Kepentingan Keperluan Pekerja Sosial di Peringkat Antarabangsa PDF

Title Kepentingan Keperluan Pekerja Sosial di Peringkat Antarabangsa
Author Syahirah Bastari
Pages 10
File Size 168.4 KB
File Type PDF
Total Downloads 497
Total Views 564

Summary

Program Kerja Sosial SSW410: Kerja Sosial Antarabangsa dan Silang Budaya Semester 1, Sidang Akademik 2016/2017 Kerja Kursus Individu: Kepentingan Keperluan Pekerja Sosial di Peringkat Antarabangsa Nur Syahirah Ahmad Bastari 122423 Nama Pensyarah Dr Mohd Haizzan Bin Yahaya Dr Zulkarnain Ahmad Hatta 1...


Description

Program Kerja Sosial SSW410: Kerja Sosial Antarabangsa dan Silang Budaya Semester 1, Sidang Akademik 2016/2017

Kerja Kursus Individu: Kepentingan Keperluan Pekerja Sosial di Peringkat Antarabangsa

Nur Syahirah Ahmad Bastari 122423

Nama Pensyarah Dr Mohd Haizzan Bin Yahaya Dr Zulkarnain Ahmad Hatta

1 Pengenalan Kerja sosial antarabangsa adalah profesion kerja sosial yang berhadapan dengan isu antara beberapa negara atau sempadan silang budaya dalam penyelesaian masalah atau konflik. Menurut Lyons (1999), bidang kerja sosial antarabangsa merangkumi praktis silang budaya dan antarabangsa untuk mempengaruhi polisi dan praktis undang-undang supranational. Supranational adalah satu bentuk undang-undang antarabangsa yang dibentuk atas limitasi hak antara negara-negara yang berdaulat. Berbeza pula dengan pandangan Healy (2001) yang menyatakan bahawa kerja sosial antarabangsa adalah tindakan dan pembuatan kes bagi meningkatkan kefungsian global di mana kerja sosial tempatan dan khidmat manusia domestik mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk terlibat dalam aktiviti antarabangsa yang merangkumi advokasi, pertukaran profesional, praktis antarabangsa dan pembangunan polisi antarabangsa. Kerja sosial antarabangsa juga ditakrifkan sebagai praktis kerja sosial dengan golongan imigrasi dan pelarian (Sanders,1984; Sanders & Pedersen, 1984). Malah sejak 1990-an, kerja sosial antarabangsa juga telah dikenali daripada pelbagai sudut perspektif yang luas iaitu sebagai praktis profesional yang melepasi sempadan negara serta berkaitan hubungan dan pertukaran antara negara (Hokenstad, Khinduka, & Midgley, 1992). Kepentingan Pekerja Sosial Antarabangsa Kerja sosial antarabangsa berperanan besar dalam pelbagai bidang yang merentas sempadan negara seperti isu hak asasi manusia, keadilan sosial, hubungan diplomatik, pendidikan, penyelidikan dan sebagainya. Pekerja sosial antarabangsa juga turut aktif dalam praktis isu global seperti menangani masalah pelarian, imigran, bencana alam dan sosial (Lyons, 1999). Berikut merupakan kepentingan keperluan pekerja sosial antarabangsa yang akan dikupas satu persatu bagi melihat kegentingan keperluannya dalam menangani isu global pada masa kini. Kepentingan dalam Membina Hubungan Diplomatik Antarabangsa

2 Kepentingan kewujudan pekerja sosial antarabangsa dapat dilihat melalui pembinaan hubungan diplomatik antara beberapa negara di mana pekerja sosial akan melihat realiti semasa politik dan sosial yang merangkumi undang-undang dan budaya sesuatu negara serta mempelajari dan mengkaji pengalaman daripada pelbagai negara mengenai adaptasi sesuatu praktis terhadap negara dan undang-undang antarabangsa (Ahmadi, 2002). Apabila menyebut mengenai antarabangsa, secara automatik skop yang perlu dilihat adalah secara global dan menyeluruh tanpa bias pada mana-mana pihak melalui integrasi budaya global bagi mengelakkan konflik dan menggalakkan keamanan sesama negara. Keamanan tersebut dicapai bukan sekadar penghormatan terhadap negara lain malah diperoleh daripada pembinaan hubungan diplomatik antarabangsa yang dapat diimplementasikan oleh pekerja sosial antarabangsa yang berperanan sebagai mediator atau orang tengah dalam mencapai suatu kata sepakat secara aman. Misalnya, tragedi perebutan hak ke atas Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan antara Malaysia dan Indonesia serta cubaan campur tangan daripada negara Filipina pada tahun 1996. Perebutan ini terjadi apabila kedua-dua pihak menyatakan tuntutan hak masing-masing bagi pemilikan pulau-pulau tersebut (Abd Latif & Tiung,2007). Di sini peranan pekerja sosial antarabangsa adalah sebagai orang tengah untuk menilai dan mengkaji status dan sejarah latar belakang pemilikan pulau-pulau terbabit di samping menjadi broker dengan menghubungkan dan memanjangkan isu tersebut kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague untuk diperdebatkan secara adil dan saksama. Pekerja sosial juga berperanan membina dan memastikan hubungan diplomatik antara negara tersebut terus terjaga terutamanya antara Malaysia dan Indonesia bagi memastikan pergolakan dan perang dingin tidak terjadi seterusnya menggelakkan keadaan daripada menjadi lebih buruk. Kepentingan peranan pekerja sosial antarabangsa dalam pembinaan hubungan diplomatik dapat dilihat buat pertama kali dalam sejarah Asia Tenggara, dua negara berjiran bersama-sama bersetuju untuk

3 menyelesaikan isu tersebut secara aman menerusi penglibatan pihak ketiga yang berasaskan undang-undang antarabangsa. Namun, kepentingan peranan pekerja sosial tidak terhenti setakat itu sahaja malah pekerja sosial perlu memastikan kelangsungan hubungan diplomatik tersebut perlu kekal terjaga sehingga ke generasi-generasi akan datang. Kepentingan dalam Memahami Silang Budaya dan Antarabangsa Zaman modenisasi kini, peningkatan penghijrahan pelajar antarabangsa semakin ketara malah kebanyakan pelajar antarabangsa lebih cenderung untuk tinggal dan bekerja di luar negara setelah tamat belajar atas faktor ekonomi, politik dan pengangguran di negara asal. Kebanyakan negara seperti Australia, Amerika Syarikat dan New Zealand juga telah mengemaskinikan polisi imigresen bagi negara masing-masing untuk permohonan kerakyatan kekal bagi pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan akademik kepada pelajar-pelajar antarabangsa yang telah menamatkan pelajaran (Ryan & Zuber-Skeritt, 1999). Keperluan kepentingan pekerja sosial antarabangsa adalah dengan memainkan peranan penting dalam memastikan setiap pelajar antarabangsa memahami struktur silang budaya bagi memastikan setiap daripada mereka dapat mengadaptasi dan bersosialisasi dengan baik di negara tersebut. Pekerja sosial antarabangsa juga amat diperlukan bagi memastikan intervensi yang diberikan kepada pelajar-pelajar antarabangsa tidak berat sebelah dan sesuai mengikut konteks pelajar itu sendiri dan negara tersebut selari dengan undang-undang negara bukan sekadar melihat sudut pandang budaya negara tersebut sepenuhnya. Hal ini demikian kerana kebanyakan pelajar antarabangsa mengalami kesukaran untuk bersosialisasi mengenali budaya dan kepelbagaian di negara tersebut seterusnya menimbulkan rasa kurang senang bagi pelajar tempatan apabila ditambah pula dengan permasalahan bahasa dan komunikasi (Ahmad & Weerakkody, 2011). Peranan penting pekerja sosial yang dapat dimainkan adalah menjadi pendidik untuk menjelaskan setiap aspek budaya dengan lebih spesifik mengenai realiti sosial sebagai persediaan kepada pelajar

4 antarabangsa. Hal ini demikian kerana, segelintir pelajar antarabangsa kurang pengetahuan mengenai sistem komunikasi dan budaya di negara lain masih belum dapat mengadaptasi kesedaran kendiri seperti terikat dengan perbezaan agama, bangsa, etnik, kewarganegaraan, cuaca, nilai, kepercayaan dan pengalaman hidup di tempat asal yang menyukarkan mereka untuk beradaptasi dengan negara tersebut (Ahmad & Weerakkody, 2011). Memastikan Keadilan Sosial dan Hak Asasi Manusia Terjamin Hak asasi manusia merupakan hak setiap individu untuk bebas mendapatkan hak yang sama rata tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa, budaya dan sebagainya namun ia berbeza mengikut sudut geografi dan bergantung pada keperluan masyarakat tersebut. Secara umumnya, hak asasi manusia didefinisikan sebagai perlakuan terhadap setiap individu mengikut dasar kemanusiaan yang sebenar (Abdul Wahab & Bidin, 2000). Sekiranya hak asasi manusia tersebut dicabuli, maka tuntutan yang dibuat adalah bagi mempertahankan keadilan sosial individu atau kelompok tersebut. Keadilan sosial merupakan suatu hak yang diperakui oleh Perkara 22 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948. Misalnya, isu pelarian Syria yang giat diperkatakan kini yang mana terdapat banyak negara mengiktiraf penerimaan terhadap pelarian Syria seperti negara Malaysia, Australia, United Kingdom, Jerman, Finland, Austria, Perancis dan Itali. Malahan, negara Lebanon, Jordan, Iraq, Turki, dan Egypt turut menerima dan membantu golongan pelarian Syria mendapatkan keperluan asas tersebut melalui pertubuhan The United Nation Children’s Fund (UNICEF) terutamanya golongan kanak-kanak (UNICEF, 2014). Oleh itu, peranan pekerja sosial antarabangsa berkaitan isu ini bukan sahaja memastikan setiap pelarian Syria mendapat bantuan keperluan asas malah perlu memastikan komuniti tidak ditindas dan tidak didiskriminasikan oleh negara penerima. Selain itu, pekerja sosial antarabangsa berperanan penting dalam memastikan golongan pelarian Syria di negara-negara penerima dapat

5 menyesuaikan diri dengan budaya dan persekitaran mereka khususnya di negara-negara Eropah yang bertentangan dengan budaya dan persekitaran negara-negara Arab. Negara Australia adalah salah sebuah negara yang menerima paling ramai golongan pelarian Syria untuk ditempatkan di negara mereka atas dasar kemanusiaan (Australian Government, 2015). Namun begitu, dalam masa yang sama Australia juga merupakan orang kuat dalam memerangi Syria dan Iraq atas faktor ingin menghapuskan pengganas Islamic State of Iraq and Syria (ISIS). Malah, menurut Gardner, Karakasoglu dan Luchtenberg (2008) dan Chopra (2015), negara Australia juga mengalami Islamophobia di mana individu dan kumpulan yang beragama Islam ditindas dan didiskriminasikan oleh penganut agama lain dengan menyatakan bahawa penganut agama Islam adalah sebagai pengganas. Oleh itu, kewujudan pekerja sosial antarabangsa adalah untuk menilai semula sejauh mana keperluan komuniti pelarian Syria ini diberi dan dijaga di samping memastikan golongan ini tidak didiskriminasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Memastikan Pendidikan dan Penyelidikan Kerja Sosial Memenuhi Piawaian Global Keperluan pekerja sosial antarabangsa dalam memastikan penyelarasan pendidikan dan penyelidikan kerja sosial bertaraf antarabangsa di peringkat global amat diperlukan. Hal ini demikian kerana kewujudan pekerja sosial antarabangsa bukan sahaja dapat menggalakkan dan mengekalkan kualiti amalan kerja sosial berada dalam posisi piawaian tahap pendidikan global malah membolehkan transaksi pengetahuan dan kemahiran berkaitan isu-isu semasa di seluruh pelosok dunia dapat dipelopori secara menyeluruh dan saksama (Faruque & Ahmmed, 2013). Pengetahuan dan kemahiran yang dikongsi antara pekerja sosial antarabangsa tersebut boleh merangkumi bahasa, corak komunikasi, undang-undang, budaya, agama, dan kepercayaan bagi setiap kelompok masyarakat di dunia (Webb, 2003). Hal tersebut akan memudahkan pekerja sosial antarabangsa untuk meninjau perkembangan skop kerja sosial di negara-negara tersebut di samping melahirkan pekerja sosial antarabangsa

6 yang kompeten dan berkebolehan menyelesaikan permasalahan dengan mengambil kira sudut pandang politik, undang-undang, ekonomi dan sosial negara-negara yang terlibat seterusnya menghubung kaitkan dengan undang-undang atau polisi antarabangsa. Misalnya, pertubuhan The Asian and Pacific Association for Social Work Education (APASWE) yang ditubuhkan bagi memberi tumpuan kepada pendidikan dan penyelidikan kerja sosial di rantau ini dengan menitikberatkan peranan yang perlu dimainkan oleh pekerja sosial antarabangsa. APASWE juga menggalakkan para akademik dan profesional pendidikan kerja sosial memenuhi tahap piawaian global di samping memudahkan kerjasama antara negara-negara yang terlibat terutamanya perkara yang berkaitan dengan skop bidang kerja sosial. Selain itu, kewujudan pertubuhan International Association of School Social Work (IASSW) juga membuktikan keperluan pekerja sosial di peringkat global yang melibatkan seluruh dunia. Pertubuhan ini menggalakkan pembangunan pendidikan kerja sosial di seluruh dunia, memperkasa piawaian kualiti pendidikan kerja sosial, menggalakkan pertukaran isu antarabangsa, menyediakan platform forum bagi pertukaran idea penyelidikan kerja sosial di peringkat global serta mempergiat perjuangan hak asasi manusia dan pembangunan sosial. Profesion Kerja Sosial Antarabangsa Mempunyai Nilai dan Etika Tersendiri Kerja sosial antarabangsa mempunyai nilai dan etika yang tersendiri dalam menawarkan perkhidmatan berdasarkan undang-undang, budaya dan persekitaran negara yang ditawarkan perkhidmatan (National Association of Social Worker, 2008). Apabila berbicara mengenai pekerja sosial antarabangsa, antara nilai etika dan norma yang perlu dititikberatkan ialah prinsip memartabatkan manusia, hak asasi manusia, kemanusiaan, perpaduan, kebajikan dan keselamatan, martabat dan integriti, demokrasi dan penyertaan, keamanan dan kesaksamaan ( Akademikerförbundet SSR,2008). Hal ini penting bagi memastikan setiap klien atau komuniti mendapat perkhidmatan yang sepatutnya diterima

7 malah membolehkan pekerja sosial antarabangsa untuk mengetepikan nilai etika sendiri semasa memberikan intervensi dan khidmat tolong-bantu. Misalnya, negara India yang sememangnya unik dan terkenal dengan sistem kasta iaitu pembahagian kelas sosial dibuat berdasarkan sistem hierarki dan masyarakat hidup dalam keadaan mengikut peringkat kelas sosial. Dalam sistem kasta ini, terdapat banyak penindasan berlaku terutamanya penindasan mengikut warna kulit berdasarkan kelas sosial( Kadun & Gadkar, 2014). Sebagai individu yang memegang nilai etika, pekerja sosial antarabangsa akan meneliti dan memahami sistem budaya India terlebih dahulu bagi mengelakkan pekerja sosial daripada membuat keputusan berdasarkan nilai sendiri dan menyentuh sensitiviti di negara tersebut (Hiwrale, 2014). Dengan wujudnya nilai penerimaan dan hormat kepelbagaian dalam diri pekerja sosial antarabangsa membolehkan pekerja sosial antarabangsa untuk berkhidmat secara telus tanpa mengira mana-mana kelas sosial. Kesimpulan Kesimpulannya, kerja sosial antarabangsa sememangnya memainkan peranan yang cukup penting bagi penyelesaian masalah di peringkat global terutamanya isu yang melibatkan konflik antara negara dan hak asasi manusia. Kebanyakan artikel juga menekankan peranan paling penting bagi pekerja sosial antarabangsa adalah mempertahankan hak asasi manusia, memartabatkan manusia dan keamanan sosial (Hall, 2013). Oleh itu, keperluan kerja sosial antarabangsa di peringkat global tidak dapat dinafikan lagi akan kepentingannya dalam merentas permasalahan global. Setiap peranan yang dimainkan oleh pekerja sosial antarabangsa juga dilihat tidak ketinggalan dengan kajian yang relevan dan seiring pergerakan masa kini bagi memperoleh maklumat tentang sejauh mana keberkesanan perkhidmatan yang diberikan selari dengan nilai etika yang dipegang oleh pekerja sosial.

8 Rujukan Abd Latif & Tiung, L., K. (2007). Kasus ambalat-reaksi media Indonesia: framing dan komunikasi antarabangsa. Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication, 23, 14-27. Abdul Wahab, H., & Bidin, A. (2000). Akta 597: Satu Perkembangan Hak Asasi Manusia di Malaysia. Kedah. Universiti Utara Malaysia. Ahmadi, N. (2003). Globalisation of consciousness and new challenges for international social work. International Journal of Social Welfare, 12, 14-23. Ahmad, J., & Weerakkody, N. (2011). Komunikasi silang budaya, kompetensi, pengajaran dan pembelajaran: satu analisis. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1), 45-53. Akademikerförbundet SSR. (2008). Ethics in Social Work. The Swedish Association of Graduates in Social Sciences. Sweeden. Australian Government. (2015). Australia’s Humanitarian Response to the Syria Crisis. Canberra: Department of Foreign Affairs and Trade. Chopra, T. (2015). Beyond burqas, bombs, and bogeymen: Australian muslims and the media. Griffith Journal of Law & Human Dignity, 3(2), 324-337. Faruque, C. J., & Ahmmed, F. (2013). Development of social work education and practice in an era of international collaboration and cooperation. Journal of International Social Issues 2(1), 61-70. Gardnera, R., Karakasoglub, Y., & Luchtenberg, S. (2008). Islamophobia in the media a response from multicultural education. Intercultural Education, 19(2), 119-136. Hall, N. (2013) International Federation of Social Work. Encyclopedia of Social Work. USA: National Association of Social Workers and Oxford University Press USA. Healy, L. M. (2001). International Social Work: Profesional Action in an Interdependent World. New York : Oxford University Press.

9 Hokenstad, M. C., Khinduka, S. K., & Midgley, J. (1992) Profiles in International Social Work. Washington, DC: NASW Press. Hiwrale, A. (2014). Ambedkar social work: its theory and practice. Indian Journal of Dalit and Tribal Social Work, 2(2), 12-27. Kadun, P. B., & Gadkar. R. D. (2014). Social exclusion –its types and impact on dalits in India. IOSR Journal Of Humanities And Social Science, 19(4), 81-85. Lyons, K. (1999). International Social Work: Themes and Perspectives. Aldershot and Brookfield, Ashgate & Arena. National Association of Social Work. (2008). Code of Ethics. diakses daripada https://www. socialworkers.org/pubs/code/default.asp. Ryan, Y. & Zuber-Skeritt, O. (1999). Supervising Postgraduate Students From Non-English Speaking Backgrounds. Buckingdom, UK: Open University Press. Sanders, D. (1984). Developing a graduate social work curriculum with an international cross-cultural perspective. Journal of Education for Social Work, 13(3), 76-83. Sanders, D. & Pedersan, P. (1984). Education for International Social Welfare. Honolulu, HI: School of Social Work, University of Hawaii. UNICEF. (2014). Syria Crisis: 2014 Annual Situation Report. diakses daripada https://data. unhcr.org/ syrianrefugees/download.php?id=6264. Webb, S. (2003). Local orders and global chaos in social work. European Journal of Social Work, 6(2), 191-204....


Similar Free PDFs