Kepentingan Tanggungjawab Sosial PDF

Title Kepentingan Tanggungjawab Sosial
Author athirah jamaludin
Course Social Engagement
Institution Universiti Malaya
Pages 2
File Size 56.9 KB
File Type PDF
Total Downloads 6
Total Views 1,030

Summary

Kepentingan tanggunggjawab sosial.Dalam meniti arus kemodenan ini yang sedia canggih sejajar dengan kemajuan negara lain pada hari ini, kepentingan tanggungjawab sosial tetap menjadi keutamaan dalam kalangan keluarga, masyarakat dan negara. Terdapat beberapa kepentingan tanggungjawab sosial yang dap...


Description

Kepentingan tanggunggjawab sosial. Dalam meniti arus kemodenan ini yang sedia canggih sejajar dengan kemajuan negara lain pada hari ini, kepentingan tanggungjawab sosial tetap menjadi keutamaan dalam kalangan keluarga, masyarakat dan negara. Terdapat beberapa kepentingan tanggungjawab sosial yang dapat diterapkan dalam kehiduapan masyarakat di Malaysia ini. Antaranya termasuklah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan masyarakat. Sejak dahulu lagi, perpaduan bangsa amat dititikberatkan untuk membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni. Dengan berbuat demikian, sikap ini akan mewujudkan persefahaman baik yang secara tidak langsung dapat mengelakkan berlaku permusuhan dalam kalangan masyarakat. Melalui aktiviti tanggungjawab sosial, hubungan dapat dieratkan kerana masyarakat dapat berinteraksi dan saling mengenali antara satu sama lain. Aktiviti seperti bergotong-royong dan kempen Gaya Hidup Sihat boleh dilakukan bersama-sama tanpa mengira bangsa dan keturunan. Melalui aktiviti ini, masyarakat akan dapat mengenal hati budi masing-masing. Hal ini dapat memupukkan semangat cinta akan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Bak kata pepatah, bersekutu membawa mutu yang membawa maksud perpaduan dalam kalangan masyarakat akan lahirnya kesejahteraan hidup. Sebagaimana yang kita maklum, kepentingan tanggungjawab sosial juga boleh memberi kesedaran kepada setiap lapisan masyarakat. Oleh hal yang demikian, kita perlu melibatkan diri dalam tanggungjawab sosial kerana hal ini digambarkan sebagai tanggungjawab seseorang individu dalam menjaga kebajikan anatara satu sama lain. Malahan, perkara ini juga dapat meningkatkan semangat patrioktik rakyat kepada negara serta menunjukkan perpaduan rakyat di negara kita. Perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia merupakan agenda penting yang mendasari setiap program pembangunan negara. Kestabilan politik dan ekonomi negara boleh tergugat sekiranya perpaduan antara ahli dalam masyarakat sangat rapuh. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, berbeza latar belakang agama, kebudayaan dan cara hidup, keharmornian dan kemesraan antara anggota masyarakat Malaysia perlu disemai dan dipupuk antaranya, melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan kejiranan. Sebagai contoh, kita haruslah mengamalkan konsep 3R iaitu, guna semula (reuse), mengurangkan pembaziran (reduce) dan kitar semula (recycle) serta menggunakan konsep ini dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, mencipta kesedaran untuk mengalakkan isu yang mempengaruhi masyarakat ialah salah satu kepentingan tanggungjawab sosial.

Di samping itu, kita juga dapat melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dengan melibatkan diri dalam aktiviti tanggungjawab sosial seperti menyertai pertubuhan sukarela. Sebagai analogi, individu yang menyertai Sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) atau Bulan Sabit Merah Malaysia (BSSM) dapat menambahkan pengetahuan tentang teknik menyelamat mangsa dan ilmu pertolongan cemas. Pengetahuan tersebut dipelajari oleh sukarelawan yang menyertai pertubuhan JPAM dan BSSM semasa mereka mengikuti latihan asas sebelum menjalankan kerja-kerja sukarela. Pengetahuan ini dapat menjadi bekalan kepada mereka untuk menghadapi kehidupan pada masa depan. Tambahan pula, perkara ini tentu sekali membuatkan seseorang itu dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat. Dengan berbuat demikian, sudah pastilah individu tersebut dapat mengelakkan diri daripada melakukanperkara-perkara negatif seperti melepak di pusat beli-belah atau terlibat dalam kegiatan lumba haram. Oleh itu, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa penyertaan dalam pertubuhan sukarela ini dapat menjadi batu loncatan kepada seseorang individu untuk memperoleh pengetahuan baharu dalam hidup mereka. Selain itu, kepentingan activiti tanggungjawab sosial dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat di sesuatu tempat. Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong atau perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan semua lapisan masyarakat. Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa activiti tanggungjawab sosial yang dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh. Oleh itu, semua rakyat Malaysia perlu bangkit dan lari daripada kealpaan tentang mengamalkan aktiviti tanggungjawab sosial ini. Rakyat Malaysia tidak seharusnya mempunyai sikap evasif dan bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing malah perlu berganding bahu ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dalam usaha untuk menjayakan amalan tanggungjawab sosial ini. Sebagai masyarakat yang prihatin, kita haruslah peka akan program seperti ini dan sentiasa bersedia untuk melibatkan diri....


Similar Free PDFs