Contoh Ulasan Artikel Tugasan 3 PDF

Title Contoh Ulasan Artikel Tugasan 3
Course Falsafah
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 33
File Size 377.4 KB
File Type PDF
Total Downloads 96
Total Views 851

Summary

CTU 552 : FALSAFAH DAN ISU SEMASATUGASAN 4 : Analisa / Ulasan Artikel TAJUK : SERANGAN IDEOLOGI BARAT TERHADAP PEMIKIRAN UMAT ISLAM DAN IMPLIKASINYA TERHADAP IMANKUMPULAN : 552ED1FDISEDIAKAN OLEH:NAMA NO PELAJARELYNNCY FYNCIA ANAK MEKELAN 2020956235CHASSYE JOHN 2020961447MARY ANAK HERIS 2020954353ST...


Description

CTU 552 : FALSAFAH DAN ISU SEMASA TUGASAN 4 : Analisa / Ulasan Artikel TAJUK : SERANGAN IDEOLOGI BARAT TERHADAP PEMIKIRAN UMAT ISLAM DAN IMPLIKASINYA TERHADAP IMAN

KUMPULAN : 552ED1F DISEDIAKAN OLEH:

NAMA

NO PELAJAR

ELYNNCY FYNCIA ANAK MEKELAN

2020956235

CHASSYE JOHN

2020961447

MARY ANAK HERIS

2020954353

STAFFYKER ANAK TIME

2020961199

DISEDIAKAN UNTUK :

USTAZ MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD AZHAR

PENGESAHAN PENSYARAH SERANGAN IDEOLOGI BARAT TERHADAP PEMIKIRAN UMAT ISLAM DAN IMPLIKASINYA TERHADAP IMAN

DISEDIAKAN OLEH :

ELYNNCY FYNCIA ANAK MEKELAN

2020956235

CHASSYE JOHN

2020961447

MARY ANAK HERIS

2020954353

STAFFYKER ANAK TIME

2020961199

Kertas kerja penulisan ini dikemukakan untuk memenuhi keperluan bagi Penilaian Sepanjang Semester bagi Kod Kursus CTU552 – Falsafah dan Isu Semasa, khusus bagi pelajar dari Ijazah Sarjana Muda Semester 1, Universiti Teknologi MARA Cawangan Puncak Alam. Saya dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang diserahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Saya sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib Fakulti.

Disahkan oleh: ------------------------Muhammad Hazim bin Mohd Azhar Pensyarah Penilai CTU552 June 2020

Table of Contents 1.0 PENDAHULUAN_______________________________________________________ 1 2.0 RINGKASAN ARTIKEL_________________________________________________ 2 3.0 ULASAN KRITIS_______________________________________________________ 5 3.1 Isu utama yang dibangkitkan oleh penulis__________________________________5 3.2 Adakah isu itu menarik?_______________________________________________ 8 3.3 Adakah isu yang dibangkitkan oleh penulis relevan bagi anda sebagai seorang penyelidik?____________________________________________________________ 10 3.4 Persetujuan tentang kandungan artikel___________________________________ 13 3.5 Adakah artikel ini dapat mengubah atau memberi kesan kepada pemikiran anda ?_ 16 4.0 KESIMPULAN________________________________________________________ 18 4.1 Penemuan baru yang diperoleh daripada artikel____________________________ 20 4.2 Bagaimana anda akan menggunakan ilmu pengetahuan ini dalam kajian yang akan anda lakukan pada masa akan datang?_______________________________________22 4.3 Cadangan untuk meningkatkan lagi kualiti kajian ini________________________ 24 5.0 SUMBER RUJUKAN___________________________________________________ 25

1.0 PENDAHULUAN

Pertama sekali, kami telah diberikan tugasan untuk membuat ulasan artikel. Maka dengan itu, kami telah memilih sebuah artikel yang bertajuk ‘Serangan Ideologi Barat terhadap Pemikiran Umat Islam dan Implikasinya kepada Iman’ hasil nukilan Mohd Aizam Bin Mas’od. Hal ini demikian kerana, dalam artikel tersebut telah menjelaskan pelbagai bentuk pandangan berkaitan dengan beberapa ideologi dan kesannya yang semakin terkenal di kalangan masyarakat zaman sekarang. Aizam Bin Mas’od ialah seorang ustaz dan pegawai penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mempunyai prestasi yang unggul. Beliau memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah (Pegawai Penyelidik) Akidah Bahagian Penyelidikan Jakim, Putrajaya dari tahun 2005 hingga ke 2014 sebelum beliau mengambil cuti khas untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu PhD di bawah tajaan Skim Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan JPA selama empat tahun iaitu dari tahun 2014 sehingga 2018. Selain itu, beliau pernah melanjutkan pelajaran talaqqi di Jordan, Mesir dan Malaysia dalam pelbagai disiplin ilmu iaitu al-Qur’an, aqidah, tafsir, hadith, usul, hadith, usul hadith, fiqh, usul fiqh, tasawwuf dan termasuklah perubatan Islam. Ini menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang yang berpendidikan tinggi. Seterusnya, beliau banyak membuat kajian untuk Jakim, JK Fatwa kebangsaan dan panel kajian Aqidah. Antara bidang kajian yang pernah dilakukan oleh beliau adalah kajian berkenaan dengan kedudukan Ahli Sunnah Wal-Jamaah di Malaysia, kajian fatwa, kajian berkenaan dengan teologi Islam, kajian berkenaan murtad, ajaran sesat dan amalan khurafat serta kajian aliran liberalisme dan pluralisme agama di Malaysia. Artikel ini terdapat dalam jurnal yang dinamakan sebagai ‘Jurnal penyelidikan Islam bil 25/2012’ dan diterbitkan pada tahun 2012.

1

2.0 RINGKASAN ARTIKEL

Berdasarkan artikel tersebut, objektif penulis menerbitkan artikel ini adalah untuk menyedarkan pembaca berkaitan dengan kesan dan pengaruh ideologi barat terhadap keimanan umat Islam. Hal ini demikian kerana ideologi-ideologi barat membawa ajaran yang bertentangan dengan ajaran agama dimana ia akan memesongkan aqidah seseorang atau meliberalkan minda seseorang individu. Antara teori-teori yang dinyatakan adalah Sekularisme, Kapitalisme, Humanisme dan Hedonisme. Teori Sekularisme dari segi istilah bermaksud memisahkan agama dan hanya fokus kepada elemen-elemen duniawi seperti pentadbiran, pendidikan, ekonomi dan politik. Sekularisme boleh menerima agama sebagai sebuah agama yang dianuti oleh masyarakat akan tetapi tidak mempraktikkannya dalam kehidupan. Justeru itu, banyak ahliahli yang menerima ideologi sekular menolak agama Islam kerana tidak ingin terikat dengan syariah dan akidah Islam yang sepatutnya menjadi asas kehidupan. Kesannya, umat Islam yang mengamalkan ideologi sekularisme hanya menerima agama Islam tanpa memahami agama Islam sepenuhnya atau dalam erti kata lain mereka hanya menjalankan ritual keagamaan tanpa memahami maksud sebenar dimana perbuatan ini adalah salah mengikut ajaran Islam. Hal Ini kerana ajaran Islam adalah ad-din. Teori Kapitalisme pula ideologi berkaitan dengan ekonomi. Ia merupakan suatu sistem ekonomi dimana ia memberi hak milik peribadi kepada seseorang individu dan memberikan hak bebas untuk berurusan dengan orang lain mengenai perniagaan ataupun apa-apa persetujuan asalkan berkaitan dengan kegiatan ekonomi yang membawa keuntungan kepada dirinya. Antara salah satu nilai kapitalisme ialah mempunyai satu sifat iaitu mempunyai unsur-unsur berasas monopoli. Dari segi kesan pula, kapitalisme membenarkan riba dimana ianya bertentangan dengan ajaran yang terdapat dalam al-Quran. Selain itu, kapitalisme menindas golongan-golongan yang miskin kerana kurangnya penerapan nilai kemanusiaan dalam ideologi kapitalisme. Humanisme adalah ideologi dimana berlakunya penekanan dalam nilai kemanusiaan dan kebajikan. Fahaman ini menyatakan bahawa agama merupakan sesuatu perkara yang menyusahkan hidup yang bermaksud humanisme tidak bergantung kepada agama. Pada abad ke-14, fahaman ini membawa pengertian yang berbeza daripada zaman sekarang. Dahulu, humanisme merujuk kepada pendidikan dan sekarang ia cenderung kepada kemanusiaan dan 2

kebajikan seseorang atau sekumpulan masyarakat. Kesan daripada ideologi ini adalah menjejaskan perbuatan zahir di sisi iman. Ideologi yang keempat pula ialah Hedonisme. Hedonisme bermaksud pegangan atau pandangan hidup yang menekankan keseronokan atau kesenangan hidup. Ia juga mengajar masyarakat bahawa tujuan hidup befungsi hanya untuk kesenangan. Hedonisme pada abad yang lalu dan hedonisme pada zaman moden membawa pengertian yang berbeza dimana pada zaman yang lalu, ia mengajar aspek yang sama iaitu kesenangan tetapi menekankan hanya pada diri sendiri(egoistik) manakala pada zaman sekarang ia lebih bersifat umum. Terdapat empat cara penyebaran hedonisme kepada masyarakat. Pertama, melalui slogan pemodenaan, kedua melalui era globalisasi. Ketiga, peranan media massa dan akhir sekali melalui media hiburan. Dengan itu kita dapat melihat bahawa hedonisme banyak menekankan aspek keseronokan tetapi tidak menitikberatkan kesan daripada perlakuan yang dilakukan setelah berseronok. Antara kesan-kesan ideologi Hedonisme ini kepada umat Islam ialah melalaikan umat Islam kerana terlalu taksub untuk berseronok atau mencari kesenangan hidup tanpa mengira kesan daripada perlakuannya itu. Contohnya, ramai umat Islam akan terjebak dengan maksiat, meminum alkohol, ketagih dadah dan banyak lagi. Tema kajian dalam artikel ini adalah kajian tentang kesan dan implikasi ideologi Barat terhadap iman Umat Islam. Hal ini demikian kerana berdasarkan artikel, penulis menekankan keempat-empat ideologi iaitu Sekularisme, Kapitalisme, Humanisme dan Hedonisme. Penulis juga menekankan bahawa keempat-empat ideologi ini membawa malapetaka kepada umat Islam jika tidak dikawal dan ditapis. Seterusnya, kaedah yang digunakan untuk kajian ini adalah penyelidikan “Penilaian”. Penyelidikan penilaian sering kali didefinisikan sebagai suatu bentuk penyelidikan untuk mengkaji kesan atau hasil daripada sesuatu program atau pun intervensi sosial. Berdasarkan artikel tersebut, penulis banyak membincangkan mengenai ideologi-ideologi barat yang dibawa ke negara kita dan membincangkan kesan-kesan ideologi tersebut kepada iman masyarakat terutamanya umat Islam. Beliau juga tidak menyediakan jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang banyak dihadapi sekiranya ideologi tersebut disebarkan secara berleluasa, akan tetapi beliau banyak menjelaskan definisi ideologi, nilai-nilai serta doktrin beberapa ideologi yang dinyatakan. Maka dengan itu, kaedah penilaian adalah kaedah yang digunakan oleh penulis untuk menulis artikel ini.

3

Akhir sekali, hasil kajian mendapati bahawa keempat-empat teori ini memberikan impak yang negatif kepada iman umat Islam walaupun ia memberi kesan positif dalam beberapa aspek yang lain seperti pembangunan dan ekonomi negara. Hal ini demikian kerana ideologi-ideologi barat ini mampu untuk menggoyahkan iman serta menyelewengkan akidah umat Islam dengan berbuat perkara-perkara yang dilarang oleh ajaran Islam. Dengan itu, kemasukan ideologi barat hendaklah ditapis dan dikawal dengan sebaik mungkin untuk mengelakkan berlakunya malapetaka.

4

3.0 ULASAN KRITIS

Tugasan kali ini adalah bertujuan untuk menganalisa serta mengulas artikel yang telah diberikan kepada kumpulan kami yang bertajuk ‘Serangan Ideologi Barat terhadap Pemikiran Umat Islam dan Implikasinya kepada Iman’. Melalui kertas kerja ini, kami akan mengutarakan pendapat kami tentang isu-isu yang dibangkitkan oleh penulis serta menghuraikan lagi dengan lebih terperinci tentang kandungan-kandungan yang terdapat dalam artikel tersebut.

3.1 Isu utama yang dibangkitkan oleh penulis Isu utama yang telah dibangkitkan oleh penulis ialah ideologi seperti sekularisme, kapitalisme, humanisme, dan hedonisme boleh membawa kemudaratan kepada iman umat Islam. Fahaman-fahaman yang telah dinyatakan adalah bentuk-bentuk atau kaedah yang digunakan oleh pihak barat untuk menggerakkan usaha westernisasi mereka. Hal ini merujuk kepada proses membaratkan sesebuah negara sehingga terjadinya urbanisasi, modernisasi, dan perindustrian yang tidak berlandas dengan ajaran Islam. Gerakan westernisasi ini didasari oleh orientalisme dan Kristianisasi melalui dua cara iaitu pendidikan dan media massa. Motif sebenar pihak barat dengan gerakan ini adalah untuk menerapkan pemikiran barat kepada umat Islam sehingga mengeluarkan nilai-nilai Islam daripada diri dan jiwa mereka. Gerakan ini juga bermatlamat untuk memaksakan falsafah materialisme dan tuntutan metodologi dalam kajian serta meletakkan pemikiran bahawa agama sudah tidak relevan lagi pada era globalisasi saat ini. Kemajuan sosial yang berkembang drastik ini memberi kesan buruk kepada pegangan akidah dan pemikiran umat Islam. Ideologi pertama yang boleh menjejaskan keimanan Islam yang dinyatakan melalui artikel ini ialah sekularisme. Fahaman ini membawa maksud ingin membebaskan diri daripada cengkaman atau peraturan agama dalam kehidupan. Penulis juga memberi penekanan terhadap nilai-nilai sekularime yang menentang agama Islam. Antaranya ialah nilai sekular yang menolak syariah dan akidah Islam yang dianggap sebagai kongkongan dan batasan. Hal ini bermaksud penerimaan perkara tertentu mengenai ajaran Islam bergantung kepada seseorang individu itu sendiri. Oleh itu, penulis menjelaskan keadaan ini sebagai pertentangan antara syariah dan golongan sekular. Contohnya, golongan ini tidak mengakui 5

Allah sebagai pemerintah seluruh alam melainkan hanya pencipta alam sahaja. Keadaan ini menjadikan mereka beranggapan bahawa mereka mempunyai kuasa penuh terhadap perundangan dan pemerintahan. Dengan kata lain, golongan ini cuba untuk membebaskan diri daripada ikatan agama. Penulis memberikan contoh yang lebih spesifik iaitu Gerakan Kamalisme di Turki yang menggantikan al-Quran dan al-Sunnah dengan undang-undang Barat. Kelangsungan sekularime ini telah menyebabkan umat Islam cuba untuk menyesuaikan diri dengan nilai-nilai sekular dan melupakan pegangan agama. Kesan fahaman ini dinyatakan oleh penulis sebagai sesuatu yang memisahkan agama daripada sesetengah aspek kehidupan kerana pangamal sekular hanya menjadikan agama sebagai amalan ritual semata. Seterusnya, ideologi kedua yang dinyatakan oleh penulis ialah kapitalisme. Sistem kapitalis adalah berdasarkan individu yang menjadi pemilik mutlak terhadap penghasilannya dan menyebabkan orang lain tidak mempunyai hak ke atas diri mereka. Antara ciri-ciri ekonomi kapitalis yang dinyatakan ialah mempunyai unsur-unsur monopoli dengan pemikiran pemodal yang ingin menguasai segalanya dan menghapuskan persaingan. Antara kesan ekonomi kapitalis ini terhadap iman ialah mencabar kedudukan amal perbuatan zihir di sisi iman dengan menggalakkan manusia mengamalkan riba. Hal ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam yang menolak riba sepenuhnya. Ideologi ketiga yang dinyatakan oleh penulis di dalam isu utama beliau adalah humanisme. Fahaman ini menafikan kebergantungan manusia kepada unsur agama dan melihatnya sebagai suatu yang membebankan. Antara doktrin humanisme ialah golongan humanisme disifatkan sebagai seseorang yang mempunyai nilai moral sejak dahulu dan tetap akan bersikap baik tanpa berpegang kepada ajaran agama. Selain itu, humanisme adalah serupa dengan fahaman atheisme yang beranggapan bahawa untuk mencapai jati diri, manusia tidak memerlukan agama. Oleh itu, penulis menyimpulkan bahawa makna humanisme pada hari ini ialah menafikan kewujudan dan kekuasaan Tuhan dengan mempercayai bahawa manusia adalah pencipta agama dan bukan agama yang mencipta manusia. Dalam Islam, manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang mempunyai kemampuan yang terbatas dan wajib untuk mengakui kekuasaan Tuhan. Oleh itu, penulis menegakkan bahawa manusia memerlukan agama untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia ini. Hal ini boleh mendorong umat Islam kepada pemikaran Murji’ah yang hanya meletakkan iman dalam hati tanpa peranan dalam kehidupan mereka.

6

Hedonisme adalah ideologi terakhir yang ditegaskan oleh penulis dalam isu utama beliau. Penulis menjelaskan fahaman ini sebagai keseronokan dan kesenangan sebagai objektif tanpa memikirkan kesan dan akibat terhadap diri, masyarakat dan negara. Terdapat empat cara mengenai bagaimana fahaman ini disebarkan dalam kalangan masyarakat. Antaranya melalui slogan pemodenan, kemajuan dan pembangunan. Seterusnya, melalui era globalisasi apabila ia menyebabkan dunia menjadi semakin mengecil dan masyarakatnya menjadi saling bergantung sesama sendiri. Ketiga, melalui media massa dan yang keempat melalui medium hiburan. Penyebaran hedonism terhadap iman membawa kesan kepada akidah dan akhlak yang sepatutnya bertindak sebagai pelindung umat Islam. Contoh yang diberikan oleh penulis ialah kemaksiatan dan hal ini sangatlah bercanggah dengan sifat-sifat orang yang beriman kepada Allah. Oleh itu, seorang mukmin akan menenggelamkan identitinya sebagai orang Islam jika terjerumus dengan budaya hedonism.

7

3.2 Adakah isu itu menarik? Pada pendapat kami, isu yang diutarakan oleh penulis sangatlah menarik untuk dibaca dan difahami. Hal ini demikian kerana penulis telah menghuraikan setiap maklumat mengenai isu tersebut secara terperinci, maka konteks ayat di dalam artikel tersebut lebih mudah dihadam dan tidak sulit untuk difahami. Setiap ideologi didahului dengan definisi yang dihuraikan secara mendalam dan diikuti dengan penerangan lanjut serta diberikan contoh kesan secara tepat. Isu serangan ideologi terhadap iman umat Islam dapat difahami secara mudah. Isu tersebut juga memberikan pengetahuan baharu dengan penjelasan daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Selain itu, isu tersebut menarik kerana isu yang dibahaskan adalah isu semasa. Isu ini sedang giat diperkatakan dari mulut ke mulut oleh seantero negara kerana telah membawa kesan yang mendalam. Persoalan-persoalan yang berkaitan dengan aliran pemikiran telah menjadi satu ancaman sejak zaman awal Islam lagi. Umat Islam sering kali berhadapan dengan isu yang cuba untuk merosakkan kesucian dan kemurnian Islam dengan kemunculan aliran pemikiran yang melampau seperti muktazilah, Jabariyah dan sebagainya. Kemunculan fahaman

pemikiran

baru

berteraskan

liberalisme,

sekularisme,

rasionalisme

dan

seumpamanya telah mewujudkan ancaman kepada masyarakat Islam di rantau ini. Ancaman pemikiran yang sedang membelit umat Islam kini boleh mengelincirkan mereka kepada kesesatan dan kerosakan akidah. Di atas nama kemajuan pada era globalisasi, ancaman pemikiran liberal ini terus disemarakkan dengan semangat untuk mengabaikan agama agar sentiasa relevan dengan peredaran zaman sehingga ke tahap melangar batas syariah Islam itu sendiri (Dagang et al., 2015).

8

Seterusnya, isu tersebut memberikan banyak iktibar dan meningkatkan kesedaran serta kepekaan kepada masyarakat khusunya kepada umat Islam. Persoalan fahaman yang cuba dikaitkan dengan Islam ini sebenarnya merupakan salah satu dari apa yang disebut sebagai serangan pemikiran dan kebudayaan. Bentuk-bentuk serangan yang secara langsung dan tidak langsung itu dilakukan dengan tersusun bagi meruntuhkan pegangan agama masyarakat Islam yang boleh memberi kesan kepada keruntuhan Islam itu sendiri. Namun, dalam masa yang sama umat Islam perlu memahami dalam konteks yang lebih luas berkenaan aliran pemikiran-pemikiran baru terutama yang berwajahkan Islam. Jika umat Islam disedarkan dengan fahaman sekularisme, humanisme, hedonisme, dan kapitalisme, mereka pasti dapat mengasingkan diri serta menjauhi diri daripada terpengaruh dengan fahaman-fahaman ini secara mudah kerana ia merupakan fahaman yang secara jelas bertentangan dengan akidah Islam (Dagang et al., 2015).

9

3.3 Adakah isu yang dibangkitkan oleh penulis relevan bagi anda sebagai seorang penyelidik? Sebagai seorang penyelidik, kami berpendapat bahawa isu yang dibangkitkan adalah relevan dengan kehidupan kami. Hal ini kerana isu tersebut adalah isu semasa yang seringkali diperdebatkan dan tanpa sedar isu tersebut menjadi semakin parah. Hal ini dapat melalui pembawaan pengaruh-pengaruh barat yang semakin meluas di dalam negara kita. Tambahan pula, majoriti orang di negara Malaysia adalah beragama Islam. Budaya hidup tanpa keterbatasan yang wajar kini dapat dilihat dalam kalangan anak-anak muda khususnya. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian oleh Aswati Hamzah tentang Skema Taakulan Akhlak Dalam Kalangan Pelajar Melayu. Akhlak orang Melayu diasaskan kepada akulturasi budaya Melayu dan ajaran Islam. Bagaimanapun, arus permodenan dan globalisasi yang melanda era ini secara tidak langsung telah menyebabkan budaya dunia dan globalisasi barat menular ke dalam sistem akhlak orang Melayu. Fenomena ini membawa impak yang besar kepada budaya hidup seharian orang Melayu sehingga membawa kepada keruntuhan sistem nilai dan akhlak dalam pelbagai lapisan masyarakatnya. Kesannya, semakin ramai umat Melayu dilaporkan terlibat dengan pelbagai berita keruntuhan akhlak dan gejala ini telah membimbangkan semua pihak (Hamzah, 2007). Gejala keruntuhan akhlak berlaku dalam semua...


Similar Free PDFs