Contoh Ulasan Artikel Jurnal, EXAMPLE PDF

Title Contoh Ulasan Artikel Jurnal, EXAMPLE
Author HACINTA A/P MANOGARA Moe
Course Analisis Nyata
Institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pages 2
File Size 49.4 KB
File Type PDF
Total Downloads 13
Total Views 70

Summary

CONTOH ULASAN ARTIKEL DALAM JURNALKandungan dalam ulasan artikel 1. Pengenalan 2. Ulasan kandungan artikel 3. Ulasan kritis artikel (Pendapat dan cadangan pengulas) 4. Penutup/kesimpulanPENGENALANDalam bahagian ini, masukkan maklumat asas berkaitan artikel seperti; 1. Tajuk artikel 2. Nama penulis d...


Description

CONTOH ULASAN ARTIKEL DALAM JURNAL Kandungan dalam ulasan artikel 1. Pengenalan 2. Ulasan kandungan artikel 3. Ulasan kritis artikel (Pendapat dan cadangan pengulas) 4. Penutup/kesimpulan

PENGENALAN Dalam bahagian ini, masukkan maklumat asas berkaitan artikel seperti; 1. Tajuk artikel 2. Nama penulis dan maklumat latar belakangnya 3. Tajuk artikel dan maklumat berkaitan (contohnya: tarikh artikel diterbitkan/nama jurnal/bilangan dan sebagainya…)

ULASAN KANDUNGAN ARTIKEL (MENYELURUH) Huraikan isi kandungan artikel yang dipilih secara keseluruhannya. Bahagian ini memerlukan kemahiran ‘pengulas’ untuk menganalisis dan mengenal pasti isi kandungan penting dalam artikel berkenaan. Antaranya; 1. Tujuan kajian 2. Konsep dan tema kajian 3. Teori yang digunakan 4. Kaedah/metodologi kajian 5. Hasil kajian

ULASAN KRITIS ARTIKEL (PENDAPAT DAN CADANGAN PENGULAS) ‘Pengulas’ dikehendaki untuk membuat ulasan secara kritis. Antara aspek yang boleh dimasukkan dalam bahagian ini adalah; 1. Apakah isu utama yang dibangkitkan/diutarakan oleh penulis? 2. Adakah isu itu menarik? Mengapa? 3. Adakah isu yang dibangkitkan/diutarakan oleh penulis relevan bagi anda sebagai seorang penyelidik? 4. Adakah saya setuju (atau tidak setuju) dengan isi kandungan/ hasil dapatan kajian artikel ini? 5. Adakah dan bagaimanakah persoalan kajian dijawab oleh penyelidik/penulis? 6. Adakah metodologi kajian yang digunakan oleh penyelidik/penulis sesuai dengan kajian yang dijalankan?(contoh : pemilihan informen/responden kajian dan kaedah pengutipan data yang digunakan) 7. Adakah dapatan kajian ini boleh dipercayai atau menyakinkan anda? 8. Apakah langkah yang diambil oleh penyelidik/penulis untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan kajian? 9. Adakah pengkaji mengambil langkah yang relevan bagi memastikan etika penyelidikan dipatuhi? 10. Adakah artikel ini dapat mengubah atau memberi kesan terhadap cara anda berfikir tentang perkara yang dibangkitkan dalam artikel tersebut?

11. Bagaimanakah maklumat atau pengetahuan yang anda perolehi melalui pembacaan artikel ini dapat mencerahkan atau memperbaiki cara anda melaksanakan penyelidikan secara kualitatif/kuantitatif?

PENUTUP/KESIMPULAN Bahagian ini adalah rumusan kepada penulisan ‘pengulas’ 1. Apakah penemuan/ilmu pengetahuan baru daripada artikel yang anda perolehi atau pelajari sebagai seoarang bakal penyelidik? 2. Bagaimanakah anda akan menggunakan ilmu pengetahuan ini dalam kajian yang akan anda lakukan pada masa akan datang? 3. Sekiranya anda melakukan kajian seperti yang dibincangkan dalam artikel yang anda pilih, apakah ada perkara yang ingin anda ubah bagi meningkatkan kualiti kajian?...


Similar Free PDFs