KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR PDF

Title KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR
Author Nur Asyiqin
Pages 9
File Size 164.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 273
Total Views 496

Summary

SK SAINT MARK (M), SELANGAU KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR PEMOHON: JOSEPHINE JATA ANAK SALIH SK SAINT MARK (M), SELANGAU HIDUPKAN KECERIAAN ALAM RINGKASAN EKSEKUTIF 1 Nama Kelab / Persatuan Kelab Pencinta Alam Sinopsis Kelab Pencinta Alam merupakan satu platform pendedahan ba...


Description

SK SAINT MARK (M), SELANGAU

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR

PEMOHON: JOSEPHINE JATA ANAK SALIH SK SAINT MARK (M), SELANGAU

HIDUPKAN KECERIAAN ALAM

RINGKASAN EKSEKUTIF 1

Nama Kelab / Persatuan

Kelab Pencinta Alam

Sinopsis

Kelab Pencinta Alam merupakan satu platform pendedahan bagi generasi muda untuk menghargai alam sekitar untuk dinikmati oleh generasi yang lebih baharu kelak di samping memupuk sikap mencintai alam sekitar dalam kalangan murid selaras dengan kehendak dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

Penyertaan

Murid Tahun 4, 5 dan 6

Penasihat

Josephine Jata anak Salih

Alamat

SK Saint Mark (M) Pejabat Pendidikan Daerah Selangau, Lot 363, Blok 15 Selangau New Township, 96000 Sibu, Sarawak Malaysia

Kategori Kelab

Hobi dan Rekreasi

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB PENCINTA ALAM 2

SK SAINT MARK (M), SELANGAU

1.0 PENGENALAN Kelab Pencinta Alam merupakan merupakan satu inisiatif daripada pihak sekolah untuk mewujudkan generasi yang penyayang tehadap alam sekitar. Pada dasarnya, pendidikan alam sekitar merupakan satu elemen dalam pengisian kurikulum yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran sekolah rendah. Pendidikan alam sekitar bertujuan untuk menanam sikap mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid. Aktiviti berkaitan dengan alam sekitar boleh memberikan kesedaran dan membentuk etika murid untuk menghargai alam. 2.0 MATLAMAT PENUBUHAN 2.1 Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi dan bakat secara seimbang secara holistik dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2.2 Melahirkan generasi yang mempunyai sifat cinta akan keaslian alam semula jadi. 3.0 OBJEKTIF PENUBUHAN 3.1 Untuk memahami akan kepentingan ekosistem untuk kesejahteraan hidup. 3.2 Untuk mengenalpasti masalah berkaitan dengan kepupusan dan kemusnahan ekosistem. 3.3 Untuk mempelajari cara untuk menjaga dan memelihara alam sekitar. 3.4 Untuk mengaplikasikan cara penjagaan alam sekitar contohnya menanam pokok di kawasan sekolah. 3.5 Untuk mengamalkan budaya kitar semula dan guna semula dalam kalangan murid dan guru seperti menggunakan tayar terpakai untuk menanam bunga. 3.6 Untuk mengeratkan hubungan antara murid tanpa mengira bangsa, umur dan jantina. 3.7 Untuk memupuk sikap kerja sama antara murid semasa melaksanakan aktiviti kelab terutamanya dalam aktiviti berkumpulan.

4.0 RASIONAL PENUBUHAN 4.1 Belum pernah ditubuhkan pada peringkat sekolah rendah sebelum ini. 4.2 Menjadi platform pendedahan bagi generasi muda iaitu murid untuk menghargai dan menyayangi alam sekitar. 3

4.3

Menjadi aktiviti bagi mengisi masa lapang murid kerana kebanyakan murid menginap di asrama dan tinggal di rumah panjang berdekatan dengan sekolah dan mengelakkan murid daripada merayau di kawasan sekolah tanpa melakukan sebarang aktiviti yang berfaedah.

5.0 CADANGAN PERLEMBAGAAN KELAB 5.1

NAMA KELAB Kelab Pencinta Alam

5.2

IDENTITI KELAB 5.2.1 LOGO KELAB DAN HURAIAN

5.2.1.1

Bumi melambangkan penyatuan antara seluruh alam sekitar

5.2.1.2

dengan manusia. Sekawan burung melambangkan ahli kelab sentiasa bersatu

5.2.1.3

hati dan seiringan dalam menjaga alam sekitar. Pokok melambangkan keindahan tumbuhan semula jadi yang

Kami kelab pencinta alam perlu dipelihara dan dipulihara. 5.2.1.4 Orang utan melambangkan haiwan yang hampir pupus yang Bersatu menjaga keseimbangan perlu dijaga. Janganlah ... kita menghancurkannya 5.2.1.5 Tangan melambangkan peranan manusia sebagai pelindung Tidak kira siang dan malam alam sekitar. Teruskan perjuangan yang mulia Hasrat murni sentiasa 5.2.1.6 diamalkan Tangan yang kabur menandakan bumi semakin terancam. Menjaga alam dengan penuh cinta 5.2.2 MOTTO KELAB Hidupkan Keceriaan Alam Supaya kekal sejahtera Warna flora sungguh indah 5.2.3 MISI DAN VISI 5.2.3.1 jiwaMISI Bunyi fauna mengusik Membentuk ciri-ciri kepimpinan yang berdedikasi, Berdiri teguh di atas gunung berkaliber, Sinaran cahaya yang menyerlah berwibawa dan berhemah tinggi di dalam diri seseorang murid. Bermandi cahaya dan kilauan bintang 5.2.3.2 VISI Kami harap takkan pernahMenjadikan sirna murid SK St. Mark meminati alam sekitar melalui Ayuhlah bangkit jangan termenung Menjaga ... alam tanggungjawab semua aktiviti yang diadakan oleh Kelab Pencinta Alam Sekitar. Menjaga alam yang tersayang Marilah 5.2.4 kita bersatuLIRIK jiwa LAGU KELAB TAJUK LAGU: BANGKIT Tidak kira kaum atau agama Menjaga alam yang tercinta 4

5.3 PENYERTAAN / SASARAN Murid Tahap Dua SK Saint Mark yang terdiri daripada Tahun 4, 5 dan 6. 5.4 KEAHLIAN 5.4.1 Dibuka kepada murid Tahap Dua sahaja. 5.4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang. 5.4.3 Ahli-ahli mesti bersetuju dengan perlembagaan yang telah ditetapkan. 5.4.4 Ahli mesti bergiat aktif dalam aktiviti kelab. 5.5 WAKTU PELAKSANAAN Setiap Hari Rabu pada pukul 2.30 petang. (Waktu tidak tetap dan tertakluk kepada sebarang perubahan) 5.6 LOKASI PERJUMPAAN Perjumpaan akan diadakan di Kelas Tahun 5 5.7 PEMBUBARAN PERSATUAN Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara. 5.8 YURAN KEAHLIAN 5.8.1 Setiap ahli baru hendaklah membayar yuran pendaftaran dan semester kepada kelab seperti berikut:Bil. 1. 2.

Jenis yuran Yuran Pendaftaran Yuran Semester

5

Jumlah RM5 RM3

5.8.2

Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak lewat dari 1 Februari tiap-tiap tahun kepada Kelab. Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang

5.8.3

berkenaan tidak boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan. Sekiranya yuran tahunan tidak dijelaskan dalam tempoh satu (1) tahun tanpa alasan yang munasabah. Jawatankuasa kelab berhak

5.8.4

membatalkan keahlian ahli yang berkenaan. Sekiranya ahli yang telah dibatalkan keahliannya ingin menjadi ahli semula, beliau dikehendaki untuk mengemukakan permohonan baru dengan menyertakan bayaran yuran pendaftaran, yuran semester, dan penalti sebanyak RM10.

6.0 SENARAI AHLI JAWATAN KUASA YANG DIRANCANG 6.1 Ahli jawatan kuasa akan dilantik semada Mesyuarat Agong. 6.2 Pemilihan ahli jawatan kuasa dipilih berdasarkan sistem demokrasi iaitu melalui undian majoriti. 6.3 Jawatan kuasa induk hendaklah terdiri daripada: 11.3.1 Penanung (Guru Besar) 11.3.2 Guru Penasihat 1 11.3.3 Guru Penasihat 2 6.4 Ahli Jawatan Kuasa Murid 6.4.1 Pengerusi 6.4.2 Naib Pengerusi 6.4.3 Setiausaha 6.4.4 Bendahari 6.4.5 AJK Publisiti 6.4.6 AJK Dokumentasi 6.4.7 AJK Peralatan 6.4.8 AJK Kebersihan dan Keselamatan 6.4.9 AJK Keceriaan 7.0 BIDANG TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB JAWATAN KUASA 7.1 Pengerusi 7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat. 7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala 7.1.3

keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. Memberi arahan yang jelas kepada jawatankuasa dalam melaksanakan tugas atau aktiviti. 7.1.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru

Penasihat dari masa ke semasa. 7.2 Naib Pengerusi 7.2.1 Membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi. 7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. 7.2.3 Membantu pengerusi dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti.

6

7.2.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. 7.3 Setiausaha 7.3.1 Menguruskan hal-hal mesyuarat. 7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan kegiatan kelab. 7.3.3 Mencatat kehadiran ahli pada setiap perjumpaan. 7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan. 7.3.5 Membuat laporan perjumpaan dan aktiviti kelab. 7.4 Bendahari 7.4.1 Bertanggung jawab berkenaan semua hal kewangan kelab. 7.4.2 Menyimpan semua resit-resit, buku rekod wang keluar masuk dan mengumpul wang. 7.4.3 Membuat laporan wang masuk dan keluar jika diminta oleh AJK. 7.5 Ahli Jawatan Kuasa Publisiti 7.5.1 Memilih tema aktiviti yang memerlukan tema. 7.5.2 Melekatkan notis pengumuman di papan kenyataan sekolah. 7.5.3 Menghias segmen Kelab Pencinta Alam pada papan kenyataan. 7.5.4 Melekatkan laporan aktiviti pada papan notis. 7.6 Ahli Jawatan Kuasa Dokumentasi 7.6.1 Mengambil gambar pada setiap perjumpaan atau aktiviti kelab. 7.7 Ahli Jawatan Kuasa Peralatan 7.7.1 Menyenaraikan alatan yang hendak digunakan untuk perjumpaan atau aktiviti. 7.7.2 Menyediakan alatan yang digunakan. 7.7.3 Memastikan alatan dalam keadaan sempurna dan tidak hilang. 7.8 Ahli Jawatan Kuasa Kebersihan dan Keselamatan 7.8.1 Membuat jadual bertugas untuk membersihkan dan mengemas tempat perjumpaan. 7.8.2 Memastikan keadaan tempat perjumpaan dalam keadaan bersih, kemas dan teratur sebelum dan selepas perjumpaan diadakan. 7.8.3 Memastikan keselamatan individu dan sekeliling semasa aktiviti. 7.8.4 Menyediakan peti kecemasan semasa membuat aktiviti luar. 7.9 Ahli Jawatan Kuasa Keceriaan 7.9.1 Mengetuai pemikiran konsep untuk menceriakan kawasan sekolah. 7.9.2 Membuat lakaran idea tentang hiasan bagi tujuan keceriaan. 7.9.3 Menyenaraikan alatan yang sepatutnya dan kemudian diserahkan kepada AJK Peralatan. 8.0 PERANCANGAN AKTIVITI KELAB PENCINTA ALAM 8.1 Program Alam Sekitar: 1 MURID 1 POKOK 8.2 Pertandingan Kelas Mesra Alam 8.3 Ceramah Go Green 8.4 Kempen Go Green 8.5 Membuat kraftangan daripada bahan kitar semula 8.6 Pameran kraftangan 8.7 Membuka gerai jualan 8.8 Tayangan video dokumentari 8.9 Sukaneka 8.10 Gotong-royong perdana 7

8.11 8.12

Lawatan sambil belajar Jamuan akhir tahun

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Bil 1 2 3 4 5

Perkara

Kuantiti

Harga Seunit

(Unit) Cenderamata 1 Hamper mini 3 Pita pelekat 3 Kertas A4 2 Baju Kelab 20 JUMLAH KESELURUHAN (RM)

(RM) 30.00 30.00 4.00 10.00 30.00

Jumlah (RM) 30.00 90.00 12.00 20.00 600.00 752.00

Sumber Kewangan: 1. 2. 3. 4. 5.

10.0

Yuran Ahli Bantuan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Tabung Amanah Sekolah Aktiviti kelab Penaja dari badan bukan kerajaan

PENUTUP

Kesimpulannya, penubuhan Kelab Pencinta Alam pada julung kalinya dapat meningkatkan kualiti murid di SK Saint Mark. Diharapkan agar pihak tuan dapat meluluskan kertas cadangan yang kerana Kelab Pencinta Alam dapat memberikan manfaat dan pelbagai pengalaman yang bermakna kepada para murid SK Saint Mark.

8

Disediakan oleh,

Diluluskan oleh,

(JOSEPHINE JATA ANAK SALIH) Guru, Sk Saint Mark, Selangau Tarikh: 20 Januari 2017

(SALIH ANAK LIDAM) Guru Besar, Sk Saint Mark, Selangau Tarikh:…………………….

9...


Similar Free PDFs