Etika dan peradaban PDF

Title Etika dan peradaban
Author N. A19et0178
Pages 3
File Size 84.2 KB
File Type PDF
Total Downloads 487
Total Views 818

Summary

Berdasarkan kepada etika dalam peradaban China, bagaimana 'Lima Hubungan' (wu-lun) boleh diaplikasikan ke dalam masyarakat Malaysia supaya terbentuknya perpaduan kaum demi kemakmuran negara? (5 markah) Dalam kehidupan dalam masyarakat berbilang etnik seperti Malaysia, salah satu perkara yang...


Description

Berdasarkan kepada etika dalam peradaban China, bagaimana 'Lima Hubungan' (wu-lun) boleh diaplikasikan ke dalam masyarakat Malaysia supaya terbentuknya perpaduan kaum demi kemakmuran negara? (5 markah) Dalam kehidupan dalam masyarakat berbilang etnik seperti Malaysia, salah satu perkara yang menjadi asas kehidupan adalah keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan. Semua ini berpunca daripada kerjasama dan perpaduan antara masyarakat. Oleh itu, sejarah Malaysia mencatatkan pentingnya perpaduan dalam penubuhan negara-bangsa. Hakikatnya adalah bahawa setiap negara mempunyai cara tersendiri untuk membina semangat perpaduan sosial. Walau bagaimanapun, konsep "lima hubungan" cukup menarik yang merupakan etika masyarakat Cina. Konsep ini berakar umbi dari tradisi konfusianisme. Konsep ini ditekankan untuk masyarakat Cina kerana ia dianggap sebagai medium agar keamanan dan perpaduan dapat diamalkan secara moral. Sudah tentu, bagi sebuah Malaysia yang dihuni oleh masyarakat berbilang etnik, konsep "lima hubungan" sangat penting bagi pembentukan keseluruhan masyarakat dalam pembangunan dan materialisme. Hubungan yang pertama menggambarkan hubungan antara pemimpin dan rakyat sebagai tonggak kestabilan, dan keselamatan. Ajaran Konfucius menekankan kepada hubungan kerana ia menggariskan tentang cara pemimpin memerintah negaranya. Keamanan dan kesejahteraan negara akan terjamin jika rajanya merupakan seorang yang adil, jujur serta berwibawa. Malah, keperibadian pemerintahan yang baik dapat dicontohi oleh rakyatnya. Secara tidak langsung melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia, bermoral tinggi dan budaya maju. Di Malaysia, keperibadian Yang Di-pertuan Agung dan perdana menteri merangkumi keperibadian yang jujur dan kepemimpinan yang berwibawa, terutama pada saat kritikal untuk mengatasi wabak covid-19. Kepemimpinan yang jujur seperti ini menunjukkan keperibadian yang terpuji dan memikat hati masyarakat. Di samping itu, perhatian para pemimpin negara juga tercermin dalam pelbagai langkah yang diambil untuk mengurangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh rakyat.

Hubungan kedua adalah antara ibu bapa dan anak-anak. Ia menekankan prinsip filial piety (ketaatan dan bakti kepada ibu bapa). Dalam kalangan anak dewasa, pengabaian tanggungjawab adalah suatu kesalahan yang akan memberikan imej buruk terhadap anak. Mereka dianggap menderhaka kepada ibu bapa dan ia aib besar bagi

seseorang individu dalam kepercayaan masyarakat Cina. Ketaatan ini tidak hanya terbatas kehidupan di dunia sebaliknya dituntut untuk memupuk rasa hormat serta menjalankan tanggungjawab sebagai anak yang taat dengan melakukan upacara sumbangan kepada ibu bapa serta nenek moyang yang sudah meninggal dunia. Konsep ketaatan ini dapat dipupuk dalam masyarakat Malaysia, yang terkenal dengan nilainilai moral dan penghormatan yang terpuji. Ia tidak hanya terhad kepada ibu bapa, tetapi juga merangkumi seluruh masyarakat madani. Jelas sekali, rakyat Malaysia perlu menganggap semua orang sebagai sebuah keluarga.

Hubungan ketiga adalah hubungan antara suami dan isteri. Konsep Wu Lun menunjukkan bahawa suami perlu menyediakan keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, dan kewangan kerana dia memikul tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga. Sebaliknya, isteri memilik sifat yin iaitu lebih pasif yang menuruti kata suami serta menghormati suaminya. Kedua-duanya harus saling mencintai, saling menghormati dan saling melengkapi, agar keharmonian perkahwinan dapat dijaga. Ini penting untuk memupuk warganegara yang baik untuk keluaraga dan negara, kerana keperibadian yang baik adalah titik permulaan sosialisasi di rumah. Sekiranya suami dan isteri dapat menjaga perkahwinan yang harmoni, maka gejala sosial keluarga yang mengancam kebahagiaan keluarga, seperti penderaan fizikal, keganasan rumah tangga, dan gangguan emosi, dapat dielakkan. Ia juga dapat membendung masalah sosial lain yang berpunca dari keluarga yang tidak stabil dan porak-peranda.

Hubungan keempat adalah hubungan antara adik beradik. Sikap sopan santun, bermuafakat dan saling tolong-menolong antara adik-beradik amatlah dituntut masyarakat China. Adik-beradik perlu prihatin terhadap satu sama lain supaya keharmonian keluarga dapat dipelihara. Sikap dengki dan permusuhan mestilah dielakkan agar dapat hidup bersatu padu dan bekerjasama dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Bak kata pepatah “air yang dicincang tidak akan putus”, begitulah kepentingan menjaga hubungan adik beradik demi keharmonian keluarga.

Hubungan yang terakhir adalah hubungan antara kawan seperti mana menjaga hubungan antara adik-beradik. Hubungan antara kawan kita perlu menerapkan sikap hormat, menghormati saling bekerjasama dan tolong-menolong. Masyarakat Cina secara umumnya terkenal sikap setia kawan dan amat menjaga kebajikan kawannya

terutama jika mereka mengalami kesusahan. Mereka mempunyai konsep kongsi sebagai suatu wadah untuk saling membantu antara satu sama lain tidak kira dari segi kewangan, tenaga dan masa.

Kesimpulannya, semua perkara dibincangkan di atas amatlah relevan untuk dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum Malaysia supaya terbentuknya perpaduan kaum demi kemakmuran negara. Nilai murni terkandung dalam Wu Lun perlu diperhatikan masyarakat Malaysia agar dapat menghindari sikap perkauman, prejudis dan sebagainya. Masyarakat Malaysia digalakkan mempromosi penyatuan dalam kepelbagaian bagi mengukuh dan mengekalkan keharmonian dalam kehidupan. Dengan ini, kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia mampu membentuk bangsa yang harmoni, makmur dan bersatu padu....


Similar Free PDFs