Matlamat dan Tujuan Sukan Rekreasi DOCX

Title Matlamat dan Tujuan Sukan Rekreasi
Pages 1
File Size 19.9 KB
File Type DOCX
Total Downloads 156
Total Views 391

Summary

Matlamat Sukan Rekreasi. Sukan rekreasi bukanlah satu aktiviti luar yang hanya dilakukan secara suka-suka ataupun sekadar untuk memenuhi masa senggang seseorang. Hal ini demikian kerana aktiviti sukan rekreasi ini memiliki beberapa matlamatnya yang tersendiri untuk dicapai sepanjang pelaksanaanya. M...


Description

Matlamat Sukan Rekreasi. Sukan rekreasi bukanlah satu aktiviti luar yang hanya dilakukan secara suka-suka ataupun sekadar untuk memenuhi masa senggang seseorang. Hal ini demikian kerana aktiviti sukan rekreasi ini memiliki beberapa matlamatnya yang tersendiri untuk dicapai sepanjang pelaksanaanya. Mendedahkan pelajar dengan kehidupan alam sekitar yang berkaitan dengan flora dan fauna merupakan salah satu matlamat sukan rekreasi. Aktiviti sukan rekreasi biasanya berkaitan dengan alam sekitar dan peluang inilah yang dapat digunakan oleh guru untuk mendidik pelajar mengenali flora dan fauna selain guru juga seharusnya secara tidak langsung memberitahu kepada pelajar mengenai kepentingan flora dan fauna kepada manusia semasa melakukan aktiviti sukan rekreasi. Selain itu, menanam nilai berdikari dan kerjasama dalam kalangan para pelajar juga menjadi matlamat sukan rekreasi. Sukan rekreasi merupakan satu aktiviti yang mampu menguji keupayaan seseorang itu menguruskan dirinya semasa beraktiviti dan kemampuan seseorang itu untuk bekerjasama dengan individu lain semasa melakukan sesuatu cabaran. Jika kedua-dua perkara ini mampu dilakukan oleh pelajar tersebut maka keadaan ini menunujukkan bahawa secara tidak langsung, nilai berdikari dan bekerjasama dapat disemai dalam diri pelajar melalui sukan rekreasi. Matlamat sukan rekreasi yang berikutnya ialah meningkatkan tahap kecergasan bagi melahirkan pelajar yang aktif, kreatif dan inovatif. Sukan rekreasi boleh dianggap sebagai satu aktiviti luar yang lasak dan mampu menguji stamina seseorang pelajar itu. Sukan rekreasi ini juga merupakan satu aktiviti yang penuh dengan cabaran dari segi mental dan fizikal. Justeru bagi mengatasi cabaran yang terdapat dalam aktiviti ini, pelajar perlulah bijak untuk menangani sesuatu halangan itu dengan pemikiran yang kreatif lagi inovatif dan tidak hanya terikat kepada kebiasaan. Kenyataan ini jelas sekali menunjukkan bahawa sukan rekreasi juga bermatlamatkan untuk meningkatkan tahap kecergasan bagi melahirkan pelajar yang aktif, kreatif dan inovatif. Matlamat terakhir sukan rekreasi ialah memberi peluang kepada pelajar untuk menghayati dan mencintai alam sekitar. Sukan rekreasi jelas sekali memberi pelajar ruang dan peluang untuk mengenali serta merapatkan diri dengan alam sekitar. Apabila pelajar sudah mengenali alam sekitar sudah pasti mereka akan mula belajar untuk mencintai keindahan alam sekitar yang dikurniakan oleh Pencipta dan perkara inilah yang menjadi matlamat sukan rekreasi....


Similar Free PDFs