SOALAN KUIZ TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU3122) PDF

Title SOALAN KUIZ TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU3122)
Author Mohamad Safuan
Course Tamadun Islam Tamadun Asia (titas)
Institution Open University Malaysia
Pages 11
File Size 346.7 KB
File Type PDF
Total Downloads 109
Total Views 403

Summary

KUIZ (MPU3122) mula memiliki sebuah kehidupan bermasyarakat yang mencakupi aspek politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang lebih baik dan 1. Apakah tamadun berdasarkan pernyataan di atas? A. Stratifikasi dan organisasi sosial B. Pembahagian kerja secara kolektif C. Pertumbuhan, pembinaan dan...


Description

KUIZ (MPU3122)

“Manusia mula memiliki sebuah kehidupan bermasyarakat yang mencakupi aspek politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang lebih baik dan teratur”. 1. Apakah ciri-ciri tamadun berdasarkan pernyataan di atas? A. Stratifikasi dan organisasi sosial B. Pembahagian kerja secara kolektif C. Pertumbuhan, pembinaan dan perkembangan kota D. Perubahan kehidupan nomad kepada cara hidup moden

2. Mengapa tulisan dan bahasa penting dalam proses sesebuah tamadun? A. Kehidupan lebih teratur dan bersistematik B. Mengetahui matlamat hidup untuk tamadun tersebut C. Perkembangan dan penyebaran ilmu pengetahuan D. Berperanan membentuk masyarakat yang memahami tanggungjawab mereka

3. Apakah perkataan yang TIDAK seerti dengan perkataan tamadun menurut Kamus Dewan (1991)? A. Kebudayaan B. Peradaban C. Kemajuan D. Kebendaan

4. X membawa erti kebudayaan, tamadun dan kemajuan (jasmani dan rohani). Apakah X? A. Agama B. Budaya C. Hadharah D. Peradaban 5. Apakah kepercayaan yang merujuk kepada meyakini unsur ghaib seperti roh?

A. Animisme B. Dinamisme C. Politeisme D. Monotiesme

6. Siapakah tokoh yang memperkenalkan perkataan Madaniyah? A. Al-Farabi B. Ibn Khaldun C. Ibn al-Zarqiyali D. Muhyiddin Ibn Arabi

7. Apakah asas utama yang menjadi landasan bagi pembinaan tamadun Islam? A. Syariah, ilmu, ibadah dan akhlak B. Ibadah, falsafah, akhlak dan ilmu C. Akidah, syariah, akhlak dan ilmu D. Ilmu, falsafah, akidah dan Syariah

8. Apakah fungsi as-Sunnah kepada al-Quran? A. Menjelas dan memperbaiki kandungan di dalam al-Quran B. Memperbaiki kesilapan keterangan yang terdapat di dalam al-Quran C. Memberi hukum baharu yang sudah termaktub di dalam al-Quran D. Menjelas, menerang, menegaskan serta menyokong isi kandungan al-Quran

Soalan berdasarkan pernyataan di bawah:

Persetujuan atau permuafakatan para mujtahidin umat Nabi Muhammad selepas kewafatan Baginda untuk mengeluarkan hukum atau fatwa bagi menyelesaikan masalah umat Islam.

9. Apakah sumber pembinaan tamadun Islam berdasarkan maklumat di atas? A. Qias B. Akal C. Ijmak D. Ijtihad

10. Apakah yang dimaksudkan akhlak mahmudah dalam tamadun Islam?

A. Baik B. Buruk C. Sederhana D. Pertengahan

11. Siapakah tokoh yang mencipta kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi? A. Al-Farabi B. Ibn al-Zarqiyali C. Muhyiddin Ibn Arabi D. Al-Khawarizmi

12. Siapakah tokoh yang menghasilkan buku al-Hawi? A. Al-Razi B. Al-Juljul C. Al-Qasim D. Al-Zahrawi

“Rasulullah telah berjaya mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin sehingga masing-masing sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentingan bersama”.

13. Pernyataan

di atas

kesejahteraan

hidup

merupakan insan

sumbangan

sejagat.

Apakah

tamadun bidang

Islam

terhadap

sumbangan

yang

dimaksudkan oleh maklumat di atas? A. Sosial B. Politik C. Sejarah D. Ekonomi

14. Kaligrafi merupakan sebahagian daripada seni khat dalam Islam. Yang manakah antara berikut BUKAN nama bagi khat Islam? A. Rayhan B. Raqaah C. Nasakh D. Thuluth

Khalil bin Ahmad ialah orang pertama yang menghasilkan kamus muzik yang kemudiannya diterjemahkan sebagai The Book Notes dan The Book of Rhythm. 15. Mengapakah hasil karya Khalil dijadikan sebagai buku teks rujukan bagi pelajar universiti di Sepanyol? A. Khalil telah mencedok karya muzik daripada Barat B. Karya Khalil begitu kreatif dalam penghasilan karya muzik C. Sepanyol tidak mempunyai pemuzik yang berbakat dalam mencipta muzik D. berbakat dalam mencipta muzik

16. Apakah yang dimaksudkan dengan Melayu menurut Tenas Effendy? A. Nilai anutan dan jati diri masyarakat Melayu di alam Melayu B. Sebuah masyarakat peribumi di wilayah Malay Archipelago C. Sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekumpulan orang Melayu D. Satu rumpun bangsa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu

17. Soalan berdasarkan gambar di bawah;

Berdasarkan binaan monumen di atas, apakah kepercayaan kerajaan Melayu awal ketika itu? A. Buddha-Jaina B. Hindu-Moisme C. Buddha-Hindu D. Hindu-Daoisme

18. Soalan berdasarkan gambar di bawah

Apakah nama alat muzik yang dimainkan oleh kumpulan di atas? A. Bonaq B. Kecapi C. Gambang D. Rebana

19. Siapakah masyarakat Melayu Deutro? A. Masyarakat Melayu Asli B. Masyarakat Melayu lama C. Masyarakat Melayu baru D. Masyarakat Melayu zaman batu

20. Kedatangan Islam telah merubah aspek politik dan perundangan sehingga berjaya menghasiIkan sebuah naskah Melayu yang mengandungi 27 fasal undang-undang. Apakah Naskah yang dimaksudkan? A. Undang-undang Melaka B. Hukum Kanun Melaka C. Undang-undang 99 Perak D. Undang-undang Alam Melayu

21. Apakah kelompok etnik yang terbesar di China? A. Etnik Han B. Etnik Hui C. Etnik Ming D. Etnik Tzang

22. Nyatakan dua perkara yang dianggap istimewa ketika Pesta Kuih Bulan dilangsungkan

A. Tebu dan Yee Sang B. Tebu dan kuih bulan C. Perarakan tanglung dan kuih kapit D. Perarakan tanglung dan kuih bulan

Pada zaman pembentukan tamadun China ini, negara China telah dijajah dan diperintah oleh orang luar yang terdiri daripada bangsa Monggol dan Y. 23. Apakah Y? A. Parsi B. Manchu C. Arab D. Kublai Khan

X

  

Tamadun China ditemui pada pertama kali. Kawasan di Utara China Tahun 4000 – 2000 SM

24. Apakah X A. Sungai Kuning B. Sungai Mekong C. Sungai Chao Phraya D. Sungai Yangtze

25. Apakah agama terbesar di China menurut Lok Chong Hoe? A. Konfusianisme B. China Buddha C. Buddha D. Jaina

Orang Cina banyak melakukan kajian ke atas tumbuh-tumbuhan dan menemui alkaloid dalam efedia bagi mengubati sejenis penyakit.

26. Apakah nama penyakit tersebut?

A. Asma B. Beguk C. Malaria D. Taun

27. Siapakah tokoh kesusasteraan yang penting pada zaman Han yang juga dikenali sebagai Bapa Sejarah China?

A. Su Ma Chien B. Su Mo Chuen C. Su Me Ching D. Su Ma Cheen

28. Siapakah pengasas bagi ajaran Moisme A. Mo Zi B. Lao Zi C. Menzi D. Konfusius

29. Menurut masyarakat China, aliran Daoisme diasaskan oleh dua orang pemikir agung China iaitu Lao Zi dan Zhuang Zhi. Berdasarkan aliran tersebut, Daoisme terbahagi kepada dua cabang, apakah cabang tersebut? A. Jalan Lapan Lapis Mulia dan Jalan Pertengahan Dao B. Pengalaman nilai dan sifat moral yang mulia C. Pemikiran Falsafah Dao dan aliran Keagamaan Dao D. Prinsip kesederhanaan Dao dan Jalan Agung Dao

Agama ini berasal dari India pada kurun ke-6 SM dan tersebar ke China. Agama ini diasaskan oleh Siddharta Gautama dan terkenal dengan Jalan Lapan Lapis Mulia.

30. Apakah agama yang dimaksudkan? A. Buddha B. Hindu

C. Moisme D. Daoisme 31. Dari manakah bermulanya asal usul orang-orang Indo Arya? A. Poland dan Asia Tengah B. Azerbaijan dan Afghanistan C. Pakistan dan India D. German dan Turkey

32. Mengapakah zaman kerajaan Gupta digelar sebagai zaman keemasan tamadun India?

A. Peperangan antara negeri di India B. Perluasan kuasa antara negeri di India C. Pengukuhan kebudayaan Hindu D. Kebangkitan politik India

33. Pada masa pemerintahan Sultan Y telah dibina Masjid Quwait al-Islam di Delhi yang menggabungkan ciri-ciri Hindu Islam. Siapakah Sultan Y?

A. Mahmud Ghazni B. Muhammad Pahlavi C. Cakra Adiningrat D. Habib al-Husin

34. Apakah kerajaan yang melahirkan pemimpin terkenal yang terdiri daripada Akhbar, Shah Jahan dan Aurangzeb?

A. Vedik B. Mughal C. Maurya D. Gupta

35. Pada zaman kerajaan manakah seluruh wilayah India telah bersatu

serta

penganut

Hindu

dan

Muslim

hidup

dalam

keadaan yang harmoni?

A. Kerajaan Vijayanagar B. Kerajaan Kakatiya C. Kerajaan Pandya D. Kerajaan Hoysala 36. Mengapakah sistem Jati diperkenalkan dalam masyarakat India pada akhir zaman Veda?

A. Menyatukan masyarakat B. Mengelaskan masyarakat C. Membahagikan kelas sosial D. Menjamin keselamatan rakyat 37. Kesusasteraan India telah dibahagikan kepada dua bahagian. Apakah bahagian tersebut?

A. Kesusasteraan Mahabharata dan Ramayana B. Kesusasteraan Indo-Arya dan Dravida C. Kesusasteraan Vedik dan Epik D. Kesusasteraan Arya dan Sanskrit

Setiap manusia digalakkan berbuat baik kepada semua makhluk di dunia bagi menentukan kelahiran semula kehidupan manusia dalam keadaan yang selesa seperti membantu orang susah, memberi derma, tidak menyakiti hati orang lain dan sebagainya.

38. Apakah nilai kepercayaan dalam tamadun India berdasarkan pernyataan di atas?

A. Ahimsa B. Dharma C. Karma

D. Satya

39. Yang manakah antara berikut TIDAK berperanan penting dalam teknik perubatan India?

A. Pembedahan B. Jampi C. Daun Herba D. Ubat

40. Apakah epik yang dihasilkan oleh pujangga Vyasa sekitar tahun 400 SM dan 400 M?

A. Upanishad B. Bhagavad Gita C. Ramayana D. Mahabharata...


Similar Free PDFs