KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU PDF

Title KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU
Author john biLL
Pages 29
File Size 362.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 217
Total Views 629

Summary

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU PENGENALAN Sebelum kedatangan agama Islam penduduk-penduduk di Nusantara secara keseluruhannya menganut agama Hindu. Tapi ahli-ahli arkeologis berpendapat masyarakat Melayu dewasa itu sudah pun mempunyai kebudayaan yang tersendiri dan dipengaruhi oleh kebudayaan I...


Description

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

PENGENALAN Sebelum

kedatangan

agama

Islam

penduduk-penduduk

di

Nusantara

secara

keseluruhannya menganut agama Hindu. Tapi ahli-ahli arkeologis berpendapat masyarakat Melayu dewasa itu sudah pun mempunyai kebudayaan yang tersendiri dan dipengaruhi oleh kebudayaan India dalam beberapa segi. Pengaruh kebudayaan India di Nusantara amatlah besar sehinggakan wujud beberapa buah negeri bercorak Hindu seperti Srivijaya, Funan dan Majapahit. Kedatangan Islam ke Alam Melayu pada awal abad ke-15 telah membawa perubahan yang nyata dalam kehidupan masyarakat Melayu dan pelbagai aspek. Akhirnya tamadun Islam telah menguasai kehidupan masyarakat Melayu mengatasi tamadun Hindu yang telah diamalkan oleh orang-orang Melayu semenjak berabad-abad yang lalu.

Islam mula tersebar di kalangan masyarakat Melayu melaka berikutan Parameswara yang menjadi Sultan Melaka memeluk agama Islam dan menukarkan namanya kepada Megat Iskandar Syah. Pengislaman itu diikuti oleh rakyat secara beramai-ramai sehingga akhirnya melalui usaha-usaha yang gigih Islam dapat dikembangkan diseluruh Melaka.Melaka menjadi sebuah empayar Islam yang disegani di Nusantara

Kedatangan Islam ke juga telah membawa suatu pembaharuan kepada cara hidup penduduk yang terlibat secara keseluruhannya. Pembaharuan yang paling ketara sekali ialah semangat persaudaraan dan perpaduan di kalangan penganut -penganutnya.

Sebelum itu agama Hindu adalah agama masyarakat atasan (golongan istana) kerana agama tersebut sesuai untuk menjaga kepentingan sosial dan politik mereka. Manakala rakyat bawahan biasanya menganut kepercayaan animisme.

Walaupun demikian dalam banyak perkara, ideologi Islam yang tiba di rantau ini telah memperlihatkan beberapa aspek yang rasional, radikal dan progresif, lebih daripada cara hidup tempatan itu sendiri sebelumnya.

1

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

SOSIAL DAN AKIDAH Banyak unsur sosial Islam telah meresap ke dalam kehidupan masyarakat Melayu Nusantara hasil dan perkembangan tamadun Islam itu sendiri. Antara aspek sosial yang telah dilahirkan oleh tamadun Islam ialah:

(i)

Terhapusnya sistem kasta yakni Islam membawa nilai-nilai persamaan taraf

Terhapusnya sistem kasta dan wujud nilai-nilai persamaan taraf di dalam sesebuah masyarakat. Keadaan ini secara tidak langsung bermakna kegiatan perhambaan, kezaliman, hidup berpuak-puak dan sebagainya bukan lagi satu kelaziman. Bagaimanapun, ciri-ciri masyarakat Hindu masih lagi menjadi amalan masyarakat bangsawan yang menganggap kedudukan dan keistimewaan mereka tidak setaraf dengan rakyat bawahan. 1

Dalam bidang sosial, Islam telah membawa satu perubahan yang radikal seperti yang diperkatakan oleh Weirtheim dalam bukunya Indonesia Society in Transition, Islam telah memperkenalkan konsep sama rata atau unsure demokrasi sebagai sistem kasta hindu yang membahagikan penduduk alam melayu kepada beberapa susun lapis seperti di India. Menurut Werteim, Islam juga telah menghapuskan semangat kedaerahan dan membentuk perpaduan di kalangan penduduk alam melayu melalui konsep Ummah atau masyarakat Islam. Proses perpaduan ini menurut beliau dicapai melalui perlakuan ibadat termasuk mengerjakan Haji. Beliau menyamakan peranan Islam di alam melayu dengan zaman permulaan Islam di negeri Arab kerana Islam telah menghapuskan semangat kesukuan orang-orang Arab dalam zaman permulaannya dan mewujudkan masyarakat yang bercorak universal tanpa semangat perkauman atau kebangsaan yang sempit. 2 1. Sejarah Islam Untuk STPM, halaman 364 2. Peradan Melayu Dan Islam, halaman 55-56

2

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU (ii)

Islam membentuk akhlak yang mulia dan semangat bersatu padu

Masyarakat Melayu telah menjadikan akhlak Islam sebagai asas pedoman dan amalan hidup mereka. Akhlak Islam telah membentuk manusia berkelakuan baik, kasih-mengasihi, bantu-membantu, hormat-menghormati dan sebagainya. Dengan perkataan

lain,

tiap-tiap

orang

Islam

harus

bertanggungjawab

terhadap

masyarakatnya. Umat Islam telah dipandu untuk mengeratkan hubungan antara individu dengan individu yang lain, hubungan dalam kekeluargaan umpamanya antara anak dan ibu bapa, orang tua dan orang muda dan sebagainya. Hal ini sudah tentu memberi natijah kepada hubungan sosial masyarakat Islam. Islam memang memandang berat akan soal perhubungan persaudaraan. 3

Mendirikan sesebuah masyarakat yang melaksanakan nilai-nilai keislaman yang merupakan suatu kewajipan yang dibebankan ke atas bahu semua orang Islam. masyarakat Islam yang pertama terbentuk ialah masyarakat yang didirikan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya di Madinah, sebaik sahaja Baginda berhijrah ke Madinah pada tahun 622 Masehi.

Umat Islam yang berada di bawah pimpinan Nabi Muhammad SA.W. pada ketika itu telah melaksanakan tugas mendirikan masyarakat yang berlandaskan nilai-nilai yang cekal, gigih dan jujur sehingga berjaya membentuk sebuah masyarakat yang dan menjadi contoh dan model bagi masyarakat manusia selepasnya.

3. Sejarah Islam Untuk STPM, halaman 364

3

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU Asas-asas Pembentukan Masyarakat Islam Pada Zaman Rasulullah Dan Para Sahabat

Syari’ah sebagai asas

Pembangunan akhlak

Membentuk Peribadi Muslim

Pembinaan tempat Ibadah

Persaudaraan Islam

Pembentukan masyarakat Islam telah digariskan mengikut asas-asas IsIam. Akhlak menjadi perkara asas yang perlu ditanam dan disuburkan dalam pembinaan

sesebuah

masyarakat.

Jatuh

bangun

sesebuah

masyarakat

bergantung sejauh akhlak dapat diterapkan dan cerakinkan. Dalam asas akhlak, pembentukan peribadi menjadi tunggak masyarakat akan tercapai. Seseorang individu dalam masyarakat harus mempunyai akhlak yang mantap untuk membentuk sesebuah masyarakat yang stabil. Peranan tempat ibadah juga merupakan asas kepada pembentukan sesebuah masyarakat Islam memandang ibadah sebagai perkara penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu, pembinaan tempat ibadah juga diberi penekanan dan diletakkan sebagai asas pembentukan masyarakat.

Satu

perkara

yang

tidak

kurang

pentingnya

pembentukan

masyarakat ialah persaudaraan. Ikatan antara seseorang individu seseorang individu yang lain adalah dengan persaudaraan. Setiap anggota masyarakat bersaudara dengan erti kata saling menolong dan berkerjasama dalam semua

4

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU perkara. Asas-asas tersebut saling berkait dalam pembinaan sebuah masyarakat Islam. 4

(iii)

Islam

memperkenalkan

hukum-hukum

dan

peraturan

yang

lengkap

berdasarkan Al-Quran dan Hadis.

Dalam

hal-hal

yang

berkaitan

dengan

undang-undang,

Islam

telah

memperkenalkan hukum-hukum yang lengkap Iagi saksama. Dalam pembentukan keluargaan, Islam telah memperkenalkan hukum nikah kahwin dan cerai mengikut Iunas-Iunas tertentu. Jelasnya Islam telah membawa satu bentuk undang-undang yang sesuai digunakan oleh segenap Iapisan masyarakat dan peredaran zaman. 5

Dalam masa keagungan pemerintahan kesultanan di alam Melayu ini banyak juga prinsip prinsip perundangan Islam telah dijalankan, walaupun di dalam beberapa perkara tidak begitu sempurna dan kurang memuaskan. Ada beberapa buah negeri di Sumatera yang telah menjalankan hukuman hukuman mencuri, zina, pembunuhan dan jenayah-jenayah lain mengikut perundangan Islam, begitu juga dalam soal nikah kahwin, pembahagian pusaka (Faraid),jualbeli, dan sebagainya telah cuba juga dijalankan seberapa yang boleh. Hal ini adalah merupakan suatu pembaharuan yang penting bagi masyarakat di sebelah sini.

Walau bagaimanapun ada juga ciri ciri adat istiadat Hindu dan anamisma yang masih terus menerus diamalkan, terutamanya, di dalam sistem kekeluargaan dan sedikit sebanyak di dalam lapangan pentadbiran. 6

Selain daripada itu juga, terbukti di dalam kitab Sejarah Melayu di mana Sultan Alauddin telah membina sebuah balai untuk diletakkan barang-barang tercicir di jalan raya atau di mana mana agar tuannya dapat menuntut kembali dari balai tersebut. Sesiapa yang tidak mengembalikan barang-barang yang dijumpainya akan di hukum potong tangan sama sebagaimana orang yang mencuri. 4 . Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1,halaman 143-144 5. Sejarah Islam Untuk STPM, halaman 364 6. Ikhtisar Perkembangan Islam, halaman 541-542

5

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU Contoh yang lain pula bila seseorang raja meninggal wasiat kepada anak-anaknya supaya sabar jangan tamakkan harta. Sultan Mansur Syah di dalam wasiatnya berkata:

“Jikalau kesukaran baginya (rakyat) hendaklah engkau tolong, jikalau teraniaya ia, hendaklah engkau periksai baik-baik supaya di akhirat tiada diberatkan Allah”.

Begitulah tingginya moral dan tanggungjawab seseorang raja dan pemerintah terhadap rakyatnya. Ini semua adalah kesan dan ajaran-ajaran Islam.

Di bidang undang-undang, mazhab Shafei telah memainkan peranan utama dalam menentukan hal-hal mengenai kehidupan penduduk di Nusantara seperti hal-hal berkaitan dengan warisan, harta, undang-undang mu’amallah perkara-perkara yang berkaitan dengan perkahwinan, dan hukuman terhadap orang-orang yang bersalah. Pengaruh undang-undang Islam juga terdapat di dalam undang-undang tempatan seperti undang-undang luaran di Phiipina dan undang-undang Kanun di Tanah Melayu.

Terdapat juga undang-undang adat yang diamalkan di beberapa daerah tertentu yang bercampur dengan undang-undang Islam.

Jelas undang-undang Islam telah diamalkan begitu luas dan teguh. Ini terbukti bila orang-orang Inggeris menghadapi masalah undang-undang di Tanah Melayu. Contohnya Gibson seorang penasihat undang-undang British di masa permulaan campur tangan Inggeris melaporkan yang tugasnya menghadapi kesukaran sebab undang-undang Jenayah yang diamalkan di mahkamah-mahkamah Kedah ialah undang-undang Islam. Contoh kedua Walter Scott yang bertugas di Trengganu menyatakan

tugasnya

menterjemahkan

undang-undang

di Trengganu

ini

mengalami kesukaran kerana terlalu banyak perkataan Arab dalam undangundang tersebut. 7

7. STPM Sejarah Islam, halaman 144-145

6

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU (iv)

Konsep tuhan yang esa

Pembaharuan terpenting yang jelas dapat dilihat ialah aspek kepercayaan yang mempunyai hubungan rapat dengan cara penduduk di rantau ini berfikir. Sebelum kedatangan Islam kebanyakannya beragama Hindu, selain daripada menganuti kepercayaan-kepercayaan Buddha dan anamisma, ataupun tidak berkepercayaan langsung. Mereka mempercayai Tuhan Iebih daripada satu, menyembah berhala dan berbagai Iagi, ini terutamannya dilakukan oleh penganut-penganut agama Hindu. Sementara penganut-penganut anamisma pula mempercayai bahawa segala benda di dalam dunia ini mempunyai semangat, atau dengan lain-lain perkataan, berpenunggu.

Secara keseluruhannya kedatangan agama Islam itu telah membawa kepada kepercayaan keesaan Tuhan, iaitu Allah. Kepercayaan ini merupakan suatu objektif yang maha tinggi dan merupakan suatu hakikat rasional dan universal. Mereka juga diperkenalkan dengan akidah-akidah Islam yang lain seperti Rukun Islam, Rukun Iman dan perkara-perkara lain. 8

(vi) Membawa satu revolusi mental khususnya berkaitan dengan ilmu ghaib, tawakal, qada dan qadar dan sebagainya.

Masyarakat

Melayu

disemai

dengan

pemikiran

yang

lebih

rasional

dan

berpengetahuan. Umpamanya, Islam menyatakan semua manusia mempunyai taraf yang sama di sisi Tuhan kerana mereka berasal daripada keturunan yang sama. Pengaruh Iogik dalam agama Islam telah memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat Melayu sehingga mereka tidak menolak konsep hidup dan mati, kada dan kadar dan sebagainya.

Kepercayaan dan akidah ini datang dalam bentuk ajaran metafisik ahli tasauf. Menerusi ilmu tasauf roh keagamaan yang bersifat intelektual dan akliah menjalar ke dalam fikiran

8. Ikhtisar Perkembangan Islam, halaman 540

7

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU orang ramai secara terbuka, menyebabkan timbulnya rasionalisma dan intelektualisma yang tidak pernah terlibat dalam zaman sebelum kedatangan Islam. Kelahiran ini dapat dipandang sebagai roh yang kuat yang memulakan proses perubahan falsafah hidup Nusantara, dengan memalingkan dan alam yang menitikberatkan soal khayal, dongeng, dewa-dewa,dan lain-lain kepada alam fikiran, akal dan peraturan. Ini menyediakan Nusantara untuk dunia moden yang akan datang. Muballigh-muballigh Islam mendakwahkan kepercayaan kepada Tuhan yang kekuasaanNya adalah dikendalikan oleh kebijaksanaanNya; yang kudrat iradatNya penuh dengan dayacipta bertindak mengikut kehendaknya. Manusia adalah dianggap sebagai alam kecil bagi alam semesta. Hakikat dari manusia adalah berakal, dan sifat berakal itu menjadi penghubung antara manusia dengan Allah. Konsep ini memberikan suatu kesedaran tentang harga dan kemuliaan dirinya yang tiada diberikan kepadanya dalam masa sebelum Islam. 9

Satu lagi unsur kepercayaan yang dipusakai dan kepercayaan Hindu itu ialah tentang semangat, iaitu jiwa yang penting yang terdapat pada setiap benda, baik yang bennyawa atau yang tidak bernyawa. Semangat itu ditakuti, dihormati, dan dipuja oleh mereka. Dari sini timbullah adat kebiasaan menjamu atau memuja semangat untuk menjamin keselamatan mereka, menjamin kesuburan tanah, menjamin penambahan hasil mahsul dan sebagainya. Bomoh atau pawang memainkan peranan penting mengepalai upacara memuja semangat tersebut.

Satu lagi kepercayaan yang dipengaruhi oleh zaman primitif itu ialah amalan memuja keramat. Istilah kerarnat dalam Islam khusus bagi suatu kejadian luar biasa yang terjadi dengan pertolongan Allah kepada orang yang benar-benar taat kepada Nya. Tetapi keramat dalam masyarakat Melayu telah diumumkan kepada manusia, binatang, kubur, pokok, busut, dan sebagainya. Mereka sentiasa mengunjungi tempat yang dikatakan keramat itu dengan membawa telur rebus, nasi kunyit, air tawar, dan sebagainya untuk melepaskan nazar, atau memberikan persembahan kepada penunggu di sana. 10

9. Ikhtisar Perkembangan Islam, halaman 540-541 10. Ikhtisar perkembangan Islam, halaman 545

8

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU Adat-adat yang dipengaruhi dan dipusakai dari zaman primitif ini bukan sahaja mengenai konsep kepercayaan akidah, tetapi terlibat juga bidang-bidang sosial dan kemasyarakatan seperti adat mandi safar adat perkahwinan, menyarnbut hari kelahiran bayi, dan sebagainya. Adat-adat ini telah bercampur-aduk dengan nilai-nilai Islam yang sebenar hingga susah bagi orang awam hendak membezanya. Namun demikian kepercayaan mereka terhadap Allah Yang Maha Esa dan Maha Kuasa tidak boleh diperkecilkan.

Sungguhpun

mereka

mempercayai

adanya

kuasa-kuasa

ghaib,

penunggu, atau keramat, tetapi mereka masih percaya bahawa kuasa ghaib tersebut tertakluk kepada kuasa Allah.

Kepercayaan-kepercayaan yang berbentuk primitif ini pula terus-menerus berkurangan dari masa ke masa. Kepercayaan kepada semangat padi misalnya sudah tidak ada lagi di kawasan yang menerima tanaman dua musim dalam setahun. Bomoh-bomoh juga telah berkurangan dan tidak banyak memiliki peranan setelah meluasnya klinik-klinik kesihatan di kawasan luar bandar. Lebih-lebih lagi di akhir akhir ini lahir golongan berpelajaran

yang

berfikir

rasional

menentang

kepercayaan

dan

adat

yang

bertentangan dengan konsep Islam yang sebenar. Adat-adat yang tidak bertentangan dibiarkan sehingga ia menjadi suatu ciri kebudayaan Islam pula. 11

11. Ikhtisar Perkembangan Islam, halaman 546

9

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

POLITIK Agama Islam juga telah mempengaruhi sebahagian besar bidang politik dan pentadbiran sesebuah negeri. Antara aspek yang dapat dilihat ialah:

(i)

Konsep Raja Hindu bertukar kepada Sultan

Bertukarnya sistem dan konsep raja dalam agama Hindu kepada sistem dan konsep sultan di dalam Islam. Di dalam politik yang berteraskan agama Hindu, raja dianggap bayangan tuhan ataupun dewata, tetapi di dalam Islam raja adalah manusia biasa tetapi diberi kemuliaan kerana peranannya sebagai ketua agama dan pentadbir sebagaimana yang dijalankan di dalam sistem kekhalifahan pada masa dahulu. Walaupun sultan tidak dianggap suci sebagaimana raja-raja Hindu, namun sultan dianggap mempunyai daulat dan status yang Iebih tinggi danipada orang kebanyakan. 12

Kedatangan Islam secara langsung telah memperkenalkan sistem pentadbiran secara kesultanan di rantau ini. Walaupun ini boleh dikatakan tidak banyak bezanya dengan sistem Kerajaan Hindu sebelumnya, tetapi banyak juga terdapat ciri-ciri yang tersendiri. Pemakaian sistem mufti sebagai penasihat halehwal agama Islam khususnya adalah merupakan suatu pembaharuan yang bererti. Malah secara khusus sultan atau raja telah dianggap sebagai khalifah (pengganti Nabi),

kadang-kadang

sebagai

bayang-bayang

Tuhan.

Tetapi

pemakaian khalifah atau ketua agama jika dikaji secara teliti dari aspek konsep politik Islam, mempunyai banyak perbezaan dengan apa yang sebenarnya, urnpamanya dengan apa yang berlaku di dalam sejarah Nabi Muhammad dan Khalifah Empat (Khulafa Al-Rasyidin) di Madinah. 13

12. Sejarah Islam Untuk STPM, halaman 364 13. Ikhtisar Perkembangan Islam, halaman 541

10

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU (ii)

Agama islam telah menjadi agama rasmi dalam pentadbiran dan undangundang

Agama Islam telah menjadi agama rasmi kebanyakan negara dan undang-undang Islam telah dijadikan undang-undang negara. Bermula dari kerajaan Melaka, undang-undang Islam telah bertapak di Kedah, Tenengganu dan negeri negeri lain. Walaupun begitu, pada peringkat awal cara pentadbiran Islam tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya meskipun asas undang-undang Islam telah digunakan. Umpamanya dalam Undang-undang Melaka dan Hukum Kanun Melaka masih terdapat unsur-unsur yang bertentangan dengan Islam.

Islam juga merupakan suatu tenaga perpaduan di seluruh alam Melayu yang menggerakkan satu proses ke arah kesedaran kebangsaan. Kesimpulan yang wajar dan proses ini ialah berlakunya ubah ansur sebahagian besar alam Melayu ini menjadikan bangsa Malaysia dan Indonesia moden dengan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan agama Islam sebagai agama negara. Ubah ansur ini berlaku dalam keadaan tenang sekali tanpa menerima apa-apa kekacauan yang datang menganggunya. 14

(iii)

Mewujudkan

kefahaman

tentang

kesedaran

tanggungjawab

mempertahankan agama dan negara

Agama Islam juga rnenggerakkan umatnya ke arah kesedaran kebangsaan.Islam menganjurkan perpaduan yang utuh di kalangan masyarakatnya. Tiap-tiap orang Islam diberi tanggungjawab memperjuangkan dan mempertahankan kepentingan Islam.ini disemaikan melalui semangat jihad. Hasil daripada pengaruh tersebut empayar Islam khususnya di zaman Kesultanan Melaka telah ...


Similar Free PDFs