Kertas Cadangan - HUKUMAN SEBAT PDF

Title Kertas Cadangan - HUKUMAN SEBAT
Author Syarafana Nabilah
Course Bahasa Melayu Undang-Undang 1
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 11
File Size 270.6 KB
File Type PDF
Total Downloads 185
Total Views 408

Summary

BAHASA MELAYU (BMU 533) TUGASAN: KERTAS KERJA KERTAS CADANGAN DISEDIAKAN UNTUK: PUAN NORITA BINTI HARIJAMAN DISEDIAKAN OLEH: NUR SYARAFANA NABILAH BINTI MOHD RAFIE (2017678348) KELAS: LWB04A TARIKH HANTAR: 21 MEI 2019 SENARAI KANDUNGAN 1 BIL. TAJUK MUKA SURAT 1 ABSTRAK 1 2 PENGENALAN 2 3 KANDUNGAN 1...


Description

BAHASA MELAYU UNDANG-UNDANG (BMU 533) TUGASAN: KERTAS KERJA & KERTAS CADANGAN DISEDIAKAN UNTUK: PUAN NORITA BINTI HARIJAMAN DISEDIAKAN OLEH: NUR SYARAFANA NABILAH BINTI MOHD RAFIE (2017678348) KELAS: LWB04A TARIKH HANTAR: 21 MEI 2019

SENARAI KANDUNGAN

1

BIL.

TAJUK

MUKA SURAT

1

ABSTRAK

1

2

PENGENALAN

2

3

KANDUNGAN

3-7

1.0 PENYATAAN MASALAH 2.0 KAJIAN LEPAS 3.0 METODOLOGI KAJIAN 4

PENUTUP

7

5

RUJUKAN

8

2

TAJUK: SEBAT: HUKUMAN UNTUK SETIAP PELAKU JENAYAH. NUR SYARAFANA NABILAH BINTI MOHD RAFIE [email protected] Fakulti Undang-Undang, UiTM Shah Alam

ABSTRAK Hukuman sebat merupakan salah satu hukuman yang dikenakan kepada pesalah jenayah. Hukuman ini bukan sahaja diaplikasikan dalam undang-undang jenayah sivil, tetapi juga turut diaplikasikan ke dalam undang-undang jenayah syariah. Hukuman sebat secara umumnya adalah hukuman mandatori bagi beberapa kesalahan hudud. Kebanyakan rakyat Malaysia mengetahui bahawa prosiding sebat yang diperuntukkan oleh undang-undang Syariah dilaksanakan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Namun, mereka tidak tahu bahawa bidang kuasa mahkamah syariah adalah lebih daripada perkara-perkara yang berkenaan dengan hal keluarga. Hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah hanyalah 3 tahun penjara, RM5000 denda dan 6 kali sebatan. Hukuman sebat yang boleh dilakukan oleh Mahkamah Syariah adalah berbeza dengan kaedah sebatan yang dilaksanakan di Mahkamah Sivil. Pelbagai persepsi negatif dilemparkan terhadap undang-undang syariah kerana ketidakfahaman mengenai perbezaan prosedur pelaksanaan hukuman sebat terutamanya dalam hal alatan yang digunakan dan cara sebatan. Hal ini perlu diperjelaskan dengan menyatakan perbezaan prosedur hukuman sebat yang dijalankan oleh Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.

3

PENGENALAN Hukuman sebat secara umumnya adalah hukuman mandatori bagi beberapa kesalahan hudud. Sebatan juga diaplikasikan di dalam Undang-Undang Jenayah Syariah dan juga Undang-Undang Sivil di Malaysia. Hukuman sebat di dalam Undang-Undang Sivil akan memberi impak yang negatif kepada pesalah seperti membawa penderitaan sepanjang hayat dan penghinaan daripada masyarakat sekeliling. Tujuannya adalah lebih kepada memberi hukuman dan mencederakan sebagai balasan ke atas jenayah yang dilakukan. Tujuan hukuman sebat dalam undang-undang jenayah syariah pula, adalah untuk mengajar dan mendidik penjenayah dan juga masyarakat. Objektif penciptaan Undang-Undang Jenayah Islam dan Undang-Undang Sivil adalah hampir sama iaitu untuk menjaga kepentingan umum dan memberi kesedaran kepada pelaku supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut. Namun begitu, kedua-dua undang-undang tersebut sama sekali tidak serupa. Terdapat beberapa perbezaan antara Undang-Undang Jenayah Islam dan Undang-Undang Sivil.

.

4

KANDUNGAN 1.0 PENYATAAN MASALAH

Pendedahan terhadap hukuman sebatan mengikut syariah kurang didedahkan kepada masyarakat. Oleh sebab itu masyarakat menganggap bahawa hukuman sebatan menurut syariah akan menyeksa penjenayah kerana bilangan sebatan yang banyak berbanding dengan hukuman sebatan mengikut undang-undang sivil. Masyarakat tidak sedar akan hikmah yang terkandung di dalam hukuman sebatan syariah. Tujuannya adalah untuk memberi pengajaran dan bukan untuk menyeksa. Selain itu, cara pelaksanaan sebatan menurut syariah adalah lebih mudah dan tidak menyakitkan.

Masyarakat sering menolak hukuman sebat mengikut syariah kerana golongan wanita boleh disebat di bawah undang-undang ini namun tidak di bawah hukuman sebat sivil. Di bawah Undang-Undang Sivil hanya lelaki sahaja yang boleh dihukum sebat. Masyarakat menganggap wanita adalah golongan yang lemah dan mereka tidak mampu untuk menanggung kesakitan jika disebat sedangkan Islam mempunyai tatacara yang tersendiri iaitu untuk mengajar, mendidik dan memberi keinsafan. Persepsi negatif masyarakat sekitar yang kebanyakannya datang dari orang Islam sendiri memberi impak dan kesan terhadap masyarakat lainnya terutamanya yang bukan Islam menyebabkan mereka takut untuk melaksanakan hukum Islam di Malaysia.

Kaedah penggunaan rotan terhadap pesalah, sama ada bagi kesalahan sivil dan syariah menimbulkan kontroversi apabila Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dalam laporan tahunannya telah mempertikaikan terhadap isu ini. Mereka berpendapat hukuman berbentuk fizikal adalah zalim, lebih-lebih lagi dikenakan terhadap wanita. Laporan Tahunan SUHAKAM 2018 mahu hukuman rotan dalam sistem perundangan negara dimansuhkan kerana disifatkan tidak berperikemanusiaan, terutama untuk wanita.

5

2.0 KAJIAN LEPAS

2.1 Hukuman Sebat Rotan Dari Segi Perundangan Sivil

Hukuman sebat diperuntukkan di bawah Undang-Undang Jenayah Sivil tertakluk dalam beberapa statut. Statut yang paling banyak memperuntukkan hukuman sebat ialah Kanun Keseksaan [Akta 574]. Selain itu, hukuman sebat juga terdapat peruntukan dalam Akta Senjata 1960 [Akta 206]. Akta Senjatapi (hukuman lebih berat) 1971 [Akta 37]. Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234], Akta memperbaharui undang-undang (penghapusan samsu gelap) 1976 [Akta 165]. Kesalahan-kesalahan tertentu di bawah Akta Penjara 1995 [Akta 325] juga boleh dijatuhkan hukuman sebat. Terdapat beberapa contoh kesalahan di bawah Kanun Keseksaan yang boleh dihukum sebat bersama dengan hukuman penjara dan denda. Antaranya ialah menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan di bawah seksyen 354, rogol di bawah seksyen 375, sumbang mahram di bawah seksyen 376A, dan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii di bawah seksyen 377A.

Undang-undang juga memperuntukkan Mahkamah Tinggi boleh mengenakan hukuman sebat terhadap seseorang pesalah tidak lebih 24 kali, Mahkamah Seksyen pula tidak lebih 12 kali dan Mahkamah Majistret tidak lebih enam kali, hakim pelawat tidak melebihi 24 sebatan dan Ketua Institusi tidak melebihi 12 sebatan. Mutalib (2018) 6

mengatakan bahawa di bawah Kanun Acara Jenayah, terdapat dua jenis rotan yang digunakan. Jenis nipis digunakan untuk kes rasuah, kesalahan jenayah pecah amanah dan jenayah kolar putih. Manakala jenis tebal pula digunakan untuk jenayah serius seperti kes rogol dan gangguan seksual. Namun tidak semua banduan boleh dihukum dengan hukuman sebat. Terdapat banduan yang tidak boleh disebat seperti banduanita, banduan lelaki berumur lebih 50 tahun, banduan yang dijatuhkan hukuman mati, banduan yang tidak diluluskan doktor dan banduan yang Mahkamah menimbangkan berumur lebih 50 tahun.

2.2 Hukuman Sebat Rotan Menurut Syariah Noor (n.d) merumuskan bahawa hukuman sebat di dalam Islam dibahagikan kepada dua kategori. Pertama ialah hukuman sebat dalam kesalahan hudud iaitu hukuman yang termaktub di dalam Al-Quran dan dinyatakan oleh Allah SWT seperti berzina, menuduh zina atau qazaf, dan meminum arak. Kedua ialah hukuman sebat dalam kesalahan takzir iaitu kesalahan-kesalahan yang tidak dinyatakan hukumannya di dalam Al-Quran. Ta’zir didefinisikan sebagai hukuman yang bertujuan untuk mengajar dan mendidik. Pemerintah yang akan meletakkan suatu hukuman yang dirasakan sesuai bagi suatu kesalahan dan wajar untuk dilaksanakan hukuman tersebut. Mengikut Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan, rotan yang digunakan diperbuat daripada rotan atau ranting kecil tanpa ruas atau buku padanya, dengan panjang rotan tidak lebih daripada 1.22 meter dan tebal tidak melebihi 1.25 sentimeter. Menurut Dr Nasimah (2010), beliau menyatakan bahawa rotan mempunyai banyak kebaikan dalam aspek rawatan dan kesihatan bagi memulihkan aspek fizikal dan mental para pesalah. Sebatan terhadap wanita tidak seperti undang-undang sivil. Hussin (2019) mengatakan tidak timbul isu diskriminasi kerana Akta 355 digubal oleh perundangan Persekutuan untuk digunakan pada peringkat negeri. Hal ini turut dibincangkan oleh MAIS (2015) bahawa hukuman sebat di Mahkamah Syariah bertujuan menimbulkan rasa sesalan dan bukanlah untuk menyeksa. Di bawah undang-undang Islam, pesalah dirotan di bahagian belakang badan menggunakan rotan kecil serta lengkap berpakaian. Bagi pesalah lelaki, sebatan akan dikenakan dalam keadaan berdiri. Bagi pesalah wanita pula, sebatan dikenakan

7

dalam keadaan duduk. Bagi pesalah yang mengandung, pelaksanaan hukuman ditangguhkan dan boleh dilaksanakan dua bulan selepas bersalin. 2.3 Perbandingan Cara Pelaksanaan Hukuman Sebat Bagi Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah Menurut Nasir (2013) menyatakan cara pelaksanaan hukuman sebat di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah adalah berbeza. Dari segi tempat hukuman dijalankan, keduadua hukuman akan dilaksanakan di tempat yang diarahkan oleh mahkamah. Namun, hukuman sebat di Mahkamah Syariah perlulah dilaksanakan di hadapan sekurang-kurangnya empat orang saksi lelaki Islam tetapi di Mahkamah Sivil ianya tidak dinyatakan. Masa pelaksanaan hukuman sebat di Mahkamah Syariah perlu dilakukan seberapa segera yang praktik. Di Mahkamah Sivil pula, hukuman sebat boleh dijalankan selepas tamat tempoh tujuh hari daripada hukuman itu sekiranya hukuman sebat adalah hukuman tambahan kepada hukuman penjara. Sebatan boleh dilaksanakan selepas tamat tempoh empat belas hari sekiranya hukuman penjara sehingga empat belas hari dikenakan. Sekiranya rayuan ke atas hukuman dibuat, sebatan boleh dilaksanakan selepas perintah mahkamah rayuan ditetapkan. Rotan yang digunakan di Mahkamah Syariah untuk melaksanakan hukuman ialah tidak melebihi 1.22 meter panjang dan tidak melebihi 1.25 cm tebal. Rotan tersebut juga tidak boleh mempunyai ruas atau buku. Di Mahkamah Sivil, rotan bagi dewasa tidak boleh melebihi 1.25 cm garis pusat. Bagi kanak-kanak pula rotan yang digunakan mestilah rotan yang halus dan ringan. Hukuman sebat di Mahkamah Syariah boleh dilakukan seluruh anggota badan kecuali kawasan muka, perut, dada, kepala dan bahagian-bahagian sulit. Hukuman sebat di Mahkamah pula dikenakan pada punggung pesalah sahaja. Pakaian yang perlu dipakai oleh pesalah jenayah Syariah ialah pakaian yang menutup aurat. Hal ini berbeza di Mahkamah Sivil yang hanya menutup anggota sulit pesalah sahaja. Kedudukan pesalah ketika disebat bagi Mahkamah Syariah ialah bagi pesalah lelaki hukuman sebat dijalankan dalam keadaan berdiri. Bagi pesalah wanita pula, hukuman sebat dilaksanakan dalam keadaan duduk. Bagi pesalah Mahkamah Sivil, hukuman sebat terhadap pesalah dijalankan dalam keadaan berdiri dan diikat pada tripod. Pegawai sebat yang melaksanakan hukuman sebat bagi pesalah jenayah syariah ialah seorang Islam yang adil dan matang. Bagi Mahkamah Sivil, Pegawai Sebat Rotan akan dilantik oleh Komisioner Jeneral Penjara. 8

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Penyelidikan ini menggunakan kaedah doktrinal atau lebih dikenali sebagai kajian perpustakaan. Penyelidikan perpustakaan merupakan satu teknik yang digunakan oleh seseorang penyelidik bagi mendapatkan data dan bukti melalui kajian ke atas dokumen dan rekod yang sedia ada. Melalui kaedah ini, penyelidik dapat mengkaji secara mendalam fenomena yang berlaku dalam pengkajian tersebut. Kaedah ini hampir sama dengan kaedah dokumentasi di mana pengkaji akan mengumpul data dengan merujuk kepada dokumendokumen yang diperolehi. Kesemua data akan dibaca, diteliti, dianalisis dan seterusnya dirumuskan untuk dibuat kesimpulan kepada persoalan yang berkaitan dengan masalah yang dikaji Terdapat dua sumber yang digunakan melalui kaedah ini. Pertamanya ialah sumber utama iaitu dengan melihat hukuman sebat melalui statut seperti Kanun Keseksaan [Akta 574]. Sumber sekunder juga turut digunakan untuk mentafsir dan menganalisis sumber pertama. Antara sumber kedua yang digunakan ialah buku-buku ilmiah, jurnal, majalah, kertas-kertas seminar, akhbar dan lain-lain. PENUTUP Kesimpulannya, hukuman sebat yang dilaksanakan di Mahkamah Sivil telah memberi satu tanggapan negatif kepada masyarakat pada hari ini mengenai hukuman sebat syariah. Anggapan ini merangkumi kesakitan dan penyeksaan yang dialami oleh orang yang disebat. Hukuman sebat sivil ternyata lebih memberi penyeksaan berbanding hukuman sebat syariah yang lebih ringan dan mudah, serta tidak menyeksakan. Konsep dan perlaksanaan hukuman Islam lebih ideal dan objektif dalam memberi kesedaran dan pengajaran kepada pesalah dan masyarakat. Selain itu, hukuman sebat yang dijalankan di dalam perundangan Islam hanyalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada pesalah dan masyarakat. Hukuman ini juga bertujuan untuk membanteras jenayah dari berleluasa. Dengan melaksanakan hukuman sebat ini dapat menyedarkan penjenayah dan memperbetulkan kesalahannya. Hal ini dapat membersihkan dosa penjenayah, serta dapat mendidik penjenayah dan masyarakat.

9

Oleh itu, usaha-usaha ke arah mengharmonikan antara konsep dan pelaksanaan hukuman sebat menurut perspektif Islam dan undang-undang jenayah di Malaysia patut dipandang penting dan disegerakan supaya dapat melahirkan masyarakat yang sejahtera bebas tanpa jenayah.

RUJUKAN (MAIS), M. A. (2015). Hudud Satu Penjelasan. Shah Alam: Perpustakaan Negara Malaysia. Hussin, A. (11 May, 2019). Perlukah hukuman sebat dihapuskan? Retrieved from Berita Harian Online: https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/05/562571/perlukah-hukumansebat-dihapuskan Kanun Keseksaan Malaysia (Akta 574) Mutalib, Z. A. (30 September, 2018). Hukuman sebat bagi pesalah rasuah. Retrieved from Berita Harian Online: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/480163/hukuman-sebat-bagipesalah-rasuah Nasir, A. G. (2013). Kaedah Hukuman Sebat Bagi Jenayah Syariah Perlu Digubal. Bangi: UKM News Portal.

10

Noor, A. B. (n.d.). Hukuman Mati Mandatori: Satu Analisis Menurut Pengamalan UndangUndang di Malaysia dan Syariah. Jurnal Undang-Undang Dan Masyarakat , 13-27

11...


Similar Free PDFs