Kepentingan sukan rekreasi DOCX

Title Kepentingan sukan rekreasi
Author Jia Woon Bong
Pages 3
File Size 19.6 KB
File Type DOCX
Total Downloads 347
Total Views 702

Summary

Sukan rekreasi memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (Jeris). Justeru itu, sukan rekreasi diselaraskan dengan kurikulum di sekolah. Sukan re...


Description

Sukan rekreasi memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (Jeris). Justeru itu, sukan rekreasi diselaraskan dengan kurikulum di sekolah. Sukan rekreasi menjadi salah satu komponen penting dalam sukatan Pendidikan Jasmani. Kepentingan rekreasi dalam kurikulum sekolah 1. Pelajar cergas dan sihat Pelajar yang terlibat aktif dalam sukan dapat menjadi lebih sihat berbanding rakan-rakannya yang lain. Selain itu, mereka lebih matang memandangkan mereka dapat mengaitkan 3 komponen penting dalam pendidikan jasmani iaitu, aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Peluh akibat bersukan pula dapat mengurangkan kandungan toksik-toksik dalam badan seseorang. Sebagai contoh, pelajar yang selalu mengamalkan aktiviti 'skipping' atau 'jump rope' dapat menyihatkan jantung. Dengan ini, pelajar tersebut dapat menjadi lebih sihat dan belajar dengan lebih proaktif manakala pelajar yang tidak aktif akan sentiasa lesu dan tidak mampu menjadi modal insan kelas pertama. 2. Pelajar dapat menangani tekanan Pembelajaran di sekolah boleh jadi satu perkara yang membebankan. Pelajar- pelajar akan merasa stres dengan kerja rumah yang banyak dan kelas yang memenatkan. Jadi, ketika subjek Pendidikan Jasmanilah para pelajar dapat menghilangkan stres dengan bermain di padang mahupun ketika kokurikulum sukan. Perkara ini akan menyeimbangkan pelajar itu dengan pembelajaran akademik dan sukan. Di samping itu, hormon serotonin akan dihasilkan memandangkan Pendidikan Jasmani dan Sukan Rekreasi merupakan subjek yang menyeronokkan. Dengan ini, pelajar yang mempunyai emosi yang ceria...


Similar Free PDFs