Peranan Etika dan Peradaban Mendokong Tanggungjawab Sosial di Malaysia PDF

Title Peranan Etika dan Peradaban Mendokong Tanggungjawab Sosial di Malaysia
Course Values and Civilization
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 12
File Size 197 KB
File Type PDF
Total Downloads 134
Total Views 565

Summary

CTU 152(PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONGTANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAYSIA)GROUP ASSIGNMENT REPORTPREPARED FOR:EN. L BIN RUDYPREPARED BY:NAME MATRIC NORAUDHOTUL JANNAH BINTI ZAILANI 2021546925NUR NADHIHAH BINTI ZAINUDDIN 2021503601KARMILA UZMAHANI BINTI MOHD HISSAM 2021576139DIPLOMA BUSINESS AND ...


Description

CTU 152 (PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAYSIA) GROUP ASSIGNMENT REPORT

PREPARED FOR: EN. L.ILHAM BIN RUDY

PREPARED BY: NAME RAUDHOTUL JANNAH BINTI ZAILANI NUR NADHIHAH BINTI ZAINUDDIN KARMILA UZMAHANI BINTI MOHD HISSAM

MATRIC NO 2021546925 2021503601 2021576139

DIPLOMA BUSINESS AND MANAGEMENT SEMESTER 2 2021/2022

ACKNOWLEDGEMENT Bismillahirrahmanirahim. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpahan nikmat dan nikmat masa. Kami telah mengambil banyak usaha dalam tugasan ini. Walau bagaimanapun, menyiapkan tugasan ini tidak mungkin dilakukan tanpa sokongan dan bimbingan daripada ramai individu. Pertama sekali, dalam penyediaan tugasan ini, kami amat berterima kasih kepada pensyarah kami Encik L.Ilham Bin Rudy yang memberi peluang kepada kami untuk membuat tugasan ini. Kami ingin berterima kasih kepadanya kerana memberi kami sesuatu cadangan dan idea. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam tugasan ini dan membantu kami dengan cadangan mereka untuk membuat tugasan yang lebih baik. Kami ingin meluahkan terima kasih kami kepada ibu bapa dan rakan-rakan kami kerana mereka sentiasa bersama kami dan menyokong kami dalam setiap keadaan. Ucapan terima kasih dan penghargaan kami juga ditujukan kepada rakan sekerja kami kerana memberi kerjasama dalam tugasan ini. Terima kasih kepada semua orang yang sudi membantu kami dengan kebolehan mereka. Di atas segalanya kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Maha Kuasa kerana sentiasa memilikinya memberkati kita

CONTENT NO

PARTICULARS

PAGE

Pengenalan Kursus 1.

2.

3.



Objektif

Takrifan Harian dan Autoriti

1-2

3

Peranan Etika dan Peradaban dalam mendokong Tanggungjawab Sosial

3-4

4.

Kesedaran Nasional dalam Tanggungjawab Sosial

5

5.

Tanggungjawab Sosial Dalam dan Luar Negara

6

6.

Kesukarelawan

7

7.

Kesimpulan

8

8.

Sumber Rujukan

9

PENGENALAN KURSUS Etika dan peradaban adalah suatu yang harus diambil berat oleh masyarakan dalam mengekalkan keharmonian dan menjadi suatu panduan atau pegangan dalam memartabatkan budaya serta menjadi inspirasi kepada yang lain sehingga ke tahap yang lebih tinggi sebagai negara yang tengah membangun. Aspek utama yang harus ditekankan ialah penghayatan terhadap pengertian nilai moral dan etika serta tanggungjawab sosial dalam menuju negara yang maju. Dalam hal ini semua golongan terlibat dalam memainkan peranan dan tiada yang terkecuali. Penekanan yang diberikan haruslah seimbang dari segi penghayatan terhadap nilai moral dan penerapan etika dalam diri setiap insan dinegara ini khususnya di Malaysia.

1

OBJEKTIF 1. Mengetahui dan menghayati kepentingan etika dalam menjalani kehidupan seharian sama ada sebagai pelajar atau pekerja. 2. Memahami dan menghayati kepentingan mereka untuk berperanan aktif dalam menjalankan tanggungjawab sosial bagi mendokong usaha mewujudkan masyarakat yang sejahtera, adil dan selamat. 3. Mampu memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai keadilan sosial yang menjadi teras kewujudan sebuah masyarakat yang harmonis 4. Menyedari tentang pentingnya usaha mengekang amalan tidak beretika seperti rasuah, salah guna kuasa dan sentiasa menjaga alam sekitar dari pencemaran sebagai faktor penting bagi menwujudkan negara yang sejahtera, selamat dan bahagia.

2

1.0

Takrifan Harian dan Autoriti Takrifan harian ialah takrifan masyarakat awam yang berbeza dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, segelintir orang Melayu bertutur dalam bahasa asing seperti English. Takrian harianjuga takrifan yang diterima bersama tidak terikat oleh undangundang fomal tetapi lebih memaparkan dalam berbezaan itu, mereka terdoroong dan memiliki norma yang dikongsi sama. Manakala, takrifan autoriti lahir berdasarkan dokumen dan pihak berkuasa di dalam masyarakat. Ianya merupakan realiti sosial yang ditakrifkan oleh pihak yang menjadi struktu kuasa dominan dalam negara. Takrifan autoriti ialah takrifan yang bersikap tetap. Sebagai contoh, orang melayu bertutur dalam bahasa melayu, mengamalkan adat resam dan budaya melayu.

2.0

Peranan Etika dan Peradaban dalam mendokong Tanggungjawab Sosial 2.1

Menghayati Etika dalam Tanggungjawab Sosial Dalam masyarakat pelbagai etnik dan agama di Malaysia, maka istilah-istilah etika, moral, akhlak dan sebagainya diguna pakai untuk memaparkan tanggungjawab seseorang anggota masyarakat lahir dari teras nilai dalam peradaban mereka. Seringkali tanggugjawab sosial berteraskan nilai adalah bersumberkan agama, budaya atau falsafah kehidupan yang menjadi pegangan mereka.

2.2

Definisi Tanggungjawab sosial adalah satu kemampuan refleksi seseorang individu terhadap pandangan hidup dipegang tentang keadilan dan kebaikan demi kesejahteraan hidup bersama. Individu yang menghayati dan mendarah daging kebertanggungjawaban sosial dalam dirinya, akan sentiasa memerhati, memikir mengkaji, meganalisis, mencari penyelesaian dan bertindak untuk memastikan keadilan dan kebaikan sentiasa ditegakkan di dalam masyarakat.

2.3

Aras Tanggungjawab Sosial Setiap individu boleh memiliki nilai betul dan salah tentang tindakan peribadinya. Individu juga memiliki nilai betul dan salah dalam tindakn kolektifnya apabila berhubung dengan individu-individu lain, keluarga, komuniti, negara dan masyarakat pada peringkat sedunia.

3

2.4

Dimensi Tanggungjawab Sosial Kesedaran dalam diri seseorang terhadap ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku dalam masyarakat akan mendapat perhatiannya sehingga mahu membawa transformasi sosial dalam masyarakat. Tindakan yang diambil, akan membawa perubahan sosial dalam masyarakat, negara atau pada peringkat dunia.

2.5

Pemupukan nilai dan sikap Tanggungjawab Sosial Memikul tanggungjawab bersama ialah kejayaan dalam sesuatu program kemasyarakatan bergantung kepada sikap tanggungjawab semua halinya bagi melaksanakan dengan jayanya. Penglibatan, sokongan, kerjasama dan rasa tanggungjawab ini memerlukan komitmern yang tinggi dan pengorbanan semua. Ia boleh disumbangkan melalui tenaga, pandangan atau lontaran idea mahupun sumbangan kewangan mengikut kemampuan seseorang. Apa yang penting disini ialah adanya kerjasama dan pengorbanan ahli untuk berkhidmat untuk negara. Selain itu, sikap ambil peduli pula sikap peka tentang kesusahan orang lain menimbulkan keinsafan dan mencuit naluri keinsanan untuk menghulurkan bantuan yang sepatutnya mengikut apa yang termampu. Sikap mengambil peduli ini juga termasuk sifat terpuji yang digalakkan oleh agama tanpa mengira bangsa dan negara. Dengan sikap ini akan menghakis sifat mementingkan diri sendiri dalam seseorang itu.

4

3.0

Kesedaran Nasional dalam Tanggungjawab Sosial Hidup bermasyarakat telah menjadi salah satu daripada tuntutan naluri keperluan manusia. Tidak seorang yang boleh hidup tanpa ditemani oleh orang lain. Kehidupan bermasyarakat beerti hidup berjiran tertangga, berorganisasi, berteman, bersaudara dan seumpamanya. Tanggungjawab sosial secara umumnya ialah komitmen individu atau sesebuah organisasi untuk beroperasi secara ekonomik dan mengambil kira keadaan persekitaran sosial di sekeliling mereka. Pelaksanaan tanggungjawab sosial ini melahirkan pekerja yang lebih beretika, tidak mementingkan diri, bertimbang rasa teerhadap keperluan masyarakat dan golongan yang memerlukan. Pelaksanaan tanggungjawab sosial ini sememangnya mendatangkan kesan yang positif kepada syarikat dan masyarakat termasuk juga agama, bangsa dan negara. Hakikatnya tanggungjawab sosial memberi kesan dan implikasi yang besar sama ada dalam membangunkan

masyarakat. Konsep tanggungjawab sosial

ini

telah lama

diperbincangkan sejak bermulanya tamadun manusia di mana setiap insan di muka bumi ini dianjurkan kehidupan di dunia lebih baik dari sebelumnya.

5

4.0

Tanggungjawab Sosial Dalam dan Luar Negara Tanggungjawab sosial dalam negara. Bentuk -bentuk tanggungjawab yang pertama ialah sumbangan kewangan. Sumbangan kewangaan boleh diberikan oleh individual, organisasi atau badan-badan korporat. Bantuan bentuk kewangan dan pembiayaan kepada masyarakat yang benar-benar memerlukan bantuan seperti masyarakat yang miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim, orang kurang upaya, dan golongan yang pendapatan rendah. Selain itu, bentuk-bentuk tanggungjawab yang kedua ilah dari segi penjagaan alam sekitar. Tanggungjawab sosial jugs boleh deiberikan dalam bentuk meningkatkan penjagaan alam sekitar, mengelakkan sebarang bentuk pencemaran alam sekitar baik pencemaran udara, mahupun pencemaran air dan darat, seperti penanam semula pokok, mengutip sampah di tepi pantai, program gotong-royong dan sebagainya. Di samping itu, bentuk-bentuk tanggungjawab yang ketiga ialah dari khidmat kesihatan. Tanggungjawab sosial berbentuk kesihatan seperti menganjurkan program Pendidikan Kesihatan, Kempen Menderma Darah, Pencegahan Aids, kefahaman penyakot kanser, Kempen mencegah Covid19, pameran penjagaan kesihatan berkaitan dengan pemakanan sihat dan sebagainya. Seterusnya, bentukbentuk tanggungjawab yang keempat ialah bantuan bencana. Bantuan bencana alam ini diberikan supaya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa yang terlibat seperti mangsa-mangsa banjir, kebakaran, kemalangan dan sebagainya. Akhir sekali, bentuk-bentuk tanggungjawab keempat ialah bantuan dalam bidang pendidikan, sebagai contoh, menyediakan kursus atau bidang yang strategi. Tanggungjawab sosial luar negara. Tanggungjawab yang pertama ialah pembiayaan biasiswa dan tenaga pengajar. Jenis bantun yang boleh diperolehi ialah pemberian biasiswa kepada pelajar dari negara yang kurang kemampuan dan penghntaran pengajar berpengalaman ke negara miskin. Tanggungjawab yang kedua ialah sumbangan kewangan dan melabur dalam pelbagai sektor. Jenis bantuan yang diperolehi ialah memperkembangkan sector ekonomi Negara kurang mampu dan melabur dalam sektor perkembangan negara bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk. Tanggungjawab yang terakhir ialah, kemudahan kesihatan dan khidmat pakar perubatan. Jenis bantuan yang diperolehi ialah sumbangan pealatan dan kemudahan perubatan dan sumbangan teanga pakar untuk melatih tenaga perubatan tempatan.

6

5.0

Kesukarelawan Sukarelawan bermaksud orang melakukan sesuatu perkara secara sukarela tanpa sebarang paksaan. Perkhidmatan mereka ini tidak memerlukan kelayakan dan syarat tertentu. Kerja sukarela melibatkan pernyertaan sukarelawan dalam sesuatu aktiviti bersama masyarakat. 5.1

Bentuk-bentuk kesukarelawan dan peranannya, Secara amnya, kumpulan sasaran kerja sukarela adalah individu, kumpulan, keluarga, komuniti, organisasi, dan masyarakat secara keseluruhan. Dalam kes ini, apabila anda cuba mencapai kumpulan tertentu, anda mesti memastikan aktiviti sukarelawan yang disediakan adalah keperluan atau keperluan kumpulan sasaran. Jika kumpulan itu tidak bekerjasama dalam erti kata memerlukan, sokongan, dan penyertaan, kerja sukarela tidak akan berkesan. Sebagai contoh untuk individu ialah mereka boleh membantu rakan sabaya ataupun orang-orang yang dikenalinya. Selain itu untuk komuniti mereka boleh memberi bantuan mangsa-mangsa banjir. Dan akhir sekali organisasi, seperti Muslim Volunteer Malaysia (MVM). Peranan yang diberi oleh ketiga-tiga sukarelawan ialah mereka boleh menyumbang dari segi tenaga. Ia diperlukan oleh sesebuah organisasi. Selain itu, memberikan semangat atau memotivasikan mangsa supaya mangs-mangsa sentiasa berfikiran positif walupun ditimpa bencana. Akir sekali, memberi duta kebajikan kepada masyarakat dengan mengajak atau memahamkan mereka bahawa terdapat pelbagai faedah dan manfaat.

7

Kesimpulan Kesimpulan dari peranan etika dan peradaban mendokong tanggungjawab sosial di Malaysia ialah, etika, moral, dan akhlak adalah elemen makna emosi dalam manusia. Ianya adalah talitali pengikat kemanusiaan, social bonding, social cement hingga terbina hubungan antara manusia, kumpulan dan negara. Ianya juga perlu dikaji bukan shaja pada peringkat individu tetapi juga pada peringkat akar umbi (mikro), institutional (masyarakat civil) dan pihak-pihak berkuasa (makro)

8

Sumber Rujukan 1. https://babab.net/out/apa-itu-takrifkan-harian-dan-takrifan-autoriti.html 2. https://fliphtml5.com/kaqrx/dtul/basic 3. https://teamselangor.org/sukarelawan-konsep-dan-aspeknya/

9...


Similar Free PDFs