Kedudukan Wanita Dalam Tamadun India PDF

Title Kedudukan Wanita Dalam Tamadun India
Author Norliana Binti Mohd Yusof
Course Digital Communication
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 5
File Size 114.7 KB
File Type PDF
Total Downloads 108
Total Views 571

Summary

4. KEDUDUKAN WANITA DALAM TAMADUN INDIA Pengenalan Mengikut tradisi India, peranan wanita dikaitkan dengan urusan rumah tangga sebagai isteri dan ibu iaitu tugas menjaga dan mengurus rumah tangga adalah tanggungjawab wanita. Dengan kata lain peranan wanita itu seolah-olah berada dalam lingkungan dom...


Description

4. KEDUDUKAN WANITA DALAM TAMADUN INDIA

4.1. Pengenalan Mengikut tradisi India, peranan wanita dikaitkan dengan urusan rumah tangga sebagai isteri dan ibu iaitu tugas menjaga dan mengurus rumah tangga adalah tanggungjawab wanita. Dengan kata lain peranan wanita itu seolah-olah berada dalam lingkungan domestik sementara peranan lelaki pula dikaitkan dengan tugasan dalam lingkungan publik iaitu bertanggungjawab mencari rezeki untuk menyara keluarga. Wanita dalam keluarga tersebut terpaksa mengharungi segala keperitan demi memuaskan hati ahli keluarganya. Memandangkan hal ini memang tidak dapat dinafikan bahawa tugas seorang wanita adalah amat berat dan setiap gerak-gerinya diberi perhatian oleh ahli keluarga dan mayarakat (Meena Shirwadker, 1979:45). Sejak turun temurun kaum wanita India telah ditindas dan dijadikan hamba. Maka keadaan ini telah mendorong masyarakat untuk mengongkong dan wanita dijadikan hamba bagi kaum lelaki (Meena Shirwadker, 1979:45). Senario ini telah bertukar menjadi sebagai suatu budaya hidup dalam kalangan masyarakat India. (Rajaswary A/P Vairan, 2005).

4.2. Kedudukan Wanita dari Sudut Falsafah Hindu Hasil karya Veda merupakan panduan penting dalam agama Hindu. Teks – teks Veda lebih membincangkan aspek keagamaan dan ritual semasa upacara keagamaan. Manakala undang – undang sosial orang India adalah ditulis oleh beberapa orang ahli falsafah India yang terkenal

sejak awal abad pertama Masihi. Tokoh – tokoh falsaha terkenal yang

mencipta undang – undang sosial adalah seperti Gautama, Baudhayana, Apastamba, Vashista dan Manu (Vimla Farooqui, 1996).

4.3. Kedudukan Wanita Dalam Keluarga Pada Abad Ke 19. 4.3.1. Isteri Apabila seorang suami kembali dari bekerja, seorang isteri harus memberi layanan yang penuh hormat dan memastikan bahawa anak – anak tidak menggangu ketika suaminya sedang berehat. Wanita Hindu tidak dibenarkan menceraikan suami.

Suami ibarat ‘tuhan’ dan harus diberi layanan istimewa walaupon kadang – kala berlaku kejam atau curang terhada isteri mereka (Margaret Cormack, 1961)

4.3.2. Ibu Di India, seorang wanita mencapai status paling tinggi apabila menjadi seorang ibu. Bahkan penghormatan ini mula diberikan sewaktu wanita diketahui mengandung kerana dianggap membawa tuah kepada keluarga tersebut. Jika seseorang wanita melahirkan anak lelaki, status ibu akan menjadi semakin tinggi. Tetapi sekiranya bayi yang dilahirkan adalah perempuan, ianya dianggap sebagai beban kerana si ayah terpaksa mencari harta untuk dijadikan hantaran perkahwinan apabila anak tersebut dewasa.

4.3.3. Kanak – Kanak Perempuan Kanak – kanak perempuan tidak bebas keluar rumah atau bermain di kawasan padang. Mereka juga dilarang keluar ruah tanpa diiringi oleh adik atau abang atau seorang yang lebih dewasa. Mereka juga jarang diberi peluang pendidikan yang tinggi seperti kanak – kanak lelaki kerana ibu – bapa beranggapan pelajaran tidak berguna bagi anak perempuan yang bakal membuat kerja rumah dan melayan suami serta anak mereka di rumah mertua.

4.4. Kedudukan Wanita dari Aspek Sosial 4.4.1. Adat Sati Menurut Gosh, S.K, dalam buku bertajuk “Indian Women Through Ages (1989)”, perkataan “Sati” bermaksud “wanita sejati”, suatu konsep yang digunakan untuk membakar wanita hidup semasa upacara pembakaran mayat suami. Adat Sati merupakan satu upacara dimana seorang balu wanita akan dibakar bersama mayat suaminya dengan cara paksaan ataupon secara sukarela oleh balu itu sendiri. Amalan ini berleluasa di kaangan masyarakat Hidnu kerana balu wanita dikatakan membawa nasib malang kepada keluarga. Wanita mandul juga menerima nasib yang sama seperti seorang balu.

4.4.2. Penindasan Balu Wanita Balu wanita yang dianggap malang tidak dibenarkan menyertai upacara sembahyang dan menyertai perayaan – perayaan agama. Malah mereka juga tidak dibenarkan keluar rumah atau menunjukkan muka apabila seseorang ahli keluarga atau tetamu hendak keluar. Mereka biasanya akan menjadi orang gaji rumah tersebut dan harus tinggal di bahagian dapur (Gosh, S.K, 1989). Wanita mandul akan menerima nasib yang sama seperti seorang balu. Lelaki dibenarkan berkahwin lagi bagi mendapatkan zuriat jika isteri pertama tidak dapat melahirkan anak, tetapi tidak boleh menceraikan isteri pertama (Margaret Cormack, 1961).

4.4.3. Perkahwinan Kanak – Kanak Perkahwinan kanak – kanak yang berusia lingkungan 5 hingga 10 tahun ini akan diatur oleh ibubapa. Kebiasaanya mereka akan dikahwinkan dengan seorang lelaki yang jauh lebih dewasa (Manmohan Kaur, 1985). Seorang kanak – kanak bernama Phulmani Dasi yang berusia 11 tahun telah meninggal dunia akibat penderaan oleh suaminya untuk mengadakan hubungan kelamin secara paksaan. Di kalangan golongan Patel di utara India, jika suami meninggal dunia pada waktu kanak – kanak perempuan masih muda, balu perempuan akan diberi kepada seorang lelaki tua yang kehilangan isteri. Kanak – kanak perempuan mengalami pelbagai dugaan dan keperitan hidup jika berkahwin pada usia muda kepada seorang lelaki tua. Jika keadaan sebaliknya berlaku, gadis India masih perlu mengharungi pelbagai rintangan akibat terpaksa tinggal bersama lelaki lain untuk memuaskan nafsu sehingga suaminya dewasa.

4.4.4. Amalan Dowri Sistem dowri merupakan satu amalan di mana pihak wanita dikehendaki membayar mas kahwin kepada pihak lelaki. Mas kahwin dihantar dalam bentuk wang, barangan kemas, binatang peliharaan, harta benda termasuk orang gaji. Amalan ini mula menonjol pada tahun 200 Masihi (Gosh S.K, 1989)

Satu jurnal yang bertajuk Somprokash, keluaran Jun – Julai 1884, telah menerbitkan satu artikel bertajuk “Sale of Sons in Bengal”, yang memaparkan kisah seorang bapa pengantin perempuan yang sedih kerana anaknya didera akibat mertua yang tamakkan dowri. Pada 15 Jun 1888, jurnal yang sama menerbitkan artikel meminta kerajaan British meluluskan satu undang – undang melindungi wanita yang ditindas akibat amalan dowri.

4.5. Kesimpulan Pada mulanya adat istiadat agama menentukan kedudukan wanita dalam masyarakat. Pada zaman Indo-Aryan, wanita diletakkan dalam kedudukan yang tinggi dan diberikan hak yang sama seperti kaum lelaki dalam bidang pelajaran, politik, falsafah dan membuat keputusan dalam isu – isu kehidupan dan masa depan mereka. Layanan yang diberikan kepada wanita pada era ini amat teruk berbanding dengan kaum lelaki. Sumbangan mereka hanya terhad setakat menjadi seorang isteri dan ibu. Mereka tidak dibenarkan keluar rumah atau menyumbang ke arah pembangunan masyarakat dan negara.

Rujukan :

http://studentsrepo.um.edu.my/1796/4/BAB3.pdf http://ir.upsi.edu.my/1253/7/FEMINISME%20DALAM%20NOVEL%20TAMIL %20MALAYSIA%20ABAD%20KE%2021.pdf “Women In India’s Freedom Struggle” by Manmohan Kaur, 1985

https://s3.amazonaws.com/academia.edu.documents/37779874/UPSI12_Jatidiri_17101 2.pdf?response-content-disposition=inline%3B%20filename %3DSidang_Pengarang.pdf&X-Amz-Algorithm=AWS4-HMAC-SHA256&X-AmzCredential=AKIAIWOWYYGZ2Y53UL3A%2F20191210%2Fus-east1%2Fs3%2Faws4_request&X-Amz-Date=20191210T143003Z&X-AmzExpires=3600&X-Amz-SignedHeaders=host&X-AmzSignature=b792dd615727ab72ef06f4aa543c706d4cda8980528b04ea75d3a6f76fd78eb c#page=159...


Similar Free PDFs