KERJA KURSUS SEJARAH STPM PDF

Title KERJA KURSUS SEJARAH STPM
Author najiha aiza
Course Sejarah Malaysia
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 6
File Size 84 KB
File Type PDF
Total Downloads 71
Total Views 748

Summary

TEMA 4: SEJARAH KUMPULAN ETNIK/KAUM/KLAN/SUKU KAUMTAJUK: PERKEMBANGAN ADAT PERKAHWINAN KAUM MELAYU DIKAMPUNG GONG DAYAT PASIR MAS TAHUN 2000-NAMA: NUR NAJIHA AIZA BT MAT JUNUHNO. KAD PENGENALAN: 010722-03-NAMA GURU: WAN MAT BIN MUSTAPHATEMA 4: SEJARAH KUMPULAN ETNIK/KAUM/KLAN/SUKU KAUMTAJUK: PERKEMB...


Description

TEMA 4: SEJARAH KUMPULAN ETNIK/KAUM/KLAN/SUKU KAUM

TAJUK: PERKEMBANGAN ADAT PERKAHWINAN KAUM MELAYU DI KAMPUNG GONG DAYAT PASIR MAS TAHUN 2000-2015

NAMA: NUR NAJIHA AIZA BT MAT JUNUH

NO. KAD PENGENALAN: 010722-03-0180

NAMA GURU: WAN MAT BIN MUSTAPHA

TEMA 4: SEJARAH KUMPULAN ETNIK/KAUM/KLAN/SUKU KAUM

TAJUK: PERKEMBANGAN ADAT PERKAHWINAN KAUM MELAYU DI KAMPUNG GONG DAYAT PASIR MAS DARI TAHUN 2000 HINGGA 2015

PENGENALAN Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu perbuatan atau perlakuan menurut kebiasaan masyarakat atau bangsa. Menurut Jalaludi Tunsam yang berasal dari Acheh, dalam tulisannya pada tahun 1660, menyatakan bahawa “adat” berasal dari bahasa Arab yang merupakan bentuk jamak dari “adah” yang memiliki erti, cara atau kebiasaan. Seperti yang telah dijelaskan bahawa adat merupakan

gagasan

kebudayaan yang terdiri dari nilai-nilai budaya, norma, kebiasaan, kelembagaan, dan hukum adat yang lazim dilakukan di suatu kelompok. Apabila adat ini tidak dilaksanakan akan terjadi kehancuran yang menimbulkan saksi tak tertulis oleh masyarakat setempat terhadap pelaku yang dianggap menyimpang.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, berkahwin bermaksud perikatan yang sah antara lelaki dengan perempuan menjadi suami isteri. Perkahwinan ialah sesuatu yang mulia, suci serta baik dari segi agama mahupun dari segi kaum melayu. Perkahwinan merupakan puncak kesempurnaan jalan hidup seseorang menuju kea rah kebahagian dan kesejahteraan hidup. Majlis perkahwinan sangat dititikberatkan dalam kaum melayu kerana majlis inilah yang menjadi peristiwa penting, bersejarah dan istimewa bukan sahaja kepada pasangan pengantin tetapi juga kepada ibu bapa, keluarga, saudara mara dan sahabat handai.

Adat perkahwinan kaum melayu lebih menarik dan unik berbanding kaumkaum lain seperti cina dan india. Sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan, kaum melayu perlu melalui beberapa proses atau fasa. Hal ini kerana, proses sebegini amat penting dalam memastikan pasangan seseorang itu mempunyai latar belakang yang baik agar tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari. Antara proses yang perlu dilaksanakan ialah adat merisik dan adat meminang. Menurut buku yang ditulis oleh Jasiman Ahmad dalam bukunya yang berjudul Perkahwinan Tradisional yang ditulis pada tahun 2006, adat meminang dan adat merisik adalah sebagai pelengkap dalam perkahwinan sahaja.

OBJEKTIF KAJIAN Secara umumnya, terdapat tiga objektif kajian ini. Kajian ini adalah untuk menyelidik latar belakang adat perkahwinan kaum melayu. Latar belakang ini sangat penting untuk diketahui agar masyarakat melayu tidak terpesong dengan adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat zaman dahulu.

Selain itu, kajian ini juga adalah bertujuan untuk mengenal pasti adat perkahwinan yang selari dengan islam. Hali ini amat penting kerana ramai masyarakat zaman moden ini mengamalkan adat-adat yang bertentangan dengan islam iaitu meniru majlis perkahwinan Orang Barat.

Penghasilan kajian ini juga mengkaji perkembangan adat perkahwinan kaum Melayu. Ini amat penting kerana masyarakat dapat mengetahui perkembangan adat perkahwinan yang berlaku dari tahun 2000-2015.

PERMASALAHAN KAJIAN Permasalahan kajian merupakan perkara penting yang perlu diberi keutamaan dalam penghasilan penulisan ilmiah. Dalam penghasilan kajian ini, pengkaji mendapati terdapat tiga permasalahan kajian. Kajian ini ingin mengupas mengenai latar belakang adat perkahwinan kaum melayu. Ini penting untuk diketahui agar masyarakat melayu dapat mengenali latar belakang adat perkahwinan.

Selain itu, kajian ini juga akan mengupas mengenai adat perkahwinan ang selari dengan islam. Ini penting agar masyarakat tidak terpesong dengan adat perkahwinan yang perlu dilakukan dalam islam.

Permasalahan kajian yang seterusnya ialah untuk mengkaji perkembangan adat perkahwinan kaum melayu. Ini penting untuk diketahui agar dapat mengetahui perkembangan yang berlaku selaras dengan arus modenisasi ini.

SKOP KAJIAN

Kajian ini mengkaji tentang Sejarah Perkembangan Adat Perkahwinan Kaum Melayu di Kampung Gong Dayat To’ Uban. Tempoh masa yang dikaji ialah dari tahun 2000-2015.

SOROTAN KAJIAN LEPAS Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa tiada penulisan yang mengkaji tentang adat perkahwinan kaum melayu di Kampung Gong Dayat Pasir Mas. Walau bagaimanapun terdapat beberapa buah buku yang dijadikan rujukan mengenai perkahwinan kaum Melayu ini.

Menurut Abu Jaisyillah dalam bukunya yang berjudul Perkahwinan Melayu: Antara Adat dan Syariat (2013), perkahwinan merupakan satu aspek kehidupan yang tidak dapat dipisahkan dari pengaruh adat yang diwarisi generasi ke generasi. Pepatah Melayu yang berbunyi, "Biar mati anak, jangan mati adat" mungkin menjadi antara faktor penyumbang kepada keterlangsungan pengamalan adat perkahwinan dalam masyarakat Melayu Islam yang bersifat fleksibel tidak menghalang umatnya mengamalkan sebarang adat istiadat selagi mana tidak bercanggah dengan prinsipprinsip Islam.

Menurut Abdul Latif Abu Bakar dalam bukunya yang berjudul Pantun Dan Ungkapan Indah Adat Perkahwinan Melayu (2004), dalam proses melaksanakan adat perkahwinan, orang Melayu akan menjalankan majlis adat merisik, hantar tanda, hantar belanja dan pernikahan. Biasanya pihak pengantin lelaki dan perempuan akan bertemu dan menjalankan upacara adat serta berkomunikasi dengan menggunakan ungkapan indah seperti pantun, teromba dan lain-lain. Pantun dan teromba merupakan puisi atau warisan kata- kata atau ungkapan indah yang terdapat dalam masyarakat Melayu serumpun yang selalu digunakan dalam majlis-majlis rasmi seperti menyambut ketibaan pemirnpin atau mengadakan sesuatu majlis perkahwinan.

Menurut Muhammad Fathi Yusof dalam bukunya yang berjudul Fiqah Perkahwinan (2016), Perkahwinan merupakan perkara yang dituntut dalam Islam. Hubungan antara suami isteri merupakan satu rahmat yang besar daripada Allah SWT.

Perkahwinan ialah satu ikatan yang suci dan murni yang Allah SWT kurniakan kepada insan yang bergelar suami dan isteri. Banyak lagi kebaikan dan manfaat yang akan diperoleh sekiranya berkahwin. Tetapi sebelum perkahwinan dibina, setiap pasangan perlulah mendalami ilmu rumah tangga sedalam-dalamnya.

KAEDAH KAJIAN Kaedah kajian yang pengkaji gunakan ialah kajian lapangan di mana pengkaji akan mengadakan sesi temu bual untuk mengetahui adat perkahwinan yang diamalkan oleh kaum melayu di Kampung Gong Dayat To’ Uban. Seramai 10 orang responden dipilih untuk mengetahui perkembangan yang berlaku dalam adat perkahwinan.

Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah melayari laman sesawang. Kaedah ini digunakan memudahkan pengkaji mendapatkan maklumat tambahan mengenai adat perkahwinan ini.

Kaedah kepustakaan turut dilakukan. Pengkaji akan membuat penyelidikan melalui buku-buku, majalah, dan akhbar. Pengkaji telah mengunjungi beberapa perpustakaan seperti perpustakaan sekolah, perpustakaan desa dan perpustakaan Negeri Kelantan.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI Secara keseluruhannya pembahagian struktur esei terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam pengenalan, pengkaji akan menceritakan tentang latar belakang adat perkahwinan kaum melayu.

Dalam bahagian isi pula, pengkaji akan menceritakan tentang adat perkahwinan yang selari dengan ajaran islam. Selain itu, pengkaji juga menceritakan tentang perkembangan adat perkahwinan kaum melayu.

Pada bahagian kesimpulan pula, pengkaji akan merumuskan hasil kajian berkenaan secara keseluruhan.

PENUTUP Pengkaji berharap agar dengan adanya kajian ini dapat meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai adat-adat perkahwinan yang selari dengan ajaran islam. Sehubungan dengan itu, kajian ini membolehkan masyarakat luar memahami adat perkahwinan ini. Pengkaji juga mengharapkan kajian ini dapat menjadi panduan kepada pengkaji-pengkaji lain.

BIBLIOGRAFI Jalaludi Tunsam (1660), maksud adat

Jasmin Ahmad (2006), Perkahwinan Tradisional

Abu Jaisyillah (2013), Perkahwinan Melayu: Antara Adat dan Syariat (2013),

Abdul Latif Abu Bakar (2004), Pantun Dan Ungkapan Indah Adat Perkahwinan Melayu

Muhammad Fathi Yusof (2016), Fiqah Perkahwinan...


Similar Free PDFs