Etika dan Peradaban CTU 554 UiTM Kertas Kerja PDF

Title Etika dan Peradaban CTU 554 UiTM Kertas Kerja
Course Values and Civilization II
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 21
File Size 387.3 KB
File Type PDF
Total Downloads 17
Total Views 69

Summary

UNIVERSITI TEKNOLOGIMARA (UiTM) CAWANGAN MELAKA KAMPUS JASINSEMESTER 1 SESI 2020/OKTOBER 2020 – FEBRUARI 2021CTUPENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN IITUGASAN:PENULISAN KERTAS KERJATAJUK KERTAS KERJA:PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN DALAM ACUAN MALAYSIADISEDIAKAN OLEH:KELAS:M3AT2203BKUMPULAN:DISEMAK OLE...


Description

UNIVERSITI

TEKNOLOGI MARA (UiTM) CAWANGAN MELAKA KAMPUS JASIN

SEMESTER 1 SESI 2020/2021 OKTOBER 2020 – FEBRUARI 2021

CTU554 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN II

TUGASAN: PENULISAN KERTAS KERJA

TAJUK KERTAS KERJA: PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN DALAM ACUAN MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH:

KELAS: M3AT2203B

KUMPULAN: 3

DISEMAK OLEH: USTAZ MUHAMMAD FAIDZ BIN MOHD FADZIL

MARKAH PENILAIAN: PERKARA

MARKAH TUGASAN

PENGENALAN

2

ISI & HURAIAN

8

CADANGAN / KESIMPULAN

2

RUJUKAN

4

ETIKA & MORAL PROFESSIONAL

4

JUMLAH

20

MARKAH PELAJAR

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ……………………………………………………………………………. 1 1.1 OBJEKTIF……………………………………………………………………….…. 2

2.0 KEPENTINGAN ETIKA DAN PERADABAN MENGIKUT ACUAN MALAYSIA ….. 3 2.1 SUSUR MASA MENGIKUT PRAKOLONIAL, KOLONIAL DAN PASCAKOLONIAL MENGIKUT ACUAN MALAYSIA ……………………….... 3 2.2 KEPENTINGAN DARI SEGI FAKTOR SEJARAH KAUM DI MALAYSIA ..… 4 2.3 CADANGAN KONSEP ETIKA DAN MORAL DI MALAYSIA ………..………. 5 2.4 KESAN KEPADA PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA …………………..... 6/7

3.0 CABARAN ETIKA DAN PERADABAN MENGIKUT ACUAN MALAYSIA …..……. 8 3.1 CABARAN TUNTUTAN HAK SAMA RATA ………………..………………….. 8 3.2 SISTEM PERSEKOLAHAN VERNAKULAR …………………..…………….… 9 3.3 POLARISASI KAUM DAN AGAMA …………………………………………….. 10/11

4.0 PENYELESAIAN CABARAN ……………………………………………………...……. 12 4.1 KERJASAMA PARTI POLITIK PELBAGAI KAUM ……………………………. 12 4.2 TAMATKAN KEWUJUDAN SEKOLAH VERNAKULAR ……………………... 12/13 4.3 BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERPADUAN ……………………… 14/15

5.0 CADANGAN / KESIMPULAN …………………………………………………………… 16

6.0 RUJUKAN …………………………………………………………………………………. 17

1.0 PENGENALAN Etika dan peradaban penting dalam sesebuah masyarakat, namun tahap penghayatannya berbeza dan dipengaruhi oleh perkembangan sejarah, struktur sosial dan biografi masyarakat berkenaan. Mengikut kepada Kamus Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, etika bermaksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dan sebagainya) yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia. Etika sangat penting dalam kehidupan masyarakat majmuk seperti kita di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Peradaban pula membawa makna bahawa sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa iaitu berkaitan kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa. Peradaban ini boleh diterjemahkan dalam bentuk kemajuan ekonomi, taraf hidup dan kematangan dalam berpolitik. Penghayatan etika dan peradaban mengikut acuan Malaysia amatlah bermakna untuk dihayati oleh segenap lapisan masyarakat majmuk di Malaysia yang pada asalnya negara ini dibentuk atas permuafakatan oleh pelbagai bangsa menuju kemerdekaan. Setelah hampir 63 tahun semenjak 1957 negara kita merdeka, kita telah berjaya membentuk sebuah masyarakat yang saling tolong menolong, bertolak ansur dan beramah mesra walaupun berlainan bangsa, bahasa, budaya mahupun agama. Penerapan sifat beradab ini sedikit sebanyak membantu Malaysia menjadi sebuah negara yang aman damai tanpa berlaku rusuhan kaum besar besaran seperti yang pernah suatu ketika dahulu menjadi titik hitam negara iaitu Tragedi 13 Mei 1969.

1.1 OBJEKTIF 1

1. Menjelaskan kepentingan etika dan peradaban mengikut acuan Malaysia. 2. Mengenal pasti cabaran etika dan peradaban mengikut acuan Malaysia. 3. Menyatakan penyelesaian cabaran yang dihadapi.

2.0 KEPENTINGAN ETIKA DAN PERADABAN MENGIKUT ACUAN MALAYSIA 2

2.1 Susur Masa Mengikut Prakolonial, Kolonial dan Pascakolonial Mengikut Acuan Malaysia Menurut kefahaman dari artikel yang dipilih dan sumber-sumber internet, penghayatan etika dan peradaban di Malaysia boleh dihuraikan dan difahami mengikut ‘Acuan Malaysia’ berdasarkan susur masa evolusi sejarahnya, iaitu, Prakolonial, Kolonial dan Pascakolonial. Kefahaman mengenai etika bercirikan moden diperkenal sejak era kolonial Eropah lagi. Penekanan kepada ‘penghayatan’ mengundang kita mendalami idea, proses dan praktis etika dan peradaban dalam masyarakat Malaysia, dulu dan sekarang. Sebelum kedatangan Eropah ke Asia, telah wujudnya putaran migrasi melalui Selat Melaka di Tanah Melayu yang telah menemukan peradaban India, Cina, Timur Tengah dan Melayu dengan sistem etikanya. Kepelbagaian ini menjadi lebih rumit dengan kedatangan orang Eropah melalui perdagangan dan penjajahan yang membawa peradaban dan sistem etika serta nilai Eropah. Dengan melalui migrasi buruh paksaan, maka wujudlah masyarakat majmuk semasa era penjajahan di Tanah Melayu. Prakolonial adalah era atau zaman di mana negara ini belum dikenali sebagai Malaysia dan belum dijajah. Zaman ini juga dipanggil sebagai zaman tradisional yang mana ketika itu juga etika telah wujud dalam tingkah laku serta kehidupan seharian, sama ada formal atau tidak formal, yang disebut sebagai adab, adat resam, dan adat istiadat. Selepas zaman prakolonial, telah wujud zaman yang dipanggil kolonial yang mana terkenal dengan zaman negara kita dijajah. Ketika itu, etika, etos, dan etiket telah dibawa dalam bentuk berpakaian, percakapan, pentadbiran, ketuanan, dan lain-lain. Antara perubahan yang boleh kita lihat adalah memberi tabik hormat, dan cara makan yang mana ketika itu masyarakat negara kita terkenal dengan makan hanya menggunakan tangan. Apabila dijajah oleh kuasa Barat, mereka telah membawa budaya makan mereka iaitu makan menggunakan sudu dan garfu. Manakala di zaman pascakolonial yang merupakan era moden, masyarakat telah menerima variasi dan percampuran versi etika secara langsung dan melalui teknologi. Pada zaman itu, adab, adat istiadat, adat resam, etika, etos, dan etiket telah wujud secara bercampuran yang mana dipanggil dengan nama etika moden. Nilai etika yang bercampur baur ini diterapkan dalam persekitaran formal dan tidak formal kehidupan kita. Pada era

pascakolonial

yang

berlanjutan

ke era globalisasi,

sifat

kepelbagaian di Malaysia menjadi semakin meningkat apatah lagi setelah wujudnya platform

digital

dan

membentuk

kepelbagaian

yang

sungguh

kompleks.

Kebanyakkannya peradaban Barat mempengaruhi kebudayaan dan institusi-institusi

3

sosial sahaja. Namun begitu, ajaran islam tetap menjadi pegangan masyarakat tempatan. Antara pengaruh peradaban Barat di Tanah Melayu dapat dilihat melalui sistem pendidikan, kewujudan masyarakat majmuk, perubahan dari segi budaya dan infrastruktur seperti jalan raya, elektrik, dan bekalan air. Oleh itu, jelaslah bahawa akibat kolonialisme ini memberi kesan yang ketara terhadap beradaban Melayu terutamanya dari segi politik, ekonomi, dan sosiobudaya. Kerisauan kita ialah budi pekerti, tingkah laku, dan budi bahasa kita merosot disebabkan kegagalan kita dalam menghayati etika dan peradaban negara kita.

2.2 Kepentingan Dari Segi Faktor Sejarah Kaum di Malaysia Perpaduan bermaksud bersatu atau bermuafakat, dalam erti kata lain rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang bersatu hati dan bekerjasama dalam semua hal. Negara kita terkenal dengan negara yang berbilang kaum dan etnik. Bekas Perdana Menteri, Dato‟ Sri Mohd Najib Tun Razak juga telah mencetuskan gagasan konsep 1 Malaysia bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Jika kepelbagaian menjadi punca, kedamaian yang diimpikan dilihat sukar untuk dikekalkan sekiranya setiap etnik bersifat etnosentrik. Kita boleh kaitkan hal ini dengan peristiwa 13 Mei 1969 iaitu peristiwa berdarah atau sejarah hitam yang pernah terjadi dalam negara yang menyebabkan hubungan etnik di Malaysia berada dalam keadaan yang begitu genting dan tegang. Bagi mengelakkan “pisang berbuah dua kali”, kerajaan telah kembali kepada formula memahami dan menerima Kontrak Sosial yang difahamkan sebagai persetujuan bersama antara kaum-kaum yang berbeza di Tanah Melayu untuk saling menerima, memahami, menghormati dan bertolak ansur mengenai status quo masing-masing. Berbalik kepada sejarah negara, persetujuan bersama Kontrak Sosial dalam kalangan pemimpin Melayu dan bukan Melayu adalah asas bagi permulaan pembinaan perpaduan di Tanah Melayu. Persetujuan ini dicapai setelah rundingan dilakukan hasil permuafakatan parti politik berasaskan kaum yang diwakili UMNO, MCA dan MIC. Dalam erti kata lain, ini adalah persetujuan yang dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah pembentukan sebuah negara merdeka yang perlu bertunjangkan perpaduan penduduk berbilang kaum. Berdasarkan persetujuan Kontrak Sosial, orang Melayu menerima dan mengiktiraf orang Cina dan India sebagai warganegara yang sebenarnya beracuankan konsep Jus Soli British tetapi telah diperkemas. Sebagai balasan dan penghargaan, orang Cina dan India mengiktiraf kedudukan dan keistimewaan orang 4

Melayu dari segi bahasa, agama Islam, kedaulatan raja-raja Melayu dan hak-hak istimewa lain yang diperuntukkan kepada orang Melayu. Kita boleh mengambil contoh negara jiran, Indonesia yang boleh dikatakan berjaya dalam pelaksanaan paksaan asimilasi. Walau bagaimanapun, pemimpin Malaysia lebih terarah kepada memelihara tradisi budaya pelbagai etnik berbeza dengan negara jiran. Polarisasi perkauman dalam kalangan penduduk Tanah Melayu menyebabkan perpaduan nasional perlu dibangunkan secara agresif ke arah pembinaan negara bangsa yang sebenar. Oleh itu, Malaysia mengambil langkah untuk memelihara dan mengekalkan tradisi budaya setiap kaum sejak era kemerdekaan negara. Ini menjadi cabaran besar kepada negara kerana setiap dasar yang digubal mesti diambil kira factor ‘identiti kebangsaan’ di samping mengangkat dasar afirmatif. Dalam pada itu, masyarakat Melayu, Cina dan India kebiasaannya dibesarkan dalam persekitaran yang spesifik berdasarkan sosio-budaya etnik mereka. Perbezaan bahasa, amalan agama dan budaya kaum seakan-akan sudah menjadi ‘alat’ yang membeza kaum sehingga tidak kelihatan identiti bangsa Malaysia. Corak perhubungan masyarakat di negara ini cenderung kepada dikotomi Melayu-Islam dengan bukan Melayu-bukan Islam yang menegakkan status quo masing-masing. Dikotomi ini akan sentiasa wujud selagi mana tidak terbentuk bangsa Malaysia sebenar memandangkan kumpulan ini saling membawa aspirasi dan kepentingan berorientasikan kaum dan agama masing-masing. Sifat perkauman dan polarisasi merupakan penghalang terbesar dalam usaha membentuk perpaduan nasional.

2.3 Cadangan Konsep Etika dan Moral di Malaysia Sama seperti yang telah dinyatakan di atas, pembentukan kerangka falsafah moral dan etika acuan Malaysia yang mana seharusnya berasaskan agama, nilai, budaya, sejarah dan tamadun bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia di sini adalah merujuk kepada semua warganegara Malaysia yang sah. Untuk mengelakkan kekeliruan tentang konsep moral dan etika, semua warganegara Malaysia perlu mempunyai kefahaman yang jelas dan tepat tentang makna akhlak, moral, etika, fungsi, tuntutan dan implikasi setiap daripadanya. Pembinaan bangsa Malaysia yang teguh dan bersatu-padu memerlukan seluruh rakyat Malaysia mempunyai konsep moral dan etika yang sama. Dengan lain perkataan, tiada pengasingan dibuat antara Islam dan bukan Islam sebagaimana Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang digunapakai oleh semua pelajar di Malaysia.

5

Selain itu, pembinaan konsep insan bermoral seharusnya mengambil kira sekurang-kurangnya tiga komponen asas iaitu agama-agama utama Malaysia dengan menjadikan Islam sebagai teras, falsafah moral dan etika menurut acuan Malaysia, dan konsep insan bersepadu. Komponen inilah yang akan membentuk kandungan, bentuk dan dimensi konsep insan bermoral. Asas pertama pembinaan konsep insan bermoral menurut acuan Malaysia ialah keperluan dan keyakinan terhadap agama. Kandungan asas moral adalah bermulanya dengan ajaran dan peraturan agama. Pencapaian status insan moral pada peringkat tertinggi perlu melibatkan keyakinan yang mendalam dan teguh kepada Tuhan Semesta Alam, Yang Kekal Abadi, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Berkuasa dan Maha Adil. Tidak dinafikan kesepakatan yang berasaskan etika-agama jauh lebih berkesan dalam konteks melahirkan insan yang bermoral jika dibandingkan dengan kesepakatan dari sudut sosial-politik. Pemilihan prinsip yang akan memberi bentuk kepada kandungan kepada konsep insan bermoral menurut acuan Malaysia seharusnya mengukuhkan kerangka falsafah moral dan etika. Ketiadaan prinsip yang jelas akan menyebabkan kandungan menjadi statik dan tidak berupaya menangani kepelbagaian dinamika nilai dan segala persoalan kehidupan. Empat prinsip perlu diambil kira iaitu niat yang bersih, penyempurnaan hak dan tanggungjawab, keadilan dan kebaikan serta kemanfaatan. Sebagai contoh, niat yang bersih perlu ditanamkan sebelum, semasa dan selepas berlakunya sesuatu perkara. Jika tiada nilai agama, semua prinsip yang disusun akan terus dimanipulasikan dengan mudah mengikut kehendak dan kepentingan pihak tertentu dengan berbagai alasannya. Seterusnya, mengenai konsep insan bersepadu yang bermula dari dimensi rohani dan kemudiannya bergerak ke dimensi pemikiran dan emosi yang akhirnya terzahir dalam bentuk amalan. Menurutnya lagi, amalan inilah yang kemudiannya diulang-ulang sehingga nilai tersebut meresap masuk dan sebati dalam kehidupan seseorang. Konsep ini menjadikan setiap warganegara Malaysia kembali kepada ajaran agama masing-masing dan berpegang teguh dengannya. Oleh itu, empat prinsip utama yang kesemuanya merentas semua ajaran agama boleh dijadikan panduan dalam menghadapi cabaran kehidupan pada masa kini.

2.4 Kesan kepada Pembentukan Negara Bangsa Sebelum memperoleh kemerdekaan, setiap kaum di Tanah Melayu mempunyai sistem politik mereka sendiri. Setiap kaum berpaksikan kepentingan 6

kaum masing-masing. Walau bagaimanapun dengan tertubuhnya parti perikatan, ia telah membuktikan bahawa 3 kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India telah menerima idea politik moden di mana setiap parti berlainan bangsa boleh bersatu dalam sebuah parti politik. Begitu juga dengan pengenalan sistem demokrasi dan pilihanraya telah berjaya melibatkan semua kaum dalam politik Malaysia secara aman. Secara kasarnya, pemodenan politik pada satu keadaan menyatupadukan tiga kaum terbesar dalam satu parti politik, tetapi pada masa yang sama ia telah memisahkan kaum atau bangsa itu sendiri dengan penubuhan parti politik pembangkang. Dasar perjuangan yang berbeza menyebabkan wujudnya krisis antara parti yang menyebabkan setiap kaum ada yang menjadi penyokong kerajaan dan ada yang menjadi pembangkang. Oleh itu, telah wujudnya krisis pemisahan antara Melayu dengan Melayu, Cina dengan Cina dan India dengan India. Sejak zaman penjajahan, setiap kaum telah dipisahkan mengikut tempat tinggal di mana kebanyakan orang Melayu tinggal di kampung dan kawasan pinggir bandar, orang Cina di kawasan bandar, dan orang India di kawasan ladang. Keadaan ini berlarutan sehingga kini, dapat disaksikan dengan penubuhan sekolah mengikut kaum dan menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Dasar pendidikan negara sebelum merdeka mewujudkan 5 jenis sistem persekolahan yang terasing di antara satu sama lain, iaitu sekolah Inggeris, Melayu, Cina, India dan agama yang membuatkan masyarakat menghantar anak-anak mereka ke sekolah mengikut kaum dan agama. Selepas merdeka, dasar pendidikan kini lebih bertujuan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sehingga kini telah terdapat perkembangan yang sihat di mana sistem pendidikan di negara ini telah berjaya menyerapkan elemen perpaduan kaum walaupun masih wujud sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Dalam pada itu, modenisasi ekonomi di Malaysia bolehlah dikatakan telah bermula apabila adanya hubungan perdagangan, pertukaran matawang, modal dan buruh secara intensif. Ekonomi sebelum ini adalah lebih kepada ekonomi saradiri dan pertukaran barangan. Sebelum kemerdekaan, jelas memperlihatkan pemisahan hubungan etnik dari segi ekonomi di mana orang Melayu masih kekal dengan ekonomi tradisional secara kecil-kecilan dalam sektor pertanian, orang Cina menceburi bidang perniagaan dan perdagangan dan orang India bekerja di sektor ladang. Dasar British melalui konsep 'pecah dan perintah' ini sangat sukar hendak diubah walaupun setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Justeru itu, diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai usaha untuk menghapuskan pengenalan ekonomi mengikut kaum. Walaupun sudah ada perubahan komposisi 7

kaum dari segi pemilikan ekonomi, tetapi ia memerlukan masa yang lebih panjang lagi kerana timbul perasaan iri hati antara kaum yang menyebbkan kerajaan terpaksa menilai semula dasar ekonomi sebelum ini.

3.0 CABARAN ETIKA DAN PERADABAN MENGIKUT ACUAN MALAYSIA 3.1 Cabaran Tuntutan Hak Sama Rata Apabila membincangkan soal dasar tuntutan sama rata, terdapat golongan yang tidak bersetuju dasar ini diteruskan dengan alasan pelaksanaan dasar pada ketika ini haruslah secara sama rata dari segi hak dan kepentingan semua kaum. Keterbukaan segelintir masyarakat masa kini mendorong mereka bersuara membantah pelaksanaan dasar afirmatif kerana dikatakan bersifat mendiskriminasi kaum selain Bumiputera. Hakikat bahawa Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perkara 153 kepada Melayu dan Bumiputera masih dipertikai dan ditentang oleh sesetengah pihak yang enggan terlalu nostalgia terhadap persoalan mengapa orang Melayu dan Bumiputera diberi hak istimewa ketika penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1957.Sejak pembentukan Malaysia pada 1963, konsep Malaysian Malaysia yang diperkenal oleh Lee Kuan Yew dan partinya, Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura merupakan satu cubaan untuk menentang arus pelaksanaan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Secara asasnya penentangan terhadap elemen utama kebudayaan atau ciri-ciri yang dimiliki oleh masyarakat Melayu dan Bumiputera dalam dasar-dasar kerajaan merupakan satu perjuangan menuntut hak yang membelakangkan semangat kontrak sosial. Sejak pembentukan Persekutuan Malaya, ianya adalah pembinaan sebuah wilayah politik namun menimbulkan kebimbangan dalam

kalangan masyarakat

bukan Bumiputera yang

merasakan pemilikan tradisi dan budayanya yang semakin terhakis. Sehingga kini, permasalahan mulai timbul apabila wujud beberapa parti yang tidak lagi bersetuju dengan

8

peruntukan.Kerajaan masih mengekalkan pelaksanaan dasar afirmatif walaupun terdapat isu-isu yang membelenggu masyarakat mengenainya. Sememangnya isu ini merupakan isu politik namun apabila ianya menjadi modal politik atau dipolitikkan kerana berpotensi dari sudut “political mileage”, maka pelaksanaan dasar yang menyentuh “multiculturalism” sentiasa dikaji dan dirunding secara bersama agar tidak menimbulkan ketegangan kaum yang keterlaluan. Malaysia merupakan sebuah negara yang berada dalam keadaan “stable-tension” iaitu masyarakatnya hidup dalam kepelbagaian konflik dan perbezaan yang terkawal melalui kaedah rundingan dan konsensus yang berterusan. Jika ditinjau kenyataan dan pandangan daripada beberapa ahli politik pembangkang yang mewakili parti masing-masing, keakuran terhadap dasar afirmatif yang dilaksanakan kerajaan adalah bersifat akur semata-mata dan bukannya penerimaan sepenuhnya. Kerajaan juga dilihat dari semasa ke semasa mendengar permintaan dan mengadakan rundingan apabila terdapatnya tuntutan tertentu yang melibatkan hak dan kepentingan kaum tertentu. Langkah ini juga dilihat sebagai proses berkompromi untuk memelihara kestabilan pepaduan nasional yang sedang dibina. Asas formula perpaduan nasional di Malaysia ialah dengan menjadikan elemen Bumiputera sebagai tonggak tanpa menafikan kepelbagaian elemen kaum-kaum lain.

3.2 Sistem Persekolahan Vernakular Memasuki tahun 2010 telah menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bergerak seiring dengan keperluan semasa kerana masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus

permodenan

dan

globalisasi.

Sehingga

kini,

Malaysia

masih

meneruskan


Similar Free PDFs