442432424 Penulisan Esei AE025 docx PDF

Title 442432424 Penulisan Esei AE025 docx
Author Aisyatul Humaira’
Course Perakaunan
Institution Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Pages 33
File Size 551.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 455
Total Views 885

Summary

Penulisan Esei AE1 PENGENALAN1 Komponen Perbelanjaan Agregat(AE) dan Penawaran Agregat(AS)Dalam sesebuah ekonomi dua sektor, kerajaan dan negara asing tidak wujud, aktiviti ekonomi dijalankan oleh isi rumah dan firma sahaja. Dalam ekonomi tiga sektor, negara asing tidak wujud, aktiviti ekonomi dijal...


Description

Penulisan Esei AE025

1.0 PENGENALAN 1.1 Komponen Perbelanjaan Agregat(AE) dan Penawaran Agregat(AS) Dalam sesebuah ekonomi dua sektor, kerajaan dan negara asing tidak wujud, aktiviti ekonomi dijalankan oleh isi rumah dan firma sahaja. Dalam ekonomi tiga sektor, negara asing tidak wujud, aktiviti ekonomi dijalankan oleh isi rumah, firma dan kerajaan.

Kedua-dua ekonomi itu dikenali sebagai ekonomi tetutup kerana ekonomi tersebut tidak mempunyai hubungan ekonomi dengan negara asing, iaitu tidak menjalankan perdagangan antarabangsa.

Perbelanjaan agregat (AE) merujuk kepada jumlah pembayaran yang dilakukan oleh semua pelaku ekonomi dalam aliran pusingan pendapatan. Komponen perbelanjaan agregat (AE) dalam ekonomi dua sektor ialah C (perbelanjaan isi rumah), I (pelaburan oleh firma) dan G (perbelanjaan oleh kerajaan).

1. Perbelanjaan Penggunaan (C ) Perbelanjaan Penggunaan merupakan nilai perbelanjaan isi rumah terhadap barang dan perkhidmatan.Dalam ekonomi tiga sektor,perbelanjaan penggunaan ialah perbezaan antara pendapatan negara dengan tabungan dan cukai (C=Y-S-T).

2. Pelaburan(I) Pelaburan merupakan perbelanjaan firma terhadap barang modal untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

3. Perbelanjaan Kerajaan(G) Kerajaan berperanan melakukan perbelanjaan (perbelanjaan megurus dan perbelanjaan pembangunan) dan mengutip cukai daripada pihak isirumah dan firma. Perbelanjaan mengurus ialah perbelanjaan untuk membayar pendapatan kepada faktor isirumah seperti gaji kakitangan awam.Perbelanjaan pembangunan ialah pembayaran kepada sektor firma terhadap pelaburan awam yang dilakukan seperti membina sekolah dan jalan raya. Fungsi perbelanjaan kerajaan menunjukkan hubungan antara perbelanjaan kerajaan dengan tingkat pendapatan negara.Keluk fungsi perbelanjaan kerajaan (G) berbentuk anjal sempurna kerana pendapatan negara tidak mempengaruhi perbelanjaan kerajaan.Sekiranya perbelanjaan kerajaan tidak dipengaruhi oleh pendapatan negara,ia dinamakan sebagai perbelanjaan kerajaan autonomi.

Perbelanjaan Kerajaan (G)

Pendapatan Negara(Y)

1.2 Syarat umum keseimbangan pendapatan negara berdasarkan pendekatan AE-AS.

Keseimbangan pendapatan negara ekonomi dua sektor Keseimbangan pendapatan negara ekonomi dua sektor dapat ditentukan dengan dua pendekatan iaitu: A. )Pendekatan penawaran agregat dan perbelanjaan agregat B. )Pendekatan suntikan dan bocoran

Pendekatan penawaran agregat dan perbelanjaan agregat Dalam ekonomi yang tidak melakukan perdagangan antarabangsa,penawaran agregat dalam ekonomi hanyalah meliputi barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam ekonomi itu sendiri.Teori Keynes(Teori moden mikroekonomi) menegaskan perbelanjaan agregat sebagai faktor utama menentukan tingkat pendapatan negara sesebuah

ekonomi.Mengikut

Keynes,perbelanjaan

agregat

yang

menentukan

penawaran agregat sesebuah ekonomi.Keseimbangan pendapatan negara akan tercapai apabila penawaran agregat sama dengan perbelanjaaan agregat atau AS=AE iaitu:

Y=AE Oleh kerana AE=C+I Oleh itu, Y=C+I Tingkat pendapatan negara dalam ekonomi dua sektor adalah tidak seimbang sekiranya, A. ) Penawaran agregat > perbelanjaan agregat (Y>C+I) atau B. )Penawaran agregat < perbelanjaan agregat (Y Yf, menunjukkan bahawa keseimbangan pendapatan negara yang tercapai adalah lebih tinggi daripada tingkat pendapatan guna tenaga penuh . 3. )Oleh sebab ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh,jumlah keluaran tidak boleh ditambah unutk memenuhi lebihan perbelanjaan agregat.

4. )Maka,tingkat harga umum naik secara berterusan dan menimbulkan masalah inflasi. 5. )Pada Yf,perbelanjaan agregat LYf > pendapatan negara IY f dnegan saiz sebesar LI.LI dikenali sebagai lompang inflasi.

A. )Menaikkan cukai (

T)

1. )Penurunan cukai sekali gus

T sebesar Yf-- Ye .

Pengganda cukai

Dengan pengganda cukai = -MPC . MPS

2. )Kenaikkan cukai sekali gus T akan mengurangkan penggunaan C sebesar MPC × T. Pengurangan penggunaan C sebesar MPC × T boleh menutup lompang inflasi.

Atau T=Lompang Inflasi . -MPC

3. )Kenaikkan

cukai

menurunkan

masyarakat,penggunaan,perbelanjaan

pendapatan agregat

serta

boleh

guna

permintaan

agregat.Kesannya, KDNK benar dan harga umum menurun dan akhirnya inflasi diatas. 4. )Kenaikan

cukai

cukai,seterusnya

juga

mengurangkan

mengurangkan

keuntungan

syarikat

pelaburan,perbelanjaan

selepas

agregat,dan

permintaan agregat.Kesannya, KDNK benar dan harga umum menurun dan akhirnya inflasi diatas.

3.0 Faktor-faktor yang mempengaruhi proses keseimbangan dengan meggunakan pendekatan permintaan agregat dan penawaran agregat(AD-AS).

3.1 Definisi Permintaan Agregat (AD) Keluk permintaan agregat(AD) menunjukkan hubungan antara tingkat harga dengan keluaran negara benar yang diminta oleh pengguna.Hubungan itu digambarkan oleh keluk permintaan agregat di bawah.

3.2 Bentuk keluk AD Harga Umum

E1 E0

AD

P1

P0

Keluaran Negara Benar Y1

Y0

Titik keseimbangan ekonomi asal dititik E0 menunjukkan hubungan antara tingkat harga asal P0 dengan keluaran negara benar asal Y0.Pada harga P1 titik keseimbangan yang baru dititik E1.Bila titik E0 dan E1 disambung,terbentuklah keluk permintaan agregat(AD).

Keluk AD berbentuk mencerun ke bawah dari kiri ke kanan bermakna semakin tinggi harga,semakin sedikit barang dibeli oleh para pengguna dan sebaliknya.

3.3 Faktor-faktor mempengaruhi Peralihan Keluk Permintaan Agregat. A. )Perubahan Komponen AE(C,I,G,Xn atau X-M) B. )Perubahan Bekalan Wang

A. )Perubahan Komponen AE Pertamabahan komponen AE(iaitu C,I,G,X atau X n) akan menyebabkan peralihan kelu AD ke kanan.Sebaliknya,pengurangan komponen AE akan menyebabkan peralihan keluk AD ke kiri.

B. )Perubahan Bekalan Wang Pertambahan bekalan wang oleh bank pusat semasa kemelesetan ekonomi menyebabkan peralihan keluk AD ke kanan.Sebaliknya,pengurangan bekalan wang oleh bank pusat semasa inflasi menyebabkan peralihan keluk AD ke kiri.

Kesan Perubahan Permintaan Agregat terhadap Keseimbangan AD-AS

AS0

P

E1 P1 P0 E0

Y Y0

Y1

1. )Keseimbangan asal tercapai pada E0 apabila AD0=AS0,dengan pendapatan negara asal Y0 dan harga umum asal P0. 2. )Pertambahan Permintaan agregat mengalihkan keluk permintaan agregat ke kanan dari AD0 ke AD1 apabila keadaan yang berikut berlaku: a. )Penggunaan bertambah/tabungan berkurang b. )Kadar bunga menurun/pelaburan bertambah c. )Perbelanjaan kerajaan bertambah d. )Cukai dikurangkan e. )Eksport bertambah/import berkurang/eksport bersih bertambah f. )Bekalan wang bertambah/dasar kewangan mengembang dilaksanakan g. )Dasar fisikal mengembang/belanjawan lebihan dilaksanakan

3. ) Pada harga umum asal P0,wujud lebihan permintaan agregat.Kesannya,harga umum naik,maka firma menambahkan output,meyebabkan pendapatan negara meingkat. 4. )Setakat mana keluaran negara benar naik dan harga umum naik bergantung pada kecerunan keluk AS. 5. )Keadaan sebaliknya juga benar apabila permintaan agregat berkurang.

6. )Rajah di atas,menunjukkan bahawa pertambahan permintaan agregat yang memindahkan keluk AD ke atas dari AD0 AD1 menyebabkan harga umum naik daripada P0 kepada P1 dan pendapatan negara naik daripada Y0 kepada Y1.Keadaan ini dinamakan inflasi. 7. )Sebaliknya,pengurangan permintaan agregat yang memindahkan keluk AD ke bawah dari AD1 ke AD0 menyebabkan harga umum turun daripada P1 kepada P0 dan pendapatan negara turun daripada Y1 kepada Y0.Keadaan ini dinamakan kemelesetan ekonomi/deflasi.

3.4 Definisi Penawaran Agregat (AS) Keluk penawaran agregat(AS) menunjukkan hubungan antara tingkat harga dengan keluaran negara benar yang ditawarkan oleh pengeluar.

3.5 Bentuk keluk AS Harga Umum AS

P1

P0

Keluaran Negara Y1

Y0

Benar

Keluk AS berbentuk menaik ke atas dari kiri ke kanan,bermakna semakin tinggi harga,maka semakin banyak barang yang ditawar oleh para pengeluar. Keluk AS berbentuk sedemikian disebabkan oleh :-

a. )Hukum Pulangan berkurangan Hukum ini menyatakan bahawa semakin banyak buruh digunakan ,maka semakin berkurang keluaran buruh yang berikut.Dengan andaian upah buruh adalah

sama,keluaran sut yang merosot akan menaikan kos sut pengeluaran.Penawaran KNB yang lebih banyak hanya boleh berlaku apabila harga naik.

b. )Keluk penawaran buruh menaik ke kanan Ini bermakna semakin banyak buruh digunakan maka semakin tinggi upah per unit buruh mesti dibayar.Kos susut akan naik akibat daripada kenaikan upah apabila keluaran negara benar naik.Pertambahan KNB hanya boleh terjadi apabila harga naik.

3.6 Faktor-faktor mempengaruhi Peralihan Keluk Penawaran Agregat A. )Perubahan harga input B. )Perubahan kos buruh C. )Perubahan teknologi D. )Perubahan harga barang/sumber

A. )Perubahan harga input Kenaikkan kos pengeluaran akibat daripada kenaikkan harga input seperti upah buruh,sewa kilang,kos bahan api, dan kos bahan mentah menyebabkan para firma mengurangkan penawaran,masing-masing.

B. )Perubahan kos buruh Peningkatan kemahiran buruh melalui latihan dan kursus dalam perkhidmatan meningkatkan produktiviti buruh dan meningkatkan kos buruh.Kesannya, penawaran agregat meningkat, menyebabkan keluk AS beralih ke kanan.

C. )Perubahan teknologi

Kemajuan teknologi ,misalnya penciptaan mesin yang lebih cekap meninggikan produktiviti pengeluaran dan menambahkan kuantiti keluaran.Kesannya,penawaran agregat meningkat dan keluk AS berlaih ke kanan.Keadaan sebaliknya juga benar.

D. )Perubahan sumber Pertambahan sumber ekonomi,misalnya penghijrahan burh mahir dari luar negeri meningkatkan penawaran agregat tempatan dan mengalihkan keluk AS ke kanan .Keadaan sebaliknya juga benar.

Kesan Perubahan Penawaran Agregat terhadap Keseimbangan As-AD AS0 AS1 P E. E0 P0

E1

P1 AD0

Y Y0

Y1

1. )Keseimbangan asal tercapai pada E0 apabila AD0=AS0 dengan pendapatan negara asal Y0 dan harga umum asal P0. 2. )Pertambahan penawaran agregat mengalihkan keluk penawaran agregat ke kanan dari AS0 ke AS1 apabila keadaan yang berikut berlaku: a. )Penurunan kos pengeluaran b. )Kemajuan Teknologi c. )Peningkatan kemahiran buruh d. )Penemuan sumber ekonomi baru e. )Pertambahan galakan kerajaan f. )kejayaan R dan D menambahkan keluaran

3. )Pada harga umum asal P0,wujud lebihan penawaran agregat ,menyebabkan harga umum turun.Pada masa yang sama,pertambahan penawaran agregat firma menyebabkan pendapatan negara meningkat.

4. )Setakat mana pendapatan negara naik dan harga umum turun bergantung pada kecerunan keluk AD. 5. )Keadaan sebaliknya juga benar apabila penawaran agregat berkurang.

6. )Rajah di atas,menunjukkan bahawa pertambahan penawaran agregat yang memindahkan keluk AS ke kanan dari AS0 ke AS1 menyebabkan harga umum turun daripada P0 kepada P1 tetapi pendapatan negara naik daripada Y0 ke Y1.Keadaan ini dinamakan pertumbuhan ekonomi. 7.

)Sebaliknya,Pengurangan penawaran agregat yang memindahkan keluk AS ke kiri dari AS1 ke AS0 menyebabkan harga umum naik daripada P1 kepada P0 tetapi pendapatan negara turun daripada Y1 kepada Y0.Keadaan ini dinamakan stagflasi....


Similar Free PDFs