KERJA KURSUS FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA DOC

Title KERJA KURSUS FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Author Mo Jo
Pages 1
File Size 116.5 KB
File Type DOC
Total Downloads 432
Total Views 643

Summary

1.0 PENGENALAN Secara umumnya, pendidikan merupakan satu proses terancang untuk mewujudkan suasana yang harmonis dalam proses pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid supaya proses tersebut dapat mengembangkan potensi diri masing-masing. Bukan sahaja mencakupi aspek akademik seseorang pelaj...


Description

1 1.0 PENGENALAN Secara umumnya, pendidikan merupakan satu proses terancang untuk mewujudkan suasana yang harmonis dalam proses pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid supaya proses tersebut dapat mengembangkan potensi diri masing-masing. Bukan sahaja mencakupi aspek akademik seseorang pelajar bagi melahirkan generasi yang mapan dengan ilmu di dada, malah ia perlu melibat beberapa aspek lain seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pada era globalisasi ini, pendidikan dikatakan sangat penting. Hal ini kerana setiap perkara memerlukan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk membolehkan seseorang itu maju dan bersaing pada masa hadapan. Terdapat banyak kepentingan pendidikan kepada seseorang individu, iaitu dapat mengembangkan potensi individu, mempunyai peluang masa depan yang cerah, sebagai persiapan mengalami perubahan seiring dengan gelombang perkembangan arus dunia moden dan dapat membantu individu menyampai dan menerima ilmu dengan cara yang betul (Siti Nor Azizah, 2004). Rentetan daripada itu, kerajaan Malaysia telah menyelaraskan sistem pendidikan di negara ini dengan sistem pendidikan di seluruh negara dengan mewujudkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Falsafah ini memainkan beberapa peranan penting, antaranya ialah sebagai suluh yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembangkan dan memajukan pendidikan (Ismail, 2012). Lantas, FPK juga menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan matlamat pendidikan negara dan sebagai rujukan untuk membantu para penyelidik memahami sistem pendidikan negara. Selain itu, FPK menjadi bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan. Oleh itu, FPK merupakan dasar dan pertimbangan asas untuk...


Similar Free PDFs