Contoh Kerja Kursus Pengajian Am DOCX

Title Contoh Kerja Kursus Pengajian Am
Author Busuk Giler
Pages 40
File Size 365.6 KB
File Type DOCX
Total Downloads 744
Total Views 960

Summary

960116-14-0000 1.0 PENGENALAN Adat didefinisikan sebagai peraturan masyarakat, undang-undang, hukum masyarakat atau kebiasaan. Adat juga dimaksudkan dengan peraturan yang lazim dipakai sejak dahulu-kala atau hukum lembaga. Hal ini menunjukkan bahawa adat merupakan sesuatu kebiasaan dari suatu perbua...


Description

960116-14-0000 1.0 PENGENALAN Adat didefinisikan sebagai peraturan masyarakat, undang-undang, hukum masyarakat atau kebiasaan. Adat juga dimaksudkan dengan peraturan yang lazim dipakai sejak dahulu-kala atau hukum lembaga. Hal ini menunjukkan bahawa adat merupakan sesuatu kebiasaan dari suatu perbuatan yang diulang-ulang dan telah diterima oleh masyarakat sebagai suatu peraturan hidup untuk dipatuhi. (http://prpm.dbp.gov).Perkahwinan adalah suatu ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan untuk menjadi suami isteri. Adat perkahwinan adalah sebahagian dari hal pernikahan di sisi agama diantara lelaki dan perempuan supaya terakru sebagai suami dan isteri.( http://myservik.gov.my/) Perkataan India Muslim membawa maksud etnik berketurunan India yang beragama Islam seperti Tamil, Malabari, Benggali dan Gujerati. Kaum India Muslim mempunyai kelompok atau suku dari negeri masing-masing. Misalnya, Kerala Muslim, Kaka atau Malabar Muslim dari selatan India, Bengali Muslim dari Bengal, Gujerati Muslim dari Gujerat di utara India, Bombay Muslim dari Maharashtra, utara India dan Thenkasi Muslim serta Kadaya Nallur Muslim berasal dari Tamilnadu. Secara umum kaum India Muslim di Malaysia terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Marikar dan Rawther. Marikar atau Marakalayer yang bermaksud penduduk dengan perahu kayu iaitu golongan yang aktif dengan aktiviti laut seperti berdagang. Rawther atau Mauther pula adalah penduduk yang tinggal luar bandar dengan menjalankan aktiviti perniagaan runcit, makanan, barangan kemas dan tekstil. (http://www.indiamuslim.com.my/) Kajian ini bertujuan meninjau dan mengenengahkan budaya orang berketurunan India Muslim yang masih mengamalkan pola-pola instrinsik adat resam seperti adat dalam perkahwinan. (http://pustaka2.upsi.edu.my/)Kajian ini juga mendedahkan tatacara perlaksanaan adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat berketurunan India Muslim. Masyarakat India Muslim masih mengekalkan perkahwinan sesama kaum sama ada memilih pasangan tempatan atau mencari dari keluarga di India. (http://www2.hmetro.com.my/). Rasional kajian tentang adat perkahwinan kaum India Muslim ini dijalankan kerana komuniti ini membina perpaduan keluarga dan kaum yang erat menerusi perkahwinan sesama anggota keluarga yang luas. 1...


Similar Free PDFs