GEJALA BULI (FALSAFAH JERI) DOCX

Title GEJALA BULI (FALSAFAH JERI)
Author Kafilah Dakwah
Pages 4
File Size 18.4 KB
File Type DOCX
Total Downloads 160
Total Views 396

Summary

TUGASAN INDIVIDU Baru-baru ini kita dikhabarkan dengan gejala buli yang semakin giat diviralkan di media sosial. Gejala buli boleh didefinasikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki, dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pe...


Description

TUGASAN INDIVIDU Baru-baru ini kita dikhabarkan dengan gejala buli yang semakin giat diviralkan di media sosial. Gejala buli boleh didefinasikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki, dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa gejala buli yang berlaku di sekolah dewasa ini semakin membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan dan masyarakat. Menurut kajian, kes buli ini semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi. Masalah membuli di sekolah perlu ditangani segera supaya tidak menjadi barah yang akan merosakkan pelajar yang menjadi mangsa buli. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya gejala buli di kalangan pelajar adalah disebabkan kurang kasih sayang daripada ibu bapa. Ibu bapa perlu lah menunjukkan contoh teladan yang baik di rumah kerana anak-anak belajar melalui didikan dan tingkah laku ibu bapa mereka di rumah. Selain itu, pelajar yang terlibat dengan buli juga terpengaruh dengan rakan sebaya mereka. Mereka seronok melihat pelajar lain yang dibuli menangis atau marah kepada mereka. Lebih menjejaskan keadaan apabila perbuatan buli ini membawa kepada kecederaan yang serius ataupun kematian. Seterusnya, perbuatan buli ini juga berpunca daripada pengaruh media massa pada hari ini yang menayangkan filem-filem yang berunsur keganasan. Ianya memberikan impak negatif kepada para pelajar. Di samping itu, punca yang menyebabkan berlakunya perbuatan buli ialah sikap pelajar berkenaan. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar yang membuli ini adalah pelajar yang kurang berdisiplin. Pelajar ini didapati sering bergaduh sama ada dengan adik-beradik di rumah ataupun dengan kawan-kawan di luar rumah. Sebahagian daripada perlakuan buli yang dilakukan juga bertujuan untuk membalas dendam atau menyakiti fizikal seseorang serta mahu mendapatkan perhatian daripad orang lain. Pada pandangan saya sebagai bakal guru, profesian perguruan perlulah melahirkan guru-guru yang berkualiti supaya dapat membimbing para pelajar supaya tidak terlibat dengan gejala-gejala negatif seperti buli. Perkara ini perlulah seiring dengan intipati utama dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI). Oleh itu, guru perlulah mengikut intipati utama dalam FPK untuk melahirkan generasi pelajar yang berkualiti dan tidak terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang tidak baik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) menjadi dasar kepada pendidikan di Malaysia. Intipati utama dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ini ialah melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelektuan (JERI). Gejala buli dalam kalangan pelajar sememangnya dapat dibendung sekiranya keseluruhan intipati FPK ini digunakan sepenuhnya. Hal ini demikian kerana, intipati yang terdapat dalam falsafah JERI adalah bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, dan bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan keluarga. Pertama, gejala buli dapat dibendung melalui unsur jasmani. Guru adalah tenaga penggerak yang berperanan membangun peribadi jasmani pelajarmya. Guru perlulah melatih...


Similar Free PDFs