372923779 esei sumbangan tamadun India kepada dunia docx PDF

Title 372923779 esei sumbangan tamadun India kepada dunia docx
Author Dhivyah Kumaran
Course Accounting
Institution Multimedia University
Pages 2
File Size 46.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 610
Total Views 1,006

Summary

Bincangkan sumbangan Tamadun India kepada dunia.Tamadun India yang dianggap sebagai salah satu tamadun yang tertua telah membawa banyak sumbangan kepada dunia. Tamadun India mempunyai pencapaian yang tinggi dalam pelbagai bidang seperti bidang kesenian, sains dan teknologi, bahasa dan kesusasteraan,...


Description

Bincangkan sumbangan Tamadun India kepada dunia.

Tamadun India yang dianggap sebagai salah satu tamadun yang tertua telah membawa banyak sumbangan kepada dunia. Tamadun India mempunyai pencapaian yang tinggi dalam pelbagai bidang seperti bidang kesenian, sains dan teknologi, bahasa dan kesusasteraan, seni bina dan sebagainya. Dalam bidang kesenian, terdapat tiga aspek yang terkandung dalam seni halus iaitu tarian, muzik dan drama. Ketiga-tiga aspek ini boleh digunakan secara serentak. Sebagai contohnya, tarian Kathak dan tarian Bharata Natyam telah dipersembahkan serentak dengan muzik dan drama. Sebuah karya yang dinamakan Natya Sastra yang dihasilkan oleh Bharata telah menerangkan semua jenis seni halus ini. Karya ini berbincang secara keseluruhan tentang drama, cara dan teknik mengatur pentas, emosi dramatik dan bahasa persajakan. Tambahan pula, terdapat 5 perkara yang penting dalam tarian ialah muzik, pakaian, gerakan, ekspresi dan emosi. Sebenarnya, tarian yang dipersembahkan bukan semata-matanya untuk hiburan sahaja tetapi juga mengandungi unsur keagamaan. Contohnya, tarian Bharata Natyam dipersembahkan di kuil-kuil yang terletak di selatan India. Selain itu, Tamadun India juga mencapai kegemilangan dari segi seni bina. Masyarakat tamadun ini berupaya membina binaan yang sangat baik dan lengkap. Hal ini dapat dilihat dari binaan Great Bath yang merupakan mandi awam yang terawal di dunia. Masyarakat India membina bangunan mereka berasaskan elemen geometri. Sebagai contoh, bentuk bulat dan empat segi selalu digunakan dalam binaan kuil. Dari segi bina Buddha, Torana Buddha atau pintu gerbang yang diperbuat daripada batu telah diukir hikayat Buddha pada permukaannya. Bukan itu sahaja, seni bina Islam membawa hasil gabungan unsur-unsur seni bina Arab, Parsi dan tempatan. Salah satu contoh yang terbaik ialah Taj Mahal. Taj Mahal merupakan bukti kecemerlangan seni bina Islam. Seni ukir dalam tamadun India berkait rapat dengan agama merangkumi pembuatan patung, tiang berukir dan seni pahat. Tiang Asoka merupakan contoh terbaik kemegahan seni bina dan seni ukir India. Masyarakat India telah menggunakan tanah liat untuk membuat patung-patung. Di samping itu, tamadun tersebut juga mencapai kemajuan dalam bidang seni lukis dengan bukti candi dan kuil telah dihiasi dengan lukisan yang menggambarkan unsur-unsur keceriaan dan keagamaan. Sumbangan tamadun India dalam bidang sains dan teknologi memang tidak dapat dinafikan. Dalam ilmu matematik, konsep geometri telah digunakan untuk menentukan tempat upacara pengorbanan melalui kiraan astrologi. Ilmu astronomi pula telah digunakan untuk menentukan masa upacara pengorbanan. Tambahan pula, kalendar matahari juga dicipta untuk mengetahui musim, tahun, bulan dan hari. Seterusnya, perkembangan tamadun India dalam ilmu fizik dan kimia amat berkait rapat dengan agama dan teknologi. Antaranya konsep jirim lahir bukan berdasarkan kepada eksperimen tetapi berasaskan institusi logik dan akal. Mereka juga percaya alam semesta mempunyai lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. Bagi bidang kimia pula, tujuan mereka menghasilkan ubat adalah untuk memanjangkan hayat, membuat racun dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, tamadun India mempunyai kemahiran dalam bidang perubatan sejak zaman Veda lagi. Bagi mereka, ilmu perubatan merupakan ilmu sihir. Unsur-unsur bidang perubatan termasuk fisiologi, pembedahan, seni pernafasan, reproduksi mausia, farmakologi dan veterinari telah berlaku sejak zaman sebelum masihi lagi. Menurut teks-teks Ayurvedik, badan manusia terbentuk dari kombinasi angin, api dan lendir. Serangan penyakit adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan dalam badan dan harus dirawat dengan minyak urutan atau ubatan herba. Bukan itu sahaja, amalan yoga juga diperkenalkan oleh masyarakat India untuk mengekalkan kesihatan dan ketenangan minda. Yoga telah diamalkan oleh masyarakat seluruh dunia sehingga hari ini. Kesimpulannya, tamadun India mempunyai pelbagai penemuan dan pencapaian dalam pelbagai bidang. Pencapaian tinggi tamadun ini dalam bidang kesenian, sains dan teknologi telah memberi banyak sumbangan kepada seluruh masyarakat dunia. Sumbangan yang tinggi telah berjaya menjadikan tamadun India sebagai tamadun yang hebat dan kekal lama sampai ke hari ini. Jadi, kita harus menghargai sumbangan yang diberi kerana tanpa mereka bagaimanalah dunia kita sekarang....


Similar Free PDFs