Etika alam sekitar fill esei DOCX

Title Etika alam sekitar fill esei
Author Moliasebi Dinggai
Pages 25
File Size 60.8 KB
File Type DOCX
Total Downloads 187
Total Views 286

Summary

1.0 Pendahuluan Alam sekitar adalah satu elemen yang penting dalam kehidupan manusia. Alam sekitar amat berkait rapat dengan kehidupan masyarakat disebabkan segala keperluan atau kegiatan manusia akan berhubung dengan alam sekitar. Contohnya, badan manusia memerlukan sayur-sayuran yang mengandungi s...


Description

1.0 Pendahuluan Alam sekitar adalah satu elemen yang penting dalam kehidupan manusia. Alam sekitar amat berkait rapat dengan kehidupan masyarakat disebabkan segala keperluan atau kegiatan manusia akan berhubung dengan alam sekitar. Contohnya, badan manusia memerlukan sayur-sayuran yang mengandungi serat bagi membekalkan vitamin dan zat yang penting untuk tubuh badan. Alamlah yang akan membekalkan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk manusia. Oleh hal yang demikian, alam ini haruslah dipelihara sama ada dari segi habitat dan ekologi dengan menitikberatkan kesan buruk pembangunan yang dirangka tanpa mengambil kira alam sekitar. Sebelum kita melangkah jauh kearah konsep etika elok kiranya kita bincangkan dulu berkenaan setiap defnisi konsep yang dinyatakan di dalam tajuk. Etika menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat(2010) bermaksud prinsip moral, akhlak, atau nilai yang menjadi pegangan seseorang individu atau sekumpulan masyarakat ketika berinteraksi atau berhubung dengan pihak yang lain sama ada ia adalah manusia atau bukan manusia. Dalam Bahasa Inggeris, etika menggunakan istilah ethics yang membawa pengertian ilmu sistematik tentang moral atau science of morals (Mohd Zuhdi Marsuki dan Amer Saifude Ghazali, 2002). Perkataan ethics itu sebenarnya pinjaman daripada bahasa Yunani iaitu ethikos. Perkataan ini sebenarnya merujuk kepada kata akar ethos yang bermaksud kelakuan, adat kelaziman atau sifat yang berkait rapat dengan kelakuan dan tindakan manusia. Jelaslah di sini bahawa, etika boleh didefnisikan sebagai tindakan atau kelakuan yang mempunyai nilai atau pegangan tertentu dalam diri sesebuah masyarakat. Alam sekitar pula disebut sebagai environment dan boleh diertikan sebagai keadaan sekeliling atau suatu lingkungan. Akta Kualiti Alam Sekeliling(1974) mendefnisikan alam sekitar sebagai faktor-faktor disekeliling manusia termasuklah tanah, air, atmosfera, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor-faktor biologi hiwan dan tumbuhan serta faktor-faktor sosial dan estetik. Secara literalnya, alam sekitar membawa maksud kesemua benda yang mengelilingi manusia dan lingkungannya. Zuhdi dan Amer(2002) turut menyatakan bahawa alam sekitar merujuk kepada fenomena fzikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi sesuatu organisma. Fenomena fzikal juga merangkumi fenomena berkaitan iklim dan cuaca. Hal ini secara langsung mengenepikan fenomena sekeliling yang bukan fzikal. Contohnya, ialah fenomena sosial yang berlaku iaitu merangkumi...


Similar Free PDFs