Kerja Kursus Sejarah STPM SEM 2 - Form 6 PDF

Title Kerja Kursus Sejarah STPM SEM 2 - Form 6
Author SITI FATIMAH SHAMSUDDIN
Course Skema SPM
Institution Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang
Pages 42
File Size 753.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 290
Total Views 742

Summary

1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam sesebuah Negara. Pendidikan dilihat mampu mengubah negara kepada tahap yang lebih baik dari segi peningkatan ekonomi, budaya, politik, sosial, dan sebagainya. Dengan pendidikan kehidupan manusia boleh berubah dalam sekelip mata...


Description

1.0 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam sesebuah Negara. Pendidikan dilihat mampu mengubah negara kepada tahap yang lebih baik dari segi peningkatan ekonomi, budaya, politik, sosial, dan sebagainya.

Dengan

pendidikan kehidupan manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Pendidikan juga merupakan asas penting kepada setiap individu. Pelbagai usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam sesebuah negara bagi memastikan semua rakyatnya menerima pendidikan. Kesimpulannya, pendidikan berupaya mengubah corak kehidupan seseorang ahli dalam sesebuah negara. Melalui pendidikan juga dapat membentuk masyarakat yang berakhlak tinggi, berpengetahuan luas, bijaksana dalam membuat keputusan, dan tegas dalam mengendalikan emosi seterusnya dapat memacu kegemilangan dan kecemerlangan sesebuah negara. Oleh itu, pengkaji akan menjelaskan tentang sejarah asal usul dan perkembangan Sekolah Menengah Kebangsaan Khai Mun.

2.0 Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Khai Mun dari tahun 1916-2015 Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Khai Mun yang bermaksud penyuluh ilmu. Pengasas sekolah ini terdiri daripada lima orang berbangsa Cina iaitu Tang Siew Mun, Yang Sin Char, Hoh Wan, Mun Fong dan Tan Lian. Pada tahun 1913, mereka memohon sebidang tanah untuk mendirikan sebuah sekolah. Rentetan itu, pada tahun 1916, Sekolah Rendah Khai Mun telah diwujudkan hasil daripada derma dan sumbangan orang ramai. Sekolah inin terrletak di jalan Chui Yin iaitu di tapak SJKC Khai Mun Pagi yang ada sekarang.1

1

Pada awalnya, Sekolah Menengah Khai Mun berasal daripada Sekolah Khai Mun, Bentong yang ditubuhkan pada 10 Mei 1916.2 Sumbangan kewangannya adalah daripada pelombong, pekebun dan peniaga-peniaga Cina tempatan. Pada tahun 1932 sekolah ini berkembang menjadi sekolah menengah di bawah pentadbiran yang sama.3 Tahun 1958 sekolah menengah atau sekolah rendah Khai Mun dipisahkan. Sekolah Menengah Khai Mun menggunakan bangunan Sekolah Menengah China Repas dengan pentadbirannya sendiri.4 (Lampiran 1) Pada tahun 1962, sekolah ini mendapat bantuan penuh daripada kerajaan dan bahasa pengantarnya dari Bahasa Cina ke Bahasa Inggeris. Pengetuanya yang pertama ialah Lee Kee dengan 7 buah kelas dan bilangan murid seramai 207 orang. Pada tahun 1965, Ah Kow menjadi pengetua kedua. Sekolah ini dijadikan sekolah peralihan bermula pada tahun 1966.5 Pada tahun 1973, sekolah ini berpindah ke bangunan baru yang ada sekarang. Ia mengandungi 8 buah kelas dengan bilangan murid yang bertambah kepada 434 orang, sebuah makmal sains, sebuah bilik ERT, sebuah bilik jahitan, pejabat dan kantin.6 Bahasa pengantarnya ialah Bahasa Melayu. Pada tahun 1975 bangunan sekolah telah dirasmikan dengan penuh istiadat oleh KDYMM Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad Shah Al Haj. Pada tahun 1977 bangunan tambahan baru didirikan dengan 2 buah makmal sains dan sebuah blok seni perusahaan. Pada tahun 1983 pusat sumber ditubuhkan. Pada tahun 1980 Chen Chin Hwa menjadi pengetua ke-3.7 Sehingga tahun 1986, jumlah murid bertambah kepada 732 orang. Guru dan kakitangan berjumlah 43 orang. Pengurusan pentadbiran dibahagikan kepada tiga bidang iaitu kurikulum, kokurikulum, dan hal ehwal murid.8 Pada tahun 1991, satu lagi bangunan tambahan dibina, sehingga kini bilangan kelas sebanyak 18 buah

2

dengan bilangan pelajar seramai 586 orang.9 Pada tahun 1992, Hajah Rosnah Mohd Tawi telah menjadi pengetua ke-4, dan yang menjadi Penolong Kanan Kokurikulum dan Pentadbiran ialah E.R Stork sementara Penolong Kanan HEM ialah A.Nagarajah.10 Sehingga 31 Mei 1993 bilangan pelajar sekolah ini telah meningkat kepada 592 orang. Bilangan guru dan pekerja ialah seramai 42 orang.11 Pada tahun 2000 blok H telah dibina bersama bengkel kemahiran hidup bersebelahan dengan padang sekolah. Bermula pada tahun 2003, bangunan baharu empat tingkat yang dikenali sebagai blok k telah digunakan sepenuhnya. Padang sekolah juga telah selesai dinaik taraf dan telah digunakan mulai awal 2013.12 Peningkatan jumlah murid juga berlaku dari tahun ke tahun dan jumlah murid terkini ialah seramai 640 orang.13 2.1 Pentadbiran Sekolah Sekolah ini mempunyai dua orang pengerusi pengelola yang pernah berkhidmat sehinngga kini. Individu pertama yang menjadi pengerusi pengelola SMK Khai Mun ini ialah Dato’ Loke Koon Kam.14 Beliau pernah berkhidmat di sekolah ini selama enam tahun iaitu bermula padda tahun 1996 hingga 1996. Jawatan ini kemudiannya dijawat oleh orang kedua, iaitu YH Dato’ Sri Hoh Khai Mun. Beliau telah mula berkhidmat bermula pada tahun 1997 sehingga kini.15 Beberapa pengetua telah berkhidmat di sekolah ini sejak tahun 1962 hingga sekarang. Antara pengetua yang pernah berkhidmat ialah Lee Kee. Beliau telah menjadi pengetua yang pertama di sekolah ini selama tiga tahun sahaja iaitu dari tahun 1962-1965. Pengetua yang kedua ialah Ng Ah Kow di mana beliau telah berkhidmat di sekolah ini paling lama iaitu selama 15 tahun, bermula pada tahun 1965-1980. Pengetua yang ketiga ialah Chen Chin Hwa. Beliau berkhidmat selama 10 tahun di SMKKM dari thun 1980-1990.16

3

Pada tahun 1991, sekolah ini tidak mempunyai pengetua hinggalah 1992. Pada tahun tersebut hadirlah pengetua yang keempat, di mana beliau merupakan pengetua wanita pertama, iaitu Hajah Rosnah bt. Mohd Tawi dan telah menjadi pengetua di sekolah ini selama 3 tahun iaitu dari 1992-1995.17 Pengetua yang seterusnya merupakan seorang wanita juga iaitu Hindon bt. Mohamad. Beliau berkhidmat hanya beberapa bulan sahaja iaitu selama 3 bulan. Beliau menjadi pengetua dari bulan Jan 1996 hingga bulan Mac 1996.18 Namun, pada tahun yang sama sekolah ini mendapat pengetua baharu iaitu seorang lelaki Cina, Lam Mow Sum dari April 1996 hingga Februari 2005 iaitu selama 9 tahun beliau telah berkhidmat sebagai pengetua di sekolah ini. Seterusnya, sekolah ini dihadiri seorang pengetua bermula bulan Julai 2005 dan berkhidmat sehinnga bulan Julai 2010, lengkap selama 5 tahun beliau menjadi pengetua.19 Pengetua ke lapan merupakan seorang wanita Cina iaitu, Chin Nyuk Peng bermula dari bulan Oktober 2010 hingga 31 Mac 2012. Pengetua kesembilan hanya berkhidmat beberapa bulan sahaja iaitu dari Mei 2013 hingga 1 Januari 2014. Sekolah ini tiada pengetua sehinggalah masuknya tahun 2015. Pada bulan november 2014, pengetua ke sepuluh iaitu Chai Yoon Choy telah dipilih untuk untuk menjadi pengetua di sekolah ini dan beliau mula berkhidmat pada tahun 2015 secara rasminya sehingga kini, tahun 2020.20 (Rujuk lampiran 5) Kehadiran pengetua baru iaitu Chan Yoon Choy di SMKKM tanggal 28 November 2014 menjadikan jumlah keseluruhan pengetua di SMKKM seramai 10 orang. Beliau masih menjadi pengetua SMKKM pada hari ini.21

4

2.2 Identiti Sekolah Setiap sekolah mempunyai identitinya yang tersendiri untuk menunjukkan perbezaan sekolah itu dengan sekolah yang lain atau untuk menunjukkan sekolahnya mudah dikenali oleh para pelajarnya termasuklah orang ramai. Identiti bermaksud ciri-ciri yang terdapat pada seseorang atau sesuatu bagi memperkenalkannya secara keseluruhan dan mengasingkannya daripada yang lain. Dalam kajian ini, pengkaji akan menjelaskan identiti sekolah secara meluas. Pengkaji telah berfokuskan kepada identiti SMK Khai Mun seperti logo sekolah, bendera sekolah, lagu sekolah, dan visi sekolah. 2.2.1 Logo Sekolah Logo sekolah merupakan simbol utama pada setiap sekolah untuk membezakan identitinya tersendiri. Sekolah Menengah Kebangsaan Khai Mun mempunyai dua warna dan tiga simbol. Warna utama yang terdapat pada logo sekolah ini adalah warna biru. Warna biru ini melambangkan keamanan, keharmonian, dan keunggulan. Warna kedua ialah warna kuning yang melambangkan kemegahan dan keunggulan. Manakala simbol seperti gacing ini melambangkan Negeri Pahang Darul Makmur. Bulat bermaksud sukan dan simbol Buku dan Pena melambangkan ilmu dan pengetahuan yang diperoleh oleh pelajar SMK Khai Mun.22 (Rujuk lampiran 3) 2.2.2 Lagu Sekolah Lagu sekolah diwujudkan bagi menimbulkan semangat pelajar rasa cinta akan sekolah yang diduduki bagi menimba ilmu. Pada tahun 1993, Sekolah Menengah Kebangsaan Khai Mun telah mencipta sebuah lagu yang bertajuk ‘Bersatu Disiplin dan Berjaya’. Namun, lagu sekolah ini telah ditukarkan sepenuhnya dan dinyanyikan bersama pelajar sehingga kini yang tajuknya masih sama tetapi liriknya telah diubah 5

sepenuhnya. Lagu sekolah ini akan diajarkan kepada murid baharu iaitu murid tingkatan 1 semasa hari orientasi sekolah.23 (lampiran 4) 2.2.3 Visi dan Misi Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Khai Mun mempunyai visi dan misi sekolah di mana ia merupakan wawasan dan pandangan jauh atau matlamat yang ingin dicapai oleh semua warga sekolah ini pada masa hadapan. Bagi mencapai visi, misi perlu ditetapkan kerana ia merupakan perkara atau tugas yang akan kita lakukan. Visinya yang berbunyi ‘Sekolah Menengah Kebangsaan Khai Mun menjadi sekolah contoh daerah Bentong’. Manakala misi sekolah ini adalah memastikan murid-murid mendapat pendidikan

yang

berkualiti selaras

dengan

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan. Misi kedua ialah mewujudkan iklim sekolah yang kondusif untuk mencapai kecemerlangan pendidikan. Seterusnya misinya yang terakhir, dengan memastikan terdapat penambahbaikan berterusan melalui perubahan yang kecil ( KAIZEN 5s).24 (lampiran 6)

3.0 Perkembangan Aspek Kurikulum dan Kokurikulum Pencapaian akademik SMKKM menunjukkan pencapaian yang sederhana, namun pada tahun 2011 sekolah ini telah melayakkan diri untuk pemantauan New Deals di bawah program NKRA berikutan peningkatan pencapaian peperiksaan SPM. Sekolah ini juga mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang kokurikulum khususnya sukan dan permainan sama ada di peringkat daerah mahupun negeri.25 Sejak sekolah ini ditubuhkan, sekolah ini telah mencapai beberapa perkembangan dan pencapaian sepanjang tahun 1916-2015. Dalam aspek kurikulum, sekolah ini mempunyai dua akedemik yang penting seperti Pentaksiran Menengah 6

Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di mana dalam tahun tersebut, terdapat pelajar-pelajar yang telah mencapai kecemerlangan dalam kurikulum. Dalam aspek kokurikulum pula, sekolah ini telah mencapai pencapaian dalam peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa tidak kira sama ada pencapaian dalam unit beruniform, kelab dan persatuan atau sukan dan permainan. 3.1 Pencapaian Kurikulum SMKKM Sekolah

Menengah Kebangsaan

Khai Mun

mempunyai peperiksaan

menengah rendah dan menengah tinggi. Bagi menengah rendah ia dikenali sebagai Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) di mana peperiksaan ini khas untuk tingkatan tiga sahaja. Bermula dari tahun 1993 PMR dijalankan sepenuhnya hinggalah tahun 2013, ianya digugurkan dari pentaksiran pelajar. Bermula pada tahun 2014, pentaksiran yang baharu telah dikuatkuasakan khas untuk pelajar tingkatan 3, iaitu Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). 3.1.1 Pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR/PT3) Sekolah Menengah Kebangsaan Khai Mun mempunyai seramai 139 orang calon bagi PMR pada tahun 1993. Dalam tahun tersebut, keputusan PMR sekolah ini telah menunjukkan pencapaian yang baik iaitu bilangan yang lulus adalah sebanyak 95 daripada 139 orang, (68.3%) lulus. Dalam pencapaian ini, terdapat dua orang pelajar yang berjaya mendapatkan 8A, dan dua orang lagi telah mendapat 7A. Manakala, terdapat seorang calon yang telah mendapat 6A dan tiga orang calon telah berjaya mendapat 5A. Subjek yang paling tinggi kelulusan adalah subjek matematik di mana 124 bilangan calon yang lulus (94.2). Subjek kedua tertinggi adalah geografi 118 kelulusan calon (85.5%) dan yang ketiga adalah subjek sains seramai 114 calon yang lulus (86.4%).26

7

Pada tahun 1994, 111 orang calon telah mengambil peperiksaan PMR. Pada tahun tersebut, seramai 86 orang calon yang lulus keseluruhan subjek iaitu (77.5%). Dalam keputusan tersebut, terdapat seorang calon yang mendapat 8A, seorang calon mendapat 7A. Manakala keputusan 6A seorang calon dan 5A telah diperoleh 4 orang calon. Dalam tahun ini, subjek yang mendapat kelulusan yang tertinggi ialah Matematik dan Sains di mana 100 orang calon yang telah lulus iaitu (90.1%) bagi kedua-dua subjek tersebut. Kedua tertinggi ialah subjek geografi dengan 98 orang calon lulus (88.3%). Yang ketiga tertinggi yang lulus ialah Bahasa Malaysia dengan bilangan 91 orang calon (82%).27 Pada tahun seterusnya, iaitu pada tahun 1995 di mana sekolah ini mempunyai calon seramai 151 yang menduduki PMR. Keputusan peperiksaan pada tahun tersebut menunjukkan seramai 121 orang calon telah lulus daripada 151 calon tersebut (80.13%). Pada tahun 1995 ini, tiada seorang pun calon yang berjaya memperoleh 8A seperti tahun-tahun sebelumnya. Namun, terdapat empat orang calon memperoleh sebanyak 7A dan tiga orang calon pula berjaya mendapat 6A. Akan tetapi keputusan 5A adalah yang paling ramai pada tahun tersebut iaitu seramai 7 orang calon. Subjek yang paling baik ialah Matematik dengan 144 calon yang lulus (95.4%). Subjek kedua tertinggi ialah geografi 137 calon yang lulus (90.7%), dan ketiga tertinggi ialah Sains seramai 134 orang calon yang lulus (88.7%).28 Di samping itu, PMR pada tahun 1996 terdapat seramai 168 orang calon yang menduduki peperiksaan tersebut. Namun, calon yang lulus dalam peperiksaan ini adalah 135 daripada 168 orang calon dengan kelulusan adalah (80.4%). Subjek terbaik ialah subjek geografi, iaitu seramai 156 calon, (92.8%) manakala Matematik pada tahun tersebut telah menurun kepada kedudukan yang kedua tertinggi dengan

8

155 orang calon lulus (95.1%). Ketiga yang tertinggi adalah subjek Bahasa Malaysia iaitu sebanyak 143 calon yang lulus (85.1%).29 Pada tahun 1997 pula, peperiksaan ini hanya diduduki oleh 154 orang calon sahaja dan keputusan yang diperoleh hanya seramai 80 orang calon yang lulus sahaja daripada jumlah keseluruhan. Pada tahun tersebut juga, keputusan 8A telah diperoleh oleh empat orang calon dan ini merupakan jumlah calon yang paling ramai mendapat 8A dalam PMR dari tahun sebelumya. Bagi keputusan 7A, 6A, dan 5A ini telah diperoleh 2 orang calon sahaja. Subjek yang tertinggi kelulusannya adalah subjek Matematik iaitu seramai 140 orang lulus (90.9%). Subjek kedua tertinggi adalah subjek geografi seramai 139 orang telah lulus daripada 154 orang calon (90.3%). Subjek Sains merupakan subjek ketiga tertinggi iaitu sebanyak 132 orang calon yang lulus (86.3%).30 Pada tahun 2014, pentaksiran Penilaian Menengah Rendah telah pun ditamatkan sepenuhnya dan digantikan dengan pentaksiran yang baru iaitu Penilaian Tingkatan 3 di mana PT3 ini dijalankan. Pada tahun tersebut seramai 155 orang calon telah menduduki pentaksiran PT3. Namun, dalam keputusan keseluruhan itu, tiada seorang pun yang berjaya meraih 9A, 8A, 7A, 6A, 5A dan 4A. Hanya terdapat empat orang mendapat keputusan dengan 3A, 16 orang calon mendapat 2A dan sebanyak 26 orang calon telah mendapat 1A. Subjek yang mendapat kelulusan yang terbaik ialah Bahasa Melayu Lisan dengan bilangan seramai 115 orang calon yang lulus (75.66%). Subjek kedua tertinggi adalah subjek sejarah dengan jumlah 106 orang calon yang lulus (69.28%). Manakala ketiga adalah subjek geografi iaitu sebanyak 88 orang calon yang lulus (56.77%).31

9

Pada tahun 2015, Peperiksaan PT3 di SMKKM mempunyai seramai 157 calon. Pada tahun tersebut tiada calon yang mendapat 8A, 7A dan 5A. Namun demikian, terdapat 2 orang calon telah mendapat 6A dan 3 orang calon pula mendapat 4A. Subjek yang mendapat kelulusan yang tertinggi ialah subjek sejarah dengan 151 orang calon yang lulus (98.05%). Subjek ini merupakan subjek yang paling tinggi peratus kelulusannya berbanding dengan tahun sebelumnya. Selain itu, subjek kedua ialah geografi dengan bilangan sebanyak 141 orang calon yang lulus (92.16%). Subjek ketiga tertinggi ialah Bahasa Melayu Lisan iaitu sebanyak 116 orang calon yang lulus (75.82%).32 Tahun yang terbaik antara 10 tahun yang telah dianalisis ialah pada tahun 1995 di mana peratusan kelulusannya adalah tinggi berbanding dengan yang lain. Pada tahun tersebut juga merupakan tahun yang paling ramai calon mendapat 7A, 6A dan 5A. Jumlah pelajar yang cemerlang pada tahun tersebut ialah seramai 14 orang. Mata pelajarannya juga merupakan yang terbaik pada tahun tersebut kerana Matematik (95.4%), Geografi (90.7%) dan Sains (88.7%). 3.1.2 Pencapaian Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Pada tahun 2009, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijalankan dengan calon seramai 127 orang. Pada tahun itu juga, hanya seorang calon sahaja yang mendapat 7A, manakala seramai 6 orang berjaya mendapat 5A dan 5 orang calon mendapat 4A. Subjek yang paling tinggi kelulusannya ialah subjek Matematik yang berjumlah 98 calon daripada 127 calon lulus (79.03%). Subjek kedua ialah Bahasa Melayu seramai 89 calon yang telah lulus (71.20%). Manakala subjek ketiga adalah Bahasa English seramai 79 orang calon (62.07%).33

10

Pada tahun 2006, jumlah calon yang menduduki peperiksaan ini ialah seramai 144 orang calon di mana, seorang calon mendapat 13A. Namun tiada calon yang mendapat 12A dan seorang calon berjaya mendapat 11A. Pada tahun tersebut juga subjek mendapat kelulusan terbaik ialah Bahasa Melayu iaitu seramai 108 orang calon yang telah lulus (73%). Subjek kedua tertinggi ialah subjek Matematik dengan 101 dari 144 calon yang lulus (70.13%). Subjek ketiga ialah Bahasa English iaitu seramai 99 orang calon yang lulus (69.23%).34 Pada tahun 2015, SPM di SMK Khai Mun mempunyai jumlah calon spm seramai 142 calon. Pada tahun tersebut, hanya seorang calon mendapat 9A, seorang mendapat 6A, 2 orang mendapat 5A dan 6 orang calon mendapat 4A. Subjek yang mendapat kelulusan terbaik ialah Bahasa Melayu iaitu sebanyak 97 calon, 68.31 peratus. Subjek kedua tertinggi adalah Sejarah sebanyak 93 calon yang lulus (66.43%) dan subjek ketiga adalah sains sebanyak 81 calon yang lulus (67.50%) daripada 120 calon yang mengambil subjek ini.35 Tahun terbaik antara 13 tahun ini ialah tahun 2009 di mana peratus kelulusannya adalah 71.20% dan jumlah pelajar yang cemerlang ialah 12 orang. Mereka adalah antara pelajar yang memperoleh 7A, 6A dan 5A. Mata pelajarannya juga merupakan antara yang tinggi peratusannya berbanding tahun lain. Matematik (79.03%), Bahasa Melayu (71.20%) dan English (62.07%).

3.2 Pencapaian Kokurikulum SMKKM Dasar utama penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum adalah wajib. Matlamat gera kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar di mana mereka hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam 11

salah satu gera kerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan. Sekolah ini juga mewujudkan peluang yang seluasluasnya kepada pelajar untuk menyertai kegiatan kokurikulum yang mereka minati.36 Pada tahun 1993, sekolah ini mengambil berat terhadap kegiatan kokurikulum pelajar. Pihak sekolah telah menubuhkan beberapa unit lembaga sekolah yang disertai oleh pelajar yang terpilih sahaja. Antara lembaga-lembaga yang penting dalam sekolah ini ialah, Lembaga Pengawas Sekolah, Lembaga Pusat Sumber, Lembaga Koperasi dan Lembaga Pinjaman Buku Teks. Selain itu juga, sekolah menubuhkan aktiviti kokurikulum dalam 3 bidang utama iaitu badan beruniform, kelab dan persatuan dan sukan dan permainan. Jumlah keseluruhan bidang kokurikulum yang ada di sekolah ini ialah 30 unit yang dibahagi kepada tiga bahagian tersebut. Kokurikulum ini disertai oleh semua pelajar SMKKM. Dalam setiap unit tersebut terdapat di antaranya yang aktif hingga mewakili sekolah sama ada dalam peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan atau Antarabangsa. Kokurikulum di sekolah ini diadakan pada waktu petang antara pukul 1:50 – 3:30 petang. Dari segi pakaiannya, sekolah ini juga membekalkan baju khas kokurikulum yang hanya dipakai pada hari rabu. Namun, baju kokurikulum ini akan dipakai hanya pada minggu kelab atau persatuan dan sukan atau permainan. Pada minggu unit beruniform, pelajar akan memakai pakaian uniform berdasarkan unit yang disertainya. Setiap unit mempunyai 4-5 orang guru dalam setiap unit di mana guru-guru ini akan memimpin pelajar-pelajar ini dan mengadakan aktiviti yang men...


Similar Free PDFs