PENJAGAAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA DOC

Title PENJAGAAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Author Izzulaikha Ezfa
Pages 3
File Size 33 KB
File Type DOC
Total Downloads 57
Total Views 96

Summary

PENJAGAAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA Pembangunan adalah sebahagian daripada perkara yang berlaku di sekeliling kita pada setiap hari. Atas nama pembangunan, saban waktu kita melihat keadaan semula jadi di muka bumi ini terpaksa dikorbankan sedikit demi sedikit, demi apa? Demi mengejar seribu...


Description

PENJAGAAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA Pembangunan adalah sebahagian daripada perkara yang berlaku di sekeliling kita pada setiap hari. Atas nama pembangunan, saban waktu kita melihat keadaan semula jadi di muka bumi ini terpaksa dikorbankan sedikit demi sedikit, demi apa? Demi mengejar seribu impian yang terkandung dalam istilah pembangunan. Yang dihormati Guru-guru, dan rakan-rakan seperjuanganku sekalian. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa. Berdirinya saya di sini, bukanlah untuk membuang masa hadirin, akan tetapi adalah untuk menyampaikan pidato saya yang bertajuk penjagaan alam sekitar tanggungjawab bersama. Di sini saya akan mengungkap beberapa persoalan yang bersangkutpaut dengan pelestarian alam sekitar tanggungjawab bersama. Sebelum kaki mengorak langkah, lidah mengalun bicara, jika kita lihat tajuk pidato ini, ia merupakan satu tajuk yang meluas dan banyak aspek boleh dibincangkan . Tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-dalamnya maka kita dapat satu perkara yang penting iaitu pada perkataan 'tanggungjawab bersama'. Saya akan pecahkan tajuk saya ini kepada tiga kompenan utama. Yang pertama akan saya kupaskan punca-punca kemusnahan alam sekitar, keduanya kesan-kesan kemusnahan alam sekitar dan seterusnya mencari jalan alternatif dalam melestarikan alam sekitar. Semuanya tidak lain dan tidak bukan bertunjangkan tema penjagaan alam sekitar tanggungjawab bersama. Hadirin dan hadirat yang dihormati, Kompenan saya yang pertama adalah punca-punca kemusnahan alam sekitar. Kemusnahan terhadap alam sekitar terjadi angkara perbuatan manusia yang tidak mematuhi peraturan atau undang-undang Negara. Tindakan tersebut juga dikaitkan dengan sikap ingin mengaut keuntungan maksimum dan mengurangkan bebanan kos yang ditanggung. Pemimpin tersohor India, Mahatma Gandhi pernah berpesan bahawa dunia hari ini hanya mencukupi untuk orang biasa tetapi tidak kepada orang yang tamak dan haloba. Kata-kata yang terlalu besar ertinya itu membuatkan saya cukup terpanggil mengajak saudara dan saudari sama-sama memikirkan alam sekitar kita. Terdapat segelintir individu bersikap tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan yang merobek keindahan alam sekitar secara tidak mematuhi piawaian yang ditetap pihak kerajaan sekaligus menyebabkan keindahan alam sekitar tercabul. Individu yang tidak bertanggungjawab melakukan sesuatu berdasarkan mana yang lebih mudah dan menguntungkan mereka. Soal keburukan dan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pihak lain tidak pula dikisahkan. Hal ini umpama jari-jari liar yang rakus menerkam mangsanya. Batu dilontar ke depan, tangan disorok ke belakang. Yang konon- kononnya terlalu sarat, terlalu berat untuk difikirkan bersama. Menyesakkan nafas orang yang melihat. Manusia oh, manusia! Warga dewan yang dihormati, Kita terus meneroka dengan komponen kedua saya iaitu kesan-kesan kemusnahan alam sekitar. Dipetik dari Malaysia Hari Ini, para akademik mendapati bahawa dua pertiga daripada ekosistem yang seimbang yang dikaji, telah mengalami kerosakan di tangan manusia sepanjang setengah abad yang lalu. Sepanjang 50 tahun yang lalu, manusia telah mengubah ekosistem dengan pantas dan meluas berbanding mana-mana waktu dalam sejarah manusia, kebanyakannya bagi memenuhi permintaan yang meningkat untuk keperluan harian manusia. Seluruh akibatnya, hanya kini, kian...


Similar Free PDFs