulis banyak menerangkan isu berkaitan integrasi kaum di Malaysia yang pernah berlaku sejak seawal penjajahan Jepun sehingga ke penjajahan British yang kemudiannya berterusan sehingga ke harini. Sebagai contoh, dalam aspek politik, penulis telah menerangkan reaksi kaum Cina dan Melayu terhadap Malayan Union. Dimana penulis 7

menyatakan kaum Cina memang tahu bahawa kaum Melayu tidak begitu mudah menerima kaum Cina sebagai rakyat Tanah Melayu. Dengan sebab itu, sejak awal-awal lagi kaum Cina telah bersiap sedia untuk menghadapi keadaan seperti ini. Malah sehingga kini, ketidakpuasan hati kaum Cina disalurkan melalui akhbar-akhbar berbahasa Cina, pautan Internet, ucapanucapan awam dan perbualan sesama mereka, sehingga menimbulkan salah faham dan kadangkala berlaku ketegangan dalam hubungan kaum di Malaysia.

Kandungan artikel ini berjaya membuktikan bahawa isu integrasi kaum di Malaysia sememangya berlaku dan ianya menjawab persoalan mengenai faktor integrasi kaum ini berlaku antaranya disebabkan oleh faktor sejarah, institusi keluarga dan tahap pendidikan seseorang individu itu sendiri. Jelas kelihatan bahawa kepentingan etnik adalah segala-galanya bagi kaum-kaum yang ada di negara ini berbanding kepentingan kepentingan nasional. Masingmasing meletakkan kepentingan etnik di hadapan berbanding kepentingan nasional tidak kira lah dalam apa-apa aspek sekalipun.

Metodologi kajian yang digunakan oleh penulis adalah dengan menghuraikan peristiwaperistiwa yang berkaitan integrasi kaum sejak penubuhan negara Malaysia dan sehingga kini mengikut aspek politik, pendidikan dan budaya sosial. Penulis banyak mengambil pandangan dari golongan politik dan sejarawan negara dan seterusnya mengaitkan dengan isu yang diketengahkan. Kaedah ini sesuai kerana pengkaji dapat melihat dengan jelas isu yang diketengahkan satu persatu dan ianya dapat dibuktikan dengan peristiwa yang telah berlaku.

Sebagai contoh, faktor integrasi kaum dari segi agen sejarah, penulis menyatakan peristiwa bermula dari penubuhan Tanah Melayu dengan kemasukan kaum lain iaitu dari India dan Cina yang seterusnya memberikan impak kepada kedudukan orang Melayu dan orang Asli. Walaupun bagaimanapun hak kesamarataan bijak dikawal oleh para penjajah bagi menghalang masalah berkaitan kaum berlaku. Penulis juga menerangkan penubuhan persatuan DAP yang masih kukuh menyuarakan perjuangan kaum Cina. Penulis berjaya menjelaskan peranan agen sejarah sememangnya meninggalkan impak yang besar ke atas sosialisasi politik orang Melayu dan bukan Melayu.

8

Selain itu, dari aspek institusi keluarga dan pendidikan, penulis menerangkan peristiwa berkaitan isu seawal tahun 1920 dimana penjajah British mula mengawal bahan pendidikan ini melalui Ordinan Pendaftaran Sekolah Cina dengan mendaftarkan semua tenaga pengajar dan memantau segala aktiviti sekolah Cina kerana bimbang akan pengaruh ideologi komunis jika sekolah ini dibiarkan bebas begitu sahaja. Reaksi ini mendapat tentangan hebat daripada orang Cina. Bagi menenangkan kaum Cina tentang isu ini pelbagai akta yang diwujudkan. Sebagai contoh, Laporan Razak yang diumumkan pada 1956. Laporan ini mencadangkan dalam tempoh 10 tahun, dua jenis sekolah rendah akan diwujudkan yakni sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sekolah yang menggunakan bahasa Inggeris, Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar. Namun sehingga kini, mereka menuntut agar bahasa Cina turut diperakui sebagai bahasa rasmi setanding bahasa Melayu dan Inggeris.

Pada pendapat saya, setelah membaca menyelidik dan mendalami artikel ini, kami bersepakat serta sebulat suara menyatakan bahawa artikel ini sangat meyakinkan kerana kesahan dan keboleh percayaan instrumen atau alat yang digunakan serta menjalankan kajian kesahan. Penulis telah banyak mendedahkan bagaimana cabaran yang dihadapi terhasil melalui pengaruh agen sosio politik iaitu perspektif sejarah, institusi keluarga dan pendidikan. Agenagen ini telah berjaya meninggalkan impak yang maksima terhadap hubungan antara masyarakat majmuk di negara ini.

Antara sebab kami menyokong sepenuhnya artikel tersebut adalah kerana penulis juga mengetengahkan isu-isu perkauman yang berlaku di negara kita Malaysia. Ini menunjukkan penulis cakna dengan hal-hal dan isu semasa yang berlaku. Pengkaji atau penulis telah membuktikan bahawa kepelbagaian kaum di Malaysia ternyata telah menimbulkan pelbagai ketidaksefahaman dan pergaduhan dengan menyertakan beberapa peristiwa yang berlaku dari permulaan kemasukan Cina dan India di Tanah Melayu hingga kini seperti peristiwa 13 Mei.

Kami bersetuju dengan perbincangan penulis bahawa reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union sememangnya telah dirasai dan diduga oleh orang Cina sebagai kaum yang mendatang. Orang Cina memang tahu bahawa orang Orang Melayu tidak begitu mudah menerima orang Cina sebagai rakyat Tanah Melayu. Sokongan politik berlainan antara melayu dan cina menunjukkan bahawa politik Malaysia sejak dari awal lagi, melalui penjajahan demi penjajahan dan kemasukan imigran, adalah bersifat perkauman (komunalisme).

9

Selain itu, kajian penulis boleh dipercayai kerana telah mengumpul dan mengkaji tentang cabaran integrasi antara kaum di Malaysia berlandaskan pelbagai sumber yang benar serta logik. Penulis juga menggunakan kosa kata yang mudah difahami dan disusun dengan teratur. Langkah yang diambil oleh penulis untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan kajian ialah penulis juga menggunakan kaedah analisis dokumen bersumberkan dokumen- dokumen yang sahih dan benar. Antara dokumen yang dikaji ialah buku tentang kerajaan dan politik di Asia Tenggara. Menurut penulisnya Funston, setiap etnik akan memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing terutama hal-hal yang berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan. Penulis juga membincangkan kajian yang dibuat oleh sekumpulan pensyarah di Universiti Utara Malaysia terhadap pelajar-pelajar...


Similar Free PDFs